Wednesday, October 26, 2011

Siapakah Batara Guru?

Rata-rata penganut agama Hindu percaya Batara Guru ialah Dewa Siva. Nama lain bagi Batara Guru ialah Manikmaya. Dewa Siva ialah Tuhan Pemusnah dan merajai kahyangan. Isterinya bernama Dewi Uma. Mereka mempunyai beberapa orang anak.

Boleh dikatakan semua dewa mempunyai wahana masing-masing. Wahana ialah kenderaan atau tunggangan mereka yang digambarkan sebagai haiwan-haiwan tertentu. Wahana Batara Guru ialah seekor lembu yang dikenali sebagai Lembu Nandini. Lembu ini tidak kenal erti takut.

Dalam agama Hindu ada tiga dewa besar bertaraf Tuhan yang bersyarikat dalam Trimurti. Brahma ialah pencipta, Vishnu ialah pemelihara manakala Siva (Batara Guru) ialah pemusnah. Ketiga-tiganya Tuhan.

Batara Guru mempunyai anak bernama Kala (Dewa Kala). Dewa Kala menguasai waktu. Kan biasa kita sebut “kala senja”, “kala dinihari”, “kala itu” dan lain-lain yang memaksudkan waktu? Dalam bahasa Sanskrit, “kala” bermaksud “waktu”. Apabila seseorang itu hampir mati, Dewa Kala datang datang menjemputnya. Sekiranya ada yang berdegil, Dewa Kala akan bertindak ganas.Perlakuannya ada sedikit persamaan dengan Malaikat Maut iaitu Malaikat Izrail dalam ajaran agama Islam.

Abu Zulfiqar

26 Oktober 2011

Rujukan :

http://id.wikipedia.org/wiki/Batara_Guru

http://id.wikipedia.org/wiki/Nandini

http://id.wikipedia.org/wiki/Batara_Kala

4 comments:

Anonymous said...

Anak siva bernama Ganesan, yang mana dia berkepala gajah. Ganesan berkepala gajah kerana Siva telah memotong kepala anaknya kerana tidak mengenali bahawa itu adalah anaknya. apabila disedari bahawa ganesan anaknya, maka dia memerintahkan tenteranya mencari kepala ganesan, namun tidak ketemu. akhirnya askarnya menyambungkan kepala anak gajah dengan badan ganesan

Untuk penganut Hindu, Siva tuhan mereka tidqak mengenali anaknya sendiri, bagaimanakah dia hendak mengenali kamu....

sri buana mangku alam said...

Agama Hindu adalah agama tertua didunia.Pada masa itu para malaikat dikenali dgn nama dewa kala , dewa siva, dewa krihna dll dlm bahasa/tulisan sanskrit. Pabila datang agama islam maka para malaikat dikenali dgn nama Arab spt Izrail ,Mikail dll. Asalnya agama hindu ni agama yg benar disebabkan pengikut/manusia yg sesat terlalu taksub dgn kuasa magik si dewa maka mrk sembah dan manjadikan tuhan. Oleh sebab tu tuhan mrk byk...Manusia semakin lupa kpd Tuhan yg Esa/Tunggal,sebab itulah agama hindu terbatal dibumi ini maka diganti dgn agama lain yg lagi baik dan terpelihara iaitu agama islam. Maafkan saya klu fakta saya salah....sekian. Fikir2kanlah...allah suka org yg byk berfikir

Alexanderwathern said...

Selamat datang tuan. Terima kasih banyak tuan atas komennya.

Agama Hindu adalah antara agama yang tertua. Sebenarnya sebutan ‘Hindu itu sendiri datang kemudian. Sebelum itu ia sesuai disebut sebagai agama Veda sahaja, kerana ketika itu ia belum terseleweng dan betul-betul mengikut kitab Veda. Sebelum daripada itu, agama ini tidak mempunyai nama yang khusus. Agama yang dibawa oleh Nabi Adam, Nabi Idris, Nabi Nuh dan kemudiannya Nabi Ibrahim ialah agama kebenaran yang tidak punya nama tertentu sebagaimana agama-agama pada hari ini. Begitu juga dengan agama kebenaran yang kemudiannya berpandukan kitab Veda, dan kemudian lagi dikenali pula sebagai agama Hindu.

Dalam agama Hindu, banyak perkara yang disebut dewa. Antaranya Tuhan itu sendiri, para malaikat, manusia, jin dan alam.

Sebenarnya Dewa Siva ialah Tuhan (Brahman) itu sendiri. Dia dikenali sebagai Siva melalui kerja yang dilakukan iaitu menguasa dan memusnah. Melalui kerja-kerja mencipta, Brahman yang sama dikenali sebagai Brahma dan melalui kerja-kerja memelihara ciptaan, Brahman yang sama juga dikenali sebagai Vishnu.

Samalah halnya seperti Allah yang dikenali juga sebagai Ar-Rahman yang antara lain menurunkan rezeki kepada makhluk-makhluk-Nya, dikenali sebagai Al-Khaliq yang mencipta, Al-Malik yang menguasai dan lain-lain. Ringkasnya, Tuhan (Brahman) dan Siva ialah satu peribadi, bukannya dua dewa yang berlainan. Sebab itu Brahman, Vishnu dan Siva berada dalam Trimurti. Ketiga-tiganya ialah Tuhan yang satu. Begitu juga dengan 99 nama Tuhan yang dikenali sebagai Asma ul-Husna. Ia merujuk kepada Tuhan yang satu, bukannya bermaksud ada 99 Tuhan.

Dewa Kala yang menguasai waktu (kan kita biasa sebut kala senja, kala itu, kala sepi dan lain-lain) dikatakan anak kepada Siva. Antara tugasnya ada sedikit persamaan dengan Malaikat Izrail. Boleh jadi Dewa Kala salah seorang malaikat.

Dewa Krishna ialah manusia, bukan Tuhan dan bukan malaikat. Dia salah seorang utusan Tuhan (Brahman) kepada umat manusia di benua India lama.

Sebenarnya, masih ramai juga penganut agama Hindu hari ini yang tidak lupa kepada Tuhan Yang Esa, tetapi mereka syirik kerana menyekutukannya dengan berhala. Mereka mengambil perantaraan dalam berabdi kepada Tuhan. Di situlah kesalahan utamanya. Samalah halnya dengan sebahagian besar kaum musyrikin Quraisy pada zaman Rasulullah saw, mereka tahu Allah Tuhan sebenar tetapi mereka syirik iaitu menyekutukan-Nya dengan berhala. Sebab itu mereka digelar ‘musyrikin’.

Memang benarlah kata tuan, agama Islam didatangkan antara lain kerana sudah rosaknya ajaran-ajaran terdahulu termasuklah agama Veda. Mustahil bagi Tuhan melakukan pekerjaan yang sia-sia. Agama Islam tidak akan diturunkan sekiranya ajaran-ajaran sebelum itu masih terpelihara.

Alexanderwathern said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts with Thumbnails