Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Monday, March 21, 2011

Ke Kompleks Pasir Salak (Mei 2010)


Subhanallah... cantik betul senibinanya. Kesenian anugerah Tuhan kepada hamba-hamba-Nya.


Medan sungai ini pernah menyaksikan pembunuhan seorang penjenayah besar - JWW Birch.



Zaman dulu-dulu orang mengasingkan padi dengan cara menarikan sejenis tarian di atas ni. Berhenjut-henjut.


Macam pengawal menara kawalan daaa...


Cantik tak?


Pandangan ke luar dari salah sebuah rumah. Seperti perkampungan Melayu lama yang indah.


Rumah Dato' Maharajalela yang dibina semula berdasarkan konsep 'rumah kutai' yang popular pada zaman dahulu. Kawasan ini tidak berjaga.


Rumah Dato' Maharajalela ini dikelilingi kubu tanah liat setinggi 4-5 kaki. Kelihatan kawasan tinggi yang bertumbuh rumput, itulah benteng kubunya.


Melaka vs Feringgi (Portugis) 1511


Dato' Maharajalalela dan Dato' Sagor dihukum gantung. Kemudian tubuh mereka dikerat dua. Pinggang ke atas ditanam di sebelah sini Sungai Perak, pinggang ke bawah ditanam di sebelah sana Sungai Perak.

Perang Larut antara puak Ghee Hin dengan Hai San.

Sunday, March 20, 2011

Meneliti Hadith Syarik dalam Sahih Bukhari

Hadith daripada Syarik bin Abdullah (Ibnu Abi Namar) diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Hadith ini mengisahkan peristiwa Isra’ dan Mi’raaj, ataupun lebih tepat lagi berkisar tentang MI’RAAJ (perjalanan Rasulullah dari Baitul Maqdis ke Sidratul Muntaha) SAHAJA kerana ia tidak menyentuh tentang Isra’ (perjalanan Rasulullah dari Makkah ke Baitul Maqdis).

Hadith ini kuat dikritik oleh para pengkaji. Antaranya:

1. Imam Nawawi mengatakan riwayat Syarik ini mengandungi keraguan yang diengkari oleh para ulama.

2. Imam Muslim pula mengatakan Syarik mendahulu dan mengakhirkan lafaz hadith, serta menambah dan mengurangkan riwayat.

3. Abu Sulaiman al-Basati, pengarang kitab Syarah Sunan Abu Dawud pula berkata : “Dalam kitab Sahih al-Bukhari, tidak ada hadith yang lebih jelek dari segi zahir dan dari segi isi kandungannya daripada hadith ini. Dikatakan tentang Syarik, bahawa dia adalah perawi yang sering bersendirian dengan lafaz-lafaz hadith yang asing, yang tidak pernah diriwayatkan oleh perawi lain.

4. Menurut Imam An-Nasa’i: “Syarik itu tidak kuat, yakni lemah.”

5. Kata Muhammad bin Hazam : “Syarik bin Abdullah goncang dalam hadith Mi’raaj ini dan buruk hafazannya, dan dia tidak ingat betul, yakni kurang kuat ingatannya.”

Di sini dibentangkan beberapa masalah pada hadith daripada Syarik ini, yang membuatkan saya tidak menjadikannya sandaran ketika mensyarahkan kitab Kifaayatul Muhtaaj fi Isra’ wal Mi’raaj susunan Syeikh Daud al-Fatani tempoh hari.

PERTAMA

Daripada Syarik bin Abdullah, dia berkata : “Aku mendengar Anas bin Malik berkata : “Pada malam Rasulullah diIsra’kan dari Ka’abah, datang kepada baginda 3 kelompok orang. Hal ini berlaku SEBELUM BAGINDA DIBERI WAHYU. Waktu itu baginda Nabi sedang tidur di dalam Masjidil Haram.”

Ulasan:

Kita sedia maklum, peristiwa Isra’ dan Mi’raaj berlaku selepas Nabi Muhammad dilantik sebagai Rasulullah. Maksudnya baginda sudah menerima wahyu. Sekali imbas, kelihatan seolah-olah hadith ini sudah terseleweng kerana ia berlaku sebelum Nabi Muhammad menerima wahyu. Dari sudut sejarahnya, jelas menyalahi kronologi. Namun...

Persoalan :

... Namun begitu, boleh jadi maksud “sebelum baginda diberi wahyu” itu ialah sebelum baginda diberi wahyu perintah kewajiban solat, bukannya wahyu-wahyu yang lain. Mungkinkah begitu?

Pandangan:

Sekiranya begitu, bermakna peristiwa Mi’raaj (tanpa Isra’) berlaku sekurang-kurangnya dua kali. Kita boleh terima jika Mi’raaj berlaku lebih dari sekali, tetapi dalam Mi’raaj riwayat Syarik ini sudah difardhukan solat 5 waktu sehari semalam. Mana mungkin Rasulullah dan para sahabat tidak melaksanakan solat fardhu 5 waktu sehinggalah berlakunya Mi’raaj yang kedua.

