Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Sunday, July 20, 2014

Bila, Dari Mana HAMAS Dapat Senjata?



Ramai yang tertanya-tanya... bila dan dari mana HAMAS dapat senjata dan peralatan yang hebat-hebat dalam perang kali ini? Padahal dalam perang-perang sebelum ini senjata mereka biasa-biasa sahaja.

Sebenarnya ketika pemerintahan singkat Mursi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir tempoh hari, pelbagai peralatan, kepakaran, teknologi dan tenaga kerja telah diseludup masuk ke Gaza. Hal ini kerana HAMAS ialah cabang Ikhwan di wilayah Palestin.

Israel sedar akan hal ini lalu dengan segera mereka mengaktifkan kuncu-kuncu mereka di Mesir khususnya As-Sisi dan para penyokong utamanya untuk merampas kuasa. Maka tersekatlah sudah jalan HAMAS. Namun apa yang sempat diperolehi ketika itu sudah sangat besar manfaatnya, sebagaimana yang kita sedang saksikan ketika ini di Gaza.

Dalam tempoh masa sekejap sahaja pemerintahan Mursi, kini Israel sedang ketakutan dan menderita kekalahan. Bayangkan jika Mursi dan Ikhwan masih berkuasa di Mesir sehingga ke hari ini, silap-silap  Zionis Israel sudah lenyap dari bumi Palestin.

Apabila Israel sudah nampak kekalahan dan kehancuran yang bakal menimpa mereka, cepat-cepat mereka cucuk orang mereka di Mesir iaitu As-Sisi agar menganjurkan perdamaian atara Gaza-Israel. Harapan mereka, HAMAS tentulah akan berasa lega lalu menerima pelan damai tersebut memandangkan sudah ramai warga Gaza yang jadi korban.

Isarel cuba bertindak bijak dengan merahsiakan jumlah kematian warga dan askar-askarnya, agar dunia melihat perdamaian berlaku dalam keadaan HAMASlah pihak yang sedang tertekan manakala Israel sedang kuat. Jadi, nampak seolah-olah HAMAS yang terhegeh-hegeh mencari jalan untuk menghentikan perang kerana sedang menderita kekalahan.

Malang bagi Israel dan As-Sisi, Ikhwanul Muslimin Palestin ini iaitu HAMAS sudah cukup kenal kedua-dua belah pihak. HAMAS menolak pelan damai As-Sisi, sebaliknya tanpa gentar terus menjemput angkatan darat Israel menyerbu ke Gaza. Tembelang Israel mula pecah. Nampaklah hakikatnya kini bahawa merekalah sebenarnya pihak yang sedang tertekan dan kekecutan sekarang, lalu mencari-cari jalan agar perang dapat dihentikan.


Abu Zulfiqar
Maklumat setakat 2.24 pm 20 Julai 2014

*Kementerian Wakaf Mesir baru mengeluarkan kenyatan bahawa  bahawa Israel adalah jiran Mesir, dan Tuhan menyuruh berbuat baik dengan jiran.

1 comment:

Anonymous said...

Ye ke.. Kalau hamas dah sampai ke Tel Aviv barulah boleh kata Israel gentar. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Selain bantuan ketika era Morsi dahulu, US juga membekalkan persenjataan melalui proksi mereka yg banyak.

Org sibuk boikot produk berkaitan Israel tetapi Israel boleh gelak besar kerana seluruh dunia menjadi budak suruhan mereka (USA) sahaja, semua bantuan yang sampai di gaza sekurang kurangnya telah di tukar kepada US Dollar sekaligus mewujudkan permintaan terhadap dollar yang kesannya ialah kekalnya hagemoni USA si budak Israel tu. Anehnya, ustaz ustaz tak sebut pun hal ini.. akhir zaman!

Related Posts with Thumbnails