Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Saturday, September 03, 2016

Penciptaan Menurut Kitab2 Lama Benua India

Suatu hari saya berbual-bual dengan dua orang wanita India beragama Hindu. Kami bicarakan tentang sejarah. Kemudian terbit satu persoalan. Kata mereka, agama-agama lain seperti yang dianut oleh umumnya orang-orang Cina dan orang-orang India di negara ini ada menyembah sesuatu benda di dalam tokong atau kuil mereka, tetapi apa benda yang disembah oleh orang-orang Islam di dalam masjid? Saya pun jawablah : “Tidak ada apa-apa benda. Orang Islam sembah Tuhan sahaja lah.”

Mendengar jawapan itu, mereka terkejut, terdiam, dan kelihatan berfikir ligat buat sementara (berdasarkan mata mereka yang memandang ke atas seperti mencari sesuatu buat beberapa lama). Setelah beberapa ketika, barulah mereka kembali memandang saya dan kami pun sama-sama tertawa.

Soalan sebegini pernah juga ditanyakan kepada saya oleh seorang remaja lelaki India Hindu lebih kurang 6 tahun yang lalu. Tanyanya : “Dalam surau....ada apa? Ada batu ke...............apa-apa ke........?” Maksud soalan itu kita sedia maklumlah. Sebenarnya dia ingin tahu - orang Islam sembah apa/siapa di dalam surau? Lambat-lambat soalannya keluar. Saya pun jawab : “Tak ada apa-apa.” Lalu dia terdiam, kelihatan berfikir panjang, tercari-cari....ada sesuatu yang dia nak suarakan tapi tak terkeluar. Akhirnya dia lepaskan nafas, maksudnya tak jadi hendak bertanya, dan kami pun sama-sama tersenyum.

Berbalik kepada dua orang wanita tadi, dalam masa sesingkat beberapa minit itu kami pun saling bertukar-tukar fikiran. Saya sentuh seimbas lalu tentang Allah, Brahman, Brahma, Vishnu, Siva, Mahabhrata, Perang Kurushetra, Bagavad Gita, Krishna, Arjuna dan beberapa hal lagi.

Wanita di kanan saya keras membatu buat beberapa lama. Matanya tak berkerdip pun. Saya tanya : “Eh, kenapa ni?” Barulah dia bergerak. Rupa-rupanya dia terkejut kerana tidak menyangka yang saya tahu tentang itu semua dan boleh menceritakan pula kepadanya. Dia sangat teruja. Perkongsian kami pun jadi semakin rancak. Mereka sentuh tentang Ramayana, Raman, Sita Dewi, Hanuman dan lain-lain.

Pulang ke rumah, saya pun mengarang karangan di bawah ini. Beberapa hari kemudian, kami bertemu lagi lalu saya beri kepada mereka salinannya, termasuklah sinopsis cerita Ramayana dan isi kandungan kitab Bagavad Gita bab ke-2 (dalam bahasa Melayu Malaysia).

Di sini saya kongsikan karangan tersebut.

Asal-usul Penciptaan Alam Menurut Kitab-kitab Lama Benua India
Pada mulanya yang ada hanyalah Tuhan. Namanya Brahman. Dia sudah sedia ada sejak awal. Dia tidak ada permulaan. Dia tidak diciptakan. Dia tidak dilahirkan.

Dalam kitab Bagavad Gita bab 10 ayat 3 dikatakan :
“Orang yang mengenal Aku (Brahman/Tuhan) sebagai Yang Tidak Dilahirkan, Yang Tidak Ada Awal (Yang Tidak Ada Permulaan), Yang Maha Esa Yang Berkuasa ke atas seluruh alam.”

Ketika itu belum ada apa-apa makhluk kerana Brahman belum menciptakan mana-mana makhluk. Yang ada hanyalah Brahman sendirian.

Dalam Chandogya Upanishad 6 : 2 : 1 dinyatakan bahawa :
“Dia (Brahman/Tuhan) hanya satu (tunggal), tanpa yang kedua.”

Ketika itu belum ada alam semesta, belum ada langit dan bumi, dan belum ada dewa-dewi atau manusia. Makhluk-makhluk lain juga belum ada termasuklah udara, angin bayu, matahari, bulan, bintang-bintang, tempat, ruang, cahaya, kecerahan, kegelapan, warna, bentuk, rupa, bunyi, bau, haiwan, tumbuh-tumbuhan, lautan, air, api dan sebagainya. Yang ada hanyalah Brahman sahaja.

Oleh itu Brahman tidak dapat dilihat, tidak dapat disentuh, tidak dapat difikirkan, tidak dapat digambarkan, tidak ada rupa, tidak ada warna, tidak ada bentuk, tidak bertempat dan tidak dipengaruhi oleh ruang.

Dalam Svetasvatara Upanishad bab 4 ayat 19 dinyatakan :
“Dia (Brahman/Tuhan) tidak boleh dilihat, Dia bukan di atas, bukan keseluruhan dan bukan di tengah-tengah. Dia tidak boleh dijangkau (dicapai, dirasa, dipegang) dengan tangan. Tidak ada imej (gambar, lukisan, bayangan, gambaran, ukiran, patung) yang sama dengan DiriNya/ ZatNya.”
Maksudnya Tuhan itu langsung tidak sama dengan suatu apa juga pun.

Dalam Yajurveda bab 32 ayat 3 tertulis :
“Tidak ada rupa bagi Tuhan (Brahman) dan (Dia) tidak berbentuk/berfizikal.”
Pada kitab Yajurveda bab 40 ayat 8 tertulis :
“(Brahman/Tuhan itu) ...... tidak bertubuh (tidak punya badan fizikal), sempurna, tiada dosa, suci.”
Dalam kitab Bagavad Gita bab 11 ayat 8 mengatakan :
“Engkau (wahai manusia) tidak dapat melihat Aku (Brahman) dengan mata yang engkau miliki sekarang.”

Maksudnya Tuhan tidak boleh dilihat dengan mata. Apa sahaja yang boleh dilihat dengan mata, itu bukanlah Brahman/Tuhan. (*Bukan juga Brahma, Vishnu atau Siva).

Kemudian Brahman mula menjadikan makhluk. Dia menjadikan cahaya, ruang, tempat dan seterusnya isi seluruh alam ini.

Apabila Brahman menciptakan makhluk, maka Dia disebut sebagai Brahma, iaitu Tuhan Yang Menjadikan/Menciptakan (*Pencipta).

Setelah Brahman menjadikan makhluk iaitu alam ini dan seluruh isi serta penghuninya, maka Dia memelihara makhluk-makhluk yang diciptakan-Nya itu. Sebagai Tuhan Yang Memelihara, Brahman disebut sebagai Vishnu (Pemelihara).

Selain daripada menjadikan makhluk dan memelihara makhluk, Brahman juga berperanan memusnahkan makhluk-makhluk ciptaannya. Sebab itulah ada manusia yang mati, ada manusia yang semakin tua, ada tumbuh-tumbuhan yang layu, ada gunung yang pecah dan sebagainya. Semuanya kerja Brahman. Sebagai Tuhan Yang Memusnahkan, Brahman disebut sebagai Siva (Pembinasa).

Oleh itu, ketiga-tiga Tuhan Brahma, Tuhan Vishnu dan Tuhan Siva sebenarnya ialah Tuhan Brahman itu sendiri. Keadaan ini disebut sebagai trimurti. Hanya ada satu Tuhan iaitu Brahman yang dikenali dengan banyak nama mengikut tugas-tugas-Nya.

Contohnya seorang lelaki bernama Raju. Namanya Raju tetapi sebagai bapa kepada anak-anaknya, dia disebut “daddy”. Sebagai seorang suami, dia disebut “darling”. Sebagai guru di sekolah, dia disebut “teacher”. “Daddy”, “darling” dan “teacher” bukanlah tiga orang yang berlainan tetapi seorang sahaja iaitu Raju. Perbezaan nama panggilan itu adalah berdasarkan tugas-tugas yang dilakukannya sahaja.

Dalam Bagavad Gita bab 7 ayat 23 mengatakan :
“Orang yang kurang cerdas akan menyembah para dewa, dan hasilnya adalah terbatas dan bersifat sementara. Orang yang menyembah para dewa nanti akan pergi ke langit-langit alam dewa, tetapi para penyembah Aku (Brahman) akhirnya akan mencapai langit-Ku yang paling tinggi.”

Dalam Bagavad Gita bab 9 ayat 23 menyatakan :
“Orang yang menjadi penyembah dewa-dewa lain dan menyembah dewa- dewa itu dengan keyakinan, sebenarnya (mereka) hanya menyembah Aku (Brahman) tetapi mereka menyembah Aku dengan cara yang keliru, wahai (Arjuna) anak Kunti.”

Dalam Bagavad Gita bab 9 ayat 25 mengatakan :
“Orang yang menyembah dewa-dewa akan dilahirkan/dibangkitkan/dihidupkan nanti dalam kalangan para dewa, orang yang menyembah leluhur (datuk nenek) akan pergi kepada leluhur (datuk nenek), orang yang menyembah hantu dan roh halus akan dilahirkan dalam kalangan makhluk-makhluk seperti itu, dan orang yang menyembah Aku (iaitu Brahman) akan hidup bersama Aku.”

