Sehingga
15 Julai 2014, para pejuang Palestin khususnya HAMAS berjaya membuat beberapa
kejutan hebat ke atas Israel sehinggakan Israel ketakutan dan terpaksa cenderung
untuk melakukan gencatan senjata yang dikatakan tajaan Mesir. Namun pihak pejuang
menolak gencatan senjata dan mahu terus bertempur, malah terus mengumpan agar
tentera Israel melakukan serangan darat ke Gaza.
Bagi
pihak Israel, mereka ketakutan dan berbelah bahagi samada mahu meneruskan
dengan perang darat ataupun tidak. Tentera Israel sedar, apabila pihak pejuang yang
serba kekurangan mahukan perang bersemuka, tentunya ada habuan-habuan yang sangat
tidak terduga sedang menunggu mereka sekalipun tentera Israel bersenjata
lengkap lagi canggih.
Berikut
adalah antara kejutan hebat yang dilakukan oleh pejuang Palestin dalam seminggu
perang Gaza- Israel pada tahun 2014 ini :
1.
Komando Laut HAMAS dari Briged Izzuddin
Al-Qassam berjaya menyusup masuk melalui selaman dalam laut ke markas tentera laut
Israel di tepi laut Ashkelon. Beberapa orang komando laut HAMAS mendapat anugerah
syahid dan dipercayai tujuh orang askar Israel terbunuh atau tercedera.
2.
Setiap hari lebih kurang 100 buah roket berjaya
dilancarkan ke Israel dari Gaza. Bayangkan betapa ketakutannya penduduk Israel
setiap hari.
3.
Iron Dome ialah sistem dan peralatan yang
didakwa tercaggih untuk menangkis serangan roket. Namun banyak roket dari Gaza
yang gagal ditangkis oleh Iron Dome. Rupa-rupanya sebahagian daripada roket
HAMAS dilengkapi dengan teknologi yang dapat mengelak daripada dikesan atau
ditangkis oleh Iron Dome.
4.
Buat pertama kalinya roket dari Gaza mampu
mencapai Tel Aviv. Roket R160 dan M302 boleh mencapai jarak 160 km. Malah rumah
Perdana Menteri Netanyahu di kota Kaisarea sendiri sudah berada dalam jangkauan
roket-roket dari Gaza.
5.
Cubaan kali pertama tentera Israel masuk ke
Gaza berjaya dipatahkan. Empat orang askar cedera.
6.
HAMAS menggunakan pesawat tanpa pemandu
(drone). Setakat ini dipercayai HAMAS memiliki tiga jenis drone termasuk drone
yang boleh membawa bahan peledak.
7.
Komando cyber HAMAS berjaya memintas siaran
televisyen Israel Chanel 2 dan Chanel 10 ketika siaran sedang berlangsung.
Pihak hacker sempat menayangkan amaran mengerikan kepada seluruh penduduk Israel.
Kejutan-kejutan
ini membuatkan Israel semakin kaget dan tidak nyenyak tidur. Pihak Gaza semkain
hari semakin bersemangat, pihak Israel pula semakin hari semakin mengendur
semangatnya.
Begitulah
situasinya setakat tulisan ini disiapkan. Wallahua’lam.
Abu
Zulfiqar
15 Julai
2014
3 comments:
As salam,
Ingin tahu,
1. Dari manakah sumber kewangan pihak Hamas?
2. Dengan siapa mereka beli peralatan ketenteraan tersebut?
3. Dari manakah sumberberita tuan?
Alhamdulillah....
Wlksm Pawi,
1. Sumber kewangan Hamas antaranya ialah dari sumbangan derma seluruh dunia. Di Malaysia sahaja hampir setiap bulan akan ada kumpulan2 yang menderma secara terus kepada wakil Hamas sama ada di Mesir ataupun di Palestin sendiri. Aman Palestin (Malaysia) contohnya ada pejabat khas di Gaza. Selain itu tentunya datang dari Ikhwanul Muslimin seluruh dunia kerana Hamas merupakan cabang Ikhwan di Palestin.
2. Yang jelas, Hamas punya keupayaan memproduksi/ membuat dan megeluarkan sendiri senjata-senjata mereka. Selain itu mereka ada membeli dari pihak luar tetapi kerahsiaan mereka menyukarkan kita untuk meneka pihak mana.
3. Saya menguruskan laman berita umat Islam SATU UMAT http://satuumat.blogspot.com/ . Oleh itu begitu banyak berita yang menjadi sumber kami daripada pelbagai pihak dan sudut pandangan. Selalu-selalulah ke Satu Umat.
Wallahu'alam.
Post a Comment