2. Mencari Zaman Zulqarnain
MENCARI ZAMAN ZULQARNAIN
Langkah pertama kita ialah mencari zaman Maharaja Zulqarnain itu. Dia hidup, memerintah dan mengembara pada zaman yang mana? Setelah kita mengenal pasti zaman hidupnya, barulah kita dapat mengenal pasti siapa orangnya. Kita akan mencari raja-raja besar pada zaman itu yang salah seorang daripada mereka tentunya Maharaja Zulqarnain.
Pada pandangan saya, Maharaja Zulqarnain hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim as.
Sandaran-sandaran Kita
Berdasarkan buku “Lelaki Misteri dalam Al-Quran- Iskandar Zulkarnain (bahagian pertama)” oleh Muhammad Khair Ramadhan Yusuf, saya memperolehi maklumat-maklumat berikut:
Hasan al-Basri berkata: “Zulqarnain ialah seorang raja yang hidup selepas zaman (Raja) Namrud.”
(Ulasan saya- Raja Namrud ialah orang yang membakar Nabi Ibrahim. Akhirnya dia mati akibat serangan serangga)
Daripada Hasan al-Basri juga telah diriwayatkan bahawa Zulqarnain ialah seorang raja. Dia memerangi Namrud bin Kana’an.”
(Ulasan saya- Sezaman dengan Namrud memungkinkan Maharaja Zulqarnain juga hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim)
Sesetengah ahli tafsir menyatakan bahawa dia hidup selepas Namrud bin Kana’an. Al-Azraqi dan lain-lainnya menyebutkan bahawa Zulqarnain telah memeluk agama Islam dengan (melalui Nabi) Ibrahim al-Khalil, dan bertawaf bersama-samanya di Kaabah al-Mukarramah beserta (Nabi) Ismail as.
Riwayat seperti ini turut dinyatakan oleh Syeikh al-Liji di dalam kitab tafsirnya yang menjelaskan bahawa Zulqarnain hidup pada zaman Ibrahim al-Khalil dan bertawaf di Kaabah bersama-sama dengan menteri atau pembantunya yang bernama Khidhir.
Diriwayatkan daripada Ubaid bin Umair dan anaknya Abdullah serta lain-lain, bahawa Zulqarnain telah berjalan kaki untuk pergi menunaikan haji. Apabila berita kedatangannya itu sampai ke pengetahuan Nabi Ibrahim as, baginda pun terus pergi berjumpanya dan mendoakan untuknya, di samping mewasiatkannya dengan beberapa perkara.
Dikatakan bahawa Zulqarnain datang dengan menaiki kuda. Dia berkata: “Saya tidak akan menunggang kuda di negeri yang ada Ibrahim al-Khalil (Al-Bidayah wa an-Nihayah, jilid dua, ms 108)
Di dalam kitab Muhadarat Awa’il ada disebutkan bahawa Zulqarnain ialah orang yang pertama berjabat tangan dan memeluk Ibrahim as.
Beberapa ahli sejarah yang boleh dipercayai menceritakan bahawa Ibrahim bertemu Zulqarnain di Tanah Suci Mekah, lalu Zulqarnain memeluk dan berjabat tangan dengan baginda. Baginda as memberinya tanda atau bendera. Zulqarnain mengikuti syariat dan millah Ibrahim as, dan menyeru menyeru manusia kepada hukum-hukum Allah.
Menurut fakta yang tercatat di dalam kitab Syarah Aini... yang sahihnya ialah bahawa Zulqarnain hidup pada zaman Ibrahim al-Khalil as...
Ibnu al-Qayyim berkata dalam Ighathah al-Lahfan tentang falsafah... (Alexander the Great) al-Macedonia ini ialah musyrik dan penyembah berhala. Tempoh antara beliau (Zulqarnain sebenar) dan al-Masih (Nabi Isa as) ialah 1900 tahun.
(Ulasan saya- Maksudnya Maharaja Zulqarnain hidup sekitar 1900 tahun Sebelum Masehi. Pada zaman itulah diberitakan Nabi Ibrahim as hidup)
Buku “Yakjuj & Makjuj- Bencana di Sebalik Gunung” oleh Muhammad Alexander pula memberikan kita maklumat berikut:
Terdapat beberapa calon Zulqarnain, iaitu: 1. Zulqarnain yang hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim. Pendapat ini didukung oleh Ubaid bin Umair ( salah seorang tokoh di kalangan tabi’in).
Maklumat-maklumat ini jika dikumpulkan sekali, memberikan kita satu kemungkinan besar bahawa Maharaja Zulqarnain itu memang hidup pada zaman Nabi Ibrahim as.
Perhatikan Selawat Kita
Kita lihat pula bacaan selawat pada tahiyyat akhir dalam solat kita sehari-hari. Selain kita berselawat kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya, kita juga digalakkan berselawat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Mengapa Nabi Ibrahim dan bukan nabi-nabi lain?
Ada kemungkinan kerana ajaran Nabi Ibrahim yang asli pernah tersebar ke seluruh pelusuk dunia yang didiami manusia, khususnya di semua tempat yang mempunyai kerajaan-kerajaan besar, yakni ‘superpower’ dunia ketika itu. Kini giliran ajaran Nabi Muhammad saw yang tulen pula tersebar ke seluruh dunia, termasuklah di negara-negara kuasa besar dunia. Di situ persamaannya. Tidak ada ajaran nabi-nabi lain yang pernah tersebar sebegitu rupa.
