Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Thursday, May 06, 2010

Luqman al-Hakim Bukan Socrates ( bahagian 1)

HUJAH PERTAMA YANG MENGATAKAN LUQMAN IALAH SOCRATES


Nama “Luqman” MUNGKIN berasal daripada perkataan “laqm”. Perkataan “laqm” dipercayai bermaksud “menelan”. Oleh kerana Socrates mati kerana menelan racun, MUNGKIN dialah Luqman al-Hakim. Perkataan “menelan” itu MUNGKIN bermaksud ataupun ada kaitan dengan “menelan sesuatu”, “menelan racun”, “menelan bukan dengan perasaan suka” dan sebagainya. Atas dasar inilah MUNGKIN Luqman itu tidak lain ialah Socrates yang menemui ajalnya dengan menelan racun. Kebetulan Luqman ialah seorang ahli hikmah, dan Socrates juga seorang ahli hikmah.



PENJELASAN SAYA:


1. Kaedah “Mungkin” Sekelompok


Terlalu banyak MUNGKIN, maka cubaan mencari persamaan sebegini tidaklah kukuh (*hendaklah difahami bahawa kalimah 'tidak kukuh' bukanlah bermaksud ia tertolak mentah-mentah tetapi masih boleh dikategorikan sebagai hujah yang boleh diambilkira ataupun hujah yang lemah, cuma ia tidak kukuh). Kita tidak menolak kemungkinan, tetapi jika terlalu banyak mungkinnya itu, membuatkan hujah di atas sangat kurang kredibilitinya. Kaedah “mungkin” sesuai jika digunakan sesekali, bukannya berkumpul setempat sebagaimana dalam kes di atas.


2. Siapa Sebenarnya Luqman Si Penelan?


Perkataan “Luqman” memang berasal daripada perkataan “laqm” yang membawa maksud “menelan”, tetapi orang-orang Arab jahiliyyah tidak menujukan perkataan ini kepada Luqman al-Hakim yang disebut dalam al-Quran. Mereka menisbahkannya kepada seorang lelaki yang kuat makan dan gelojoh menelan makanannya. Kegelojohannya MENELAN makanan membuatkan mereka menyebutnya sebagai Luqman.


Ada beberapa pepatah yang masyhur dalam kalangan masyarakat Arab ketika itu seperti:


“Kuat makan lebih daripada Luqman.”

“Bertambah rakus Luqman tanpa merasa kenyang.’

“Bertambah rakus Luqman tanpa merasa kenyang dengan dua bekas dan lapan satu perempat.”

“Lebih kuat daripada Luqman al-‘Aadi.”


Bani Tamim terkenal sebagai kaum yang menyukai makanan. Seorang penyair Bani Tamim mengatakan:


Sekiranya tidak ada seorang pun

Yang meninggal dunia dari kaum Tamim

Maka ia menggembirakan dirimu

Kerana dia masih hidup

Lalu dia akan datang

Membawa BEKALAN PENUH DENGAN ROTI

DAGING, TAMAR atau APA SAHAJA

Yang dapat dilipat dalam pakaiannya.


Engkau akan melihatnya

Membuat lubang

Di sekeliling kaki langit

Agar dia dapat makan

Kepala LUQMAN BIN ‘AAD.


Semua perkara di atas berkisar tentang seseorang yang dipanggil sebagai Luqman kerana kerakusannya terhadap makanan. Dia jadi lagenda kerana kelahapannya.


Perkataan “laqm” bermaksud “makan dengan cepat”. Ini pandangan al-Abidin. Apabila seseorang makan dengan gelojoh, maka dia kurang mengunyah tetapi lebih banyak MENELAN. Dari sinilah datangnya nama Luqman yang bermaksud “menelan dengan cepat.” Tidak ada kena-mengena dengan MEMINUM RACUN, apatah lagi jika cuba dikaitkan dengan Luqman al-Hakim ataupun Socrates.