KEDUA

“Berkata seorang dari kelompok pertama : “Di manakah dia?” Dia menjawab : “Di tengah-tengah mereka. Dia ialah orang terbaik daripada mereka.” Berkata kelompok terakhir daripada mereka: “Ambillah orang yang terbaik daripada mereka.” Hal ini BERLAKU PADA WAKTU MALAM hinggakan MEREKA TIDAK DAPAT MELIHATNYA. Lalu mereka datang semula pada malam yang lain, pada malam itu kedua mata baginda tertidur, namun hatinya tidak tidur.”

Ulasan:

Yang datang itu ialah beberapa orang malaikat. Benarkah pandangan para malaikat itu terhalang oleh kegelapan malam sehingga mereka terpaksa datang pada malam yang lain? Benarkah penglihatan para malaikat terhadang oleh gelap? Boleh jadi ya, boleh jadi tidak. WaAllahua’lam.

KETIGA

“....... setelah itu dicopkan ke badan baginda. Kemudian baginda DINAIKKAN KE LANGIT DUNIA, dan Jibril mengetuk pintu langit tersebut.”

Ulasan:

Menurut hadith ini, selepas Rasulullah dicop badannya, baginda terus dinaikkan ke langit (terus Mi’raaj) tanpa pergi ke Baitul Maqdis (Isra’). Jika benar sekalipun riwayat ini, ia tidaklah berkaitan dengan Isra’ dan Mi’raaj yang terkenal itu. Ia merupakan Mi’raaj (tanpa Isra’) yang berlaku sebelum peristiwa Isra’ dan Mi’raaj.

Persoalan:

Adakah maksudnya riwayat ini benar?

Pandangan:

Katakanlah benar peristiwa ini hanyalah Mi’raaj yang berlaku sebelum peristiwa Isra’ wa Mi’raaj, tapi di mana kita hendak letakkan perintah kewajiban solat 5 waktu sehari semalam?

KEEMPAT

“... antara mereka ialah Nabi Idris yang berada di langit ketiga, Nabi Harun yang berada di langit keempat, sedangkan yang lain berada di langit kelima DAN AKU TIDAK HAFAL NAMANYA.”

Ulasan:

Bahagian ini tidaklah merosakkan kekuatan hadith ini tetapi sekurang-kurangnya ia menarik perhatian kita juga. Boleh jadi memang betul Anas bin Malik tidak ingat, boleh jadi juga Syarik yang tidak ingat.

KELIMA

“... sedangkan Nabi Musa berada di LANGIT KETUJUH. Hal ini berlaku kerana anugerah Allah yang pernah bercakap dan berbincang dengannya.”

Ulasan:

Hadith-hadith lain tentang Mi’raaj menunjukkan Nabi Musa tidak berada di langit ketujuh. Yang berada di langit ketujuh ialah Nabi Ibrahim.

KEENAM

“Hingga jarak antara dia (Nabi Muhammad) dan Engkau (Allah) SEKADAR DUA KAKI, bahkan lebih dekat lagi. Lalu Allah berikan wahyu kepadanya berupa kewajipan solat sebanyak 50 kali dalam sehari semalam.”

Ulasan:

Zat Allah tidak terpengaruh dengan jarak, arah dan tempat. Hal ini kerana jarak, arah dan tempat (termasuklah langit dan bumi) ialah makhluk yang pada asalnya tidak wujud, tidak qadim. Ketika azali itu Zat Allah sudah sedia ada, tanpa jarak, arah dan tempat (serta tanpa langit dan bumi). Setelah diciptakan oleh Allah, barulah jarak, arah dan tempat (termasuklah langit dan bumi) wujud.

Zat Allah pula bersifat kekal dan kebal daripada sebarang perubahan. Jika pada azali (sebelum makhluk diciptakan) Dia tidak terpengaruh dengan jarak, arah dan tempat (teramsuklah langit dan bumi), maka selepas makhluk diciptakan pun ZatNYa tetap tidak terpengaruh dengan semua itu selama-lamanya. Apa sahaja yang terpengaruh dengan jarak, arah dan tempat (serta langit dan bumi), maka itu ialah makhluk, bersifat baharu (kerana mengalami perubahan).

Apabila dikatakan jarak antara Nabi dengan Allah kira-kira dua kaki, kita khuatir ia seolah-olah memberi jarak, arah dan tempat kepada Zat Allah.

KESIMPULAN

Dengan himpunan nukilan para ulama, dicampur dengan HIMPUNAN 6 ulasan saya di atas tadi, membuatkan saya meninggalkan hadith riwayat Syarik ini ketika membicarakan kitab Kifaayatul Muhtaaj sekalipun ia berada dalam Sahih Bukhari. Sayyid Muhammad Alawi juga meninggalkan hadith ini dalam bukunya tentang Isra’ dan Mi’raaj. WaAllahua’lam.


