1.0 PENGENALAN
Alhamdulillah, syukur.
Selalunya apabila muncul
ajaran-ajaran atau kumpulan-kumpulan yang pelik-pelik, para sahabat akan menghubungi
saya kerana mereka tahu minatnya saya akan hal-hal sedemikian. Tahun 2013 ini
merupakan tahun yang paling sibuk bagi saya, jadi saya sangat kekurangan waktu
untuk melibatkan diri. Namun dalam minggu ini mesej demi mesej tiba meminta
pandangan saya tentang kumpulan Panji Hitam Langkasuka/Nusantara.
Pada mulanya saya memang
tidak bersedia untuk ikut campur, tapi kawan-kawan nampaknya sangat mengharap. Oleh
itu, atas keterbatasan ruang masa, saya hanya akan mengkongsikan
maklumat-maklumat yang saya sahaja. Berdasarkan maklumat-maklumat itu nanti,
para pembaca bolehlah membina keputusan sendiri. Wallahua’lam.
2.0 DIALOG KAMI
Perbualan saya dengan
salah seorang pengikut kumpulan Panji
Hitam Langkasuka (*atau mungkin juga pemimpinnya sendiri) bermula pada 13
Ogos 2012.
ABON : Assalamualaikum....boleh minta pandangan dan pendapat? Menarik
tulisan tuan tentang Pemuda Bani Tamim (*maksudnya tulisan-tulisan saya yang
membongkar ajaran sesat Al-Mahdi Yaman dan Pemuda Bani Tamim Lombok).
ABU ZULFIQAR : Wlksm Abonrealtyestate
Abon (*saya buat semakan di Facebook semalam, akaun dengan nama ini sudah
tidak ada/tidak aktif). Boleh.
ABON : terima kasih..jika tuan ada kelapangan kita
sembang di chat..minta tuan accept ana.
(*Selepas diterima sebagai rakan FB…)
Assalamulaikum, apa pendapat dan pandangan tuan, Pemuda Bani Tamim sudah
pun lahir di Malaysia bumi bertuah ini. Beliau sudah membentuk Jamaahnya untuk
permulaan selepas dibai'ah dan dan sahkan oleh Tuan Guru Wali Hidup (*saya tidak pasti siapakah orang yang
dikatakan Wali Hidup ini, tapi mungkin sekali Ustaz Muhammad Tohir bin Ismail,
pengasas Pondok Sungai Bayu, Gua
Musang, Kelantan) . Identitinya Allah sembunyikan untuk mengelirukan
musuh-musuh.
ABU ZULFIQAR : Wlksm tuan. Pendapat dan pandangan saya..... saya tidak
tahu PBT (*Pemuda Bani Tamim) sudah lahir ataupun belum, tapi tidak mustahil
jika dia sudah lahir ketika ini. Tentang tempat lahirnya tidaklah saya ketahui.
Hadith-hadith Nabi cuma mengatakan PBT akan datang dari sebelah Timur. Timur itu pula sangat luas, dari Najd
ke Iraq, Khurasan, Sind, Hind, India, China, Indochina, Jepun, Nusantara...
sangatlah luas wilayahnya. Namun, tidak mustahil jika dia lahir di Malaysia.
Tentang PBT sudah membentuk jemaahnya sekarang, saya tak tahu juga.
Boleh jadi sudah, boleh jadi juga belum. Tentang PBT dibai'ah dan disahkan oleh
Tuan Guru Wali Hidup, hal ini kali pertama saya mendengarnya. Jadi saya tak ada
maklumat tentangnya.
Tentang identitinya disembunyikan Allah, ya, saya berpandangan begitu
kerana jika identitinya terdedah, sudah tentu dia akan dibunuh, atau dianiaya,
atau dicacatkan, atau sebagainya sejak awal lagi oleh musuh-musuh Islam.
(*Fahamlah kita, bahawa Pemuda Bani Tamim sebenar tak akan mudah-mudah menghebahkan
dirinya sebagai PBT. Yang menghebah-hebah
ke sana ke mari itu, ringkas cakap… bukan dia le tu)
Sebenarnya gelaran "Pemuda
Bani Tamim" itu sendiri saya belum ketemu dalam hadith-hadith yang
sesuai dijadikan sandaran kecuali satu
hadith (mungkin ada yang lain, cuma saya belum jumpa). Dalam hadith-hadith
lain, gelaran 'PBT' tidak dinyatakan secara langsung. Wallahua’lam.
