Sekarang kita sedang mencari empayar terbesar pada zaman Nabi Ibrahim.
Bilakah zaman Nabi Ibrahim (disebut Abram dan Abraham dalam Bible/ Alkitab) as?
Nabi Ibrahim as dipercayai hidup sekitar 2000 Sebelum Masehi. Mari lihat beberapa sandaran kita.
“Born Theological figure - traditionally 2000 BC. Died Theological figure - traditionally 1825 BC.”
http://en.wikipedia.org/wiki/Abram
“Abraham, originally called Abram, was Israel's first great patriarch. He probably lived in the late 3d or early 2d millennium BC ...”
http://mb-soft.com/believe/txh/abraham.htm
“According to Jewish tradition, Abraham was born under the name Abram in the city of Ur in Babylonia in the year 1948 from Creation (circa 1800 BCE).”
http://www.jewishvirtuallibrary.org/jsource/biography/abraham.html
“Abraham is believed to have lived around 2000 BCE, and died at the age of 175 years according to the Biblical (Old Testament) as well as Muslim sources.”
http://i-cias.com/e.o/abraham.htm
“2166 SM: Nabi Ibrahim lahir di Ur, Mesopotamia selatan (Iraq)...”
(“Yakjuj & Makjuj- Bencana di Sebalik Gunung” oleh Muhammad Alexander, ms 220)
Tidak ada satu tahun yang pasti, namun kita boleh buat kesimpulan bahawa Nabi Ibrahim as mungkin hidup sekitar tahun 2200 Sebelum Masehi hingga 1800 Sebelum Masehi. Sekarang kita pergi ke empayar terbesar pada zaman itu.
Mengapa kita mencari empayar terbesar pada zaman Nabi Ibrahim?
Kerana pastinya Maharaja Zulqarnainlah yang menerajui empayar terbesar itu. Sekiranya ada empayar lain yang lebih besar yang sezaman dengannya, maka peneraju empayar yang lebih kecil itu tentunya bukan Maharaja Zulqarnain.
Apakah empayar terbesar pada zaman Nabi Ibrahim?
Itulah Empayar Akkad (Akkadian Empire). Bahkan, itulah empayar pertama di dunia dan tiada empayar lain yang sezaman dengannya. Oleh kerana tiada pilihan lain, sekarang kita akan terbang ke Empayar Akkad.
Empayar Akkad
Sesetengah pihak menggambarkan perluasan kuasa yang dilakukan oleh Empayar Akkad sebagaimana dalam peta ini.
Empayar Akkad diasaskan oleh Maharaja Sargon (Sargon the Great/ King Sargon I/ Sarru-kin). Ia berpusat di Babylon, Iraq hari ini. Di sinilah tamadun terawal manusia muncul, iaitu tamadun Sumeria. Empayar Akkad mencapai kegemilangannya pada zaman Maharaja Naram-Sin, cucu kepada Sargon. Berikut ialah beberapa orang raja yang dipercayai pernah menerajui empayar ini:
1. Sargon Agung
2. Rimush (anak Sargon)
3. Manishtu (adik Rimush)
4. Naram-Sin (anak Manishtu, cucu Sargon)
5. Shar-Kali-Sharri (anak Naram-Sin)
6. Dudu
7. Shadarul (1)
http://www.historyforkids.org/learn/westasia/art/akkadians.htm
http://finickypenguin.wordpress.com/2009/08/18/awesome-or-not-3-sargon/
http://faculty.mdc.edu/jmcnair/Joe12pages/sargon_is_the_great_teacher_who_.htm
Beberapa patung yang dipercayai sebagai menggambarkan Maharaja Sargon. Sebahagian pihak pula mendakwa ia gambaran Maharaja Naram-Sin dan lain-lain.
Empayar Akkad mulai lemah pada zaman Shar-Kali-Sharri akibat serangan oleh kaum Guti (Gutians) yang tidak bertamadun dari Pergunungan Zagros di Parsi (2). Akhirnya empayar ini hilang dalam pemerintahan raja-raja yang lemah.
“According to the Sumerian king list, the first five rulers of Akkad (Sargon, Rimush, Manishtusu, Naram-Sin, and Shar-kali-sharri) ruled for a total of 142 years; Sargon alone ruled for 56. Although these figures cannot be checked, they are probably trustworthy, because the king list for Ur III, even if 250 years later, did transmit dates that proved to be accurate.” (3)
Siapakah tokoh besar yang sezaman dengan Nabi Ibrahim as? Tentu saja Raja Namrud! Anda kenal Raja Namrud? Kini saya akan membawa anda untuk berkenalan dengan seseorang yang saya percaya sebagai Raja Namrud. Jom!
(1) http://en.wikipedia.org/wiki/Akkadian_Empire
(2) Ibid
(3) http://www.angelfire.com/nt/Gilgamesh/akkadian.html
8 comments:
Assalamu Alaikum.