Cerita mulut ke mulut mengatakan Luqman Makan Cepat ini berusia panjang. Dia berasal dari kaum ‘Aad, iaitu kaum Nabi Hud (sebelum zaman Nabi Ibrahim). Kaum ‘Aaad terkenal dalam sejarah kerana peristiwa mereka dihancurkan oleh tentera Allah berupa angina rebut yang sangat dingin selama 7 malam 8 hari.


Dikatakan Luqman Makan Gelojoh ini seorang yang jahat. Dia suka melakukan jenayah, penipuan dan pengkhianatan menyebabkan banyak orang takut kepadanya. Kitab Mujma’ al-Amthal karya al-Maidani banyak mendedahkan latar belakang Luqman Makan Cepat ini.


Jadi, orang inilah yang dikenali sebagai Luqman Si Penelan, bukannya Socrates yang mati kerana meminum racun. Dia hidup lebih kurang 2000 tahun sebelum Socrates dan 1400 tahun sebelum Luqman al-Hakim. Semoga tidak ada pihak-pihak yang terkeliru lagi selepas ini.


3. “Laqm” Bermaksud “Menelan”, Bukan “Meminum”


Kemudian kita lihat dengan teliti perkataan “laqm” yang membawa maksud “menelan” itu. Perbuatan “menelan” memang tepat kena pada perbuatan menelan benda-benda kasar seperti nasi, roti, buah dan sebagainya. Namun perkataan “menelan” kurang sesuai untuk perbuatan meminum cecair.


Jika kita memasukkan sesuatu CECAIR ke dalam mulut dan melepasi kerongkongan, perbuatan itu tidak dikatakan menelan, tetapi lebih tepat disebut meminum. Orang yang mementingkan bahasa (lebih-lebih lagi bangsa Arab yang berbahasa Arab) tidak akan menyebut “menelan air” tetapi menghirup air, meneguk air, meminum air dan seumpamanya.


Jadi Socrates meminum racun hemlock (daripada akarnya), bukannya menelan racun. Maka perkataan “laqm” yang membawa maksud “menelan” itu tidak kena dengan diri Socrates. Yang menelan itu ialah Luqman Makan Cepat yang terkenal dengan kegelojohannya, bukan Socrates.


4. Selepas Mati Baru Dinamakan “Luqman”?


Satu lagi perkara yang mesti kita beri perhatian ialah hubungan antara peristiwa Socrates mati meminum racun dengan nama “Luqman” (menelan) yang cuba dikaitkan dengannya. Al-Quran biasa memberikan nama ataupun gelaran kepada seseorang ketiak orang itu masih hidup. Contohnya Abu Jahal, Zulqarnain, Dzun Nun dan lain-lain.


Jika benar Socrates diberikan nama “Menelan”, sejak bilakah nama itu diberikan kepadanya? Mustahil nama itu diberikan sebelum dia mati menelan racun kerana ketika itu dia BELUM MENELAN racun lagi. Maksudnya nama “Menelan” itu diberikan selepas dia mati meminum racun. Padahal Luqman al-Hakim dikenali sebagai Luqman ketika dia masih hidup lagi.


Jelas di sini menunjukkan Socrates tidak ada kaitan dengan “menelan” ataupun “Luqman”.


KESIMPULAN KECIL


Berdasarkan empat hujah yang diberikan di atas iaitu:


  1. Kaedah “Mungkin, Mungkin dan Mungkin” tidaklah cukup untuk dijadikan sandaran.
  2. Nama “Luqman” yang bermaksud “menelan” itu sebenarnya ditujukan kepada seorang tokoh Arab zaman silam yang gelojoh ketika makan. Tidak ada kaitan langsung dengan Socrates.
  3. Socrates “meminum” racun, bukannya “menelan”. Perbuatan menelan kurang sesuai digunakan untuk menceritakan perbuatan memakan sesuatu cecair melainkan pepejal.
  4. Luqman al--Hakim dikenali sebagai Luqman ketika dia masih hidup. Socrates dikenali sebagai Luqman (menelan) hanya selepas dia mati. Mana mungkin dia dikenali sebagai Luqman.