ABON : Terima kasih atas pendapat tuan tu...memang tak
jelas dalam hadith-hadith mengenai PBT ni, tapi ada satu hadith yang mengatakan
pemegang/pembawa Panji Hitam ALMahdi, juga dia akan memperolehi kerajaan yang
luas di Timur...sebenarnya dari kefahaman ana PBT ni satu rahsia Allah yang
amat besar dan bukan mudah untuk difahaminya,,,melainkan dengan pentunjuk dari
Allah...Tuan boleh scan nama seseorang
untuk mengetahui asal usulnya? (*Kemudian dialog kami bersambung pada waktu
yang lain, sebagaimana di bawah)
ABON : Maaf menggangu tuan. Tuan orang Taiping?
ABU ZULFIQAR : Ya, saya di Taiping. Tuan di
mana?
ABON : Ana di KL tuan, tapi mentua orang Taiping. Tuan
Taiping area mana?
ABU ZULFIQAR : Asal di Pokok Asam.
ABON : Dekat tu, tuan dah dapat mesej yang ana hantar tu (*tentang
kemampuan scan nama orang untuk mengetahui asal-usulnya – satu ilmu yang hebat
nampaknya)?
ABU ZULFIQAR : Oh, belum baca. Maaf, Baru nak baca, dia (*mesej itu) dok
kat atas tadi, tak perasan. Pasal scan nama, saya tak ada ilmu tu.
ABON : Sebab ana tengok komen tuan pasal PBT Lombok tu, tuan tengok muka
dia tapi tak nampak auranya (sebagai) PBT. (*Sebenarnya yang saya buat ialah memohon
gerak daripada Allah dan menggunakan serba-sedikit ilmu menilai orang dari air
muka. Itu sahaja.)
Tuan kenal dengan Tuan Guru Baba
Hj Thahir Mohamad Bin Haji Ismail?
ABU ZULFIQAR : Ya, memang tak nampak dia PBT. Yang saya nampak wajahnya
menunjukkan dia berpenyakit, tak sihat. Tuan Guru Sepanjang (*seorang ulama
Pattani) ke?
ABON : Bukan, Pengasas Pondok di Sg
Bayu Gua Musang. Dengar cerita dia yang dah membai'ah dan mengesahkan Jamaah 313 Panji Hitam tu, sebelum dia
meninggal. Tarikh bai'ah 27/4/12 Allahyarham kembali ke rahmatullah 1/5/12. (*Dalam
siri akan datang, saya akan bawa kisah ini selanjutnya. Kononnya Pemuda Bani
Tamim (atau Raja Langkasuka) bersama-sama beberapa orang rakannya ada pergi
bertemu Ustaz Tohir ini, dan Ustaz Tohir menangis
dan membai’ah Raja Langkasuka. Selang beberapa hari, meninggallah si ustaz.
Maka hilanglah saksi utama peristiwa
itu dari alam ini. Benar atau tidak, tidaklah dapat kita pastikan. Wallahua’lam).
ABU ZULFIQAR : Belum pernah dengar ceritanya tentangnya. Dulu dia
tinggal di mana?
ABON : Dia asal Patani...berguru juga di Pondok Pasir
Tumboh. Dia buka pondok di Gua Musang tu.
ABU ZULFIQAR : Saya tak ada maklumat tentang diorang, jadi tak tahu nak
komen apa-apa.
ABON : Ok tuan takpe, ana tanya aja. ana beraya di Taiping
insyaallah..ingat nak kenal dengan tuan.
ABU ZULFIQAR : Oo... rumah saya di Trong. Kampung asal di Taiping. Tak
ada orang dah di Pokok Asam. Rumah tuan di mana?
ABON : Taman Sri Kurau Kamunting. Kita boleh kat masjid solat jamaah, pastu
boleh kenal-kenal.
ABU ZULFIQAR : Hmmm... tak berani
janji lagi. Tengok dulu, sebab jadual raya ni memang agak padat.
ABON : Ok takpa tuan,,,bukan ape
ana tertarik dengan komen tuan pasal PBT tu yang menjadi misteri ramai umat. Tuan
tahu ke pasal Kerajaan Islam Empayar Langkasuka Nusantara akan bangkit?
ABU ZULFIQAR : Tak tahu juga.
(*Dialog terhenti dan bersambung kemudian).
ABON : Assalamualaikum,,tuan dah tengok logo Saudi Arabia Police di Google?