Abu Zulfiqar

9 Mac 2011

Thursday, March 17, 2011

Ke Kota & Makam Long Jaafar (Mac 2011)

Pemandangan dari jalan besar di Bukit Gantang ke arah tapak Kota Long Jaafar. Dalam gambar ini ada 3 bukit. Kota itu berada di bukit pertama (yang kelihatan berwarna hijau) di belakang masjid. Saya terfikir... besar juga kawasan kota ini kerana ia sampai ke sebalik sana bukit. Dikatakan keluasannya sekitar 5 hektar. Di sinilah istana Raja Long Jaafar (yang dianggap sebagai pewaris kepada Kerajaan Islam Siam oleh sebahagian pengkaji) pernah didirikan. Saya cuba bayangkan yang tembok-tembok kotanya masih ada dan di dalamnya ada istana serta beberapa binaan lain... memang hebat kota ini.

Kedudukan di atas bukit memang jadi lokasi pilihan kebanyakan kota pada zaman dahulu. Masa 5 tahun diperlukan untuk menyiapkan kota ini. Tinggi tembok batu yang mengelilinginya sekitar 1 1/2 ke 2 meter. Di runtuhan pintu kota menuju ke makam, dalam semak-samun itu masih kelihatan sebahagian kecil batu-bata bercampur tanah yang menjadi tembok kota. Tebal juga temboknya.

Jalan masuk. Ketika ini kami berada di atas bukit, di depan makam Long Jaafar. Mula jalan masuknya terletak di bawah bukit. Boleh berkereta ke atas ini, tapi lebar jalannya cukup untuk sebuah kereta sahaja. Di kiri kanan jalan (seakan-akan kepingan batu disusun) ini ada longkang kecil pula. Silap kawal stereng, terpeleot tayar kereta, sangkut le jawabnya.

Kawasan ini begitu sunyi. Datang biarlah berkawan. Dari jalan di tepi kota ke makam di atas bukit, jaraknya lebih kurang 100 meter.

Inilah rupa makamnya. Di dalamnya ada beberapa kubur, mungkin kaum keluarga Long Jaafar.

Gambar sebahagian kubur yang ada di dalam tembok makam.

Nukilan tambahan...

Bukit Berapit merupakan satu kawasan tinggi yang menjadi pembahagi antara Bukit Gantang (dan kawasan sekitarnya seperti Matang, Taiping, Trong, Kamunting dan lain-lain) dengan Padang Rengas dan Kuala Kangsar. Saya tertarik dengan pendapat yang mengatakan kawasan sebelah sini Bukit Berapit pada zaman dahulu berada di bawah Maharaja Siam (beragama Islam) yang wakil pemerintahnya untuk sebelah sini ialah raja di Kedah. Ketika itu kawasan ini bukan di bawah negeri Perak. Di sebelah sana Bukit Berapit barulah wilayah negeri Perak.

Saya membesar di kawasan ini, khususnya di Taiping. Sejak kecil saya perhatikan, memang penduduk di sebelah sini Bukit Berapit bercakap dalam loghat Kedah ataupun dalam loghat Patani (Siam). Kami tidak bercakap loghat Perak. Tapi di sebelah sana Bukit Berapit, barulah penduduknya bercakap loghat Perak, dan di sana memang sangat kurang orang bercakap loghat Kedah dan Siam. Lagi pula, rata-rata keluarga yang sudah bertapak beberapa generasi di sekitar Bukit Gantang seperti Changkat Ibol, Changkat Jering, Air Kuning dan Bendang Siam (nama pun dah Siam) berasal dari Siam dan percakapan mereka bercampur dengan loghat Patani.

Jadi, dakwaan mengatakan Long Jaafar ialah Maharaja Siam (ataupun sekuarang-kurangnya pewarisnya), dibunuh dengan cara dipijak dengan gajah di Gurun, anaknya Ngah Ibrahim sebagai pewaris dan lain-lain memang elok dipanjangkan kajiannya. Mungkin benar, mungkin juga tidak. Yang penting, kajian perlu diteruskan.


Abu Zulfiqar
17 Mac 2011

Tuesday, March 15, 2011

Kisah Raja Shah Kobat

*Versi bahasa Melayu Indonesia boleh dibaca di bahagian bawah.



Pernah dengar nama Raja Shah Kobat? Pada zaman kanak-kanak, saya ada membaca sebuah buku cerita di sekolah (Sekolah Kebangsaan Pokok Asam, kemudiannya ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Seri Aman, Taiping, Perak) tentang seorang raja atau pahlawan bernama Shah Kobat (mungkin Hikayat Shah Kobat). Isi buku itu mengandungi kisah-kisah kesaktian, gergasi, pahlawan dan seumpamanya. Kisahnya memang menarik, membuatkan saya membacanya berulang kali. Malangnya saya sudah lupa ceritanya. Gambar pada kulitnya menunjukkan Shah Kobat sedang berhadapan dengan seorang gergasi.

Sekarang saya ingin bercerita tentang Raja Shah Kobat, tapi bukanlah Shah Kobat dalam buku tersebut. Raja Shah Kobat yang saya maksudkan ialah seorang manusia yang agak luar biasa yang benar-benar wujud. Dia dipercayai hidup sekitar akhir abad 1800 Masihi sehingga awal abad 1900 Masihi di Sumatera, Indonesia.

