Sekarang kita sedang mencari empayar terbesar pada zaman Nabi Ibrahim.
Bilakah zaman Nabi Ibrahim (disebut Abram dan Abraham dalam Bible/ Alkitab) as?
Nabi Ibrahim as dipercayai hidup sekitar 2000 Sebelum Masehi. Mari lihat beberapa sandaran kita.
“Born Theological figure - traditionally 2000 BC. Died Theological figure - traditionally 1825 BC.”
http://en.wikipedia.org/wiki/Abram
“Abraham, originally called Abram, was Israel's first great patriarch. He probably lived in the late 3d or early 2d millennium BC ...”
http://mb-soft.com/believe/txh/abraham.htm
“According to Jewish tradition, Abraham was born under the name Abram in the city of Ur in Babylonia in the year 1948 from Creation (circa 1800 BCE).”
http://www.jewishvirtuallibrary.org/jsource/biography/abraham.html
“Abraham is believed to have lived around 2000 BCE, and died at the age of 175 years according to the Biblical (Old Testament) as well as Muslim sources.”
http://i-cias.com/e.o/abraham.htm
“2166 SM: Nabi Ibrahim lahir di Ur, Mesopotamia selatan (Iraq)...”
(“Yakjuj & Makjuj- Bencana di Sebalik Gunung” oleh Muhammad Alexander, ms 220)
Tidak ada satu tahun yang pasti, namun kita boleh buat kesimpulan bahawa Nabi Ibrahim as mungkin hidup sekitar tahun 2200 Sebelum Masehi hingga 1800 Sebelum Masehi. Sekarang kita pergi ke empayar terbesar pada zaman itu.
Mengapa kita mencari empayar terbesar pada zaman Nabi Ibrahim?
Kerana pastinya Maharaja Zulqarnainlah yang menerajui empayar terbesar itu. Sekiranya ada empayar lain yang lebih besar yang sezaman dengannya, maka peneraju empayar yang lebih kecil itu tentunya bukan Maharaja Zulqarnain.
Apakah empayar terbesar pada zaman Nabi Ibrahim?
Itulah Empayar Akkad (Akkadian Empire). Bahkan, itulah empayar pertama di dunia dan tiada empayar lain yang sezaman dengannya. Oleh kerana tiada pilihan lain, sekarang kita akan terbang ke Empayar Akkad.
Empayar Akkad
Sesetengah pihak menggambarkan perluasan kuasa yang dilakukan oleh Empayar Akkad sebagaimana dalam peta ini.
Empayar Akkad diasaskan oleh Maharaja Sargon (Sargon the Great/ King Sargon I/ Sarru-kin). Ia berpusat di Babylon, Iraq hari ini. Di sinilah tamadun terawal manusia muncul, iaitu tamadun Sumeria. Empayar Akkad mencapai kegemilangannya pada zaman Maharaja Naram-Sin, cucu kepada Sargon. Berikut ialah beberapa orang raja yang dipercayai pernah menerajui empayar ini:
1. Sargon Agung
2. Rimush (anak Sargon)
3. Manishtu (adik Rimush)
4. Naram-Sin (anak Manishtu, cucu Sargon)
5. Shar-Kali-Sharri (anak Naram-Sin)
6. Dudu
7. Shadarul (1)
http://www.historyforkids.org/learn/westasia/art/akkadians.htm
http://finickypenguin.wordpress.com/2009/08/18/awesome-or-not-3-sargon/
http://faculty.mdc.edu/jmcnair/Joe12pages/sargon_is_the_great_teacher_who_.htm
Beberapa patung yang dipercayai sebagai menggambarkan Maharaja Sargon. Sebahagian pihak pula mendakwa ia gambaran Maharaja Naram-Sin dan lain-lain.
Empayar Akkad mulai lemah pada zaman Shar-Kali-Sharri akibat serangan oleh kaum Guti (Gutians) yang tidak bertamadun dari Pergunungan Zagros di Parsi (2). Akhirnya empayar ini hilang dalam pemerintahan raja-raja yang lemah.
“According to the Sumerian king list, the first five rulers of Akkad (Sargon, Rimush, Manishtusu, Naram-Sin, and Shar-kali-sharri) ruled for a total of 142 years; Sargon alone ruled for 56. Although these figures cannot be checked, they are probably trustworthy, because the king list for Ur III, even if 250 years later, did transmit dates that proved to be accurate.” (3)
Siapakah tokoh besar yang sezaman dengan Nabi Ibrahim as? Tentu saja Raja Namrud! Anda kenal Raja Namrud? Kini saya akan membawa anda untuk berkenalan dengan seseorang yang saya percaya sebagai Raja Namrud. Jom!
(1) http://en.wikipedia.org/wiki/Akkadian_Empire
(2) Ibid
(3) http://www.angelfire.com/nt/Gilgamesh/akkadian.html