ABU ZULFIQAR : Wlksm tuan. Belum. Jap nak Google. (*Saya pun mengambil
masa mencari maklumat yang diperkatakan, yang menunjukkan kemungkinan perkaitan
antara pasukan keselamatan Saudi dengan kongsi gelap Dajjal).
ABON : Dah tengok ke tuan?
ABU ZULFIQAR : Dah. Memang menarik info ni.
ABON : Inilah punca permasalahan
umat Islam sekarang ini yang ramai umat belum faham
apa yang berlaku di Malaysia sekarang ni ada kaitan dengan ini.
ABU ZULFIQAR : Ya, kongsi gelap
'Satu Mata' menguasai dunia.
ABON : Sebab inilah Panji Hitam Langkasuka di utuskan untuk membawa umat
kembali. Panji Hitam Langkasuka@Timur.
ABU ZULFIQAR : Harap-harap semua umat Islam bangkit sekali.
ABON : Di sinilah perlunya Khalifah@Raja yang berani
memimpin untuk menegakkan ini. Tanpa Khalifah@Raja bagaimana Islam nak bangkit?
ABU ZULFIQAR : InsyaAllah akan didatangkan Allah rajanya.
ABON : Buktinya dah jelas...pemimpin mana yang berani menentang agen
Dajjal ini,,,inilah Perintah & Amanat yang diterima oleh Jamaah 313 Panji
Hitam Langkasuka dipimpin oleh Tuanku
Sultan Raja Merongmahawangsa II dengan izin dan panduan Allah akan bangkit
menentangnya...InsyaAllah.
ABU ZULFIQAR : Kalau benar bagai yang dikata, kita tunggu sahaja masanya
nanti. InsyaAllah tak ke mana. Akan
kita kalahkan juga kongsi gelap Dajjal.
ABON : InsyaAllah tuan dengan bantuan dan pertolongan Allah...pasti
ianya musnah. Jamaah 313 Panji Hitam Langkasuka sedang mempersiapkan dan
melengkapkan jamaahnya dengan pilihan oleh Allah.
Tuan boleh berhubung
dengan Tok Kenali (*yang sudah lama meninggal dunia, tapi sebahagian orang
yang tidak mahu menerima hakikat kematian Tok Kenali percaya bahawa Tok Kenali hanya “berpindah alam” ataupun
sebenarnya hanya “ghaib”. Sebenarnya banyak kumpulan di seluruh dunia yang ada
kepercayaan sebegini ke atas tokoh-tokoh mereka)?
ABU ZULFIQAR : Aduh, saya mana sampai ke tahap tu tuan! Masih amatur lagi. Nak berhubung dengan orang di sebalik
dinding pun kena pakai telefon lagi. Tuan ada kenal ke sesiapa yang boleh
berhubung dengan Tok Kenali? Ataupun tuan sendiri mungkin pernah berhubung dengannya?
ABON : InsyaAllah..boleh diikhtiarkan...majlis
Panji Hitam Langkasuka InsyaAllah akan diadakan di Masjid Tok Kenali Kubang
Krian... InsyaAllah..dalam majlis yang sudah-sudah semuanya datang… (*seperti) Wali-wali Sembilan, Wali-wali kutub juga
hadir. Nabi-nabi. Jin-jin Islam. (*Kelihatannya ini satu majlis yang sangat
luar biasa hebat)
ABU ZULFIQAR : Memang menarik info ni. Nampak meriah majlisnya tu. Siapa
antara nabi-nabi yang menghadirkan
diri pada majlis tu tuan?
ABON : Alhamdulillah...jika dilihat dgn mata kasar
majlis tu lihat para jamaah alam nyata ja, tapi jika dilihat dengan mata halus...kehadirannya
terlalu ramai, sebab Jamaah 313 Panji Hitam Langkasuka ini mendapat 100%
sokongan dari mereka dengan bantuan Allah...ini juga memang diakui oleh Zionist.
Nabi Khidir, Nabi Ilyas dan ramai lagi.
Mereka ingin mendengar apa yang di bincangkan.
ABU ZULFIQAR : Boleh tak diusahakan agar orang-orang di majlis tu "zass" kumpulan Nasser Mohamed
(*Al-Mahdi Yaman) dan Abdul Aziz Lombok (*Pemuda Bani Tamim Lombok yang
didukung kuat oleh Juniyati Hamid dari Puchong itu) tu, kasi habis. Kacau
daun betul diorang berdua tu. (*Ye lah, oleh kerana kumpulan Panji Hitam
Langkasuka ini ada hubungan erat dengan para nabi, para wali dan jin-jin Islam…
saya ingatkan bolehlah mereka berbuat sesuatu ke atas Al-Mahdi Yaman dan lebih-lebih
lagi PBT Lombok yang punya jin-jin yang hebat juga. Jawapannya……)
ABON
: Biarkanlah aja tuan..bukan mereka aja yang mengaku
camtu, yang dah dikuasai oleh jin, termasuklah Global Ikhwan, Abuya (Arqam).
