Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Monday, April 15, 2013

Soal Jawab Tentang Panji Langkasuka


Pada awalnya saya mengira tidak perlulah untuk kami memanjangkan lagi tulisan tentang Ajaran Panji Hitam Langkasuka bawaan seorang hamba Allah yang mengelarkan dirinya Raja Merongmahawangsa. Atas dasar itulah maka pada artikel ke-3 tentang ajaran ini saya letakkan perkataan “tamat”. Ketika itu kami mengharapkan agar para pembaca pandai-pandailah membuat pertimbangan sendiri menggunakan kebijaksanaan masing-masing.

Namun begitu, selepas ketiga-tiga artikel itu dimuatnaik ke ruang maya internet, maklumbalas demi maklumbalas kami terima. Kemasukan maklumat begitu pesat sehingga membuatkan kami bersetuju untuk menyatukan kesemua maklumat itu lalu dihidangkan dalam bentuk satu lagi artikel, dan tentunya saya yang akan menjadi tukang karang, tukang taip dan tukang muatnaik.

Kesibukan saya dan rakan-rakan membuatkan usaha ini masih terbantut sedangkan soalan demi soalan dilontarkan kepada kami sehingga mewujudkan lambakan soalan. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk  menghidangkan info-info itu dalam bentuk soal jawab. Maksudnya tulisan ini bukanlah sebuah artikel yang tersusun, tetapi lebih berupa soal jawab yang berterabur susunannya tetapi tidak lari daripada isu.  Dengan kaedah ini kami dapatlah menjawab pertanyaan beberapa pihak sekaligus, tanpa perlu untuk kami menjawab kepada setiap individu.

Tulisan ke-4 ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa kerana ada banyak maklumat yang bakal kami kongsikan, insya-Allah.

Semoga bermanfaat.



PERSOALAN : Dengar cerita Raja Merong dapat tahu banyak perkara ghaib. Benarkah apa yang didakwanya itu?

PENJELASAN : Kami bawakan satu cerita, anda nilaikan sendiri.

Pada tahun 2011, Bangkok dilanda banjir mengejut dan lambat surutnya. Seorang yang menggunakan nama “Jejak Yang Hilang” (selepas ini kita akan lihat perkaitan antara nama ini dengan Merong) membuat dakwaan dalam bentuk tulisan pada 9 November 2011 bahawa banjir di Bangkok tidak akan surut sebelum, malahan akan bertambah buruk sehingga jadi seperti lautan, kecualilah negara Thailand diserahkan kembali kepada raja yang berhak iaitu Raja Empayar Islam Nusantara Langkasuka.

Dengan kuasa Allah SWT, banjir dah lama surut dan Thailand tidak pula diserahkan oleh raja dan pemimpin-pemimpinnya kepada Raja Langkasuka. Maksudnya, berita ghaib yang ada pada Jejak Yang Hilang itu adalah karut belaka. Orang yang berhati-hati dalam mmebuat pertimbangan tentunya tidak akan mudah-mudah mempercayai ramalan-ramalan ugutan seperti itu. Memang dari semasa ke semasa ada sahaja ramalan yang berbau ugutan (sama ada secara langsung ataupun tidak) tetapi secara halus disebarkan oleh kumpulan ini agar mereka diperakui oleh masyarakat.

Berikut ialah tulisan Jejak Yang Hilang pada 9 November 2011 :

Banjir di Thailand semakin buruk dan dengan Izin Allah akan bertambah buruk. Sampai di (*suatu) ketika nanti apabila empat penjuru air ini bertembung maka di saat itu kita akan lihat rebahnya bangunan-bangunan, tumbangnya rumah-rumah rakyat yang (*malapetaka ini) akan menjadi satu kejutan kepada dunia. Bangkok umpama lautan.

Perkara ini hanya boleh dielakkan (*jika) semua rakyat, pemimpin-pemimpin & raja Thailand sedar sudah sampai masanya mereka kembalikan Negara Thailand (Langkasuka) kepada pemerintah/rajanya yang sebenar.

