PENDAHULUAN
Sebuah komen di blog Bermesra Dengan Kebenaran Mutlak http://myalexanderwathern.blogspot.com/ berbunyi :
“Assalamualaikum Ustaz..baru-baru ini saya ada diberitahu oleh kawan saya bahawa Nabi Zulkifli a.s itu adalah Buddha kerana perjalanan hidup kedua-dua tokoh ini dikatakan agak hampir sama. Minta Ustaz kaji kesahihannya..Terima kasih.”
Dengan izin Allah SWT, saya membuat sedikit penelitian dan berjaya menyiapkan artikel ini.
(*Artikel ini dalam Bahasa Melayu Indonesia boleh dibaca di bahagian bawah)
NABI ZULKIFLI DALAM QURAN
Kitab Al-Quran yakni Perjanjian Terakhir menyebut tentang Nabi Zulkifli sebanyak dua kali:
“Dan Ismail, Idris dan Zulkifli. Mereka termasuk orang yang sabar.” (Al-Anbiya’ : 85)
“Dan ingatlah Ismail, Ilyasa’ dan Zulkifli. Semuanya orang baik.” (Sad : 48)
Sangat sedikit maklumat sahih yang kita ada dalam usaha untuk mengenal Nabi Zulkifli.
KAITAN ‘ZULKIFLI’ DENGAN ‘KAPILAVASTU’
Nama “Zulkifli” ada persamaan bunyi dengan “Kapilavastu”, iaitu nama tempat kelahiran Gautama Buddha. Hal ini menunjukkan kaitan antara Nabi Zulkifli dengan Gautama Buddha.
Nabi-nabi yang disebutkan dalam Al-Quran dari Adam sampai Muhammad saw semuanya berasal dari dunia Arab dan sekitarnya, iaitu dari Iraq di Timur ke Mesir di Barat. Tidak nampak kesinambungannya jika tiba-tiba Nabi Zulkifli dikatakan lahir di Kapilavastu, Nepal. Padahal tokoh-tokoh yang lebih hampir dengan dunia Arab seperti Zarathustra (Iran) dan Krishna (India) pun tidak dinyatakan dalam Al-Quran.
Memang ada persamaan akar bunyi “ka fa la” pada “Zulkifli” dan “Kapilavastu”, tetapi hujah ini tidak memadai untuk mengatakan Nabi Zulkifli itulah Gautama Buddha.
BUDDHA DALAM AL-QURAN?
Dikatakan Gautama Buddha ada diisyaratkan oleh Al-Quran pada Surah At-Tiin.
“Demi Tiin dan Zaituun. Dan Tursina (Bukit Sinai). Dan demi negeri yang aman ini (iaitu Makkah).” (At-Tiin : 1-3)
Dikatakan “tiin” itu ialah pokok tin dan “zaituun” sebagai pokok zaitun.
Pokok zaitun dipercayai melambangkan Jerusalem. Secara tidak langsung ia mengisyaratkan Nabi Isa dan agama Kristian. Sememangnya buah tin dan buah zaitun banyak terdapat di Baitul Maqdis dan sekitarnya.
Bukit Sinai mengisyaratkan Nabi Musa dan agama Yahudi. Sememangnya Nabi Musa bermunajat di sini.
Makkah pula mengisyaratkan Nabi Muhammad dan agama Islam.
Pokok tin?
Dikatakan bahawa pokok tin itu ialah pokok bodhi tempat Gautama Buddha (Putera Siddharta) selaku pengasas agama Buddha bermeditasi dan mencapai nirwana (mendapat pencerahan). Oleh itu “tiin” pada ayat itu mengisyaratkan Putera Siddharta dan agama Buddha.