ABU ZULFIQAR : Betul tu. Banyak
pihak yang mengaku itu ini. Global Ikhwan pun salah satu juga.
ABON : Yang sahih Panji Hitam
Langkasuka ini 100%, sebab tu semua wali-wali, para nabi hadir bila adanya
majlis perjumpaan. 100%. (*Maksudnya gerenti lagi confirm betul dan benar).
ABU ZULFIQAR : Seandainya betul,
kita mendoakan agar pasukan Panji Hitam Langkasuka mendapat kejayaan
gemilang.
ABON : InsyaAllah tuan atas bantuan Allah juga hendaknya sebab Tuanku
Sultan Raja Merongmahawangsa II ini adalah dari keturunan Nabi Allah Sulaiman + Nabi Muhammad SAW, keturunan Nabi
Ibrahim + Nabi Sulaiman yang hilang tu.
AU ZULFIQAR : Tuan, saya nak minta diri dulu, nak istirehat. TQ atas
info-info menarik. InsyaAllah nanti kita sambung lagi. Aslkm.
ABON : Ok..ana pun nak berundur.
ABU ZULFIQAR : Baik. (*Dialog kami bersambung
kemudian).
ABON : Assalamualaikum..terima kasih. Menarik post tuan
pasal logo tu. Mana tuan dapat artikel tu? (*Iaitu artikel saya yang bertajuk “Mata Dajjal dan Pihak Berkuasa Saudi”
yang boleh diikuti di http://myalexanderwathern.blogspot.com/2012/08/mata-dajjal-dan-pihak-berkuasa-saudi.html
. Artikel ini terhasil apabila sahabat kita Tuan Abon memaklumkan sebelum ini
kepada saya tentang simbol pada lencana pasukan keselamatan Saudi. Dari situ
saya mengumpul lagi maklumat-maklumat lain lalu terhasillah artikel itu)
ABU ZULFIQAR : Lepas tuan bagitau tu, ana terus round-round internet le
(*cari maklumat-maklumat berkaitan).
ABON : Kena sebarkan tu. Dah hilang dah artikel tu.
ABU ZULFIQAR : Saya sedang update laman
Satu Umat ni (* http://satuumat.blogspot.com/
ialah sebuah lagi laman kelolaan saya yang menyajikan info suka duka umat Islam
seluruh dunia dari segi semasa dan sejarah). Nanti saya try cari semula. Tapi
kat wall saya ada lagi rasanya artikel tu.
ABON : Bagus tu tuan. Simpan baik-baik artikel tu. InsyaAllah,,,minggu
majlis iktikaf di masjid Panji Hitam Langkasuka akan diadakan..di satu masjid yang
dah terpilih oleh Allah.
ABU ZULFIQAR : Di Masjid Tok Kenali
tu ke?
ABON: InsyaAllah tuan, majlis 1 malam iktikaf. (*Dialog kami bersambung
kemudian)
ABON : Assalamualaikum tuan, hadith
sahih tu...ada lebih 80 hadith sahih
sebenarnya...
ABU ZULFIQAR : Wlksm. Hadith tentang Pemuda Bani Tamim ke tuan? Saya
jumpa 1 hadith tu je yang sebut "Pemuda Bani Tamim".
Hadith-hadith lain belum jumpa. Dari segi kesahihannya saya tak pasti, kerana
setakat yng saya temui, hanya Imam
Baihaqi yang meriwayatkannya. Tuan ada hadith-hadith sahih yang sebut
"Pemuda Bani Tamim"? Harap dapat kongsi dengan saya (*kerana katanya
hadith itu sahih bahkan ada pula lagi
lebih 80 hadith sahih tentangnya.)
ABON : Ya tuan Hadith tentang PBT tu, memang tak banyak hadith sebutkan
PB Tamim, tapi banyak yang menyebutkan Pemegang Panji ALMahdi, ana pun bukanlah
pandai sangat dalam hal ini. InsyaAllah nanti ana rujuk dengan Guru dalam Jamaah yang pakar dalam hadith ini. Ana ada
maklumkan kepada Guru semalam kat surau (*siapa
orangnya tidaklah dapat dipastikan, tapi mungkin sekali orang yang mengaku sebagai Raja Langkasuka/Pemuda Bani Tamim/Syuaib bin
Soleh itulah, yang beroperasi di sebuah surau di Gombak itu. Wallahua’lam),
dia yang bagi tau ada lebih 80 hadith
ini. Tuan juga boleh rujuk dalam Sahih Bukhari dengan Sahih Muslim, ada tu...