Janji Allah sudah hampir tiba. Empayar Islam Nusantara Langkasuka harus dikembalikan kepada yang berhak. Empayar Islam Nusantara Langkasuka bukanlah suatu yang mitos. BANJIR ini adalah satu petunjuk yang jelas bahawa masa untuk kebangkitan dan sejarah 1400 tahun dahulu akan kembali.

Ramai pihak termasuk umat Islam Thailand masih belum menyedari perkara ini,mereka semua beranggapan Empayar ini hanyalah mitos di zaman moden ini. Kepada umat Islam Thailand dan juga Nusantara bersiap sedialah kita untuk kebangkitan Empayar ini dan harus diperintah oleh yang berhak sahaja. Ramai yang ketawa membaca komen ini.

Dengan IzinAllah, BANJIR ini akan surut setelah Raja Thailand menyerahkan sepenuhnya kuasa pemerintahan Thailand/Langkasuka kepada yang berhak.

Kekejaman mereka terhadap Umat Islam sudah hampir berakhir,bangkitnya Raja yang berhak ini akan terbentuklah sebuah Empayar Kerajaan Islam YANG BERTUANKAN ISLAM, ALQURAN &SUNNAH sebagai tunjang pemerintahan, tiada lagi Demokrasi (*kenyataan ini bersesuaian dengan kenyatan-kenyataan yang dikeluarkan mereka sekarang bahawa sebelum dan selepas Pilhanraya Umum ke-13 akan berlaku huru-hara), tiada lagi pilihanraya sebaliknya MAJLIS SYURA ULAMA & MAJLIS IJTIMAK ULAMA sebagai ganti juga ADIL untuk semua kaum. Semua sistem ciptaan Yahudi Nasrani akan terus dibuang.

Marilah semua Islam khususnya di Thailand dan juga Nusantara ini kita mencari Raja/Khalifah yang memerintah dan mendaulatkan PEMERINTAHAN ISLAM yang sebenar.

KEPADA UMAT ISLAM NUSANTARA BANJIR DI THAILAND/LANGKASUKA, (*banjir di Bangkok) ini bukanlah banjir biasa. Carilah guru-guru yang mursyid dan bukanlah guru-guru yang pentingkan dunia untuk merungkai rahsia banjir ini. Dengan IzinAllah jua banyak perkara-perkara yang pelik akan berlaku selepas ini.


Hasilnya? Maklumat ghaib yang ada pada orang ini ternyata palsu. Hal ini membuatkan orang ramai terfikir… takkanlah Pemegang Panji Hitam Al-Mahdi yang tulen dapat info-info palsu dari alam ghaib atau dari Allah?

Tulisan Jejak Yang Hilang ini boleh tuan-tuan cari di serata internet. Gaya dan isi tulisannya persis betul dengan gaya dan isi tulisan Merong, dan sama benar dengan maklumat-maklumat yang disebarkan oleh orang-orang yang mempercayainya dakwaan-dakwaannya. Sila cari dan teliti sendiri.

Kita lihat satu lagi gaya dan isi tulisan Jejak Yang Hilang pada  2 Disember 2011 pula :

Asslamualaikum Tuan, InsyaAllah Kerajaan Islam Patani/Langkasuka akan kembali dan semua negeri-negeri di bawah empayarnya dahulu mesti di kembalikan di bawah pemerintahnnya berlandaskan ALQuran & Sunnah setelah Pewaris sebenarnya di temui. Bersama-samalah kita menjejak Pewaris yang hilang ini. Masanya dah hampir tiba. Kemunculan beliau akan jadi satu kejutan dunia. Sistem Demokrasi ciptaan Yahudi Nasrani akan di hapuskan. Mulanya kebangkitan Pemerintahan Khalifah/Sultan/Raja Islam di akhir zaman. Tiada lagi pilihanraya.


Bandingkan pula dengan tulisan seorang lagi yang gaya dan isinya lebih kurang sama iaitu individu yang menggunakan TuankuSultanRajaMerongmahawangsa. Tulisan orang ini juga banyak di serata internet. Seolah-olah mereka orang yang sama.