Ajaran Nabi Isa as juga tersebar ke seluruh dunia. Bagaimana?
Ya, tetapi bukan yang aslinya.
Bukankah ajaran Nabi Nuh juga tersebar ke seluruh dunia yang diduduki manusia ada zamannya?
Ajaran Nabi Nuh tersebar ketika dunia belum punya kerajaan-kerajaan besar.
Ajaran asal Nabi Ibrahim tidak sampai ke India, China, Rusia dan Eropah. Tidak ada tokoh yang pernah meluaskan empayar sebegitu luas termasuklah Maharaja Alexander Macedonia dan Maharaja Cyrus. Bagaimana?
Pada zaman Nabi Ibrahim, belum ada kerajaan besar di India, China, Rusia dan Eropah. Pada zaman Alexander dan Cyrus, sudah ada. Di situ perbezaannya. Jadi tokoh yang hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim itulah yang benar-benar telah menguasai semua kerajaan besar dari Timur hingga ke Barat pada zaman itu. Ketika itu, sesiapa yang berjaya mengusai kerajaan-kerajaan besar dari Parsi hingga ke Mesir, di kira sebagai Penguasa Mutlak Timur dan Barat kerana tidak ada kerajaan besar di tempat-tempat lain.
Bagaimana ajaran asal Nabi Ibrahim boleh tersebar sebegitu luas?
Kerana ada tokoh besar yang membawanya ke serata penjuru dunia ketika itu iaitu Maharaja Zulqarnain. Tokoh ini berjaya menguasai kesemua kerajaan besar dunia ketika itu sambil menyebarkan ajaran Nabi Ibrahim.
Kesimpulan Kecil
Setakat ini, kita sudah bertemu dengan tokoh yang hidup sezaman dengan Maharaja Zulqarnain iaitu Nabi Ibrahim as. Sekarang kita akan bertapak ke langkahan kedua, iaitu mencari zaman hidup Nabi Ibrahim as. Dari situ kita akan mencari tokoh-tokoh besar dunia yang hidup pada zaman tersebut, yang salah seorang daripada mereka ialah Maharaja Zulqarnain.
8 comments:
Salam ustaz,
Menurut sumber2 kristian jarak masa antara nabi musa dan nabi isa lebih kurang 3500 tahun,zaman nabi ibrahim lebih lama lagi ustaz.
Ada buku baru tajuk "ALEXANDER ADALAH ZULQARNAIN" author Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko, buku ni menjelaskan dgn ilmiah bhw lexander the Great (356-323SM) adalah Zulqarnain Quranik yang kita cari selama ini. Alexander ini orang beriman kepada Allah SWT. ini dibuktikan dr susurgalur guru Alexander, iaitu:
Socrates (470-399SM) > Plato (427-346SM)>Aristotles (384–322SM) > Alexander the Great / Zulqarnain Qur’anik (356-323SM), f\ilsuf Athen socrates inilah yg di AlQur'an disebut Luqman Al Hakim (Luqman yang bijasana), Luqman dlm bhs arab berarti "menelan" yaitu Socrates yang dihukum mati dengan cara menelan racun, ini krn waktu itu Socrates menyebarkan paham bahwa Tuhan itu Satu di negeri pagan Yunani.
Buku ini berjaya membuktikan dgn ilmiah bahwa rute perjalanan Alexander sama dengan rute perjalanan Zulqarnain. sila tengok buku ini: http://pts.com.my/index.php/buku/alexander-adalah-zulqarnain/
Sebelum buku itu terbit, sudah ada seseorang membahaskan sebahagian daripada isi kandungannya, terutamanya tentang LALUAN Zulqarnain. Dalam perkongsian kami itu, ternyata Alexander the Great bukan Zulqarnain. Ada banyak bahagian pada Alexander dan pengembarannya tidak sama dengan Zulqarnain dan pengembaraannya.
Pada mulanya teman saya itu cenderung dengan pandangan penulsinya, tetapi akhirnya dia sendiri menyedari kajian penulis itu gagal menunjukkan persamaan antara Alexander dengan Zulqarnain.
Wallahualam.
Wallahualam.
Siapapun tidak akan menemukan raja besar bernama Zulqarnain yg hidup satu zaman dgn Baginga Nabi Ibrahim. Bukti sejarah arkeologi tidak ada.
Sebaiknya kita jangan mendahuli Allah dalam hal tersebut. Tidak mustahil akan ada orang yang menemukannya.
Perkataan yang lebih beradab dengan Tuhan yang boleh anda tulis antaranya (sebagai contoh):
"Hampir-hampir mustahil untuk sesiapa juga menemui Zulqarnian yang sezaman dengan Nabi Ibrahim."
Tentang bukti arkeologi... ada! Insyaallah.
Hairan saya, mengapa masih ada lagi yang bertahan sebagai "anonymous"...
amat meranik kajian
ini
sebenarnya iskandar zulqarnain adalah anak nabi ibrahim a.s...kalau x silap kisah iskandar zulqarnain pernah disiarkan didlm utusan oleh seorang ahli sejarah kelantan yg terkenal pada suatu ketika dulu...
Post a Comment