Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Tuesday, June 30, 2009

Perkongsian Ilmiah tentang Yakjuj Makjuj & Zulqarnain 2

C4U

Terima kasih tuan diatas balasan pandangan

Alhamdulillah, perincian tambahan daripada tuan menambahkan lagi cabang kajian ini. Cuma saya berpendapat mungkin tuan kurang jelas mengenai apa yang saya maksudkan lokasi tembok yang didalam air:

Quote:

Penilaian 2: Jika dibina dilembah yang sesekali dipenuhi air, maka tembok itu tidak ada gunanya ketika musim berair. Kerana dengan mudah Yakjuj Makjuj akan menggunakan kapal-kapal tanpa perlu memanjat/ menebuk.

Quote

Apa yang saya bayangkan di kotak minda adalah bahawa air yang memenuhi ruang tembok itu tidaklah akan separas tembok. Benar, tembok adalah setinggi 2 gunung yang mengapitnya, namun saya menanggarkan bahawa air hanya akan memenuhi separuh daripada ketinggian tembok. Maknanya macam Empangan moden kita hari ni.

Seperti yang kita tahu bahawa kaum Yakjuj adalah bangsa nomad/berkuda, tiada bukti arkeologi bahawa mereka mempunyai kenderaan air sekurang-kurangnya kolek/sampan kecil.

ALEX:

Majoriti kaum Yakjuj Makjuj pada awalnya memang tidak mahir di air. Namun setelah mereka tersebar, ada antaranya yang mahir. Contohnya kaum Viking. Kaum Viking juga keturunan Yakjuj dan Makjuj (pada pandangan saya). Tapi kaum Viking datang selepas zaman tembok Zulqarnain dibina.

Datuk mereka iaitu Gog (Yakjuj) yang berketurunan Yafits anak Nabi Nuh pada awalnya bertempat di utara dan Timur Laut Hitam (Black Sea). Ada kemungkinan juga mereka biasa berperahu di Laut Hitam walaupun tidak mahir. Maklumlah, pada zaman itu manusia hanya berani belayar di pinggir-pinggir pantai.

Secara umumnya, saya bersetujulah yang mereka tidak mahir di air.

Jadi, untuk mengukuhkan lagi pandangan yang mengatakan tembok itu dibina di lembah berair, saya fikir kita kena cari sandaran-sandaran yang lebih kuat. Dalam Quran dan hadith, rasanya tidak ada yang mengaitkannya negan lembah berair. Dalam tulisan sejarahwan pun saya belum pernah jumpa (mungkin ada ahli yang menulis). Cerita tentang lembah berair ini pun hanya dari tuan saja saya baru mendengarnya.

Oleh itu salah satu tugas kita berdua sekarang ialah mencari kalau-kalau ada bukti lain lagi yang dapat mengukuhkan cerita lembah berair ini. Saya pun akan ‘explore’ internet insyaallah.



C4U:
Jika mereka mempunyai teknologi begitu, saya kira mereka juga ada pilihan untuk tidak bersusah payah menebuk tembok samada pergunungan Kaukasus di Georgia @ pergunungan China untuk tembus ke dunia sebelah sini, boleh saja mereka seperti Viking merentas lautan pasifik lalu lautan hindi untuk ke benua sini.

Jika operasi menebuk ingin dilakukan jua diatas kolek/sampan/kapal, adalah tidak praktikal lantaran betapa susahnya melakukan penebukan dengan posisi terapung-apung diatas air. Semoleknya mereka terpaksa menunggu musim kemarau untuk beroperasi.

Mengenai pandangan KETIGA tuan, saya harap tuan pernah membaca kajian dari penulis Indonesia saudara Muhammad Alexander Wisnu Sasongko berkenaan bukunya "Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung" yang banyak berpandukan sumber yang beliau berpendapat lebih tepat dalam menjejaki keturunan Yakjuj & Makjuj.

ALEX:

Malangnya saya tidak pernah membaca buku tersebut. Saya akan cuba tengok di kedai-kedai buku berhampiran jika ada. Terasa rugi jugak. Kebetulan namanya ada persamaan dengan nama pena saya- Alexanderwathern.