… ternyata Luqman al-Hakim bukanlah Socrates. Kaedah linguistik yang digunakan untuk menyamakan Luqman al-Hakim dengan Socrates ternyata salah dan gagal.



RUJUKAN

“Lelaki Misteri Dalam Al-Quran, Kisah Luqman al-Hakim & Kebijaksanaannya” karya Muhammad Khair Ramadhan Yusuf. Terjemahan Ibnu Ghazali. Jasmin Enterprise. Cetakan Keempat 2008.

http://id.wikipedia.org/wiki/Hud

http://en.wikipedia.org/wiki/Socrates

http://abuhaekal.wordpress.com/2007/08/12/kaum-aad-dan-ubar/

http://en.wikipedia.org/wiki/Luqman

http://inmystery.blogspot.com/2010/03/tanaman-paling-berbahaya.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Linguistik



Abu Zulfiqar Amsyari (Alexanderwathern)

6 MEI 2010


* Bersambung ke siri kedua.

11 comments:

Moto RXZ said...

jikalau benar luqman bkn socrates..bole saudara huraikan lg siapa luqman al hakim?..bangsanya,berdasarkn dalil2 serta hujjah2 naqli..sebab saudara sendiri tidak huraikn dgn terperinci pembahasan socrates bkn luqman al hakim

Alexanderwathern said...

Insyaallah dalam sambungan seterusnya. Saya sangat kesibukan sekarang.

9 Jun 2010

Anonymous said...

Saudara seharusnya mencadangkan siapa calon sebenar Luqman Al-Hakim - bukan memburukkan perkataan luqman itu sendiri.. kenapa Al-Quran menyebut Luqman disusuli dgn Al-Hakim bukannya perkataan lain..tentu ada sebab..?

iwan cmn said...

Walaupun sukar nak membuktikan bahawa socrates ialah luqman al-hakim, pendapat di dalam ini masih agak longgar walaupun merujuk kepada sumber yang betul. Selain itu terdapat juga salah faham yang mudah iaitu gelaran luqman al-hakim hanya didapati di dalam Al-Qur'an. Ini bermakna gelaran ini hanya digunakan semasa zaman Rasulullah. Tidak ada bukti dikemukakan oleh penulis pendapat ini yang Socrates diberi gelaran Luqman semenjak dia masih hidup. Wallahu a'lam.

Alexanderwathern said...

Moto RXZ,

Anda boleh ikuti siri ke-2 artiekl ini di http://myalexanderwathern.blogspot.com/2010/08/luqman-al-hakim-bukan-socrates-bah-2.html .

Insyaallah sedikit -sebanyak jawapan yang anda minta ada di sana.

Abu Zulfiqar Amsyari
14 Ogos 2010

Alexanderwathern said...

Tuan Anonymous,

1. Apakah kerana kita tidak mencalonkan siapa Luqman al-Hakim yang sebenar, maka 'confirm' betullah pandangan yang mengatakan Luqman al-Hakim ialah Socrates? Belum pernah saya jumpa prosedur kajian yang sebegini.

Oleh kerana kita tidak mencalonkan sesiapa sebagai Dajjal, maka 'confirm' betullah pandangan yang mengatakan Ibnu Sayyad itu Dajjal?

Mana boleh begitu.

Ada teori mengatakan Osama Laden tidak lain ialah Obama itu sendiri. Apakah jika kita gagal menunjukkan orang lain sebagai Osama maka betullah Obama itu Osama?

Pada saya, kaedah sebegini adalah tidak benar.

2. Bukan saya yang memburukkan perkataan 'Luqman' itu, tetapi ia sudah ribuan tahun berada dalam masyarakat Arab. Jika anda hendak meletakkan dakwaan, sepatutnya anda tujukan kepada sejarah, sastera dan masyarakat Arab terdahulu (terutamanya sebelum kedatangan Islam), bukannya kepada saya. Saya hanya menyampaikan apa yang memang sudah sedia ada dalam masyarakat itu. Mereka lebih kenal yang mana satau Luqman Aad dan yang mana satu Luqman al-Hakim.