Abu Zulfiqar
31 Ogos 2016


Thursday, April 14, 2016

Isu Zakir Naik Bersama Kedai Pancing Kawan



Tulisan panjang saya tentang isu Dr. Zakir Naik di Facebook (salinan yang sama boleh dibaca dan teliti di http://myalexanderwathern.blogspot.my/2016/04/jawapan-jawapan-ringkas-tentang-zakir.html )tiba-tiba menerima komen yang berbunyi : “Hang siapa nak dibandingkan dengan dia? Merata dunia kenal dia. Hang siapa?”



Itu sahaja.



Daripada kata-kata itu, kita faham-faham sendirilah apa nadanya.



Setelah agak lama, saya pun menulis balas kepada orang yang melontarkan kata-kata itu :



SAYA MENULIS KEMBALI :

Merata dunia kenal dia? Mengapa ya? Adakah itu bukti yang dia pasti betul ataupun pasti lebih betul? Jika ya, sila berikan ayat Quran atau hadis yg mengesahkan sedemikian. Satu lagi, adakah kerana merata dunia kenal dia maka dia langsung tidak boleh dikritik dan mesti diterima sahaja? Jika ya, sila berikan ayat Quran atau hadis yang mengesahkan pegangan anda itu.



Lagi satu Tuan Kedai Pancing Kawan , oleh kerana seseorang itu mengajak manusia mengenali Allah, maka dia langsung tidak boleh dipertikaikan? Saya belum pernah jumpa ajaran yg seperti ini, tapi.. tak mengapalah. Sudah tentu anda punya dalil/nas yang menyokong pegangan anda. Sila sila.





KEDAI PANCING KAWAN MENULIS :

Common sense is dead.

Sy xde dalil tp mak saya ckp klu xleh jadi garam jgn jdi langau.. Paham kot noh..



SAYA MENULIS :

Kita ikut tertib. yang dahulu didahulukan. Cerita tentang mak ke, garam ke, langau ke, insya-Allah boleh kita sambung kemudian. Saya bukan nak ke mana pun. Sekarang selesaikan pertanyaan yang di atas dulu ye. Nas dan dalil kemudian pun tak mengapa, akan sampai jugak ke situ. Mula-mula, ada 3 pertanyaan saya di atas tu sebagai menanggap posting anda di laman saya ni. 3 persoalan tu perlukan jawapan ya/tidak je setiap satunya. Mudahkan? Sila-sila.



1.Merata dunia kenal dia? Mengapa ya? Adakah itu bukti yang dia pasti betul ataupun pasti lebih betul? (Ya/tidak)
2.Satu lagi, adakah kerana merata dunia kenal dia maka dia langsung tidak boleh dikritik dan mesti diterima sahaja? (Ya/tidak)
3.Lagi satu Tuan Kedai Pancing Kawan , oleh kerana seseorang itu mengajak manusia mengenali Allah, maka dia langsung tidak boleh dipertikaikan? (Ya/tidak) .





*Kemudian teman dialog saya ini menjawab dengan satu posting yang agak panjang. Saya jawab keseluruhannya di bawah nanti.Sementara itu, saya berikan satu jawapan ringkas sahaja sementara menunggu saya membalas tulisan panjangnya itu iaitu :



SAYA MENULIS :

Sekali imbas nampak baru dua yang dijawab. Ada satu lagi tu. Insya-Allah selepas itu saya pula akan memberi pencerahan. Kalau bukan malam ini, esok insya-Allah. Tetapi tetap menurut tertibnya, tidak melompat-lompat dan tidak mengelak ke sana sini insya-Allah. Selepas 3 persoalan, tentang kedalilan dalam Islam, kemudian tentang peribahasa yang anda tujukan, kemudian tentang common sense dalam agama Islam, dan kemudian tentang tulisan panjang lebar anda (saya hairan juga, anda menjawab panjang lebar tentang perkara-perkara yang kebanyakannya tidak ditanya pun. Harap sabar-sabar dulu tuan. Kita sama-sama tanya dan sama-sama jawab apa yang sedang berlangsung. Hal-hal akan datang jangan bawa masuk dulu. Sepatutnya tuan jawab ya tidak untuk 3 soalan itu lebih dahulu. Jangan dikait-kait hal-hal yang tidak perlu/belum perlu)





BERIKUT MERUPAKAN TULISAN PANJANGNYA YANG SAYA BERI JAWAPAN KEMBALI





KEDAI PANCING KAWAN MENULIS :

Sy dh ckp sy xde nas.. Sy cuma bersandarkan common sense..



SAYA MENULIS :

Alangkah berbahayanya pemikiran dan pegangan seperti ini wahai tuan. Maksudnya, anda bebas mengkritik orang lain tanpa sebarang panduan yang sepatutnya melainkan ikut suka perasaan sahaja, tanpa mengambil kira adab-adab yang dianjurkan agama Islam, tidak mengira bila waktu dan bagaimana situasi/keadaan dan cara yang sesuai untuk mengkritik orang lain. Asal anda berasa tidak puas hati sahaja dengan mana-mana pihak, maka confirm halallah tindakan anda terus masuk menyerbu dan menghentam dengan kalimah : “Hang ni siapa nak dibandingkan dengan dia? Merata dunia kenal dia. Hang siapa?”



Adakah kerana dia dikenal serata dunia, maka SUDAH PASTI dia betul atau lebih betul daripada orang lain (termasuk saya)? Tidak kan? Tidak mustahil untuk dia salah atau kurang betul. Nabi Musa yang termasyhur pun pernah salah berbanding Nabi Khidhir yang tidak terkenal.



Adakah kerana dia dikenal serata dunia maka orang yang mengkritiknya (termasuklah saya) SUDAH PASTI salah atau sudah pasti kurang betul berbanding dia? Tidak kan? Tidak mustahil orang yang mengkritiknya betul atau lebih betul. Saiyidina Umar yang termasyhur pun pernah mengaku salah berbanding seorang wanita yang tidak popular yang mengkritiknya.



Adakah kerana dia dikenal serata dunia, maka orang lain (termasuklah saya) tidak dibenarkan oleh agama Islam untuk mengkritik dia? Tidak kan? Sesiapa sahaja yang tahu apa yang salah atau yang lemah daripada dia boleh mengkritiknya. Khalifah Harun Ar-Rasyid yang gah namanya ke serata dunia pun pernah menagkui dan menangis apabila dikritik oleh Sa’adun al-Majnun yang berpakaian selekeh dan dipandang gila oleh sebahagian masyarakat.



Kalau kita sudah sedia maklum bahawa dia BELUM PASTI betul atau lebih betul berbanding saya, saya yang mengkritiknya BELUM PASTI salah atau kurang betul berbanding dia, dan agama Islam memang membenarkan orang lain mengkritiknya, maka mengapa anda tanpa salam tanpa apa terus menyerbu masuk dan mencampakkan kata-kata : “Hang ni siapa nak dibandingkan dengan dia? Merata dunia kenal dia. Hang siapa?”



Inikah cara yang dianjurkan dalam Islam?





KEDAI PANCING KAWAN MENULIS :

sbg contoh ya ustaz,sy nampak tukang rumah buat rumah utk org miskin kemudian sy pegi dkat dia sy pertikaikan kemahiran dia, sy pertikaikan kerja tangan dia dsb..tidakkah lebih bagus klu sy trut sama menbantu dia utk buat rumah tu? Xreti bt rumah tlong agkat batu bata pn jdilah.



SAYA MENULIS :

Ya, kalau dalam kes seperti itu, saya sokong 100% dan pasti akan membantu tukang rumah itu. Jangankan angkat bata, lebih lagi pun akan saya buat dengan rela.



Malangnya, dalam kes Dr. Zakir Naik ini, ada bahagian-bahagian rumah-rumah yang dibuatnya untuk orang-orang miskin itu yang TERSALAH BUAT, dan ada bahagian-bahagian YANG LEMAH yang boleh MENDATANGKAN BAHAYA kepada orang-orang miskin yang bakal menghuni rumah-rumah itu nanti. Saya sedar dan nampak hal ini. Dan, ajaran AGAMA ISLAM TIDAK MEMBENARKAN SAYA untuk berdiam sahaja tanpa berusaha untuk membuat apa-apa pembetulan atau penambahbaikan sekadar yang termampu.



“Dan hendaklah dalam kalangan kamu segolongan kaum yang menyeru kepada yang baik dan menyuruh yang ma’ruf, DAN MELARANG SEGALA YANG SALAH. Dan mereka yang bersifat seperti itulah ORANG-ORANG YANG BERJAYA .” (Ali Imran : 104)



Kalau menurut agama Islam, apabila kita menyedari ada yang tersalah dan ada yang lemah dalam binaannya, maka kita :

A. tetap TERUS MENYOKONG tukang rumah itu dan membantunya tanpa cuba membetulkan apa-apa?

B. ataupun kita SOKONG apa yang benar tetapi berusaha MENGHINDARKAN apa yang salah, yang lemah dan yang membahayakan?



Islam suruh terus sokong sahaja pembinaan rumah-rumah untuk orang-orang miskin itu sambil mendiamkan apa yang salah dan apa yang boleh mengundang kelemahan pada binaan-binaan itu yang memungkinkan kemalangan kepada para penghuninya nanti? Begitukah ajaran Islam?



