Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Thursday, February 10, 2011

Siapakah Keturah?

WUJUDKAH KETURAH?

Siapakah Keturah? Saya merayau-rayau ke dalam Bible versi King James (NKJV) dan berjaya menemui 4 tempat yang tertera padanya nama Keturah.

Abraham again took a wife, and her name [was] KETURAH.

(Genesis 25:1)

And the sons of Midian [were] Ephah, Epher, Hanoch, Abidah, and Eldaah. All these [were] the children of KETURAH.

(Genesis 25:4)

Now the sons born to KETURAH, Abraham's concubine, [were] Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, and Shuah.

(1 Chronicles 1:32)

The sons of Midian [were] Ephah, Epher, Hanoch, Abida, and Eldaah. All these were the children of KETURAH.

(1 Chronicles 1:33)

Saya terjemahkan ke bahasa Melayu seperti di bawah:

Ibrahim mengambil lagi seorang isteri, dan namanya Keturah.

(Kejadian 25:1)

Dan anak-anak Midian (ialah) Ephah, Epher, Hanoch, Abidah dan Eldaah. Semuanya keturunan Keturah.

(Kejadian 25:4)

Anak-anak Keturah, (iaitu) gundik (hamba perempuan) Ibrahim, (ialah) Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.

(1 Tawarikh 1:32)

Anak-anak Midian (ialah) Ephah, Epher, Hanoch, Abida, and Eldaah. Semuanya keturunan Keturah.

(1 Tawarikh 1:33)

Kesimpulannya, berdasarkan maklumat-maklumat daripada kitab Bible, saya percaya memang ada seorang hamba Allah bernama Keturah pada zaman dahulu.

Adakah hal ini bermaksud kita percaya akan Bible hari ini? Tidak. Pada saya, Bible hari ini tak ubah sebagai sebuah buku sejarah yang di dalamnya terkandung secara bercampur-baur antara wahyu kepada para nabi, hadith para nabi terdahulu, kalam para ulama, nukilan para sejarahwan dan kesalahan sama ada yang disengaja atau tidak disengajakan. Isinya yang kelihatan ada kebenaran, kita ambil. Isinya yang salah, kita tolak. Isinya yang kita tidak tahu kedudukannya, boleh dikaji dan dibuat rujukan sampingan.

APAKAH NAMANYA?

Genesis (Kejadian) 25:1 menceritakan seperti berikut:

Then again Abraham took a wife and her name [was] KETURAH.

(Authorised Version)

And Abraham took another wife named KETURAH.

(Bible in Basic English)

Abraham married a second time; his new wife was named KETURAH.

(Message Bible)

Abraham again took a wife, and her name [was] KETURAH.

(New King James Version)

Then again Abraham took a wife, and her name [was] KETURAH.

(Revised Webster Version)

Abraham married again, and his wife's name was KETURAH.

(God’s Word Translation)

Abraham had taken* another* wife, named KETURAH.

(NET Bible)

Abraham mengambil pula seorang isteri, namanya KETURA.

(Alkitab Terjemahan Lama)

Abraham menikah lagi dengan seorang wanita yang bernama KETURA.

(Alkitab Kabar Baik)

Kemudian Abraham mengambil KETURA sebagai istrinya.

(Alkitab Firman Allah Yang Hidup)

Maka Ibrahim pun beristerilah pula maka isterinya itu bernama KATHURAH.

(Alkitab Shellabear)

Ibrahim mengambil seorang isteri lagi, KETURA namanja.

(Alkitab Ebde)

Berdasarkan maklumat-maklumat ini, namanya ditulis sebagai:

1. Keturah

2. Ketura

3. Khaturah

Namun saya ada juga terbaca bahawa ada orang-orang Arab menyebutnya sebagai QANTURAH. Sementara dalam Analytic Septuagint, Keturah ditulis sebagai CETTOURA dan CETTOURAV.

SIAPAKAH KETURAH?

Ada orang mengatakan dia ialah salah seorang isteri Nabi Ibrahim. Ada yang mengatakan dia ialah seorang gundik/ hamba Nabi Ibrahim. Siapakah dia menurut Bible dalam 1 Chronicles (Tawarikh) 1:32 ?

