Cerdik
pandai dan para pengkaji (khususnya yang tidak beragama/ateis/mulhid) memang boleh
menemui Tuhan hasil pemikiran mereka, tetapi setakat mana?
1.
Tak percaya adanya Tuhan. Semua yang berlaku di
alam ini adalah secara semulajadi, secara tabi’i. Ada yang terhenti setakat ini
sahaja. Terhijab dengan hijab gelap berlapis gelap.
2.
Percaya ada satu kuasa yang mendasari dan berperanan
mengatur seluruh alam ini, tetapi tidak yakin itu ialah Tuhan. Maka tidak perlu
menyembah kuasa itu dan tidak perlu menganut mana-mana agama.
3.
Percaya ada sesuatu yang mendasari dan mengatur
seluruh alam ini, tetapi tidak tahu sama ada itu Tuhan ataupun tidak. Ada pula
yang terhenti setakat ini.
4.
Percaya ada satu kuasa yang sangat bijaksana
yang mendasari dan mengatur seluruh alam ini, dan yakin itulah yang dikatakan
orang sebagai Tuhan. Tetapi tidak perlu untuk menyembah Tuhan itu, dan tidak
perlu juga untuk menganut mana-mana agama. Golongan ini terhijab dengan
campuran antara kegelapan dengan kecerahan.
5.
Percaya ada satu kuasa yang sangat bijaksana
yang mendasari dan mengatur seluruh alam ini, dan yakin itulah yang dikatakan
orang sebagai Tuhan. Tuhan itu mesti disembah tetapi mengikut cara sendiri-sendiri.
Setiap orang ada jalan sendiri. Tidak perlu menganut dan mengikut syariat
mana-mana agama. Ada yang terhenti di sini.
6.
Percaya ada satu kuasa yang sangat bijaksana
yang mendasari dan mengatur seluruh alam ini, dan yakin itulah yang dikatakan
orang sebagai Tuhan. Tuhan mesti disembah, boleh mengikut semua agama kerana
semua agama pun sama. Campur aduk.
7.
Percaya ada satu kuasa yang sangat bijaksana
yang mendasari dan mengatur seluruh alam ini, dan yakin itulah yang dikatakan
orang sebagai Tuhan. Tuhan itu mesti disembah dan kita mesti mengikut salah
satu agama.
8.
Percaya ada satu kuasa yang sangat bijaksana
yang mendasari dan mengatur seluruh alam ini, dan yakin itulah yang dikatakan
orang sebagai Tuhan. Tuhan mesti disembah dan mesti mengaut dan mengikut
syariat Islam.
Para pengkaji yang bersandarkan kepada akal semata-mata
tanpa mahu mengikut mana-mana agama, ringkasnya mereka akan tersangkut pada
tahap yang kelima sahaja.
Abu Zulfiqar
Februari 2016
No comments:
Post a Comment