Apabila kita melihat tukang rumah yang kita kagumi itu DIPERTIKAIKAN BINAANNYA (yang salah dan apa yang boleh melemahkan) oleh seorang TUKANG RUMAH YANG LAIN (*binaannya yang tidak salah dan tidak lemah memang tidak dipertikaikan langsung, malah disokong oleh tukang rumah kedua itu), yang manakah tindakan yang sepatutnya menurut ajaran Islam? :

A. Kita TERUS MENYERBU TANPA SALAM kepada tukang rumah kedua lalu menghamburkan kata-kata (sekadar sebagai contoh...): “Hang ni siapa? Apa taraf hang? Layakkah hang? Dia tukang rumah termasyhur, hang tukang rumah tak masyhur....” atau sebagainya.

B. Ataupun kita BERTANYA DAN MENYELIDIK TERLEBIH DAHULU kepada tukang rumah kedua tentang apa kesalahan dan kelemahan tukang rumah pertama yang berjaya dikesannya, kemudian kita selidik hujah-hujahnya, lalu kemudian barulah kita menyatakan persetujuan atau ketidaksetujuan.



Atau bagaimana?



Bukankah Allah sudah berpesan :

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak ada pengetahuan tentangnya.” (Al-Isra’ : 36)



Anda yang tidak tahu apa yang salah dan apa yang lemah daripada seseorang itu, dan anda hanya tahu bahagian benarnya sahaja, tiba-tiba anda mengikut begitu sahaja malah mahu mengajak orang lain pula untuk mengikut begitu sahaja seperti anda?



Bukankah SEPATUTNYA ANDA MEMBANTU TUKANG RUMAH KEDUA untuk berusaha membetulkan apa yang salah dan apa yang (*yang betul daripadanya tidak perlu diperkatakan lagi melainkan kita sokong 100%) pada pemikiran dan binaan tukang rumah pertama?





KEDAI PANCING KAWAN MENULIS :

Ini tidak,sudhlah xmembantu,dikritiknya lg.. Walhal perkara itu perkara baik. Itu contohnya.



SAYA MENULIS :

Bersikap adillah tuan terhadap saya. Mengapa tuan buat-buat lupa? Dalam artikel saya yang anda terus serbu membantah dengan ucapan “Hang ni siapa nak dibandingkan dengan dia? Merata dunia kenal dia. Hang siapa?” itu, jelas saya sebagai tukang rumah kedua ADA MEMBANTU tukang rumah yang pertama. Baca semula tulisan saya itu, dan kali ini baca dengan tertib, teliti dan tanpa ketaksuban untuk terus menyokong atau menolak.



Bukanka Allah sudah mengingatkan kita :

“Dan apabila engkau menghukum antara manusia, hendaklah engkau menghukum dengan adil.” (An-Nisa’ : 58)



Tidakkah anda baca sebelum menyanggah/membantah bahawa :

A. Ketika ada pihak-pihak di negara ini yang tidak mengakui Dr Zakir Naik ada ilmu perbandingan agama, dalam artikel itu saya sokong dia sebagai orang yang ada ilmu dalam perbandingan agama.

B. Kala ada pihak-pihak di negara ini yang mengatakan dia bukan tokoh perbandingan agama, saya akui dia sebagai salah seorang tokoh dalam perbandingan agama.

C. Pada waktu ada pihak-pihak di negara ini yang menolak terus majlis-majlisnya daripada diadakan di negara ini, saya katakan boleh.



Jadi, apa dan mana sandaran2/bukti2 anda yang menghentam saya dengan tuduhan KONONNYA SAYA TIDAK MEMBANTU tapi HANYA tahu mengkritik? Yang saya buat di atas bukan membantukah namanya?



Hisablah semula kata-kata anda kepada saya : “Sudahlah TAK MEMBANTU, dikritiknya lagi.”



Tapi , PERLAKUAN DAN TINDAKAN ANDA SENDIRI memang menunjukkan sedemikian. Anda langsung tidak membantu apa-apa yang saya jelaskan dalam artikel saya itu, lalu tiba-tiba terus menyerbu masuk dengan kata-kata : “Hang ni siapa nak dibandingkan dengan dia? Merata dunia kenal dia. Hang siapa?”

Anda HANYA NAMPAK SALAH SAHAJA pada saya, yang benar langsung tidak ada.



Berbeza dengan sikap saya terhadap Zakir Naik. Baca semula artikel saya itu, perhatikan adab-adabnya, dan perhatikan juga apakah saya :

A. mempertikaikan Zakir Naik keseluruhannya, ataupun

B. saya menyokong Zakir Naik keseluruhannya kecuali apa yang salah dan apa yang boleh melemahkan daripada dia.



Yang mana satu tuan?



Sebagai saudara sesama Islam, saya nasihatkan anda, buat masa ini, anda tidak perlulah sibuk-sibukkan diri dalam urusan ilmu perbandingan agama ini lagi. Lebih baik anda tumpukan pada urusan-urusan PERBANDINGAN ADAB terlebih dahulu. Kajilah bagaimana tulisan,belaan dan kritikan saya terhadap Zakir Naik, dan BANDINGKAN DENGAN TULISAN DAN KRITIKAN (belaan memang tidak ada) ANDA TERHADAP SAYA. Ambillah pelajaran dari situ.





KEDAI PANCING KAWAN MENULIS :

Sy yg buta kayu pasal agama ni pn bleh nmpak benda ni, kamu sbg agamawan xkan xbleh nmpak.



SAYA MENULIS:

JIKA BENARLAH anda berpegang dengan kenyataan ini (iaitu benar-benar tahu diri bahawa diri buta kayu), maka dalam hal persamaan dan perbezaan pandangan antara dua orang tukang kayu janganlah anda sibuk-sibukkan diri masuk campur. Alangkah bagusnya jika anda berdiam diri sahaja dan tumpukan pada bidang-bidnag yang anda mahiri.



Ya, saya nampak apa yang kamu nampak, insya-Allah. DAN, saya nampak LEBH LAGI iaitu termasuklah hal-hal yang anda tidak/belum nampak. Anda baru nampak hanya apa yang benar sahaja daripada Dr Zakir Naik, tetapi saya sudah nampak :

A. Apa yang benar daripadanya, dan

B. Apa yang salah dan lemah daripadanya, dan

C. Apa yang boleh melemahkan agama dan umat Islam daripadanya.

Ketiga-tiganya saya sudah nampak.



Oleh itu, sebaiknya anda JANGAN MEMPERTIKAIKAN dahulu ORANG-ORANG YANG NAMPAK apa yang anda tidak/belum nampak. Lebih baiklah anda berdiam diri sahaja daripada menyerbu menghentam orang lain sesuka hati. Boleh tuan?



Kalau tak mampu jadi garam, jangan pulak kita jadi langau. Boleh faham kot noo?





KEDAI PANCING KAWAN MENULIS :

Bantu membantu dlm mengadakan kebaikan..klu xsilap Allah sruh dlm Quran. Klu slah tlong tnjukkan..



SAYA MENULIS :

Ya, DAN Islam juga menyuruh kita supaya jangan BANTU-MEMBANTU DALAM KESALAHAN DAN APA YANG BOLEH MELEMAHKAN AGAMA DAN UMAT ISLAM. Betul tak? Ataupun tuan hanya hendak ambil separuh sahaja daripada apa yang diajarkan Islam itu iaitu hanya mahu bantu-membantu dalam kebaikan tetapi BATU-MEMBATU sahaja dalam kesalahan?



Bukankah Allah sudah memberi PERINTAH-NYA kepada kita termasuk saya dan tuan :

“Dan hendaklah kamu bantu-membantu untuk berbuat kebajikan dan bertaqwa, dan JANGANLAH KAMU BANTU-MEMBANTU PADA MELAKUKAN DOSA (KESALAHAN-KESALAHAN) DAN PENCEROBOHAN. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah amat berat azab seksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya).” (Al-Maidah : 2)



Tentang Zakir Naik ini, saya melakukan kedua-duanya. Tuan pula? Tentang saya, nampaknya anda tak bantu-membantu pun sebaliknya terus menyerbu masuk tanpa salam dengan kata-kata merendah dan memperlekehkan : “Hang ni siapa nak dibandingkan dengan dia? Merata dunia kenal dia. Hang siapa?”



Jadi tentang suruhan Allah dalam Quran itu, anda memang betul. Saya sokong sepenuhnya. Yang salahnya cuma apabila anda mengambil separuh sahaja daripada perintah dalam ayat itu.





KEDAI PANCING KAWAN MENULIS :

Sy xckp dia xboleh dipertikaikan lgsg,i am asking u to look at the bigger picture which is membawa org ramai mengenal al-Khaliq, membezakan konsep theology antara agama brulah kta nmpak pasaipa islam ni bagus,sempurna n syumul.



SAYA MENJAWAB :

Kalau benarlah anda berpegang dengan fahaman sebegitu (aitu Zakir Naik boleh dipertikaikan, mengapa anda terus menyerbu masuk dengan kata-kata : “Hang ni siapa nak dibandingkan dengan dia? Merata dunia kenal dia. Hang siapa?”