Now the sons of Keturah Abraham's CONCUBINE she bare Zimran and Jokshan and Medan and Midian and Ishbak and Shuah And the sons of Jokshan Sheba and Dedan.

(Authorised Version)

And the sons of Keturah, Abraham’s SERVANT-WIFE: she was the mother of Zimran and Jokshan and Medan and Midian and Ishbak and Shuah. And the sons of Jokshan: Sheba and Dedan.

(Bible in Basic English)

Keturah, Abraham's CONCUBINE, gave birth to Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, and Shuah. Then Jokshan had Sheba and Dedan.

(Message Bible)

Now the sons born to Keturah, Abraham's CONCUBINE, [were] Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, and Shuah. The sons of Jokshan [were] Sheba and Dedan.

(New King James Version)

The sons of Keturah, Abraham's CONCUBINE: she bore Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and Dedan.

(Webster)

Keturah, Abraham's CONCUBINE, gave birth to the following sons: Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, and Shuah. Jokshan's sons were Sheba and Dedan.

(God’s Word Translation)

The sons to whom Keturah, Abraham’s CONCUBINE,* gave birth: Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, Shuah. The sons of Jokshan: Sheba and Dedan.

(NET Bible)

Keturunan Ketura, GUNDIK IBRAHIM: perempuan itu melahirkan Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Isybak dan Suah. Anak-anak Yoksan ialah Syeba dan Dedan.

(Alkitab Terjemahan Baru)

Abraham mempunyai SELIR bernama Ketura. Dari selirnya itu ia mendapat anak-anak lelaki yang bernama: Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Isybak dan Suah. Yoksan mempunyai anak-anak lelaki yang bernama: Syeba dan Dedan.

(Alkitab Kabar Baik)

Putra-putra Abraham dari Ketura, GUNDIKNYA, ialah: Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Isybak, dan Suah. Putra-putra Yoksan ialah Syeba dan Dedan.

(Alkitab Firman Allah Yang Hidup)

Maka anak-anak Ketura, GUNDIK Abraham maka diperanakkannya Zimran dan Yoksan dan Medan dan Midian dan Isybak dan Suah. Maka anak-anak Yoksan, Syeba dan Dedan.

(Alkitab Shellabear)

Anak2 Ketura, GUNDIK Ibrahim. Ia melahirkan Zimran, Joksjan, Medan, Midian, Isjbak dan Sjuah. Anak2 Joksjan: Sjeba dan Dedan.

(Alkitab Ende)

Adapun anak-anak Ketura GUNDIK Ibrahim itu, yaitu diperanakkannya Zimran dan Yoksan dan Medan dan Midian dan Isbak dan Suah Maka bani Yoksan itulah Syeba dan Dedan.

(Alkitab Terjemahan Lama)

Di sini kita memperolehi maklumat bahawa Keturah ialah:

1. Abraham’s concubine (bermaksud gundik/hamba wanita)

2. Abraham’s servant-wife (bermaksud gundik/hamba wanita)

3. Gundik Nabi Ibrahim

4. Selir Nabi Ibrahim (iaitu gundik/hamba wanita)

Mungkin Keturah ialah hamba perempuan kepada Nabi Ibrahim tetapi diperlakukannya sebagai isteri. Mengikut syariat Islam, hamba perempuan memang boleh ‘digauli’ oleh tuannya (yang lelaki).

Hal ini ada persamaan dengan hubungan Nabi Muhammad saw dengan Mariah al-Qibtiyyah. Dipercayai Mariah ialah seorang hamba wanita yang dihadiahkan oleh Raja Maqauqis dari Iskandariah, Mesir kepada Nabi Muhammad. Mariah berjaya melahirkan seorang anak lelaki iaitu Ibrahim bin (Nabi) Muhammad tetapi anak ini meninggal ketika kecil.