PERTAMA :
Katakanlah memang benar ayat-ayat di atas mengisyaratkan Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Muhammad, mereka semua ialah rasul-rasul Ulul Azmi. Kurang cantik nampaknya susunan ayat dalam surah ini kalau rasul-rasul Ulul Azmi digandingkan dengan seorang rasul biasa seperti Nabi Zulkifli ataupun Gautama Buddha. Lebih sesuai lagi jika rasul yang Ulul Azmi juga yang dikaitkan di situ. Barulah nampak kesinambungan ayat-ayat tersebut.
KEDUA :
Bukit Sinai dan Makkah ialah tempat, sedangkan tin dan zaitun ialah buah. Kelihatan kurang cocok juga. Bagaimana kalau kita katakan yang Tiin dan Zaituun juga ialah tempat?
Sememangnya Bandar Tiin dan Zaituun wujud sejak zaman dahulu dan dipercayai berada di Syam oleh sebahagian orang. Jika perkara ketiga (Bukit Sinai) dan perkara keempat (Makkah) yang disebut dalam ayat itu ialah berkaitan tempat, maka lebih mungkin lagi perkara pertama (Tiin) dan perkara kedua (Zaituun) juga merupakan tempat, bukannya buah. Barulah nampak kesinambungan ayat-ayat tersebut.
Jika benar ia berkaitan dengan tempat, tidak sesuailah untuk diisyaratkan kepada Gautama Buddha kerana bandar Tiin dan Zaituun bukannya terletak di negara Nepal (tempat asal Gautama Buddha) dan sekitarnya.
KETIGA :
“Demi Tiin dan Zaituun. Dan Tursina (Bukit Sinai). Dan demi negeri yang aman ini (iaitu Makkah).” (At-Tiin : 1-3)
Perhatikan ayat di atas. Tumpukan pada pemisahan yang dibuat antara ayat dengan ayat. Mengapa Tiin dan Zaituun diletakkan dalam satu ayat, sedangkan Bukit Sinai dan Makkah dalam ayat yang berlainan? Ada kemungkinan Tiin dan Zaituun diletakkan dalam satu ayat untuk menunjukkan kehampiran/kedekatan kedua-dua lokasi tersebut. Maksudnya Tiin dan Zaituun terletak berhampiran.
Ayat-ayatnya tidak disusun begini :
“Demi Tiin. Dan Zaituun. Dan Tursina (Bukit Sinai). Dan demi negeri yang aman ini (iaitu Makkah).”
ataupun :
“Demi Tiin dan Zaituun dan Tursina (Bukit Sinai) dan demi negeri yang aman ini (iaitu Makkah).”
tetapi disusun begini :
“Demi Tiin dan Zaituun. Dan Tursina (Bukit Sinai). Dan demi negeri yang aman ini (iaitu Makkah).”
Maklumat ini mungkin sekali sesuai dengan pandangan sebahagian orang yang mengatakan Tiin dan Zaituun itu ialah dua bandar yang terletak di Syam, ataupun di tempat-tempat lain. Jika benar begitu, makin malaplah peluang Gautama Buddha untuk dikaitkan dengan Surah At-Tiin ini.
Satu perkara lagi, jika benar Buddha disebutkan pada Surah At-Tiin, tetapi hal itu tidak menjadi bukti yang dirinya ialah Nabi Zulkifli.
BUDDHA MERAMALKAN KEDATANGAN NABI MUHAMMAD?
Kisah Buddha meramalkan kedatangan Maitreya, yang diyakini oleh sebahagian orang sebagai Nabi Muhammad sudah selalu kita dengar dan baca. Oleh itu saya tidaklah mahu memanjangkannya di sini. Kita pendekkan ceritanya.
Katakanlah memang benar Buddha seorang nabi dan memang benar dia meramalkan kedatangan Nabi Muhammad, hal ini masih juga tidak menjadi bukti yang Buddha dan Nabi Zulkifli itu orang yang sama.