Ibu kepada ibu saya (opah saya, tapi saya biasa sebut sebagai tok) berasal dari Kampung Sungai Apong (Sungai Apung?), Tanjung Balai, Asahan, Sumatera. Menurut tok, tempat kelahirannya dikenali sebagai Sungai Apong kerana banyaknya buaya di sungai. Seringkali orang melihat buaya-buaya terapung-apung di sungai, lalu tempat itu pun disebut Sungai Apong. Kampung itu begitu permai dan air sungainya begitu jernih.

Tok berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Berdasarkan secebis kertas kecil bertulisan jawi tulisan Wan Abdul Rahman (iaitu bapa kepada tok) yang pernah saya temui mengatakan tok lahir pada tahun 1907 (tok meninggal dunia pada tahun 2006 lalu). Sedari kecil saya dipelihara oleh tok (hinggakan saya memanggilnya ‘mak’), maka banyaklah kisah-kisah lama yang saya dengar dari tok.

Pada manuskrip salasilah ringkas yang ada pada tok, antara moyang terawalnya ialah seorang raja (mungkin raja kecil sahaja pada zaman dahulu, yang bertaraf seperti Penghulu) yang pernah memerintah di Asahan Mati, Sumatera. Pada manuskrip itu namanya ditulis ‘Panglima Besar’. Seorang anaknya bernama Raja Uncu. Seorang anak Raja Uncu pula bernama Raja Marjonah.

Jadi, Raja Marjonah binti Raja Uncu bin/binti Panglima Besar. RAJA MARJONAH berkahwin dengan BIDIN. Siapa pula Bidin?

Bidin bin H. Hkatib Tawal bin/binti H. Abd. Rahim bin H. Ahmad bin H. Sutan Kubu 13 (seorang keturunan Raja Pagar Ruyung Rawo Padang yang merantau ke Asahan Mati).

Perkahwinan Raja Marjonah dengan Bidin melahirkan Wan Abdul Rahman. Perkahwinan Wan Abdul Rahman dengan Rajeah melahirkan tok saya yang bernama Wan Maimunah. Jadi nama penuh tok ialah Wan Maimunah binti Wan Abdul Rahman bin Bidin bin H. Khatib Tawal bin H. Abd. Rahim bin H. Ahmad bin H. Sutan Kubu 13.

Keturunan ini ada kaitan dengan Nakhoda Kuning. Siapa Nakhoda Kuning ini? Katanya dia seorang berbangsa Belanda yang memeluk agama Islam. Beberapa lapis keturunan mereka kemudian, lahirlah tok. Namun dalam salasilah ringkas itu, nama ‘Nakhoda Kuning’ tidka dicatatkan. Saya pernah melihat salasilah yang lebih lengkap dulu, yang ada tertulis ‘Nakhoda Kuning’. Identitinya masih misteri, sebagaimana identity ‘Panglima Besar’ yang memerintah Asahan Mati itu.

Beberapa kali tok menceritakan tentang Raja Shah Kobat. Shah Kobat berpangkat bapa saudara kepada tok, tapi saya tidak pasti sama ada bapa saudara betul, ataupun suami kepada ibu saudara, ataupun sekadar saudara jauh yang sama pangkat dengan bapa saudara. Shah Kobat berasal dari Bukit Tinggi, Sumatera. Dia seorang yang soleh dan punya ilmu keduniaan yang tinggi. Orangnya kacak, kulitnya putih kemerah-merahan.

Tok tidak tahu apa masalah Shah Kobat dengan kebanyakan orang di sekelilingnya sehinggakan berlaku perbezaan pendapat. Tapi yang pasti, pihak penjajah Belanda sangat memusuhinya. Pernah suatu ketika orang ramai hendak menangkapnya. Walaupun sudah terkepung, tidak ada yang berani mendekat kerana Shah Kobat memegang Al-Quran sebagai perisai. Ketika itu masyarakat di sana sangat menghormati Al-Quran sehinggakan mereka tidak mahu Al-Quran di tangan Shah Kobat rosak akibat pergelutan mereka.

Entah bagaimana akhirnya Shah Kobat berjaya juga ditangkap. Dia diletakkan dalam sebuah rumah pasung. Berdasarkan pemahaman saya, rumah pasung ini terletak tinggi dari tanah sebagaimana rumah orang-orang Melayu zaman dahulu. Di dalam rumah pasung itu dia meneruskan amal ibadahnya dan rajin mengalunkan suaranya membaca Al-Quran.

Suatu ketika dia meminta isterinya memberikan mata kail. Katanya untuk dibuat ubat. Saya tidak tahu bagaimana kaedahnya, tapi orang dulu-dulu memang ada berikhtiar mengubat sakit-sakit tertentu dengan cara merendamkan mata kail di dalam air lalu airnya diminum ataupun diusap ke tubuh. Boleh jadi begitulah yang dilakukan oleh Shah Kobat.

Shah Kobat memang bijak. Entah bagaimana mata kail itu digunakannya untuk mengail kayu tertentu di bawah rumah pasungnya melalui lubang-lubang di lantai. Menggunakan kayu itu, dia berjaya memecahkan rumah pasung lalu melepaskan diri.