Kata anda : “I’m asking you to look at the bigger picture which is membawa orang ramai mengenal Al-Khaliq...” .



Anda jangan berdusta. Anda menyerbu masuk dan hanya melontarkan kata-kata : “Hang ni siapa nak dibandingkan dengan dia? Merata dunia kenal dia. Hang siapa?” Itu sahaja. Saya tunggu punya tunggu, tak ada dah apa-apa lagi kata-kata anda.



Pada ayat yang anda berikan itu iaitu : “Hang ni siapa nak dibandingkan dengan dia? Merata dunia kenal dia. Hang siapa?”, bahagian mana yang ada mengatakan kononnya : “I’m asking you to look at the bigger picture which is membawa orang ramai mengenal Al-Khaliq...” .



Tak ada kan?



Anda tak mengajak ke mana-mana pun melainkan merendahkan saya yang menyokong apa yang benar daripada Zakir Naik DAN menolak apa yang salah dan lemah daripadanya dengan kata-kata : “Hang ni siapa nak dibandingkan dengan dia? Merata dunia kenal dia. Hang siapa?”



Alangkah indahnya jika tuan masuk dengan salam. Jika bengang dan tidak setuju sangat serta tak mahu beri salam pun tak mengapa. Boleh sahaja terus menulis komen contohnya :

1. “Dalam tulisan anda, ada yang saya setuju dan ada yang saya tidak setuju. Jadi bahagian yang saya tak setuju tu saya mohon penjelasanlah.......”

2. “Maaf encik, sebenarnya saya tak setuju semua isi kandungan artikel encik. Maka saya nak beri pandangan saya........”

3. Atau seumpamanya.



Dan bukannya terus-terus datang membantah satu artikel panjang hanya dengan kata-kata pelecehan : “Hang ni siapa nak dibandingkan dengan dia? Merata dunia kenal dia. Hang siapa?”



Dikhabarkan bahawa Imam Malik ada mengatakan : “Pelajarilah adab, sebelum pelajari ilmu.”



Itu sebelum mempelajari ilmu. Apatah lagi sebelum membantah/menyanggah orang lain.





KEDAI PANCING KAWAN MENULIS :

Kta dilahirkan islam, mcm sy sendiri kadang tertanya apa bagusnya islam ni dgn agama lain smpailah sy bca dn tgk ceramah zakir naik. Sy mula faham mksud yg Allah smpaikan dlm surah al-Ikhlas apabila zakir naik membahaskan tentang kelahiran Nabi Isa a.s. dan dimana logicnya dan hikmahnga Isa a.s. dilahirkan tanpa bapa.



SAYA MENULIS :

Bahagian ini bagus. Saya sokong kenyataan anda 100%. Saya terima sepenuh hati. Saya tidak tolak apa-apa, kerana jelas benar belaka, tidak ada yang salah atau yang melemahkan.




KEDAI PANCING KAWAN MENULIS :
Sy org yg bru utk mempelajari agama dan zakir naik tnjuk kepada sy secara logic (aqli) dan naqli kenapa islam itu indah. Sy mtak maaf,sy xkenal ustaz. Klu sy kenal ustaz mgkim sy bleh dpt manfaat dr ustaz.



SAYA MENULIS :

Sebab itulah kita mesti sangat berhati-hati. Bagaimana anda boleh terus menyanggah saya dengan terus kepada tiga kalimah sahaja : “Hang ni siapa nak dibandingkan dengan dia? Merata dunia kenal dia. Hang siapa?” dalam keadaan anda tidak kenal pun saya?



Kalau tak kenal atau belum kenal, cuba kenal-kenal dulu walau sedikit sebelum membantah melulu. Selidik dulu serba sedikit. Tak rugi.



Saya menyokong apa yang benar DAN menolak apa yang salah & lemah daripada Zakir Naik dalam keadaan saya sudah ada ikuti bahasan-bahasannya sejak bertahun-tahun dulu. Anda pula membantah/menyanggah saya tanpa anda tahu dna kenal pun saya.



Kan berbeza cara kita?




KEDAI PANCING KAWAN MENULIS :
Merata dunia org mengenali zakir naik,adakah itu petanda dia btol? Sy xckp pn yg itu petanda dia betul.



SAYA MENULIS :

Kalau benarlah begitu pendirian anda sejak mula, pastinya tak akan terus keluar tiba-tiba dengan kata-kata : “Hang ni siapa nak dibandingkan dengan dia? Merata dunia kenal dia. Hang siapa?” Perkataan sebegini hanya boleh keluar apabila kita yakin bahawa Zakir Naik pasti betul atau pasti lebih betul.





KEDAI PANCING KAWAN MENULIS :

Tp audience dia ramai, org yg nk dgr pn rmai. Klu tidak masakan Nabi Muhammad s.a.w mengajak semua org arab mekah berkumpul semasa baginda diperintahkan utk menyampaikan wahyu secara terbuka. Plus,bla audience dia rmai maka rmailah yg akan xpuas hati dan akan bertanya pada beliau mcm2 soalan. So far alhamdulillah..beliau dpt jwab, org yg tya tu nk trima ke tidak bkn hal kita,itu hal Allah. Masakan bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w sndri tidak mahu memeluk islam.



SAYA MENULIS :

Ya, audience dia ramai. Saya sokong, langsung tidak membantah. Setuju 100%. Tapi, adakah dalam Islam ajaran yang mengatakan jika audience seseorang itu ramai, maka segala kesalahan dan kelemahan yang bakal dia wujudkan mesti didiamkan? Haram dikritik? Tak dibenarkan berbeza pandangan?



Anda lihatlah di India. Ada ramai tokoh Ahmadiyyah Qadiani. Banyak tempat-tempat ibadah mereka. Mereka juga banyak mengIslamkan orang. Ada antara mualaf-mualaf itu yang kemudiannya belajar terus dengan mereka lalu menjadi Qadiani, dan ada juga yang selepas masuk Islam melalui mereka lalu pergi belajar dengan orang-orang lain lalu menjadi Ahlus Sunah wal Jamaah.



Adakah kerana prospek mereka ramai di India maka kesalahan-kesalahan pegangan mereka dalam ajaran Qadiani itu mesti didiamkan? Tak boleh dikritik? Kena setuju sahaja? Sesiapa yang cuba mengkritik maka terus dilontarkan dengan kata-kata : “Hang ni siapa nak dibandingkan dengan dia? Merata India Pakistan kenal dia. Hang siapa?”



Begitukah pegangan anda?



Lihat dan kaji pula di Amerika Syarikat. Ada masjid-masjid Syiah Rafidhah di serata AS. Ramai orang bukan Islam memeluk Islam melalui mereka. Ada yang kemudiannya terus belajar dengan mereka dan menganut fahaman Syaih Rafidhah, dan ramai juga yang masuk Islam melalui mereka tetapi kemudiannya belajar dengan orang-orang lain lalu menjadi bukan Syiah Rafidhah.



Adakah kerana jasa dan audience mereka besar, maka kesalahan dan kelemahan dalam ajaran mereka kena kita diamkan? Tidak boleh dikritik? Kena setuju sahaja? Sesiapa yang cuba mengkritik maka terus dilontarkan dengan kata-kata : “Hang ni siapa nak dibandingkan dengan dia? Merata AS kenal dia. Hang siapa?”



Cuba fikrikan dalam-dalam dengan hati yang jernih.




KEDAI MEMANCING KAWAN MENULIS :
Plus ustaz, dalam dunia yg kacau bilau menuduh islam dgn perkara yg bukan2 skang ni, zakir naik dijemput oleh yg menuduh utk berbicara,untuk menerangkan pda dunia bahawa yg menuduh itu salah.



SAYA MENULIS :

Yang ini pun saya sokong 100%, kerana tidak ada yang salah dan tidak ada yang melemahkan agama dan umat Islam. Sesiapa yang menentang bahagian ini, saya sendiri akan membalas balik dan mempertahankan Zakir Naik.





KEDAI MEMANCING KAWAN MENULIS :

Ustz sndr mengikut pengalaman,siapa audience ustaz? Klau,sy ckp kalau ya ustaz,kalau semua audience ustaz org islam xmencabar sgtla ustaz bg sy sbb kta dh ada basic,kta dh trima islam inside out. Cuma hala tuju penerimaan tu kadang kta xtau.



SAYA MENULIS :

Satu lagi pelajaran, jangan mudah-mudah memandang rendah pada orang lain wahai tuan. Tuan sendiri mengaku tidak mengenal saya, tiba-tiba terus sahaja mengatakan : “kalau semua audience ustaz org islam xmencabar sgtla ustaz bg sy”. Kenali dulu orang yang kita hendak bantah/sanggah, baru sesuai untuk kita bantah/sanggah.



Akhir kalam, menolak/membantah/menyanggah seseorang jangan sampai tidak nampak sisi benarnya, menerima/menyanjung/mempertahankan seseorang jangan sampai tidak nampak sisi salah dan lemahnya. Ketaksuban, menghapuskan kewarasan. Kewarasan, menghapuskan ketaksuban.



Wallahua’lam.



