1.0 PENDAHULUAN
Dengan kuasa Allah SWT, seorang
blogger yang menggunakan nama Brado
Kapak ada pergi menemui Raja Merongmahawangsa II (Putera Bani Tamim/Syuaib
bin Soleh/Pemegang Panji Al-Mahdi/Raja Langkasuka Nusantara dan sebagainya) ini
sebagaimana nukilan di blognya yang bertajuk “(Eksklusif] Raja Nusantara Empayar Langkasuka” http://bradokapak.blogspot.com/2013/03/ekslusif-raja-nusantara-empayar.html#more
. Setakat pertemuan itu, Brado Kapak secara peribadi melihat wujudnya kebenaran
pada dakwaan-dakwaan itu. Kita menghormati pandangan Brado Kapak. Terima kasih juga
kepada Brado Kapak atas artikelnya itu yang sedikit-sebanyak membantu pemahaman
kita akan hal ini.
Artikel Brado Kapak itu
agak panjang, tuan-tuan boleh menelitinya di link yang diberikan di atas tadi. Jadi
saya cuma mahu mengeluarkan beberapa lagi maklumat penting tentang Raja
Merongmahawangsa II dan jemaahnya, sebagai sambungan kepada maklumat-maklumat
terkumpul dalam bahagian pertama artikel ini.
2.0 MAKLUMAT TAMBAHAN UNTUK KITA
2.1 Brado Kapak dan
beberapa orang lagi pergi menemui Tuanku Merongmahawangsa II di sebuah surau di
Gombak (*kemudiannya saya mendapat maklumat bahawa surau yang dimaksudkan ialah
Surau Al-Falah, Apartment Kenari, Taman
Melati. Merong II biasanya berada di surau itu pada waktu Maghrib dan Isya’.
Sesiapa yang berhajat bolehlah mencarinya di sana).
2.2 Ketika bersalaman,
Brado Kapak dapat “merasakan tanda” pada diri Merong II.
2.3 Merong tidak mahu memberitahu nama sebenarnya
ketika ditanya oleh Brado Kapak.
2.4 Merong maklumkan yang
dia dan kawan-kawannya ada pergi menemui seorang yang didakwa sebagai wali Allah bernama Baba Haji Mohamad Tahir bin Haji Ismail di Gua Musang (*guru pondok Sungai Bayu itulah). Wali
Allah itu menangis dan membai’ah Merong.
Wali Allah itu kata Merong tak perlukan kawan-kawannya, dan kedudukan Merong
adalah lebih tinggi daripada mereka. Beberapa hari kemudian, guru itu pun mati.
2.5 Merong mengatakan pada
suatu petang pada pukul 6.45 (tarikhnya tak dimaklumkan) dia dibai’ah dari langit. Tempatnya ialah di surau itu, betul-betul di tempat
Brado Kapak duduk.
2.6 Merong mendakwa bahawa
pada bulan 3 tahun 2012, dia telah diberitahu yang dirinya ialah pemegang amanah harta Langkasuka. Siapa
yang memberitahunya tidaklah dinyatakan dalam artikel Brado Kapak
2.7 Raja Merong mendakwa
bahawa raja-raja dan Datuk Seri Najib
sudah bertemu dengannya.
2.8 Merong juga mengatakan
bahawa Pope Benedict (Ketua Kristian
Katholik Sedunia di Vatican) meletakkan jawatannya sebagai pope kerana
sudah mengetahui tentang Raja Merongmahawangsa II (dirinyalah). Pope dijangka
akan datang menemui Merong ataupun Merong yang akan pergi bertemu Pope. Pope
akan buat pengesahan (tentang apa tidaklah dimaklumkan kepada Brado Kapak).
2.8 Merong berkata dia
sudah menghantar profail dirinya ke Istana Kedah, Istana Jalan Duta, istana di
Palembang, Pejabat Amanah Manila, pejabat Pope Benedict dan beberapa istana
lagi. Juga kepada unit Risik, orang-orang kenamaan dalam kerajaan dan MKN. Tak
lama lagi Sultan Kedah sendiri akan
isytiharkan (*isytiharkan apa tidaklah dimaklumkan).
2.9 Merong mendakwa ada ke Manila, Filipina sekitar bulan Februari 2013
atas urusan harta Kerajaan Sulu/Suluk. (*Dalam bahagian ke-3 nanti, kita akan
bentangkan kemungkinan hubungan rapat antara Merong dengan apa yang berlaku di
Lahad Datu. Parti-parti politik Malaysia jangan bergaduh dulu, lebih baik cari
kunci peristiwa Lahad Datu pada diri Merong, manalah tahu kalau-kalau ada. Tak
susah pun hendak mengadap dia di surau itu).
2.10 Merong mendakwa sudah
bertemu dengan penjaga harta (emas)
Kerajaan Sulu untuk beberapa pengesahan. Penjaga itu sudah memberikan satu
surat kepada Merong, surat yang ditandatangani oleh orang amanah negara
Filipina. Surat itu mengesahkan yang Merong ialah pewaris harta-harta Kerajaan
Nusantara. (*Hendak tahu apa kaitan
orang itu dengan situasi di Lahad Datu kalau-kalau ada, bolehlah bertanya
kepada Raja Merong)
2.11 Raja Merong mengakui dia tidak membawa fahaman Sunni (*maksudnya
dia bawa selain Sunnilah), Syiah, Tabligh, Salafi Wahabi dan sebagainya.
Bahkan semua fahaman itu mesti mengikut ajarannya.
2.12 Merong tidak menjawab
siapakah Ahmad Albab. (*Saya pun
tidak pasti siapakah Ahmad Albab menurut artikel Brado Kapak, tapi mungkin
dialah gelaran untuk penjaga harta Kesultanan Sulu/Suluk atau Langkasuka).
2.13 Merong mengakui
dirinyalah Syuaib bin Soleh aka Pemuda
Bani Tamim.
2.14 Brado Kapak sudah
bersedia hendak membaiah Raja Merong tapi Raja Merong menolak dengan alasan belum
tiba masa lagi.
2.15 Merong mendakwa
sedang mengumpulkan ahli jemaahnya yang berjumlah 313 orang.
2.15 Merong mendakwa
kerajaannya akan meliputi Malaysia, Selatan Thai, Brunei, Singapura, Indonesia
dan Selatan Filipina.
2.16 Merong mengatakan dia
ditawarkan 5 billion (tak dinyatakan
dalam mata wang apa dan oleh siapa) untuk dia gunakan, tetapi dia menolak
kerana tidak mahu menggunakan wang rakyatnya.
2.17 Merong mempelawa
sesiapa yang ingin berbaiah kepadanya bolehlah
datang ke surau itu (*tapi Brado Kapak yang mahu berbaiah ditolaknya tadi).
2.18 Mendakwa dirinya boleh keluar masuk istana (*tidak
dinyatakan istana mana) dengan mudah dan tidak ditangkap.
2.19 Merong mengakui “personaliti” yang diminta untuk ditemui oleh Sultan
Kiram III dahulu tidak lain ialah dirinya sendiri. (* Pihak keselamatan dan
orang-orang politik elok sangatlah bertemu dengan Merong dan memohon
penjelasan. )
3.0 PENUTUP
Begitulah… semakin banyak
dakwaan yang dibuat. Terpulanglah kepada tuan-tuan untuk membuat penilaian.
Bertemu lagi dalam bahagian ke-3, insya-Allah.
Abu Zulfiqar
29 MAC 2013
1 comment:
Taik kucing kau lah...agak2 la nak membongak je keje kau ni...adoi ni mesti kaki tengok dvd ni w
Post a Comment