C4U:
Bukan niat saya hendak menafikan kajian tuan, cuma saya hendak mempelbagaikan input kajian. Beliau merujuk kepada tulisan-tulisan sarjana Yahudi kuno bernama Flavius Josephus seperti The War of The Jews @ The history of destruction of jerusalem, & Antiquities of The Jews.

Menurut beliau, dalam usaha mencari The Lost of 13 Israel Tribes (seingat saya), satu daripada bangsa yang hilang itu adalah bangsa Scythia yang terpecah lagi kepada 2 iaitu Gog & Magog a.k.a Yakjuj Makjuj.

ALEX:

Berdasarkan pengetahuan saya selama ini, bangsa Israil hanya wujud pada zaman Nabi Yaakub. Dialah yang digelar ‘Israil’. Keturunannya dikenali sebagai Bani Israil. Anak-anak lelakinya ada 12 orang (termasuk Nabi Yusuf dan Bunyamin). Daripada merekalah lahirnya 12 suku kaum Bani Israil.

Maksudnya, pada zaman Nabi Ibrahim dan pada zaman Zulqarnain, suku-suku Bani Israil belum wujud. Sedangkan Yakjuj dan Makjuj sudah wujud lebih awal daripada Ibrahim dan Zulqarnain. Sekiranya ada suku ke-13 dari Bani Israil yang hilang, tentunya mereka tidak sesuai untuk dinisbahkan kepada Yakjuj dan Makjuj. Lagi pula, yang diwar-warkan sebagai suku ke-13 itu pun masih sangat samar-samar ceritanya ( http://www.scribd.com/doc/13356556/Israel-Hanya-Memiliki-12-Suku ).

Wallahualam.


C4U:
Secara ringkas saya titipkan dari kajian beliau, bahawa Makjuj adalah belahan bangsa Eropah yang mendiami Padang Rumput Eurasia terletak di belakang pergunungan Kaukasus (seperti yang tuan kaji), manakala Yakjuj adalah belahan bangsa Asia Timur iaitu barbar Monggol/Hun.

ALEX:

Pemerhatian saya pun menunjukkan dapatan yang sebaliknya. Pada saya, Yakjuj (bandingkan dengan Gog dan Georgia) berada di Eropah manakala Makjuj (bandingkan dengan Monggol dan Monggolia) berada di utara China.


C4U:
Menurut beliau melalui sesi cambah minda yang saya hadiri pada awal Jun lalu, bahawa Allah s.w.t telah terlebih dahulu membina 'tembok semulajadi' berupa gunung-ganang bagi menghalang Yakjuj Makjuj, merentasi dari hujung pergunungan Kaukasus bermula di Eropah hingga banjaran Himalaya dan berakhir di hujung China.

Makjuj beliau berpendapat telah pun bebas & berasimilasi dengan masyarakat kita membentuk apa yang kita kenal sebagai bangsa Eropah & Amerika. Bertamadun TAPI masih mengekalkan 'keganasan' dengan cara yang lebih 'bertamadun' (sekatan ekonomi, PBB, NATO, perang menentang keganasan, etc..).

Manakala Yakjuj pula adalah bangsa yang berjaya disekat oleh Zulqarnain melalui tembok di kawasan sekitar China. Logik yang dipakai penulis, telah ada serangan sebelum tembok dibina, sebab itu bangsa yang menemui baginda meminta dibina sebuah lagi tembok lebih kukuh berbanding Great Wall of China yang diperbuat dari batu-bata.

Berdasarkan itu, mereka sudah ada pengalaman diserang puak Monggol Tartar/Hun, jadi mereka meminta tembok atas pengalaman lalu.

ALEX:

Jadi penulis berpendapat Zulqarnain hanya menyekat Yakjuj, manakala Makjujnya sudah terlepas, ataupun ketika itu berada di tempat lain. Untuk itu kita lihat semula surah al-Kahfi:

“Wahai Zulqarnain, sesungguhnya kaum YAKJUJ DAN MAKJU sentiasa melakukan kerosakan di muka bumi......... dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan MEREKA.”