Kita khuatir hal yang menimpa Ustaz Ashaari Muhammad Al-Arqam akan berlaku kepada Merong. Apabila satu berita ghaib/ramalannya salah, dia buat ramalan baru. Apabial salah lagi, buat ramalan lain pula. Kadang-kadang dua tiga ramalan dalam masa yang hampir-hampir serentak. Tapi para pengikut tegarnya tetap yakin akan si ketua.

Lagi tulisan Jejak Yang Hilang pada 10 Mac 2012 :

“Pattani Langkasuka akan MERDEKA dan memerintah dengan undang-undang berlandaskan AlQuran&Sunnah yang akan diketuai oleh Pewaris Raja Islamnya yang sebenar dan dari jalur Ahlul Bait terus kepada Saidina Hassan @ Bani Hasyim yang akan diberi Amanah untuk memerintah dan menjadi Raja Islam akhir zaman bagi menyediakan tapak pemerintahan untuk AlMahdi setelah ianya muncul kelak.”

Nampaknya orang ini mendakwa Raja Langkasuka ini ialah Ahlul Bait (berketurunan Nabi Muhammad saw) dan salasilahnya sampai kepada Saiyidina Hasan bin Sayidina Ali.


PERSOALAN : Benarkah dia seorang ahli Jemaah Tabligh?

PENJELASAN : Buat masa sekarang rasanya tidak, tapi suatu ketika dahulu mungkin. Kami dapat maklumat bahawa dia pernah “keluar” (melakukan aktiviti dakwah mengikut acuan jemaah Tabligh dengan bergerak dari masjid ke masjid dalam tempoh tertentu) bersama-sama Jemaah Tabligh. Kebetulan dia keluar dengan jemaah dari tempat saya. Patutlah pada awalnya dulu saya rasa macam pernah lihat Merong ini kerana pada zaman itu saya selalu mengikut aktiviti Jemaah Tabligh. Tapi tak tahulah pula kalau-kalau pelanduk dua serupa.

Dalam temubualnya bersama Brado Kapak, jelas Merong tidak berpayung di bawah Jemaah Tabligh. Penjelasan Merong ditulis oleh Brado Kapak : “Tuanku menjelaskan bahawa dia tidak bawa Tabligh, dia tidak bawa Sunni,…”

Tulisnya lagi : “Tuanku menjelaskan lagi bahawa apa yang dibawa Tabligh ada yang benar dan ada yang tidak. Yang tidak benarnya mereka tersangkut di situ sahaja. Mereka (Tabligh) tidak mencari ilmu yang benar.”

Apabila dia berpegang dengan dua kenyataan ini :
1.       Apa yang dibawa Tabligh ada yang benar dan ada yang tidak.
2.       Tabligh tidak mencari ilmu yang benar.
Maka bolehlah kita buat kesimpulan bahawa Merong bukanlah seorang karkun (penggiat Jemaah Tabligh).


PERSOALAN : Adakah nama sebenar Raja Merong ini ialah Syu’aib bin Soleh?

PENJELASAN : Tidak. Namanya ialah HXXXXX XXXXX BIN XXXXXX.


PERSOALAN : Benarkah pada zaman Rasulullah saw dulu wilayah Khurasan belum ditanda sempadannya, maka wilayah Nusantara pun sebenarnya termasuk dalam Khurasan juga?

PENJELASAN : Pada zaman Rasulullah ( dan sebelum itu lagi), mereka sudah sedia maklum di mana lokasi wilayah Khurasan iaitu meliputi beberapa wilayah yang hari ini kita kenali sebagai Uzbekistan, Afghanistan, sebahagian Iran, sebahagian Pakistan. Mana-mana wilayah yang sudah biasa disebut oleh masyarakat Arab pada zaman itu, maksudnya wilayah-wilayah itu sudah ada lokasi dan sempadannya.

Pada zaman itu China sudah disebut Sinn, India sudah disebut Sind dan Hind, Parsi sudah disebut Farisi, dan Khurasan sudah disebut Khurasan. Wilayah Khurasan pada waktu itu disempadani/dibatasi oleh China, India dan Parsi. Ketiga-tiga wilayah besar itu pula saling duduk bersebelahan (sila rujuk mana-mana peta). Maksudnya wilayah Khurasan tidak boleh meloloskan diri untuk menyelit keluar merentasi China dan India (yang duduk bersebelahan) untuk tiba-tiba bersambung ke Burma, Thai, Indo-China, Tanah Melayu dan Nusantara seluruhnya.