(*berdasarkan kata-kata ini saya kira Tuan Abon sendiri tidak tahu dan tidak
mengkaji pun benar atau tidak wujudnya hadith-hadith
sahih yang lebih 80 buah itu, tetapi sekadar meyakini kata-kata guru tadi)
ABU ZULFIQAR : Ya, pemegang panji Al-Mahdi memang banyak disebut, tapi yang sebut "Pemuda Bani Tamim"
saya jumpa hanya yang satu itu. Sebenarnya kata orang tua-tua, itu salah satu isyarat untuk kita
mengetahui benarkah sesuatu pasukan itu Pasukan Panji Hitam yang dimaksudkan
ataupun sekadar dakwaan sahaja. Pasukan panji Hitam yang sebenar katanya tidak
akan menggunakan/mengaitkan diri mereka dengan "Pemuda Bani Tamim" (kerana gelaran itu tidak sahih dan tidak
juga hasan, )tetapi mengaitkan diri mereka dengan pasukan panji hitam,
pemegang panji Al-Mahdi dan seumpamanya sahaja. Itu petunjuk/rahsianya untuk
kita mengenal Pasukan Panji Hitam yang asli. Kata orang tua-tua le. Wallahua’lam.
Saya pernah cuba-cuba cari dalam
kedua-dua sahih yang disebutkan sekali imbas, tapi tak ada yang sebut "Pemuda Bani Tamim".
ABON : Ya betul tu tuan, itulah Panji Hitam Langkasuka
Nusantara dari Timur rahsia yang ramai umat sukar untuk memahami,,hanya yang
TERPILIH.
Betul tu pendapat tuan.
ABU ZULFIQAR : Dengar orng tua-tua cakap je. Mungkin ada betulnya.
ABON : Ya betul tu, memang tak salah lagi....petunjuk
makin jelas selepas majlis iktikaf 1 malam baru-baru ini di Masjid Solehi Tok Kenali..
ABU ZULFIQAR : Ada info terbaru ke tuan?
ABON : Ada tuan...satu lagi keajaiban
dari langit ditunjukan pada hari itu...
Ada dapat klue2 hal kebangkitan akhir zaman fasa 1 ka tuan? Empayar Langkasuka sudah hampir bangkit
ABU ZULFIQAR : Bagus, bagus. Biar satu dunia umat Islam bangkit.
ABON : InsyaAllah tuan,,,permulaan kebangkitan Islam akhir
zaman...Empayar Islam Patani Langkasuka Nusantara dari Timur. Rahsia hadis
akhir zaman- "Dia datang dari Timur Pemegang Panji ALMahdi"
"Memperolehi kerajaan yang luas".
ABU ZULFIQAR : Panji hitam dari Timur dan pasukannya.
ABON : Ya tuan, rahsia hadis yang ramai umat sukar nak
tafsirkan. Hanya Yang Terpilih Allah berikan petunjuk.
Tuan ada apat apa2 alamat dari Allah, tentang kebangkitan akhir zaman?
ABU ZULFIQAR : Tak da alamat yang istimewa pun, biasa-biasa je.
ABON : Ok la tu, biasa-biasa pun alamat juga…
Bencana di USA (*mungkin sekali yang
dimaksudkan ialah Taufan Sandy yang melanda New York pada Oktober dan November
2012 lalu) petanda kuat dan jelas kebangkitan semakin hampir. Allah hantar
tentera-tentera ghaib Allah musnahkan New York,USA tapak sistem RIBA, sebagai
bantuan kepada Kerajaan Panji Hitam Langkasuka Nusantara.
ABU ZULFIQAR : Ya, memang situasi di New York gawat.
ABON : Raja Utusan Allah@Khalifah akhir zaman fasa 1 dah muncul di
Malaysia. Pihak Pesuruh & Pengikut Dajjal sudah mengesahkannya 5/10/12 surat pengesahan dan peralihan kuasa
ekonomi kepadanya. (*Apa yang disah dan siapa yang mengesah itu tidaklah
saya ketahui).
Jamaah Khalifah/Raja Utusan Allah sudah
mula bergerak 1 Muharram 1434.
