Peristiwa Israk dan Mi'raaj itu berlaku kepada roh dan jasad Nabi Muhammad. Antara sandaran kita:
1. Quran mengatakan "Maha suci Allah yang telah menjalankan HAMBA-NYA..." (Al-Isra' : 1) dan bukannya "Maha suci Allah yang telah menjalankan ROH HAMBA-NYA."
2. Kaum musyrikin dan sebahagian orang Islam (yang kemudiannya murtad) tidak percaya Nabi Muhammad telah Israk dan Mi'raaj. Mereka tidak percaya kerana perjalanan itu melibatkan roh dan jasad. Sekiranya Nabi katakan yang dia Israk dan Mi'raaj dalam mimpi ataupun dengan roh sahaja, tentunya orang-orang itu tidak menolak sedemikian keras.
3. Ayat Surah Al-Isra' itu dimulakan dengan "Subhana..." (Maha Suci).
Kalimah "Maha suci" ini biasanya digunakan dalam urusan yang menakjubkan. Sekiranya Rasulullah mengembara dalam mimpi ataupun dengan roh sahaja, tak adalah apa yang ajaibnya.
4. Pada ayat itu juga digunakan kalimah "asraa" yang berkait rapat dengan perkataan Israk. Sebab itulah perstiwa ini dikenali sebagai Israk. Perkataan ini membawa maksud "berjalan pada waktu malam" ataupun "dijalankan pada waktu malam". Perkataan ini digunakan untuk roh dan jasad sekaligus. Antara buktinya ialah kisah Nabi Yaaqub yang berhijrah ke Mesir (kepada anaknya Nabi Yusuf). Mereka berjalan pada waktu malam dan berehat pada siang panas (dengan jasad dan roh sekaligus). Atas dasar itu Nabi Yaaqub dikenali sebagai Nabi "Yang Dijalankan Pada Waktu Malam oleh Tuhan"... begitulah lebih kurang maksudnya. (Israk = Dijalankan pada waktu malam. El dalam bahasa Ibrani = Tuhan.) Jadilah Nabi Israel (nama lain bagi Nabi Yaaqub).
5. Kata Nabi : "Pada malam aku diisrakkan dan aku BERPAGI-PAGI di Makkah..." (Ahmad & Al-Bazzar).
Perkataan BERPAGI-PAGI menunjukkan (jasad dan roh) orang yang bercakap itu datang dari tempat lain semalamnya (dari Palestin). Orang yang jasadnya tidur di Makkah, bangun esoknya, dia tak gunakan perkataan "BERPAGI-PAGI".
Abu Zulfiqar
19 Februari 2011
No comments:
Post a Comment