Al-Hamdulillah, Ketika ini semakin banyak Mukmin yang berilmu tinggi. Dan Ilmu Ustaz tentang Zulkarnain memang tinggi. Tahniah.
Mudah-Mudahan Amalan kita semua diterima oleh Allah swt. Dan mudah-mudahan Allah swt memaafkan segala kesalahaan kita dan umat Islam keseluruhannya serta umat-umat yang benar-benar beriman kepada Allah swt hingga hari Akhirat.
Ala Kulli Hal, Ustaz dan pengunjung laman blog tuan dijemput dengan segala hormatnya mengunjungi laman blog saya:
http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/
dan
http://surah-al-kahfi.blogspot.com/
Mudah-mudahan, Empayar Islam akan tegak tak lama lagi. Amin. Tolong sebut amin ustaz!
Wlksm Tuan Muhammad,
Subhanallah... hebat blog anta. Sama-sama kita kongsi ilmu.
Amin.
Abu Zulfiqar
7.1.2010
dengan nama allah yang maha berkasih sayang .segala puji-pujian bagi allah seru sekalian alam. Maha berkasih-sayang. Nabi zulqarnain adalah insan yang menerima wahyu dan orang ajaib dengan'teknologi yang hebat yang masih dikaji dapat merentasi masa depan dan akan datang.surah kahfi adalah surah yang tidak boleh terjangkau oleh fikiran manusia maupun rasul-rasul berita ajaib. Wow.
Maaflah ustaz, saya tak setuju dengan pendapat ustaz ni. Empayar terbesar dunia telah didirikan oleh Raja Cyrus, iaitu pemerintah Parsi yang telah memerintah Eropah dan Asia. (Timur dan Barat). Beliau juga telah membebaskan orang Yahudi yang telah dibawa ke Babylon, dan membawa mereka pulang ke Juruselam. Jadi sudah tentu nyer orang Yahudi menngetahui akan kewujudan Cyrus ini dan mereka bertanya pada Nabi Muhammad SAW berkenaan Dzulkarnian (Cyrus). Sekarang saya bertanya balik pada ustaz : "Apakah kaitan Empayar Akkad ini dengan orang Yahudi?" Pada zaman Nabi Ibrahim belum wujud lagi kaum Yahudi.
Walau bagaimanapun saya cuma menganggap teori ustaz ini cuma andaian,tanpa bukti yang kukuh.
Lagi satu, memang mengarutlah tentang air hayat itu. Semua yang hidup akan mati, kecuali Allah SWT.
Air hayat cuma metos saja....Wallahualam.
Tak setuju tidak mengapa. Kita boleh saja berkongsi maklumat untuk sama-sama majukan kajian. Kan begitu?
Saya harap anda cari maklumat dan bandingkan Empayar Cyrus dengan Empayar Alexander the Great. Empayar Alexander the Great lebih besar daripada Empayar Cyrus. Empayar Cyrus tidak sampai ke Eropah. Ke Mesir pun rasanya tidak. Jadi Empayar Cyrus bukanlah yang terbesar pada zaman silam.
Kemudian, Empayar Zulqarnain bukanlah empayar terbesar dunia zaman silam. Dia hanya menguasai Timur dan Barat, dan Timur dan Barat yang dimaksudkan ialah Timur dan Barat pada pandangan orang-orang Yahudi. Saya belum jumpa sebarang hujah kukuh mengatakan Empayar Zulqarnian ialah empayar terbesar dunia zaman silam. Al Quran sendiri mengatakan dia hanya pengembara ke Barat dan Timur dan tidak mengaitkannya dengan empayar terbesar zaman silam.
Oleh itu kita jangan mengaitkan empayar terbesar zaman silam dengan Zulqarnain (jangan terkeliru dengan tajuk artikel saya). Kita sebenarnya mencari satu empayar yang meliputi Barat dan Timur pada pandangan orang Yahudi zaman sebelum itu. Empayar itu memang besar, tapi tidak semestinya yang terbesar pada zaman silam.
Cyrus mati dibunuh, Alexander pula dipercayai mati diracun (dibunuh juga). Sedangkan Zulqarnain dalam Quran DIMUDAHKAN JALAN UNTUKNYA. Zulqarnian lebih kepada pengembara, bukan penumpah darah. Bagaimana mati dibunuh dan terlibat dengan pelbagai pertempuran besar hendak dikaitkan dengan DIMUDAHKAN JALAN UNTUKNYA MENCAPAI SEGALA SESUATU? Kan ada berkontra?
Bukan Cyrus saja buat hubungan baik dengan Yahudi, Alexander the Great juga begitu.