Jelasnya Zulqarnain menyekat Yakjuj dan Makjuj SEKALIGUS. Pada perkiraan saya, zaman itu Yakjuj dan Makjuj masih tinggal sebagai satu kelompok, ataupun sudah berasingan tetapi masih tinggal berdekatan. Mereka masih menetap di utara pergunungan Kaukasus, iaitu di sekitar Georgia sekarang (lihat namanya kan Gog tetapi disebut Georgia), utara dan Timur Laut Hitam dan sebahagian Rusia. Waktu itu mereka belum terpisah. Sebab itu penuduk yang meminta bantuan Zulqarnain menyebut mereka sebagai Yakjuj dan Makjuj, bukan salah satu.

Apabila gagal menembusi tembok yang dibina Raja Zulqarnain di satu-satunya laluan ke selatan di pergunungan Kaukasus itu, mereka terpaksa menyebar ke Timur dan Barat. Umumnya yang bergerak ke Timur tiba ke Monggolia, Korea dan Manchuria. Mereka inilah yang dinamakan Makjuj. Manakala yang bergerak ke Barat membentuk bangsa Eropah utara, yang dikenali sebagai Yakjuj. Sebab itu di Britain ada patung Gog and Magog- datuk nenek mereka.

Tembok Besar China mula dibina sekitar 200 tahun SM, sedangkan Zulqarnain membina tembok sekitar 2000 tahun SM (http://ms.wikipedia.org/wiki/Tembok_Besar_China ). Ada juga tembok-tembok kecil seawal 500 tahun SM, tapi masih belum mencapai zaman Zulqarnain. Jadi Tembok Besar China dibina hanya setelah kaum Yakjuj Makjuj yang terkepung di utara Gerogia (kerana disekat tembok Zulqarnain) itu berhijrah. Mereka tiba di Monggolia dan Manchuria lalu menunjukkan keliaran mereka, menyebabkan penduduk China ketakutan. Barulah dibina Tembok Besar China.

Ringkasnya, tembok Zulqarnain adalah lama lebih kuno berbanding apa-apa tembok penghalang di China. Begitulah pengamatan saya. Wallahualam.



C4U:

Maafkan saya menulis agak panjang, saya amat menghormati tuan kerana sepengetahuan saya, hanya tuan yang mengkaji isu ini di negara kita secara mendalam, jadi keilmuan tuan amat saya kagumi. Jadi secara berseloroh, saya "ada geng" nak bertinju, maklum la tak ramai yang minat nak dalami isu ni

Harap tuan sudi reply di topik tuan, syukran.

p/s: Maaf tuan, saya bab tahun-tahun ni failed sikit, jadi mungkin nak kaitlkan bukti bertarikh ni saya agak 'gagal'...hehe

ALEX:

Tak mengapa. Berdua lebih baik daripada berseorangan. Baru ada “check n balance”. Kalau tidak, tak tahulah dengan siapa kita nak bertukar-tukar fikiran. Maklumlah, ada dalam kalangan kita yang kata buat apa sibuk-sibuk pasal Zulqarnain, tembok, Yakjuj Makjuj dan lain-lain. Tugas kita ialah membetulkan yang ‘basic’. Yang ‘basic’ pun tak habis dikaji dan dibetulkan. Itu kata mereka.

Padahal apa saja yang disebut Quran walaupun sepatah, ia sangat penting. Mana boleh ada isi Quran yang tidak penting. Tuhan tak akan buat kerja sia-sia meletakkan benda sekadar untuk hiburan membaca di dalam kitab suci. Tuhan letak sikit itu supaya ada antara umat Islam mengkaji tentangnya. Jika Tuhan sudah cerita semua, buat apa hendak dikaji lagi. Kan begitu?

Jadi pada saya, yang ‘basic’ semua orang kena utamakan. Tapi hal-hal cabang ini, kena ada pembahagian. Jangan semua orang mengkajinya, tapi jangan sampai langsung tak ada orang mengkajinya.

Dah ada ‘sparring-partner’ ni, tentulah saya rasa seronok. Biasalah, dalam banyak hal kita bersepakat tapi tentunya dalam sebahagian hal kita bertentangan idea dan maklumat. Itu fitrah dunia keilmuan. Yang lebih penting, dialog kita ini bersifat ilmiah dan perkongsian.

BERSAMBUNG...

No comments:

Related Posts with Thumbnails