Abu Zulfiqar

14 April 2016








DIALOG TEPIAN







* Rupa-rupanya semasa saya menjawab tulisan panjang sahabat saya ini, dia ada memberi sedikit komen sampingan. Berikut adalah komennya :



KEDAI PANCING KAWAN MENULIS :

Maaf ustaz,sy xpndai mcm ustaz ikut tertib semua. Maaf juga klu sy xnmpak ap yg ustaz nmpak dan xfaham ap yg ustaz cuba smpaikan. Cuma bg sy ustaz,makin tggi ilmu ptutnya mkin rendah kta tunduk. Wallahualam.. Sy menunggu jawapan dr ustaz,sekurangya dpt sy belajar dalil2 dr ustaz n sy bersyukur dgn komen kurg ajar sy,sy dpt sedut ilmu dr ustaz. Point sy adalah - marilah sama2 kita bantu membantu dlm perkara kebaikan,tu je ustaz.

Ustaz nk suruh sy jwab ya atau tidak? Abes ble nk berdiskusi? Permintaan ustaz tu mcm nk sy akur dgn pendapat ustaz..hehe..sy akan akur dgn org yg lebih pndai dn dalam kes ini nmpaknya ustazlah yg lebih pndai.







*Maka komen sampingan ini pun saya respons jugalah semuanya sebagaimana berikut.





KEDAI PANCING KAWAN MENULIS :

Maaf ustaz,sy xpndai mcm ustaz ikut tertib semua.



JAWAPAN SAYA :

Ikut tertib ini memang ajaran Islam. Jika kita sedar yang diri kita tidak pandai (*jika benarlah sebagaimana yang tuan tulis di atas), eloklah kita belajar. Jangan pula sampai kita terus menyanggah/ menolak/ mambahas orang lain dalam keadaan kita belum ada ilmu dan fahaman tentang tertib.



Saya tidak ada pula IKUT TERTIB SEMUA. Saya hanya ikut tertib pada tempat-tempat yang Islam menghendaki kita mengikut tertib. Pada tempat-tempat yang Islam tidak mensyaratkan kita untuk ikut tertib, saya pun tidak mensyaratkan tertib juga. Tertib ini bukanlah susah sangat, mudah je pun. Mnaa yang dahulu, didahulukan, Mana yang kemudian, dikemudiankan. Itu sahaja.



Dalam hal diskusi/ debat/ dalog/ seumpamanya, jika kita tidak mengikut tertib, maka ruang-ruang untuk orang menipu, mengelak daripada menjawab, lari daripada bertanggungjawab atas kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan, dan seumpamanya dengan mudah akan berlaku. Saya berikan contoh, dialog antara A dengan B.



B : Engkau kata 2 + 5 = 7? Dua tambah lima jawapannya 8 lah.



A : Salah tu.Kalau betul, cuba engkau buktikan. Gunakanlah batu ke apa ke, tunjukkan kepada aku.



B : Mengapa engkau nafikan? Aku dah belajar merata tempat. Semua kata dua tambah lima jawapannya lapan.(*Lihat, Si B sudah tidak mengikut tertib. Sepatutnya dia terus sahaja memberi bukti yang diminta oleh A, bukannya cuba membawa perbincangan lari ke arah lain).



A : Tak kisahlah semua tu. Ringkas cakap, aku percayalah engkau memang banyak berguru. Tapi persoalan aku tadi, tunjuklah bukti dua tambah lima jawapannya lapan. Ni hah, pakai batu-batu ni tunjuk kat aku.



B : Teruklah perangai engkau ni! Asal orang berbeza pandangan dengan engkau sahaja, engkau minta bukti. Mak aku cakap dulu, bla bla bla.... (*Nampak? B masih lari daripada tertib).



A : Ye, ye! Cerita beza pandangan ke, amanat ibu bapa kita ke, apa ke, lepas ni kita sembang ok tak? Sekarang tugas engkau mudah je. Buktikan dengan batu-batu ni atau apa benda pun, bahawa dua campur lima sama dengan lapan.



B : (B pun menyusun batu-batu itu, dan.. Dia sedar dia berada di pihak yang salah, tapi...) Asyik engkau nak suruh aku bagi bukti dengan batu-batu ni, bila kita nak dapat tahu jawapan sebenar? Lepas ni dua tambah enam pulak, dua tambah tujuh pulak, dua tambah lapan pulak... Benda-benda macam ini, nampak macam engkau nak memaksa jawapan engkau. Oleh kerana kau rasa kau pandai, aku hadiahkanlah kemenangan kepada engkau. Sepatutnya engkau bukan orang yang meninggi diri bla bla bla...(*Perasan tak? B memanjang-manjangkan cerita, mengelak ke sana sini, memesong-mesongkan perjalan perbicaraan kerana dia tidak berani untuk beranggungajwab di atas kata-katanya, apatah lagi untuk mengakui yang memang dia yang bersalah dari awal. Akibatnya, perbicaraan mereka berdua tidak ada kesudahan. Contohilah cara A, nescaya teratur cantik perjalanan dialog)



Daripada contoh mudah ini, harap-harap dapatlah faham betapa pentingnya ketertiban (yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan.Bukannya yang terdahulu dibuat-buat tidak nampak, yang kemudian pula ditambah-tambah).





KEDAI PANCING KAWAN MENULIS :

Maaf juga klu sy xnmpak ap yg ustaz nmpak dan xfaham ap yg ustaz cuba smpaikan.



SAYA MENULIS :

Sepatutnya kesedaran sebegini sudah ada pada diri kita sebelum kita menyanggah/ mendebat/ menolak pandangan orang lain. Kalau sedar kita tak nampak/belum nampak apa yang ornag lain sudah nampak, jangan didebat/ dihujah/ dipertikaikan dulu orang itu. Cari maklumat secukupnya terlebih dulu. Bertanya dulu kepada orang itu. Kemudian barulah nak menyanggah/ menolak/ mendebat orangnya.



Begitu jugalah jika kita sedar yang diri kita tidak faham/ belum faham.Jangan terus serbu-serbu pertikaikan apa yang orang lain faham dengan kata-kata : “Hang siapa? Merata dunia kenal dia! Hang siapa? (Mungkin juga maksudnya : Apa taraf hang? Apa hang punya class? Hang layak ka?) Ini bahasa orang yang merendah dirikah? Bukan kot.





KEDAI PANCING KAWAB MENULIS :

Cuma bg sy ustaz,makin tggi ilmu ptutnya mkin rendah kta tunduk. Wallahualam..



SAYA MENULIS :

Ya, makin tinggi ilmu sepatutnya makin rendah kita tunduk. Setuju 100%. Tetapi, bukan semakin tinggi ilmu, semakin tunduk mendiam diri walaupun tahu ada kesalahan dan kelemahan yang sedang berlegar. Bukankah sepatutnya lagi tinggi ilmu, lagi pantas mengangkat muka untuk menolak apa yang salah dan apa yang boleh melemahkan agama dan umat Islam? Wallahua’lam.





KEDAI PANCING KAWAN MENULIS :

Sy menunggu jawapan dr ustaz,sekurangya dpt sy belajar dalil2 dr ustaz n sy bersyukur dgn komen kurg ajar sy,sy dpt sedut ilmu dr ustaz.



SAYA MENULIS :

Ya, samalah juga dengan saya. Dalam menjawab dan menunggu jawapan tuan, lebih banyak saya meneroka dan menemui pelbagai lagi hal ehwal Dr Zakir Naik dan dakwahnya. Kalau tidak, tentulah saya tak akan cari maklumat-maklumat ini. Dan ternyata, maklumat-makluma terbaru ini memang mengukuhkan lagi pandangan-pandangan saya dalam artikel saya itu. Alhamdulilah, syukur kepada Allah kerana mendatangkan tuan dengan komen yang tuan sebut sebagai “kurang ajar” tuan itu. Lagi bertambah ilmu dan pemahaman saya tentang Zakir Naik ini.Terima kasih banyak tuan. Tanpa disangka-sangka, banyak yang saya dapat sedut masuk dalam sehari dua ini tentang Dr. Zakir Naik dan dakwahnya. Syukur.





KEDAI PANCING KAWNA MENULIS :

Point sy adalah - marilah sama2 kita bantu membantu dlm perkara kebaikan,tu je ustaz.



SAYA MENULIS :

Ya, memang sejak awal lagi kita bertentangan pegangan dalam hal ini. Seruan saya ialah : Marilah sama-sama kita bantu-membantu dalam perkara menyeru kebaikan, dan bukan tu je, tapi bersambung pula dengan : Dan marilah sama-sama kita bantu-membantu dalam perkara mencegah kesalahan, kelemahan dan hal2 yang boleh melemahkan agama dan umat Islam. Inilah point yang saya pegang.



Mohon maaf tuan, saya tidak dapat dan tidak akan berpegang dengan POINT ANDA ITU, anmapknya sampai bila-bila pun. Amar ma’ruf mestilah disandingkan dengan nahi munkar. Itulah ajaran Islam yang saya perolehi selama ini.





KEDAI PANCING KAWAN MENULIS :

Ustaz nk suruh sy jwab ya atau tidak? Abes ble nk berdiskusi? Permintaan ustaz tu mcm nk sy akur dgn pendapat ustaz..hehe..sy akan akur dgn org yg lebih pndai dn dalam kes ini nmpaknya ustazlah yg lebih pndai.