Apakah Mariah sekadar hamba/ gundik wanita ataupun benar-benar isteri kepada Nabi Muhammad? Persoalan ini tidaklah penting kepada kita kerana sama ada hamba/gundik wanita ataupun isteri, dia tetap boleh diperlakukan sebagai isteri, dan anak yang lahir daripadanya tetap dikira sebagai anak Nabi. Begitu juga dengan Keturah dan anak-anak yang dilahirkannya bagi Nabi Ibrahim.

Dari sudut yang lain, boleh jadi juga pada asalnya Keturah ialah hamba wanita tetapi kemudiannya dimerdekakan lalu dikahwini oleh Nabi Ibrahim. Satu lagi kemungkinan, Keturah memang seorang yang merdeka sejak asal. Salah satu sandarannya ialah dalam Genesis (Kejadian 25:1) dikatakan Nabi Ibrahim MEMPERISTERIKAN Keturah:

Then again Abraham took a WIFE and her name [was] KETURAH.

(Authorised Version)

And Abraham took ANOTHER WIFE named KETURAH.

(Bible in Basic English)

Abraham MARRIED a second time; his new wife was named KETURAH.

(Message Bible)

Abraham AGIAN TOOK A WIFE, and her name [was] KETURAH.

(New King James Version)

Then again Abraham took a WIFE, and her name [was] KETURAH.

(Revised Webster Version)

Abraham MARRIED AGAIN, and his wife's name was KETURAH.

(God’s Word Translation)

Abraham had taken *ANOTHER* WIFE, named KETURAH.

(NET Bible)

Abraham mengambil pula seorang ISTERI, namanya KETURA.

(Alkitab Terjemahan Lama)

Abraham MENIKAH LAGI dengan seorang wanita yang bernama KETURA.

(Alkitab Kabar Baik)

Kemudian Abraham mengambil KETURA sebagai ISTRINYA.

(Alkitab Firman Allah Yang Hidup)

Maka Ibrahim pun beristerilah pula maka ISTERINYA itu bernama KATHURAH.

(Alkitab Shellabear)

Ibrahim mengambil seorang ISTERI lagi, KETURA namanja.

(Alkitab Ebde)

Berdasarkan maklumat-maklumat ini, saya lebih berkeyakinan bahawa Keturah ialah salah seorang isteri kepada Nabi Ibrahim, tidak sekadar gundik/hamba wanitanya. Tentang sama ada dia seorang yang merdeka sejak asal ataupun dia pernah berstatus hamba, kedua-duanya ada kemungkinan. WaAllahua’lam.

5 comments:

Anonymous said...

Pernah mendengar anak Keturah yang bernama Medan yang menyebarkan keturunan orang-orang di Medan, Indonesia..

AJBANS said...

V interesting... saya masih tercari-cari akan kebenaran ini..

AJBANS said...

V interesting... saya madeh mencari dan tercari akan kebenaran ini

blog juga said...

Apabila saya memerhatikan kisah-kisah yang dikaitkan dengan keturan, saya dapati ia ada kaitan dengan rancangan untuk menghilangkan jejak Hagar, isteri kedua Ibrahim. Seolah-olah nama keturah sengaja diadakan, supaya berjuta-juta keturunan ismail yang berada di sebelah timur mencari-cari siapa nenek moyangnya dengan melupakan hagar dan ismail.

Lihatlah penceritaan hagar dan ismail dalam bible, ia diceritakan dengan cara tungang terbalik. Tetapi apabila diselaraskan dengan al-quran, saya dapati bahyak yang tersembunyi telah terungkai....

bLog Juga said...

Jika nama Sarai ditukar menjadi Sarah. Abram ditukar menjadi Abraham. Tiba-tiba nama hagar hilang begitu sahaja dan muncul pula keturah. Sedangkan ada cerita mengatakan selepas Sarah meminta abraham bercerai dengan hagar kerana Sarah sudah ada anak sendiri. Kisah hagar dilupakan seolah-olah abraham juga telah melupakan hagar. Apabila Sarah meninggal dunia. Saya dapati seolah-olah quran telah menggambarkan abraham bernikah semula dengan hagar dan menamakan keturah

Related Posts with Thumbnails