Sekali lagi Shah Kobat berjaya ditangkap. Saya tidak pasti siapa yang menangkapnya, tapi boleh jadi ada campur tangan askar-askar Belanda. Kali ini dia dipasung di sebuah tempat yang ‘istimewa’ dalam tahanan tentera Belanda. Tempat itu dikelilingi kawat duri dan ruang kecilnya hanya sesuai untuk manusia duduk. Berdasarkan cerita tok, tempat duduk itu betul-betul dikelilingi kawat berduri. Hendka bersandar pun tidak boleh.

Dengan kuasa Tuhan, Shah Kobat berjaya juga melepaskan diri. Cara dia melepaskan diri tidaklah diketahui tapi yang mengejutkan orang ialah dia berjaya melompat melepasi pagar yang tinggi, yang manusia biasa tentu tidak mampu melakukannya. Dia terus berlari ke pantai dan terjun ke laut. Askar-askar Belanda mengejarnya dengan perahu. Dia dipukul teruk ketika di laut. Timbul sahaja, diketuk. Timbul sahaja, diketuk. Kemudian tubuhnya tenggelam entah ke mana.

Ceritanya di Sumatera tamat di situ sahaja. Masyarakat tidak tahu nasib Shah Kobat seterusnya namun mereka yakin Shah Kobat tidak mati dipukul di laut. Ada orang pada zaman itu bermimpi bertemu dengan Shah Kobat. Janggutnya sudah panjang. Katanya Shah Kobat masih hidup dan sedang beruzlah di Gunung Tunggal, Perak. WaAllahua’lam.

Tok pernah bersembang dengan saudara-mara dari Indonesia tentang Raja Shah Kobat. Menurut tok, memang ada buku tentang Raja Shah Kobat. Pada kulit depannya ada gambar orang berpedang sedang berlari. Saya sudah cuba mengembara ke serata ceruk internet mencari kisah Raja Shah Kobat ini tapi belum berhasil.

Akhirnya, cerita Raja Shah Kobat yang saya sampaikan ini bersumberkan cerita mulut ke mulut, yang tentunya tidak lepas daripada kesilapan. Jika diizinkan Allah, suatu hari nanti saya akan ke Asahan untuk mencari maklumat. InsyaAllah.


Abu Zulfiqar

15 Mac 2011



VERSI BAHASA MELAYU INDONESIA


Pernah dengar nama Raja Shah Kobat? Pada zaman anak-anak, saya ada membaca sebuah buku cerita di sekolah kisah seorang raja atau pahlawan bernama Shah Kobat (mungkin Hikayat Shah Kobat). Isi buku itu berisi kisah-kisah kesaktian, raksasa, pahlawan dan sejenisnya. Kisahnya memang menarik, membuatkan saya membacanya berulang kali. Sayangnya saya sudah lupa isi ceritanya. Gambar di mukadepannya menggambarkan Shah Kobat menghadapi seorang raksasa.

Sekarang saya ingin bercerita tentang Raja Shah Kobat, tapi bukanlah Shah Kobat dalam buku tersebut. Raja Shah Kobat yang saya maksudkan adalah seorang manusia yang agak luar biasa yang benar-benar wujud. Dia dipercaya hidup sekitar akhir abad 1800 Masehi sampai awal abad 1900 Masehi di Sumatera, Indonesia.

Ibu kepada ibu saya (opah saya, tapi saya biasa memanggilnya tok) berasal dari Kampung Sungai Apung Tanjung Balai, Asahan, Sumatera. Menurut tok, tempat kelahirannya dikenal sebagai Sungai Apong karena banyaknya buaya di sungai. Seringkali orang melihat buaya-buaya terapung-apung di sungai, lalu tempat itu pun disebut Sungai Apong. Kampung itu begitu permai dan air sungainya begitu jernih.

Tok berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Berdasarkan secarik kertas kecil bertulisan jawi tulisan Wan Abdul Rahman (yaitu bapa kepada tok) yang pernah saya temui mengatakan tok lahir pada tahun 1907 (tok meninggal pada tahun 2006 lalu). Sedari kecil saya dipelihara oleh tok (hinggakan saya memanggilnya 'mak'), maka banyaklah kisah-kisah lama yang saya dengar dari tok.

Pada manuskrip silsilah singkat yang ada pada tok, antara moyang terawalnya adalah seorang raja (mungkin raja kecil saja pada zaman dahulu, yang bertaraf seperti Penghulu) yang pernah memerintah di Asahan Mati, Sumatera. Pada manuskrip itu namanya ditulis 'Panglima Besar'. Seorang anaknya bernama Raja Uncu. Seorang anak Raja Uncu pula bernama Raja Manjonah.

Jadi, Raja Manjonah binti Raja Uncu bin / binti Panglima Besar. RAJA MANJONAH menikah dengan Bidin. Siapa pula Bidin?

Bidin bin H. Hkatib Tawal bin / binti H. Abd. Rahim bin H. Ahmad bin H. Sutan Kubu 13 (seorang keturunan Raja Pagar Ruyung Rawo Padang yang merantau ke Asahan Mati).