SAYA MENULIS :

Ya, supaya kita berdialog selaras dengan kehendak Islam, bukan berdialog dengan ikut common sense sahaja atau amanat dari mana-mana leluhur kita sahaja. Ni sedang berdiskusilah ni. Apa yang tuan bangkitkan, semua saya cuba respons ayat demi ayat, sekadar kemampuan saya. Jika saya ada terlepas pandang mana-mana ayat atau bahagian yang belum saya respons, harap dapat diberitahu.Insya-Allah saya akan bertanggungjawab ke atas semua kata-kata saya, dan mematuhi tertib dengan tidak cuba mengelak atau melompat mana-mana bahagian.



Rasanya setakat ini saya sudah respons semua dah. Wallahu’alam.



Abu Zulfiqar

14 April 2016



Tuesday, April 12, 2016

Jawapan-jawapan Ringkas Tentang Zakir Naik

Dalam lebih kurang seminggu ini, bertubi-tubi datang persoalan seputar Dr. Zakir Naik sama ada secara berhadapan muka mahupun secara bertulis melalui media-media. Sebenarnya saya kurang berminat untuk memberi apa-apa tanggapan kerana sedang sibuk dengan urusan lain yang penting. Sebab itulah saya tidak menulis apa-apa pun dalam tempoh tersebut. Tetapi apabila sampai begitu banyak pertanyaan, sampaikan orang-orang yang dekat dengan kita dan anak-anak murid kita pun tertanya-tanya, mahu tak mahu nampaknya nak kena bersepatah dua kata jugalah. Harap-harapnya sekali jawab sudahlah, sekadar untuk memenuhi hajat orang, walaupun tidaklah sampai ke tahap memuaskan hati.




Pelbagai pertanyaan itu yang kebanyakannya lebih kurang sahaja isinya, saya satukan menjadi beberapa persoalan sahaja sebagaimana di bawah nanti. Saya berusaha memberi penjelasan seadil mungkin. Orang-orang yang sudah biasa dengan saya rasanya sudah boleh faham cara saya, bahawa saya jenis yang lewat/ lambat/ susah untuk menjatuhkan hukuman yang berat-berat ke atas sesama orang orang yang bersyahadah seperti kafir (yang membawa hukum terkeluar daripada Islam), murtad, ahli bid’ah (yang sesat ke neraka), bukan Islam, terbatal syahadah, syirik, sesat, pengengkar sunnah, penyembah kubur, terkeluar daripada Islam, atau sebagainya yang seangkatan. Saya berusaha mendahulukan sangka baik selagi boleh.



Antara persoalan yang diajukan :



Bukankah Dr. Zakir Naik seorang yang hafaz Quran?

Sefaham saya dia bukan seorang hafiz Quran, tetapi dia memang ada menghafal ayat-ayat dan surah-surah tertentu. Wallahua’lam.



Bukankah dia berjaya mengIslamkan ribuan orang bukan Islam?

Sefaham saya dia tidaklah sampai mengIslamkan ribuan orang, tetapi memang dia ada mengIslamkan beberapa orang bukan Islam. Alhamdulillah, syukur. Tahniah kita ucapkan. Wallahua’lam.



Bukankah dia ada menghafal kitab-kitab agama lain?

Sefaham saya dia hanya menghafal ayat-ayat tertentu sahaja yang berkaitan dengan isi maklumat yang hendak disampaikannya kepada orang lain. Dia tidak menghafal mana-mana kitab agama lain. Kitab-kitab utama seperti Bible (walaupun sekadar Old Testament atau New Testament atau lebih kecil seperti Torah atau 4 Gospel), Veda, Tripitaka, Baghavad Gita, Avesta dan seumpamanya sudah tentu tidak dihafalnya kerana sedemikian tebalnya. Kalau kitab-kitab kecil lain yang sekadar beberapa mukasurat tak tahulah. Kitab-kitab agama dari Timur seperti Tao Te Ching, Wu Jing, La Goligo, Kojiki dan lain-lain rasanya dia banyak tidak tahu isi kandungannya. Wallahua’alam.



Bukankah dia seorang tokoh perbandingan agama?
Untuk mengangkat seseorang itu sebagai tokoh dalam bidang tertentu, umumnya manusia punya penilaian yang berbeza-beza. Ada orang mengakui ketokohan seseorang berdasarkan kelulusan atau dokumen, ada yang berdasarkan jumlah pengikut, ada yang berdasarkan kemasyhuran (populariti), ada yang berasaskan pengiktirafan yang diterimanya, ada yang berdasarkan kebolehan berbahasa tertentu, ada yang berdasarkan minat dan kecenderungan, ada yang berdasarkan penampilan, ada yang berdasarkan ketaksuban, ada yang berdasarkan jasa, dan sebagainya.



Dalam bidang perbandingan agama ini, saya lebih melihat dari sudut pengetahuan, pemahaman dan pengalaman seseorang itu. Jadi secara peribadi, tidaklah salah jika Zakir Naik hendak diangkat sebagai salah seorang tokoh dalam ilmu perbandingan agama kerana dia memang ada pengetahuan, pemahaman dan pengalaman yang sewajarnya (walaupun mungkin tidak setinggi yang sepatutnya) dalam juzuk ilmu perbandingan agama ini, khususnya yang berkaitan dengan agama Islam, Kristian dan Hindu. Kalau bukan tokoh elit pun, sebagai tokoh biasa dalam dunia ilmu perbandingan agama ini, saya kira dia memang layak. Wallahua’lam.



Sungguhpun begitu, mestilah diingat, dalam bidang ilmu-ilmu dalam agama Islam sendiri, Zakir Naik bukanlah tokoh. Umumnya, pandangan atau pegangannya dalam ilmu perbandingan agama bolehlah kita pakai tetapi pandangan dan pegangannya dalam ilmu-ilmu khusus agama Islam, kita mesti sangat berhati-hati kerana dia bukan orangnya. Kita ambil manfaat daripada seseorang itu berdasarkan bidang yang dimahirinya sahaja.



Dalam kes Zakir Naik, ambillah manfaat daripada ilmunya dalam perbandingan agama tetapi jangan ambil risiko untuk mudah-mudah terima pakai pandangan dan pegangannya dalam ilmu-ilmu khusus agama Islam itu sendiri. Contoh umum - dalam masalah komputer jet pejuang bertanyalah kepada tukang jet pejuang dan masalah saraf gigi bertanyalah kepada doktor gigi. Jangan minta rawatan masalah komputer jet pejuang kepada doktor gigi. Tak mustahil akan rosak habis jet pejuang jika kita berbuat demikian.



Bukankah dia berfahaman Wahabi?

Untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu berfahaman Salafi Wahhabi (Wahabi) atau tidak, mestilah dengan mengenal pasti ciri-ciri Wahabi yang ada pada seseorang itu. Jika ada banyak ciri-ciri Wahabi, maka Wahabilah dia sekalipun dia bermati-matian menafikan yang dirinya Wahabi. Jika ada sedikit sangat ciri-ciri Wahabi, maka dia bukanlah berfahaman Wahabi sekalipun dia bermati-matian mengaku dirinya Wahabi. Jika hanya ada beberapa ciri Wahabi pada pemikiran dan pengamalan seseorang itu, tidak banyak, maka kita tidak pasti sama ada benar dia berfahaman Wahabi atau tidak. Namun sebagai menjaga adab-adab dalam tasawuf, kita dahulukanlah sangka baik buat sementara waktu bahawa orang itu bukan/belum berfahaman Salafi Wahhabi, sehinggalah sampai maklumat-maklumat tambahan terkini yang boleh dijadikan sandaran untuk mengenal pasti sama ada dia berfahaman Salafi Wahhabi atau tidak. Paling kuat pun, bolehlah kita katakan dia sebagai cenderung kepada fahaman Salafi Wahhabi, tidak lebih.



Mempunyai beberapa pandangan tertentu yang sama dengan pandangan-pandangan kaum Wahabi, hal itu tidaklah terus pasti menjadikan seseorang itu berfahahaman Wahabi. Boleh jadi juga orang itu bukan berfahaman Wahhabi tetapi berfahaman yang lain yang mungkin agak baik berbanding fahaman Wahhabi dan mungkin tidak mustahil juga lebih teruk daripada fahaman Wahhabi.



Dalam kes Zakir Naik ini, berdasarkan pengetahuan saya tentang pemikiran dan pengamalannya (yang saya tidak tahu, hal itu adalah di luar daripada kemampuan saya untuk menilai), maka saya memandang dia memang sangat cenderung kepada fahaman Salafi Wahhabi sama ada dia menyedarinya ataupun tidak. Wallahua’lam.



Bukankah fahamannya sama dengan Syeikh Ahmad Deedat?

Setahu saya Syeikh Ahmad Deedat tidak berfahaman Salafi Wahhabi (Wahabi).



Bukankah dia sering juga melakukan kesalahan maklumat dalam berhujah tentang agama-agama?
Tidak kita nafikan. Apabila berbicara tentang Syeikh Ahmad Deedat, hujah-hujah beliau dulu sukar (walaupun ada juga) untuk dikesan kesalahan dan kelemahannya berbanding kesalahan dan kelemahan Dr. Zakir Naik dalam ucapan-ucapannya. Kadang-kadang, menyusahkan kita balik untuk mempertahankan hujah-hujah Zakir Naik daripada kritikan balas orang-orang bukan Islam. Namun kita mesti memahami, bahawa sangat banyak hal-hal yang benar yang diutarakannya berbanding segelitir kesalahan dan kelemahan dalam hujah-hujahnya. Wallahua’alam.