Kesimpulannya, pada zaman Rasulullah, wilayah Khurasan tidaklah meliputi Nusantara. Khurasan dan Nusantara berada di dua lokasi yang berbeza dan terpisah oleh China dan India.

Pada zaman dahulu ada seorang ulama besar di Kelantan yang datang dari …. Di Kelantan, ulama ini lebih dikenali sebagai Tok Khurasan. Gelaran “Tok Khurasan” itu adalah kerana dia berasal dari wilayah Khurasan. Kita tidak pernah dengar orang yang berasal dari Indo-China, Thai, Jawa, Filipina atau sekitarnya yang digelar “Khurasan”. Hal ini kerana Nusantara bukanlah Khurasan.


PERSOALAN : Benarkah Raja Merong seorang yang kaya-raya?

PENJELASAN : Kita tidak dapat hendak mengkategorikannya, namun dia memang ada terlibat dengan perniagaan yang agak besar dan bertaraf antara negara. Tak tahulah pula kalau-kalau ketika ini dia sudah meninggalkan kerjaya itu.


PERSOALAN : Benarkah kumpulan Panji Hitam Langkasuka ada datang ke markas Tabligh Taiping iaitu di Masjid Hanafi? Bagaimanakah ceritanya?

PENJELASAN : Kisahnya begini….. (anda fikirkan, adakah kesemua turutan cerita ini satu kebetulan ataupun memang diaturkan oleh Allah atas sebab-sebab tertentu).

1.       Pada suatu malam, saya mensyarahkan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin di sebuah surau. Dengan tidak disangka-sangka pada malam itu datang serombongan ahli Jemaah Tabligh untuk mengikuti pengajian. Selalunya tak ada pun. Mungkin satu kebetulan.

2.       Kebetulan ketua rombongan para karkun itu ialah seorang sahabat saya. Mungkinlah kebetulan juga.

3.       Untuk kuliah malam itu, memang saya rancang sedari awal untuk menyelitkan taklimat tentang ajaran Panji Hitam Nusantara dalam kuliah kitab Ihya’. Katakanlah kebetulan juga.

4.       Pada setiap kali kuliah, saya memang memberikan nota kuliah kepada hadirin. Biasanya 8 mukasurat. Itu sahaja. Tetapi untuk malam itu saya siapkan nota iringan setebal 24 muka surat seputar Ajaran Panji Hitam Langkasuka untuk diedarkan kepada para pendengar. Kebetulankah?

5.       Beberapa hari kemudian, jemaah ini berkumpul di Masjid Hanafi Taiping. Masjid itu memang menjadi lokasi iktikaf mingguan para karkun daerah Larut Matang. Ramailah karkun ketika itu. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang minta ruang untuk berucap. Namun begitu jemaah menolak permintaannya. Salah seorang elders Tabligh memanggil lelaki ini. Berlakukah perbualan, dan orang ini mendakwa dari kumpulan Panji Hitam Langkasuka (tak tahulah sama ada orang ini Raja Merong sendiri ataupun orangnya). Masih satu kebetulan?

6.       Elders Tabligh yang mula-mula memanggil lelaki itu dan bersoal-jawab dengannya ialah sahabat saya sendiri, yang mengetuai rombongan ke majlis pengajian kitab Ihya’ saya tempoh hari. Masih satu kebetulan?

7.       Setelah mendapat tahu bahawa orang ini dari Panji Hitam Langkasuka, jemaah Tabligh Taiping yang sudah sedia maklum tentangnya (melalui kuliah dan risalah tempoh hari) langsung tidak memberi ruang. Apatah lagi tujuan orang itu ialah untuk memohon derma sebagai dana untuk Raja Merong mendirikan daulah.