Pernikahan Raja Marjonah dengan Bidin melahirkan Wan Abdul Rahman. Pernikahan Wan Abdul Rahman dengan Rajeah melahirkan tok saya yang bernama Wan Maimunah. Jadilah nama lengkap tok adalah Wan Maimunah binti Wan Abdurrahman bin Bidin bin H. Khatib Tawal bin H. Abd. Rahim bin H. Ahmad bin H. Sutan Kubu 13.

Keturunan ini ada kaitan dengan Nakhoda Kuning. Siapa Nakhoda Kuning ini? Katanya dia seorang berbangsa Belanda yang memeluk agama Islam. Beberapa lapis keturunan mereka kemudian, lahirlah tok. Namun dalam silsilah singkat itu, nama 'Nakhoda Kuning' tidak dicatat. Saya pernah melihat silsilah yang lebih lengkap dulu, yang ada tertulis 'Nakhoda Kuning'. Identitasnya masih misteri, sebagaimana identitas 'Panglima Besar' yang memerintah Asahan Mati itu.

Beberapa kali tok menceritakan tentang Raja Shah Kobat. Shah Kobat berpangkat paman kepada tok, tapi saya tidak yakin apakah paman benar, atau suami ke bibi, atau sekedar saudara jauh yang sama pangkat dengan paman. Shah Kobat berasal dari Bukit Tinggi, Sumatera. Dia seorang yang saleh dan punya ilmu keduniaan yang tinggi. Orangnya ganteng, kulitnya putih kemerah-merahan.

Tok tidak tahu apa masalah Shah Kobat dengan kebanyakan orang di sekelilingnya sehingga terjadi perbedaan pendapat. Tapi yang pasti, pihak penjajah Belanda sangat memusuhinya. Pernah suatu ketika orang mahu menangkapnya. Meskipun sudah terkepung, tidak ada yang berani mendekat karena Shah Kobat memegang Alquran sebagai perisai. Ketika itu masyarakat di sana sangat menghormati Alquran sehingga mereka tidak ingin Alquran di tangan Shah Kobat rusak akibat pergulatan mereka.

Entah bagaimana akhirnya Shah Kobat berhasil juga ditangkap. Dia diletakkan dalam sebuah rumah pasung. Berdasarkan pemahaman saya, rumah pasung ini terletak tinggi dari tanah sebagaimana rumah orang-orang Melayu zaman dahulu. Di dalam rumah pasung itu dia melanjutkan amal ibadahnya dan rajin mengalunkan suaranya membaca Alquran.

Suatu ketika dia meminta istrinya memberikan mata kail. Katanya untuk membuat obat. Saya tidak tahu bagaimana kaidahnya, tapi orang dulu-dulu memang ada berikhtiar mengobati sakit-sakit tertentu dengan cara merendam mata kail di dalam air lalu airnya diminum atau diusap ke tubuh. Mungkin begitulah yang dilakukan oleh Shah Kobat.

Shah Kobat memang bijak. Entah bagaimana mata kail itu digunakannya untuk mengail kayu tertentu di bawah rumah pasungnya dalam lubang-lubang di lantai. Menggunakan kayu itu, dia berhasil memecahkan rumah pasung lalu melepaskan diri.

Sekali lagi Shah Kobat berhasil ditangkap. Saya tidak pasti siapa yang menangkapnya, tapi mungkin ada campur tangan tentara Belanda. Kali ini dia dipasung di sebuah tempat yang 'istimewa' dalam tahanan militer Belanda. Tempat itu dikelilingi kawat duri dan ruang kecilnya hanya sesuai untuk manusia duduk. Berdasarkan cerita tok, tempat duduk itu benar-benar dikelilingi kawat berduri. Hendak bersandar pun tidak dapat.

Dengan kekuasaan Tuhan, Shah Kobat berhasil juga melepaskan diri. Cara dia melepaskan diri tidaklah diketahui tapi yang mengejutkan orang adalah dia berhasil melompat melewati pagar yang tinggi, yang manusia biasa tentu tidak mampu melakukannya. Dia terus berlari ke pantai dan terjun ke laut. Tentara Belanda mengejarnya dengan perahu. Dia dipukul parah ketika di laut. Timbul saja, diketuk. Timbul saja, diketuk. Kemudian tubuhnya tenggelam entah ke mana.

Ceritanya di Sumatera putus di situ saja. Masyarakat tidak tahu nasib Shah Kobat berikutnya namun mereka yakin Shah Kobat tidak mati dipukul di laut. Ada orang pada zaman itu bermimpi bertemu dengan Shah Kobat. Jenggotnya sudah panjang. Katanya Shah Kobat masih hidup dan sedang beruzlah di Gunung Tunggal, Perak. WaAllahua'lam.

Tok pernah ngobrol dengan saudara dari Indonesia pada Raja Shah Kobat. Menurut tok, memang ada buku tentang Raja Shah Kobat. Pada kulit depannya ada gambar orang berpedang sedang berlari. Saya sudah mencoba mengembara ke seluruh ceruk internet mencari kisah Raja Shah Kobat ini tapi belum berhasil.