Oleh itu, secara peribadi (setakat ini), sekiranya diberi kuasa untuk memilih pendebat/ pendiskusi/ pendialog bagi pihak agama Islam untuk berhadapan dengan pendebat/ pendiskusi/ pendialog agama lain (termasuklah yang tidak beragama), saya seboleh-bolehnya tidak akan memilih Zakir Naik, kecualilah kalau terpaksa atau sudah darurat yang memerlukan juga seorang pendebat ketika itu.



Bukankah dia anak murid kepada Syeikh Ahmad Deedat?

Sefaham saya dia bukanlah anak murid Syeikh Ahmad Deedat. Mereka pernah bertemu tetapi rasanya bukanlah khusus sebagai murid yang khusus mengambil ilmu daripada seorang guru. Seandainyalah ada proses majlis guru-pelajar pun antara mereka, mungkin dalam konteks ilmu perbandingan agama sahaja, bukannya dalam ilmu-ilmu khusus agama Islam yang lain. Wallahua’lam.



Bukankah dia boleh bahasa Inggeris, Tamil, Urdu, Sanskrit, Arab, Latin, Ibrani......?

Saya cuma tahu dia boleh berbahasa Inggeris dan salah satu bahasa India (Tamilkah, apakah, saya tidak tahu). Sefaham saya, dia tidak boleh berbahasa Arab, Sanskrit dan Ibrani. Bahasa-bahasa lain, saya tidak tahu kisahnya. Wallahua’lam.



Bukankah dia berjaya mengIslamkan ramai orang bukan Islam. Hal ini menunjukkan dia benar dan kita mesti menyokongnya.
Ramai juga rasul-rasul yang hanya berjaya mengIslamkan beberapa orang sahaja walaupun mereka berdakwah puluhan atau ratusan tahun. Adakah ini membuktikan mereka tidak benar? Ada juga ulama dan pendakwah yang tidak berjaya mengIslamkan walau satu orang manusia bukan Islam pun sepanjang umur mereka. Adakah mereka termasuk golongan yang tidak benar?



Christiaan Snouk Hurgronje (berpura-pura masuk Islam sehingga diangkat oleh masyarakat Acheh sebagai ulama besar) juga dikatakan pernah mengIslamkan orang-orang bukan Islam. Adakah itu bukti dia benar?



Jumlah orang bukan Islam menganut agama Islam kerana kita, itu bukan hujah atau bukti untuk menunjukkan seseorang itu mesti benar. Yang salah padanya mesti ada. Dan kita menolak hanya apa yang salah dan apa yang melemahkan agama dan umat Islam sahaja daripada seseorang itu. Apa yang benar daripadanya, tidak pernah kita tolak, malah sokong 100%.



Sesuaikah majlis-majlis Zakir Naik di negara kita ini?
Pada saya, selagi isi yang mahu disampaikannya bukan perkara-perkara yang salah atau perkara-perkara yang boleh melemahakan agama dan umat Islam, tentu sahaja boleh.



Bagaimana dengan bantahan oleh sebahagian orang-orang bukan Islam?

Kita selidik terlebih dahulu tentang apa yang mereka bantah untuk diambil tindakan yang sewajarnya. Tetapi jika yang mereka bantah itu ialah ilmu perbandingan agama, hal itu tidak boleh diterima kerana ilmu perbandingan agama adalah salah satu daripada juzuk ilmu dalam agama Islam juga.



Mengapa (pihak-pihak tertentulah maksudnya) nampaknya bermati-matian, seakan-akan taksub, hendak meneruskan majlis-majlis Dr Zakir Naik di negara ini?

Sebenarnya saya pun kurang faham akan segelintir golongan yang dimaksudkan itu. Apakah jika kita menangguhkan atau membatalkan majlis-majlis itu maka aqidah kita orang Islam akan rosak? Adakah orang-orang Islam akan bertukar ke agama lain? Adakah agama lain akan mengambil alih negara ini? Adakah agama Islam menjadi tidak lengkap? Apakah Rukun Islam dan Rukun Imam kita tidak sempurna? Apakah jika idak melihat Zakir Naik secara ‘live’ maka akan hilang keberkatan atau berkurang pahala?



Pastinya tidak berlaku hal itu semua.



Pada saya, jika keadaan semakin gawat, lebih baiklah kita tanguhkan dahulu buat sementara. Ada jodoh, insya-Allah bertemu lagi. Kita sama-sama berusaha untuk tidak taksub untuk menerima, dan tidak juga juga taksub untuk menolak. Yang benar kita terima, yang salah dan yang boleh melemahkan agama dan umat Islam, kita tolak. Jangan kerana kita tidak bersetuju dengan seseorang sampaikan kita ternafi apa yang benar daripada dia. Dan jangan juga kerana kita menyukai seseorang sampaikan kita tak menafikan pula apa yang salah dan apa yang melemahkan daripada dia.



Akhirnya, dengan penjelasan ringkas ini diharap dapatlah diredakan sedikit pihak-pihak yang bertanya. Kita tumpukan balik pada hal ehwal pembinaan diri dan peningkatan hubungan dengan Allah SWT. Jangan disebabkan isu Zakir Naik ini maka terganggu pula urusan-urusan kita yang jauh lebih penting. Ada atau tidak Zakir Naik, jadi atau tidak Zakir Naik, usahakan agar urusan-urusan keagamaan kita terus lancar.



Mohon maaf jika ada salah silap dan kekurangan.



Wallahua’lam.



Abu Zulfiqar

12 April 2016

Sunday, April 10, 2016

Ajaran Zarathustra dan Agama Majusi

Agama ini dikenali sebagai agama Parsi lama/ Zarathustra/Zoroaster/Zoroasterisme. Kemudiannya sebagai Majusi.

Agama Zoroaster dikembangkan di Parsi (sekarang ialah wilayah Iran dan sekitarnya).

Yang membawa ajaran ini ialah Zarathustra.

Zarathustra dipercayai hidup sekitar 500-600 tahun SM.

Zarathustra lahir dalam keadaan tersenyum.

Lahir sahaja Zarathustra, Raja Durasan terus bergementar. Hal ini kerana tukang tiliknya memebritahu bahawa ada seorang anak dilahirkan dan anak itu akan menggugat si raja.

Raja Duarasan perintahkan 3 orang suruhan menculik bayi itu dan mencampakkannya ke dalam nyalaan api sebuah kuil agama Parsi. Bayi itu tidak terbakar, malah bermain-main dengan api tersebut.

Sekali lagi bayi itu diculik lalu diletakkan di tengah padang lembu agar dia dipijak-pijak oleh lembu. Tapi salah seekor lembu datang dan mengawal bayi itu.

Diculik lagi lalu diletakkan dalam gua serigala. Ketika serigala=serigala hendak masuk, kaki serigaal-serigala itu terpaku ke tanah. Kemudian datang dua ekor kambing menyusukan si bayi.

Cubaan Raja Durasan membunuh Zarathustra gagal.

Setelah dewasa, Zarathustra pergi beruzlah/ berkhalwat/ bermeditasi di Gunung Sabalan. Suatu hari Zarathustra didatangi Vonu Manah (utusan Tuhan iaitu malaikat) yang menyampaikan kata-kata Tuhan (wahyu) kepadanya.

Antara wahyu yang sampai kepadanya ialah : “Orang inilah yang Aku (Tuhan) temui di sini, yang dia seorang sahaja sudah menerima wahyu Kami.”

Menurut Zarathustra, Tuhan iaitu Ahura Mazda sentiasa menyeru manusia ke arah cahaya/kebaikan/kebenaran. Manakala ada satu lagi kuasa jahat iaitu Ahriman (atau Angro Mainyu) yang sentaisa menyeru manusia kea aah kegelapan/kesesatan/kejahatan.

Cara untuk mengalahkan Ahriman ialah melalui tiga cara : fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik dan buat yang baik-baik.

Tiga cara ini disebut humata, hukata dan huvarsta.

Zarathustra melarang penyembahan berhala dan dewa-dewi.

Lebih kurang 10 tahun berdakwah, dia hanya dapat seorang pengikut yang benar-benar beriman.

Pada usia 40 tahun, dia menukar strategi dengan berdakwah kepada raja zaman itu iaitu Kavi Vishtapa.

Raja bersetuju memeluk agama Zarathustra sekiranya Zarathustra menang perdebatan dengan tokoh-tokoh agama kerajaan.

Perdebatan berlangsung selama 3 hari dan ternyata Zarathustra di pihak yang benar. Raja dan rakyat pun memeluk ajaran Zarathustra.

Jiwa orang yang mati akan diserahkan kepada Pemegang Buku Kehidupan. Humata, hukata dan huvarsta akan disemak.

Sekiranya banyak kebaikan, jiwa itu akan dihantar ke langit (syurga). Yang banyak keburukan, akan dihantar ke neraka yang penuh seksaan.