Cuba kita renungkan, kronologi peristiwa dari nombor 1 sampailah nombor 7. Adakah kesemuanya sekadar satu kebetulan? Bukankah kesemuanya berkait rapat satu sama lain?

Satu hal yang musykil di sini, setahu kita Raja Merong seorang yang berduit malah mendakwa punya banyak harta di seluruh dunia sama ada yang sudah di dapat ataupun yang bakal di dapat. Tapi, mengapa minta derma dengan jemaah Tabligh?


PERSOALAN : Benarkah Raja Merong meyakini bahawa P. Ramlee ialah seorang wali Allah?

PENJELASAN : Saya tidak tahu sejauh mana keyakinannya, tapi di sini saya letakkan petikan tulisan sahabat saya Brado Kapak (yang berbual berdepan muka dengan Raja Merong) di blognya http://www.bradokapak.com/2013/04/ekslusif-majlis-baiah-raja-raja-dan-13.html :
“Kata RN (Raja Nusantara/Raja Merong) kepada saya (Brado Kapak), Teuku (Teuku Zakaria@P. Ramlee) merupakan salah seorang waliyullah yang diberikan kelebihan oleh ALLAH SWT untuk menunjukkan kasyaf, firasat dan kelebihan bakatnya dalam bidang perfileman.


Insya-Allah akan disambung.






*5 Ogos 2013 - Petikan dari laman http://www.nescafeais.com/cubaan-rampas-istana-negara-gagal-kumpulan-panji-hitam-di-tahan/

ddd
 
Sekitar jam 4 pagi tadi sekumpulan individu telah berhimpun di hadapan pintu 1 Istana Negara Kuala Lumpur dalam cubaan kononnya nak rampas Istana !!

Kumpulan ini terdiri seramai 8 orang lelaki dan 2 orang perempuan berpakaian serba hitam menaiki 3 buah kereta.

Mereka mengakui dari Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan bertujuan datang ke istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa mereka adalah pewaris agong yang sah.

Tangkapan terhadap kesemua ahli kumpulan ini termasuk kenderaan telah dibawa ke Balai Travers.
Pemeriksaan awal kesemua kenderaan tiada dijumpai sebarang barang atau senjata salah hanya bendera dan beberapa helaian surat watikah baiah kumpulan ini.

Setiap kenderaan di pasang bendera bertulisan kalimah tauhid dan rampasan sebanyak 13 buah bendera kesemua.
ddd
 
Suspek yang d tahan adalah seperti berikut :

1. HASBUL JALIL B HASSAN, KPT: 730719-02-5087,
Alamat: 204, KG KUALA SAMAK, 09300 KUALA KETIL, KEDAH

2. MOHD ZULKIFLE B HJ HAMIDI, KPT: 600708-08-5177, Alamat: LOT 88, KG GAROK, SG BAYOR RANTAU PANJANG 34110 SELAMA, PERAK

3. ZULHILMI B. SARIMAN, KPT: 890417-01-5847, Alamat: NO 79, JLN KEMPAS, TAMAN MEGAH RIA, 81750 MASAI, JOHOR

4. AZHAR B. HAMIDI, KPT: 720210-08-6355, Alamat: LOT 88, KG GAROK, SG BAYOR 34110 SELAMA, PERAK

5. MOHD HAZIQ HILMI B SALLEH, KPT: 891227-01-6181, Alamat: NO. 54, JLN NENAS 2, TMN KOTA MASAI, 81750 MASAI, JOHOR

6. ABDUL HAFIZ B SULAIMAN, KPT: 880327-04-5453, Alamat: LOT 241, KG GHAFAR BABA, 76400 TANJONG KELING, MELAKA

7. RAJA NOORAINI BT RAJA AHMAD, KPT: 611222-08-5760, Alamat: NO. 31, LORONG 5, TMN SRI KURAU, KEMUNTING 34010 TAIPING, PERAK

8. MADKAYA B ABDUL GAPUL, KPT: 690714-12-5229

ddd

Read more: http://www.nescafeais.com/cubaan-rampas-istana-negara-gagal-kumpulan-panji-hitam-di-tahan/#ixzz2b5axEoBL


Saturday, April 13, 2013

Saintis Iran Cipta Mesin Waktu?



