Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Saturday, May 02, 2009

"Zulqarnain" Menurut Alexanderwathern

PENDAHULUAN

“Zulqarnain ialah Alexander the Great dari Macedonia!”

“Tidak, Maharaja Korsh dari Parsi itulah Zulqarnain!”

Saya? Pegangan saya tetap seperti sebelum ini iaitu Alexander dan Korsh bukan Zulqarnain yang dimaksudkan dalam al-Quran.

Sungguhpun begitu, dalam tulisan ini saya tidak akan menyentuh tentang Alexander dan Korsh lagi. Kisah mereka berdua sedikit-sebanyak sudah saya sentuh dalam tulisan-tulisan sebelum ini, juga dalam kuliah-kuliah saya (sebahagiannya ada dimuatnaik di “Youtube”). Kita tidak mahu mengambil banyak masa untuk mengulang-ulang perkara yang sama. Lebih baik kita terus mengembara mencari Raja Zulqarnain. Bertemu ataupun tidak, bukan persoalannya.

Dalam usaha menjejaki Zulqarnain ini, saya menghidangkannya dalam bentuk pengembaraan. Saya selaku pemandu pelancongnya akan membawa para pembaca mengembara bersama-sama. Kita akan merentasi zaman, tamadun dan wilayah, meneroka ke sana ke mari. Jangan takut, pengembaraan ini tidak ada risiko apa-apa. Saya akan berusaha untuk menjadi pemandu yang baik.

Saya tidak menjanjikan satu keputusan, tetapi insyaallah satu pengalaman kembara yang menarik yang akan membuka perbincangan lebih luas. Saya akan membawa anda bermusafir untuk bertemu dengan dua orang tokoh zaman silam yang saya rasakan lebih layak untuk ditabalkan sebagai Zulqarnain berbanding Alexander dan Korsh. Dalam tempoh setahun ini, saya mencari maklumat tentang mereka berdua. Sepengetahuan saya, belum ada orang yang mengaitkan mereka berdua sebagai “Zulqarnain”. Sekiranya ada, saya bersyukur kerana ada orang yang sependapat dengan saya.

Anda sudah bersedia? : )

3 comments:

MIddkA1 said...

Na3am Aliksandar. Wa ana 3ala isti3dad.

Anonymous said...

jauhilah kami daripada bisikan jin dan manusia segala puji-pujian hanya bagi allah. kesejahteraan untuk para solihin.bersujudlah dengan mensucikan diri minta petunjuk.kasih sayang allah akan menunjukan kita jalan-jalan mencapai segala sesuatu.greenforce15.

Alexanderwathern said...

Ana luruskan sedikit ya tuan...

"Jauhilah kami daripada bisikan syaitan jin dan syaitan manusia..."

Related Posts with Thumbnails