Zarathustra meninggal dunia kerana ditikam oleh seorang askar ketika tentera Tunisia menyerang kota Balkh. Usianya 77 tahun.

Kitab suci agama ini dikenali sebagai Kitab Avesta/Zend Avesta.

Kitab Avesta terdiri daripada 21 bab. Setiap baba da 200 muka surat. Tetapi yang tersisa sekarang hanayalah 5 bab. Yang lain musnah dalam serangan Alexander the Great.

Asalnya Kitab Avesta ditulis dalam bahasa Zand (bahasa Parsi kuno). Oleh kerana semakin ramai yang tidak tahu bahasa itu, kitab Avesta ditulis pula dalam bahasa Pahlavi.

5 bab itu ialah Yasna, Vispered, Vendidad, Yasht & Khorda Avesta.

Ahura Mazda ada banyak nama, dikatakan ada 101 nama seperti Yang Mencipta, Yang Melihat, Yang Mengetahui, Yang Pengasih, Yang Pemurah, Yang Berkuasa, Yang Besar, Yang Dipuja, Yang Tidak Aad Akhirnya, Yang Suci, Yang Tinggi, Yang Benar, Yang Menyebabkan Segala-galanya, Yang Menolong, Yang Menjaga, Yang Tidak Dapat Dilihat (Yang Ghaib), Yang Agung, Yang Kekal Abadi, Yang Menghitung, dan lain-lain.

Dalam Buku Yashna dikatakan : “Sebutlah dan ulanglah (*berzikir) namaKu pada setiap hari dan setiap malam.”

Api dianggap sebagai simbol cahaya, terang dan kebenaran. Selepas zaman Zarathustra, api yang dinyalakan di rumah-rumah ibadah agama Zarathustra mula dianggap mulia dan akhirnya sampai ke peringkat dipuja dan disembah. Dari sinilah wujudnya agama yang dikenali sebagai agama Majusi pada zaman Rasulullah saw.

Pada hari Akhirat, manusia akan dihidupkan semula untuk diadili oleh Ahura Mazda. Manusia akan melalui satu titian yang bernama Cinvat atau Civanto Peretu. Di bawah titian ini terdapat arus ombak gelombang cairan logam yang bernyala-nyala (neraka). Titian ini sangat halus, lebih halus daripada rambut.

Orang baik akan dimasukkan ke dalam Paridaeza (Paradise/Firdaus). Yang jahat akan dimasukkan ke dalam Gehannam (Jahannam).

Sembahyang mereka 5 kali sehari semalam. Sebelum sembahyang, ada upacara seakan-akan wudhuk.

4 unsur alam dipandang suci iaitu tanah, api, air dan angin. Oleh itu mayat tidak boleh terkena semua itu. Maka mereka tidak mengebumikan mayat, membakar mayat, tidak menghanyutkan mayat dan tidak membiarkan mayat begitu sahaja. Sebaliknya mereka menjalankan upacara ‘pengkebumian langit’.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

Mac 2016

*Tulisan ini merupakan nota ringkas saya ketika menerangkan secara ringkas tentang agama Majusi dalam salah satu kuliah KItab Ihya’ ‘Ulumuddin, sebagai memenuhi permintaan hadirin dalam kuliah sebelumnya.





Saturday, April 02, 2016

Mengenal Tariqat Ghazaliyyah

Audio kuliah PENERANGAN RINGKAS tentang Tariqah Al-Ghazaliyyah iaitu tariqatnya Hujjatul  Islam Imam Al-Ghazali.

BAHAGIAN PERTAMA


BAHAGIAN KEDUA (bahagian terakhir)

Wednesday, February 10, 2016

Peringkat2 Ma'rifah dan Cinta Allah


Peringkat-peringkat ma’rifah dan cinta :

1.       Peringkat MENOLAK.
2.       Peringkat RAGU-RAGU.
3.       Peringkat YAKIN.
4.       Peringkat TAHU.
5.       Peringkat TUNDUK PATUH (beriman).
6.       Peringkat KENAL.
7.       Peringkat CINTA.


Huraian peringkat-peringkat ma’rifah dan cinta :

1.       Peringkat MENOLAK - Golongan ini tidak percaya adanya Tuhan. Mereka menolak adanya Tuhan. Ini golongan ateis atau mulhid.

2.       Peringkat RAGU-RAGU – Golongan ini mula ragu-ragu sama ada Tuhan itu ada ataupun tidak. Apabila mereka buat pemerhatian dan kajian, mereka dapati memang ada kemungkinan adanya satu kuasa yang disebut sebagai Tuhan.

3.       Peringkat YAKIN – Golongan ini sudah yakin bahawa Tuhan itu memang ada, tetapi mereka belum menganut mana-mana agama. Hasil pemerhatian dan kajian mereka menunjukkan Tuhan memang ada.

4.       Peringkat TAHU – Golongan ini pula sudah tahu siapakah Tuhan itu. Mereka mencari-cari yang mana satukah Tuhan daripada sekian banyak yang didakwa sebagai Tuhan. Akhirnya mereka mendapati Tuhan hanya satu iaitu Allah. Sekadar tahu, belum kenal (belum ma’rifah), belum cinta.

5.       Peringkat TUNDUK PATUH (beriman/percaya) - Tidak setakat tahu, mereka beriman pula dengan Allah. Mereka pun memeluk agama Islam. Namun mereka umumnya sekadar beriman tanpa mengenal akan Allah.

6.       Peringkat KENAL – Tidak setakat beriman/percaya, tetapi sudah sampai ke peringkat mengenal Allah. Mereka berupaya membezakan antara Allah dengan makhluk. Tidak mudah-mudah diperdaya oleh makhluk.

7.       Peringkat CINTA – Tidak sekadar kenal, tetapi sudah sampai ke tahap cinta Allah.

·         Setiap satu peringkat ini ada pecahan2nya lagi.
·         Rata-rata umat Islam mencapai peringkat YAKIN, TAHU dan TUNDUK PATUH.
·         Para saintis tidak beragama, kajian mereka memang boleh  membawa mereka kepada peringkat YAKIN adanya Tuhan. Namun ilmu kajian mereka tak bawa mereka ke tahap wahyu. Untuk naik lagi, mereka terpaksa guna Al Quran. Hal ini kerana syariat tak datang dengan fikiran melainkan dengan wahyu.
·         Pelajaran tasawuf berusaha membawa kita sampai ke peringkat KENAL dan CINTA.

Abu Zulfiqar
Januari 2016

Sejauh Mana Mencapai Tuhan dengan Akal Sahaja?



Cerdik pandai dan para pengkaji (khususnya yang tidak beragama/ateis/mulhid) memang boleh menemui Tuhan hasil pemikiran mereka, tetapi setakat mana?

1.       Tak percaya adanya Tuhan. Semua yang berlaku di alam ini adalah secara semulajadi, secara tabi’i. Ada yang terhenti setakat ini sahaja. Terhijab dengan hijab gelap berlapis gelap.

2.       Percaya ada satu kuasa yang mendasari dan berperanan mengatur seluruh alam ini, tetapi tidak yakin itu ialah Tuhan. Maka tidak perlu menyembah kuasa itu dan tidak perlu menganut mana-mana agama.

3.       Percaya ada sesuatu yang mendasari dan mengatur seluruh alam ini, tetapi tidak tahu sama ada itu Tuhan ataupun tidak. Ada pula yang terhenti setakat ini.

4.       Percaya ada satu kuasa yang sangat bijaksana yang mendasari dan mengatur seluruh alam ini, dan yakin itulah yang dikatakan orang sebagai Tuhan. Tetapi tidak perlu untuk menyembah Tuhan itu, dan tidak perlu juga untuk menganut mana-mana agama. Golongan ini terhijab dengan campuran antara kegelapan dengan kecerahan.

5.       Percaya ada satu kuasa yang sangat bijaksana yang mendasari dan mengatur seluruh alam ini, dan yakin itulah yang dikatakan orang sebagai Tuhan. Tuhan itu mesti disembah tetapi mengikut cara sendiri-sendiri. Setiap orang ada jalan sendiri. Tidak perlu menganut dan mengikut syariat mana-mana agama. Ada yang terhenti di sini.

6.       Percaya ada satu kuasa yang sangat bijaksana yang mendasari dan mengatur seluruh alam ini, dan yakin itulah yang dikatakan orang sebagai Tuhan. Tuhan mesti disembah, boleh mengikut semua agama kerana semua agama pun sama. Campur aduk.

7.       Percaya ada satu kuasa yang sangat bijaksana yang mendasari dan mengatur seluruh alam ini, dan yakin itulah yang dikatakan orang sebagai Tuhan. Tuhan itu mesti disembah dan kita mesti mengikut salah satu agama.

8.       Percaya ada satu kuasa yang sangat bijaksana yang mendasari dan mengatur seluruh alam ini, dan yakin itulah yang dikatakan orang sebagai Tuhan. Tuhan mesti disembah dan mesti mengaut dan mengikut syariat Islam.

Para pengkaji yang bersandarkan kepada akal semata-mata tanpa mahu mengikut mana-mana agama, ringkasnya mereka akan tersangkut pada tahap yang kelima sahaja.

Abu Zulfiqar
Februari 2016
Related Posts with Thumbnails