Akhirnya, cerita Raja Shah Kobat yang saya sampaikan ini bersumber cerita mulut ke mulut, yang tentunya tidak lepas dari kesalahan. Jika diizinkan Allah, suatu hari nanti saya akan ke Asahan untuk mencari informasi. InsyaAllah.

Abu Zulfiqar
15 Maret 2011

Monday, March 14, 2011

Kembara ke Sidratul Muntaha 119-123 (TAMAT)

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 119

- Pantun penutup.
- Kalam akhir Syeikh Daud al-Fatoni.
- Bila disiapkan penulisan kitab ini?
- Beruntungnya para ulama.
- Kitab-kitab rujukan.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 120
http://www.youtube.com/watch?v=BagcdFyHOmk
- Antara kitab terawal Syeikh Daud al-Fatoni
- Kitab2 lain karangan syeikh selepas kitab ini.
- Kejayaan2 kita.-
- Masa keseluruhan = 16 jam.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 121
http://www.youtube.com/watch?v=OxO8Xi1lzi8
- Seruan peristiwa Isra' dan Mi'raaj.
- Solat sebagai tiket.
- Islam galakkan melancong ke mana?
- Kenangan2 manis sepanjang mensyarahkan kitab ini.
- Misteri misteri Isra' Mi'raaj.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 122
http://www.youtube.com/watch?v=3ih_JXhhFAo
- Kitab2 yg pernah kita syarahkan.
- Kitab akan datang.
- Bukit2 Isra' dan Mi'raaj dengan roh dan jasad.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 123
http://www.youtube.com/watch?v=MWsNc9MtG4k
- Kaitan tahiyat dengan Isra' dan Mi'raaj.
- Untungnya jadi orang soleh.
TAMAT

Kembara ke Sidratul Muntaha 114-118

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 114

- Rasulullah pulang ke bumi... dari langit.
- Penghuni langit yang ditemui Nabi semuanya tersenyum kecuali seorang. Siapakah dia?
- Kisah Sun Tzu - pengarang Kitab Seni Peperangan.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 115
http://www.youtube.com/watch?v=6kIxWpfwj0w
- Sun Tzu bunuh ketua dayang.
- Rasulullah terjumpa rombongan Quraisy.
- Abu Jahal 'test' Nabi.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 116
http://www.youtube.com/watch?v=RfUCva96cNU
- Siapa Ka'ab bin Luai?
- Salasilah Nabi Muhammad samapai kepada Kaab, sampai kepada Quraisy, sampai kepada datuk bangsa Arab - Adnan.
- Salasilah Nabi Muhammad sampai kepada Nabi Ibrahim.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 117
http://www.youtube.com/watch?v=99jWrcQm_BY
- Masjidil Aqsa diperlihatkan kepada Nabi di Makkah.
- Rauslullah beri bukti2 Israk kepada penduduk Makkah.
- "Sihir", kata mereka.
- Apa kata Saiyidina Abu Bakar?

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 118
http://www.youtube.com/watch?v=v4fCz5RVGOg
- Helaian terakhir kitab Kifaayatul Muhtaaj.

Kembara ke Sidratul Muntaha 109-113

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 109

- Ulangkaji kaitan bekam dengan Israk Mikraj.
- Asal solat 50 waktu?
- Ketinggian nilai ibadah solat.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 110
http://www.youtube.com/watch?v=075GMacgyY8
- Tafsir mimpi.
- Mimpi rambut luruh.
- Mimpi lipan.
- Selalu mimpi suami kahwin lain.
- Mimpi suami kahwin 4.
- Mimpi pakai serba putih.
- Mimpi yang gagal Abu Zulfiqar tafsirkan.
- Bukti asal solat ialah 50 waktu.
- Sahabat mahu 50 waktu solat?

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 111
http://www.youtube.com/watch?v=Z1oZbn7cyCQ
- Lagi bukti asal solat ialah 50 waktu.
- Kisah ulang-alik Nabi antara Nabi Musa dengan Allah.
- Walaupun 5 solat, tapi pahalanya 50 solat.
- Perbandingan ganjaran berbuat baik vs berbuat jahat.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 112
http://www.youtube.com/watch?v=1HWqe7eyoBE
- Betapa adil lagi pemurahnya Tuhan.
- Adakah Rasulullah saw melihat Allah SWT?
- Perbahasan ringkas.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 113
http://www.youtube.com/watch?v=UrdZAkI65Tw
ambung isu Rasulullah melihat Allah SWT.
-Malaikat Jibrail pernah melihat Allah?

