Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Friday, December 28, 2012

Hari Kehancuran dan Qiamat


KIAMAT! Jom faham! Penjelasan saya (sebab heboh sana-sini) :

1. Ramai yang terkeliru antara Hari Kehancuran dengan Hari Qiamat. Dah cakap dah dalam kuliah Ihya' dan upload ke internet (kalau tak salah). Hari Kehancuran ialah hari kebinasaan alam. Hari Qiamat ialah hari kebangkitan selepas Hari Kehancuran. Qiamat bukan hari kehancuran. Hari Kehancuran ada nama-namanya seperti As-Saa'ah, Az-Zalzalah dan lain-lain dalam Quran, tapi Al-Qiamah hanya digunakan untuk Hari Kebangkitan Semula di akhirat nanti. Memang rata-rata orang samakan hari kehancuran dengan Hari Qiamat. Padahal kedua-duanya tak sama. Kalau baca terjemahan ayat Quran atau hadith, sila tengok perkataan asal yang digunakan. "Al-Qiyamah" tidak digunakan untuk Hari Kehancuran, melainkan Hari Kebangkitan/Akhirat. WA

2. Tidak ada siapa pun yang tahu bila Hari Kehancuran, hanya Allah yang tahu. Ia berlaku pada waktu yang sangat tak disangka-sangka oleh manusia dan jin. Pada waktu semua orang tak jangka ketika itu berlaku hari kehancuran, ketika itulah ia berlaku. Sebab itulah manusia dan jin sangat-sangat terkejut sehingga dikatakan jantung ternaik ke kerongkongan. Jadi, kalau ada orang atau kumpulan bagi tahu Hari Kehancuran akan berlaku sekian-sekian ketika, 'confirm' bohong. Ia berlaku pada saat yang kita sangat-sangat tidak sangka.


Al-Faqir Abu Zulfiqar
20 Disember 2012 (di Facebook)

Tuesday, December 18, 2012

Di Mana Nabi Ibrahim dalam Peristiwa Mi'raj?


Datang satu persoalan kepada saya, di manakah kedudukan Nabi Ibrahim dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj?

Mula-mula kita melihat dalam karangan Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi yang meneliti 41 kitab yang membicarakan tentang Isra’ dan Mi’raj. Keputusan beliau, Nabi Ibrahim berada di langit ketujuh. Hal ini berdasarkan satu hadis riwayat Imam Muslim dan 2 hadis riwayat Imam Baihaqi. Di langit ketujuh itu juga terdapat Baitul Makmur.

Namun begitu, ada satu hadis riwayat Imam Bukhari yang mengatakan Nabi Ibrahim berada di langit keenam, tetapi kata-kata Abu Zar dalam hadis ini agak mengelirukan. Kekeliruan itu tidaklah saya panjangkan di sini. Jadi hadis-hadis yang disebutkan di atas tadi adalah lebih wajar dijadikan sandaran.

Kemudian saya membuka karangan Imam Jalaluddin As-Sayuti. Keputusannya sama, Nabi Ibrahim berada di langit ketujuh. Selain hadis-hadis yang terdapat dalam karangan Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi, Imam Sayuti turut memuatkan hadis riwayat Imam Ahmad dan Imam Abu Hatim, yang kedua-duanya mengatakan Nabi Ibrahim berada di langit ketujuh.

Selepas itu saya meneliti karangan Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani. Sama juga, keputusannya Nabi Ibrahim berada di langit ketujuh.

Selain itu saya ada juga membaca karangan Hasan bin Ahmad bertajuk “Isra’ & Miraj” terjemahan Noraine Abu, terbitan Al-Hidayah. Keputusannya, Nabi Ibrahim berada di langit ketujuh.

Keismpulan kita, berdasarkan hadis-hadis yang dikaji oleh tokoh-tokoh di atas, jelaslah bahawa Nabi Ibrahim berada pada langit ketujuh dalam peristiwa Mi’raj.

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik tentang peristiwa Isra’ Mi’raj ini, para pembaca bolehlah mengikuti audio kuliah saya yang membahaskan peristiwa Isra’ dan Mi’raj dengan terperinci di Youtube. Tuliskan “kembara ke sidratul muntaha”. Kuliah itu ialah syarahan kepada kitab “Kifayatul Muhtaj fil Isra’ wal Mi’raj” karya Syeikh Daud Al-Fatani. Ada 123 fail audio kuliah semuanya di Youtube.

Abu Zulfiqar
18 Disember 2012

Sunday, December 16, 2012

Laman Baru Abu Zulfiqar : )


Semua karya (kuliah, ceramah, artikel)  Abu Zulfiqar dari seluruh internet (dari blog Debunga Teratai Syurgawi, Ikhtiar Muslim, Bermesra Dengan Kebenaran Mutlak, Youtube dan lain-lain) kini dikumpulkan setempat di http://alamsyari.forumms.net/  .  Tuan-tuan dijemput berziarah. (Laman ini bolehlah dianggap sebagai pengganti kepada laman Myalexanderwathern yang musnah beberapa tahun lalu). Jom kita : )
Related Posts with Thumbnails