Pejabat berita The Telegraph di London menyiarkan maklumat bahawa seorang ilmuwan Iran berusia 27 tahun iaitu Ali Razeghi dari Pusat Penemuan Strategis Kebangsaan mendakwa “Time Machine Aryayek Traveling” yang boleg digunakan untuk mengetahui masa depan sudah berjaya dihasilkan. ‘Mesin waktu” itu dipercayai dapat membuat ramalan tentang sekitar lima ke lapan tahun masa depan seseorang, dengan ketepatan dalam lingkungan 98 peratus.

Ali Raghezi yang berjawatan Pengarah Pusat Iran untuk Penemuan Strategis itu sudah bekerja untuk projek mesin waktu ini selama 10 tahun. Dia juga sudah berjaya mencipta 179 penemuan lain. Menurutnya, mesin waktu ini tidak akan membawa kita ke masa depan tetapi ia mampu membawa masa depan kepada kita.

Dengan mesin waktu ini (sekiranya benarlah ia berjaya dihasilkan), Iran akan berupaya untuk mengetahui lebih awal tentang jatuh naik mata wang, harga minyak, aktiviti ketenteraan yang bakal dilakuakn negara asing dan sebagainya. Maksudnya Iran dapat membuat persediaan lima tahun lebih awal.

Ali Beghazi boleh berbangga dengan ciptaaannya memandangkan Amerika Syarikat masih gagal untuk manghasilkannya walupun sudah menghabiskan sangat banyak belanja. Namun begitu maesin waktu ini mendapat kritikan rakan dan kaum keluarga Ali Baghezi kerana mereka memandang ia sebagai alat untuk “bermain” dengan Tuhan.
Mesin waktu ini bakal dipasarkan apabila Iran sudah mampu untuk berbuat demikian. Prototaipnya tidak dilancarkan kerana dikhuatiri teknologi ini akan dicuri oleh pihak lain terutamanya China.

Abu Zulfiqar
13 April 2013

Wednesday, April 10, 2013

SJ - Bhagavad Gita, Veda, Zabur



PERSOALAN : Salam, saya ada menemui laman web http://www.bhagavad-gita.org
dan saya rasakan ia adalah kitab Veda/ agama Hindu/ nak kata kitab zabur tak mau lah..
Ia terpecah kepada 3, melalui Tindakan, Ketaatan dan Akal..
Dan pada pendapat saya, ia merupakan cara atau kaedah untuk mengenal diri.. dan lebih glamour dengan ucapan kenal diri kenal tuhan.

Apa pandangan saudara?


PENJELASAN : Wlksm. Bhagavad Gita ialah salah sebuah kitab suci penganut agama Hindu, namun ia bukanlah kitab Veda (yang terdiri daripada 4 bahagian iaitu Rig Veda, Yajur Veda, Samar Veda dan Atharva Veda), dan ia juga bukanlah kitab Zabur.

Saya pernah membaca kitab Bhagavad Gita ini walaupun tidak habis semua. Isi utama kitab ini ialah dialog antara Krishna (yang mungkin sekali seorang rasul pada zaman itu) dengan anak muridnya yang bernama Arjuna/Arjun (seorang pahlawan besar) sejurus sebelum Perang Baratayuda atau dikenali juga sebagai Perang Kurukshetra .

Ketika tentera Arjuna dan tentera musuh sudah pun saling berhadapan, ketika itulah Krishna memberikan nasihat-nasihat agama kepada Arjuna. Nasihat-nasihat Krishna inilah yang kemudiannya didokumenkan lalu dinamakan kitab Bhagavad Gita.

Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud di Timur Tengah, manakala isi kandungan kitab Bhagavad Gita ialah perkataan-perkataan Krishna di India. Oleh itu tidak ada perkaitan antara kedua-duanya.

Isi kandungannya memang berkaitan dengan agama dan keTuhanan melalui yoga-yoga dalam agama yang kita nisbahkan kepada agama Hindu hari ini.

Wallahua’lam.

Abu Zulfiqar
10 April 2013
Related Posts with Thumbnails