Peringkat-peringkat
ma’rifah dan cinta :
1.
Peringkat MENOLAK.
2.
Peringkat RAGU-RAGU.
3.
Peringkat YAKIN.
4.
Peringkat TAHU.
5.
Peringkat TUNDUK PATUH (beriman).
6.
Peringkat KENAL.
7.
Peringkat CINTA.
Huraian
peringkat-peringkat ma’rifah dan cinta :
1.
Peringkat MENOLAK - Golongan ini tidak percaya
adanya Tuhan. Mereka menolak adanya Tuhan. Ini golongan ateis atau mulhid.
2.
Peringkat RAGU-RAGU – Golongan ini mula
ragu-ragu sama ada Tuhan itu ada ataupun tidak. Apabila mereka buat pemerhatian
dan kajian, mereka dapati memang ada kemungkinan adanya satu kuasa yang disebut
sebagai Tuhan.
3.
Peringkat YAKIN – Golongan ini sudah yakin
bahawa Tuhan itu memang ada, tetapi mereka belum menganut mana-mana agama.
Hasil pemerhatian dan kajian mereka menunjukkan Tuhan memang ada.
4.
Peringkat TAHU – Golongan ini pula sudah tahu
siapakah Tuhan itu. Mereka mencari-cari yang mana satukah Tuhan daripada sekian
banyak yang didakwa sebagai Tuhan. Akhirnya mereka mendapati Tuhan hanya satu
iaitu Allah. Sekadar tahu, belum kenal (belum ma’rifah), belum cinta.
5.
Peringkat TUNDUK PATUH (beriman/percaya) -
Tidak setakat tahu, mereka beriman pula dengan Allah. Mereka pun memeluk agama
Islam. Namun mereka umumnya sekadar beriman tanpa mengenal akan Allah.
6.
Peringkat KENAL – Tidak setakat
beriman/percaya, tetapi sudah sampai ke peringkat mengenal Allah. Mereka
berupaya membezakan antara Allah dengan makhluk. Tidak mudah-mudah diperdaya
oleh makhluk.
7.
Peringkat CINTA – Tidak sekadar kenal, tetapi
sudah sampai ke tahap cinta Allah.
·
Setiap satu peringkat ini ada pecahan2nya lagi.
·
Rata-rata umat Islam mencapai peringkat YAKIN,
TAHU dan TUNDUK PATUH.
·
Para saintis tidak beragama, kajian mereka memang
boleh membawa mereka kepada peringkat YAKIN
adanya Tuhan. Namun ilmu kajian mereka tak bawa mereka ke tahap wahyu. Untuk
naik lagi, mereka terpaksa guna Al Quran. Hal ini kerana syariat tak datang
dengan fikiran melainkan dengan wahyu.
·
Pelajaran tasawuf berusaha membawa kita sampai
ke peringkat KENAL dan CINTA.
Abu Zulfiqar
Januari 2016
No comments:
Post a Comment