3. Al-Quran meletakkan perkataan "al-Hakim" pada diri Luqman Qurani kerana untuk membezakannya dengan Luqman Qurani dengan Luqman Aad (yang memang masyhur dalam dunia Arab pada zaman sebelum kedatangan Islam)

Wallahulam.

Salam Satu Umat.
14 Ogos 2010

Alexanderwathern said...

Iwan,

Insyaalah dengan mengikuti siri kedua artikel ini dapat memberi lebih maklumat berguna. Saya menjemput anda ke http://myalexanderwathern.blogspot.com/2010/08/luqman-al-hakim-bukan-socrates-bah-2.html .

Al-Quran memperkenalkan Luqman AL-HAKIM supaya masyarakat Arab tidak terkeliru dengan Luqman Aad yang masyhur dalam kalangan mereka sebelum kedatangan Islam.

Wallahua'lam

15 Ogos 2010

Anonymous said...

Berpihaklah kepada kebenranan
sungguh haeran, anda sering membantah Luqman adalah socrates hanya kerena ada kata "mungkin", tapi kenapa ketika anda menerangkan perkara kiamat tajuknya juga ada kata "mungkin", iaitu "Kemungkinan Kronologi Kiamat"

Alexanderwathern said...

Saya dengan rendah hati menasihatkan anda supaya sentiasa membaca dengan teliti dan dengan hati yang ikhlas terlebih dahulu sebelum mempertikaikan apa-apa. Ayat saya yang berbunyi :
"Kaedah “mungkin” sesuai jika digunakan sesekali, bukannya BERKUMPUL SETEMPAT sebagaimana dalam kes di atas."
... sebenarnya sudahpun menjawab perkara yang anda "hairankan" itu.

Lain kali, baca betul-betul terlebih dahulu. Terima kasih atas kunjungannya.

Anonymous said...

saya lebih tertarik dgn hujah penulis buku Lukmanul Hakim adalah Socrates berkulit hitam (Muhammad Alexander). beliau menggunakan disiplin ilmu yg betul dlm membuat segala perbandingan mnggunakan teks2 sahabat dan murid socrates berkaitan pengajarannya, perbandingan menggunakan arca2 sejarah spt patung socrates dan pengetahuan2 yg dimiliki socrates. apa yg diceritakan dlm teks2 penulis yunani spt plato berkaitan pengajaran socrates mempunyai ciri persamaan kpd apa yg terkandung dlm surah luqman. begitu juga hadis ada menyebut luqman hakim seorg hamba berkulit hitam, rupabtk wajah dan ciri2 wajah pd patung dan lukisan wajah socrates memenuhi ciri sama spt org afrika berkulit hitam yg boleh kita lihat hari ini. drpd hnya mengkaji makna Luqman itu sdiri, adalah lebih baik mengkaji bukti2 sejarah dan membuat perbandingan dgn sumber yg al-quran dan hadis berkaitan persamaan asas pengajarannya serta latarbelakang socrates dan perjalanan hidupnya sdiri. sama spt kita cuba memahami al-quran, setiap ayat turun sesuai dgn keadaan dan laterbelakang peristiwa yg berlaku kpd nabi Muhammad. maka kisah2 yg disebut dlm surah luqman juga mesti sesuai dgn ciri2 fizikal, latarbelakang hidup socrates dan intipati pengajarannya yg boleh dibaca dlm teks tulisan anak murid, sahabat serta pengikut yg hidup sezaman dgn socrates.

Anonymous said...

BETUL KE SOCRATES TU SEBENAR2NYA..NAMA DIA ADALAH SOCRATES...SETAHU DEN..BARAT LAH KAUM YANG PALING PANDAI MEREKA2 NAMA-NAMA TOKOH YANG HEBAT2...IBNU SINA-AVICENNA, IBNU RUSYD -AVIRUSH....ISA - JESUS....

Related Posts with Thumbnails