MENCARI PETUNJUK DALAM AL-QURAN
“Dan Ismail, Idris dan Zulkifli. Mereka termasuk orang yang sabar.” (Al-Anbiya’ : 85)
“Dan ingatlah Ismail, Ilyasa’ dan Zulkifli. Semuanya orang baik.” (Sad : 48)
Apa kaitan antara ketiga-tiga nama dalam ayat pertama dan ayat kedua? Adakah petunjuk-petunjuk tertentu padanya?
Dari segi tempat, Nabi Ismail di Hijaz, Nabi Idris di Mesir dan Nabi Ilyasa’ di Syam. Ketiga-tiganya masih dalam dunia Arab dan sekitarnya. Nabi Zulkifli? Mungkinkah dia di luar rantau dunia Arab dan sekitarnya iaitu di Khurasan, Rom, India atau lain-lain? WaAllahua’lam.
Dari sudut masa, Nabi Ismail hidup sekitar 1900 SM, Nabi Idris sebelum 3,000 SM, Ilyasa’ sekitar 800 SM. Saya belum jumpa apa-apa petunjuk berkaitan zaman hidup.
CERITA-CERITA RAKYAT
Cerita-cerita rakyat bukanlah sandaran kukuh. Namun begitu kita petik juga sebagai sandaran sampingan. Manalah tahu kalau-kalau ada maklumat-maklumat tertentu yang boleh diketengahkan.
Dikatakan sebahagian orang bahawa Nabi Zulkifli ialah anak kepada Nabi Ayyub. Nama sebenarnya ialah Basyar bin Ayyub. Dia menyahut cabaran seorang raja dan berjaya, lalu dia dilantik oleh raja itu sebagai penggantinya. Putera Siddharta pula pada asalnya ialah anak seorang raja, tetapi kemudiannya keluar berkelana dan menjadi seorang sami dan tidak memerintah. Berdasarkan maklumat sampingan ini, nampaknya kehidupan Nabi Zulkifli dan Gautama Buddha berbeza.
NABI EZEKIEL/YEHEZKIEL
Ada orang percaya Nabi Zulkifli itu ialah Nabi Ezekiel/Yehezkiel sebagaimana yang disebutkan dalam Bible. Untuk memudahkan urusan, kita andaikanlah mereka memang orang yang sama. Jadi tugas kita sekarang ialah meneliti kisah hidup Ezekiel dan membandingkannya dengan kisah hidup Gautama Buddha.
Ezekiel dipercayai lahir sekitar 622-623 SM. Tahun kematiannya tidak diketahui. Buddha pula dipercayai lahir sekitar 563 SM. Zaman hidup mereka nampaknya lebih kurang sezaman. Ini satu petunjuk yang baik ke arah menyamakan Buddha dengan Nabi Ezekiel dan seterusnya dengan Nabi Zulkifli.
Berdasarkan sumber-sumber Yahudi dan Kristian, secara ringkasnya Ezekiel bin Busi hidup di Palestin dan kemudiannya dibuang negeri ke Babylon. Dia berasal dari keluarga para imam Yahudi. Kebanyakan orang di sekelilingnya memandangnya sebagai seorang yang kurang waras.
Beradasrkan sumber-sumber agama Buddha, Putera Siddharta pula hidup di Nepal lalu kemudiannya keluar mengembara. Dia berasal dari keluarga di raja. Kebanyakan orang di sekelilingnya menyanjung dan menghomatinya.
Nampaknya kehidupan mereka berbeza.
SIAPAKAH KIFLI DARI BANI ISRAIL?
Dalam sebuah hadith riwayat Imam Ahmad dan Turmizi, dikisahkan seorang lelaki bernama Kifli yang gemar berbuat dosa dari kalangan Bani Israil. Kifli membayar seorang wanita yang disangkanya biasa menjual diri untuk disetubuhi. Ketika hendak disetubuhinya, si wanita menangis lalu menceritakan itulah kali pertama dia berbuat demikian. Dia terpaksa berbuat demikian kerana sedang dalam kesesakan.