ABU ZULFIQAR : Wlksm tuan. Bergerak ke mana tu tuan? Ke Gaza, Palestin
ke? Atau ke lokasi lain? (*Maklumlah, tentera Al-Mahdi bergerak, bukan tentera
biasa! Jadi tanggapan awal saya tentulah bergerak ke arah sesuatu yang besar
seperti medan jihad ke apa ke… jawapannya…)
ABON : Masjid ke
masjid, bermula di Kelantan.
ABU ZULFIQAR : Oo... bagus. bagus.
ABON : InsyaAllah akan sampai pada Yang
DiPertuan Agong dalam masa terdekat.
ABU ZULFIQAR : Ya, ada connection dengan pemerintah lagi mudah kerja.
ABON : Semuanya adalah perencanaan Allah tuan, Dia yang mengaturkan
semuanya dan tentukannya.
ABU ZULFIQAR : Ya, betul tu.
ABON : Jika Dia berkehendak, Dia akan permudahkanya. Allah
sudah menghantar beberapa orang Karkun (*istilah ini biasanya ditujukan kepada
para pekerja Jemaah Tabligh) menyertai jamaah Tuanku (*iaitu Raja Langkasuka).
PENUTUP
Setakat itu sahaja dialog
kami. Saya hanya menghidangkan maklumat yang saya ada, tanpa meletakkan apa-apa
hukuman atau pandangan peribadi kepada kumpulan Panji Hitam Langkasuka ini agar
tuan-tuan boleh baca, selidik, buat pertimbangan sendiri dan meletakkan hukuman
yang sesuai. Wallahua’lam.
Berikut ialah himpunan maklumat
penting yang boleh kita perhatikan daripada dialog ini :
1. Pemuda Bani Tamim lahir di Malaysia.
2. Jemaahnya iaitu 313 Panji Hitam Langkasuka sudah
dibentuk.
3. Jemaahnya sudah dibai’ah dan disahkan oleh Tuan Guru
Wali Hidup, iaitu guru pondok Sungai Bayu, Gua Musang, Kelantan. 3 hari
kemudian guru pondok itu meninggal dunia.
4. Nama kerajaannya ialah Kerajaan Islam Empayar Langkasuka Nusantara.
5. Pemimpinnya ialah Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II. Dialah
Pemuda Bani Tamim merangkap Pemegang Panji Al-Mahdi.
6. Mereka boleh berhubung dengan
arwah Tok Kenali.
7. Majlis mereka sering diadakan di Masjid
Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan.
8. Majlis-majlis mereka ada yang
dihadiri oleh Wali-wali Songo/Sembilan, wali-wali kutub, jin-jin Islam, malah
nabi-nabi seperti Nabi Khidhir, Nabi Ilyas dan ramai nabi lagi. Jemaah mereka
mendapat 100% sokongan daripada tokoh-tokoh berkenaan.
9. Jemaah mereka turut diakui kewujudannya
oleh Zionist.
10. Raja Langkasuka II itu
berketurunan campuran antara keturunan Nabi Sulaiman dengan keturunan Nabi
Muhammad. Juga berketurunan Nabi Ibrahim campur keturunan Nabi Sulaiman, iaitu
satu kaum yang dikatakan hilang dalam sejarah.
11. Mendakwa ada lebih 80 hadith
sahih tentang Pemuda Bani Tamim dan yang seumpama dengannya. (Sesiapa yang ada
masa bolehlah buat semakan tentang hadis-hadis ini).
12. Dalam salah satu majlis mereka
berlaku “keajaiban dari langit”.
13. Sebagai bantuan kepada pasukan
mereka, Allah menghantar tenteranya menghuru-harakan New York.
14. Pihak Pesuruh & Pengikut
Dajjal sudah mengesahkannya 5/10/12 surat pengesahan dan peralihan kuasa
ekonomi kepadanya. (*Apa yang disah dan siapa yang mengesah itu tidaklah saya
ketahui).
15. Bermula 1 Muharram 1434, Jemaah mereka sudha mula
bergerak dari masjid ke masjid, bermula dari negeri Kelantan.
16. Mereka akan sampai kepada Yang Dipertuan Agong dalam
masa terdekat.
17. Beberapa orang karkun (ahli Jemaah Tabligh) sudah
menjadi pengikut Raja Langkasuka ini.
Bertemu lagi dalam
penyajian maklumat seterusnya dalam bahagian kedua “Perihal Pasukan Panji Hitam
Langkasuka”.