Orang Arab zaman Rasulullah dan sebelumnya tahu cerita Cyrus dan Alexander. Kaum Yahudi tidak akan menguji Rasulullah dengan tokoh yang sedia dimaklumi oleh orang Arab. Mereka bertanya tentang seorang tokoh yang sudah sangat lama hidupnya, dan sudah dilupakan oleh orang-orang Arab. Hanya orang Yahudi tahu tokoh itu kerana ada disebut dalam kitab mereka. Dan hanya seseorang nabi sahaja yang boleh mengetahui kisah tokoh tersebut melalui wahyu. Sebab itu orang Yahudi menguji Rasulullah dengan kisah Zulqarnian. Tidak ada nilainya ujian mereka jika mereka tanyakan tentang Cyrus dan Alexander yang sedia dimaklumi ceritanya oleh orang2 Arab zaman itu.
Memanglah, kita semua dalam proses mengumpul bukti-bukti yang kukuh. Begitulah namanya kajian.
Tentang air hayat, dari mana anda dapat tahu bahawa sesiapa yang meminumnya TIDAK AKAN MATI kerana semua akan mati KECUALI ALLAH? Memanglah semua makhluk akan mati kecuali Allah. Tidka pernah pula saya ketemu orang mengatakan peminum air hayat TIDAK AKAN MATI sebagaimana Allah yang tidak akan mati.
Lihat kembali kata-kata anda:
"memang mengarutlah tentang air hayat itu. Semua yang hidup akan mati, kecuali Allah SWT."
Kata-kata ini menunjukkan memang wujud pandangan orang mengatakan Allah tidak akan mati dan sesiapa yang minum air hayat juga tidak akan mati sebagaimana Allah. Pelik betul! Boleh beri sandaran cerita ini sikit tak?
(Jika anda mengatakan sesiapa yang minum air hayat tidak akan mati sehingga hari kiamat, ketika kiamat dia mati... boleh le juga kita terima)
Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat. Semoga perkongsian ini saling menambah ilmu sesama kita.
Wassalam.
Alhamdulillah, adanya perbincangan tentang Zulkarnian. Raja silam yang mendapat restu dan petunjuk dari Allah.
Saya sudah baca beberapa buku tentang Zulkarnian. Apa yang pasti, tidak ada yang pasti siapa dia dan dimana peninggalan emapayarnya.
Apa yang pasti, rata-rata saya setuju dengan ustaz (Alexanderwarthen?)kerana saya semamangnya belajar sejarah silam dan tahu siap Hanibal dan siap Darius dan Alexander. Empayar mereka tidaklah sebesar mana, dan bukan timur dan baratpun.
Kita tahu timur itu jepun (land of the rising sun) atau sulu (Filipina), dan barat itu Amerika. Tamadun Maya atau Aztec mempunyai rekod mereka didatangani oleh kapal-kapal dari jauh. (Allah telah memudahkan jalan bagi Zulkarnian).
Orang-orang yang pandai belayar jauh ketimur dan barat menggunakan kapal laut adalah orang-orang melayu dan raja-raja Melayu.
Raja-Raja melayu adalah empayar maritim.
Kerajaan Zulkarnian adalah kerajaan maritim bukannya kerajaan seperti Rom, Greece dan firaun dengan bangunan projek mega. Sebab itu Zukarnian tidak ada peninggalan dan bukti - lagipun dah lama sangat. Maka soalan yang diajukan oleh yahudi kepada nabi hanya boleh diketahui melalui wahyu sahaja. Kalau berkenaan dengan Darius dan Alexander - soalan itu soalan koman, mana-mana orang Arab pun tahu jawab.
Renungkan balik apa yang ustaz cakapkan
"..Saya belum jumpa sebarang hujah kukuh mengatakan Empayar Zulqarnian ialah empayar terbesar dunia zaman silam. Al Quran sendiri mengatakan dia hanya pengembara ke Barat dan Timur dan tidak mengaitkannya dengan empayar terbesar zaman silam."
Empayar Zulkarnian adalah empayar maritim bukan empayar darat. Bukankah jalan mudah ketimur dan barat adalah laut - sekarang mudah hendak cari siapa Zulkarnian.
Jawapannya didepan mata.
Abdul Rani BK
Ustaz, pendapat saya ni ringkas sahaja. Ada sebuah kerajaan maritum. Kerajaan dia di laut, bukan darat. Nama bagsa dia Phoenicia. Dalam national geografic, TV kata, kisah empayah ini ada juga diceritakan dalam bible. Dalam blog yang lain, ada dinyatakan bahawa phoenecia ini mengamalkan ajaran islam, berdasarkan kitab injil yang dibawa oleh seorang nabi ker tak silap saya. Saya akan maklumkan nama nabi tu dan fahaman kristian apakah namanya, sebab saya cari balik, tak jumpa. Sekian, sekadar berkongsi.
Ada sebuah kerajaan maritim zaman yang dikenali sebagai Phoenicia di Lubnan. Ada orang kata, zaman awal kristian diorang tu, diaorang ikut ajaran islam yang betul... sekadar hobi dan suka-suka.
Post a Comment