Kembara ke Sidratul Muntaha 103-108

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 103

Gambaran neraka mengikut hadith, Bible dan agama Hindu.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 104
http://www.youtube.com/watch?v=hOgEsr4eKro
- Kaitan berbekam dengan peristiwa Isra' Mi'raaj.
- Kaitan sunnah dengan amalan berbekam.
- Berbekam meringankan badan.
- Alatan bekam zaman-berzaman.
- Kaitan lintah dengan bekam.
- Rawatan sengatan lebah.
- Sejarah Rasulullah saw berbekam.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 105
http://www.youtube.com/watch?v=vQHgYJobNkI
- Apakah manfaat2 berbekam?
- Benarkah berbekam ialah penyembuhan paling utama?
- Saranan Tajdid Segar tentang perubatan di Palestin.
- Bekam sangat efektif untuk sakit kepala, strok, sihir, gangguan jin.
- Bekam fardhu kifayah... menurut Imam al-Ghazali.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 106
http://www.youtube.com/watch?v=UehUeHhmpDE
- Perihal fardhu kifayah.
- Bilakah waktu yang sesuai untuk berbekam?
- Pandangan Ibnu Sina tentang berbekam.
- Kaitan cairan dalam tubuh dengan bulan.
- Bagaimana hendak mendapatkan anak?
- Jenis-jenis bekam.
- Perbandingan bekam vs derma darah

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 107
http://www.youtube.com/watch?v=gWapbTeu4jQ
- Sejauh manakah keberkesanan bekam?
- Tempat2 yang tidak boleh dibekam.
- Bagaimana kalau darah rendah, pengsan, kencing manis...?

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 108
http://www.youtube.com/watch?v=-qpZjqJNNSs
- Kesimpulan tentang bekam.
- Benarkah ketagih jika berbekam?

Friday, March 11, 2011

Kembara ke Sidratul Muntaha 98-102

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 98

Gambaran neraka menurut Al-Quran

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 99
http://www.youtube.com/watch?v=nXrPYNIc-b8
- Nasib orang yang bunuh diri, di neraka nanti.
- Titian yang merentangi neraka.
- Besi pengait dan berduri dari dalam neraka, yang mengait para pelintas titian.
- Apa makanan penghuni neraka?
- Syafaat Nabi.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 100
http://www.youtube.com/watch?v=GN3x7jK-Y2Q
- Jambatan atas Neraka.
- Kepantasan orang-orang mukmin melintas jambatan itu.
- 3 golongan pelintas.
- Cahaya yang memandu kita di hari akhirat.
- Orang-orang munafik juga dapat cahaya penyuluh, tapi...
- 70,000 umat Nabi Muhammad yang masuk Syurga tanpa hisab.
- Nasib Abu Talib, bapa saudara nabi.
- Neraka cetek vs neraka dalam.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 101
http://www.youtube.com/watch?v=x2uR6DKU8Jw
- Sepanas manakah api Neraka?
- Gambaran Neraka menurut hadis-hadis.
- Neraka menurut Bible

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 102
http://www.youtube.com/watch?v=tQCWk7yN5ws
- Neraka pada pandangan agama Hindu.
- Asal sebutan "neraka".
- Dewa Naraka & Dewi Pertiwi
- Mengapa ramai orang tak berasa rindu akan syurga dan tak berasa takut akan neraka?

Thursday, March 03, 2011

Jerung 6 Insang

Sebentar tadi saya dilorongkan Allah untuk tertonton sebuah rencana tentang alam lautan di televisyen. Satu kumpulan penyelidik mencari jerung enam insang (sixgill shark) di Laut Mediterranean. Dipercayai jerung jenis ini mempunyai banyak persamaan dengan spesis jerung 200 juta tahun dahulu. Hal ini membuatkan saya lebih teruja untuk meneruskan tontonan.

Antara keistimewaan jerung enam insang ini tidak lain ialah enam insangnya. Jerung enam insang ini sangat sukar untuk dilihat kerana ia hidup di bahagian laut yang dalam. Hanya pada waktu malam ia akan naik ke atas, itu pun pada tahap 40 meter di bawah laut. Amboi, dalamnya! Bertuahlah sesiapa yang pernah melihatnya dengan mata kepala sendiri.

Kumpulan penyelidik itu memulakan selaman mereka selepas tengah malam. Malam pertama tiada hasil. Malam kedua, begitu juga. Pada malam ketiga, ketika tangki gas bersisa lebih kurang 10 minit, muncul seekor jerung enam insang. Memang besar, besar daripada manusia tetapi ia umumnya tidaklah berbahaya kepada manusia. Dikatakan panjangnya boleh mencecah 18 kaki. Penyelam terpaksa membawa umpan untuk menarik perhatiannya, iaitu umpan ikan tuna.

Ikan yang turut dikenali sebagai cow shark ini kelihatan jinak. Pada saya ekornya nampak pelik. Matanya pula hijau bersinar (mungkin kerana lampu). Belum banyak yang diketahui tentang haiwan ini. Seperti biasa, umat Islam masih jauh ketinggalan dalam bidang ini walaupun Al-Quran mendahului. Alangkah banyaknya khazanah alam ciptaan Tuhan ini? Entah apalah agaknya aktiviti ikan-ikan ini di dasar laut yang gelap itu.

Sebenarnya perairan sekitar Semenanjung dan Sumatera dan sekitarnya merupakan salah satu habitat jerung enam insang. Ada berani menyelam pada kedalaman 40 meter pada waktu malam? : )

Di bawah ialah sebuah video yang saya temui di Youtube.

Related Posts with Thumbnails