Kifli berasa bersalah dan menyesal, lalu melepaskan wanita itu pergi bersama-sama wang yang sudah dibayarnya sebelum itu. Kifli pun bertaubat nasuha. Perbuatan Kifli itu membolehkan dia mendapat keampunan Tuhan.
Ibnu Umar berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah bersabda :
“Adalah Kifli dari Bani Israil. Dia tidak pernah takut mengerjakan dosa. Suatu kali seorang wanita mendatanginya. Kifli membayarnya 60 dinar untuk bersetubuh dengannya. Ketika Kifli telah duduk dalam keadaan seorang suami yang duduk pada isterinya (untuk bersetubuh), wanita itu menangis dan gementar.”
Kifli bertanya: “Apa yang membuat engkau menangis? Adakah aku memaksamu?”
Wanita itu menjawab: “Tidak, akan tetapi ini adalah perbuatan yang tidak pernah aku lakukan. Aku terpaksa melakukannya kali ini tidak lain kecuali kerana terpaksa."
Kifli berkata : “Kamu melakukan ini padahal kamu tidak pernah melakukannya. Pergilah, ambil wang itu untukmu!”
Kifli berkata, 'Tidak, demi Allah, setelah ini aku tidak akan melakukan maksiat selama-lamanya."
Maka Kifli mati pada malam itu. Pada pagi hari tertulis di pintu rumahnya, ''Sesungguhnya Allah telah mengampuni Kifli.'' (Ahmad, Turmizi)
Kifli ini bukanlah Nabi Zulkifli.
KESIMPULAN
Dengan hanya bersandarkan maklumat-maklumat yang kita perolehi di atas, tentulah masih belum memadai untuk mengatakan Nabi Zulkifli dan Gautama Buddha itu orang yang sama. Kita perlu mencari sandaran-sandaran yang lebih kukuh.
Abu Zulfiqar
12 Oktober 2010
DALAM BAHASA MELAYU INDONESIA
PENDAHULUAN
Sebuah komentar di blog Bergabung dengan Kebenaran Mutlak http://myalexanderwathern.blogspot.com/ berbunyi:
"Assalamualaikum Ustaz .. baru-baru ini saya ada diberitahu oleh teman saya bahwa Nabi Zulkifli as itu adalah Buddha karena perjalanan hidup kedua tokoh ini dikatakan agak mirip. Minta Ustadz kaji kesahihannya .. Terima kasih. "
Dengan izin Allah SWT, saya membuat sedikit penelitian dan berhasil menyelesaikan artikel ini.
NABI ZULKIFLI DALAM QURAN
Kitab Al-Quran yakni Perjanjian Terakhir menyebut tentang Nabi Zulkifli sebanyak dua kali:
"Dan Ismail, Idris dan Zulkifli. Mereka termasuk orang yang sabar. "(Al-Anbiya ': 85)
"Dan ingatlah Ismail, Ilyasa 'dan Zulkifli. Semuanya orang baik. "(Sad: 48)
Sangat sedikit informasi sahih yang kita ada dalam usaha untuk mengenal Nabi Zulkifli.
KAITAN 'ZULKIFLI' DENGAN 'KAPILAVASTU'
Nama "Zulkifli" ada persamaan bunyi dengan "Kapilavastu", yaitu nama tempat kelahiran Gautama Buddha. Hal ini menunjukkan kaitan antara Nabi Zulkifli dengan Gautama Buddha.
Nabi-nabi yang disebutkan dalam Al-Quran dari Adam sampai Muhammad saw semuanya berasal dari dunia Arab dan sekitarnya, yaitu dari Irak di Timur ke Mesir di Barat. Tidak nampak kesinambungannya jika tiba-tiba Nabi Zulkifli dikatakan lahir di Kapilavastu, Nepal. Padahal tokoh-tokoh yang lebih dekat dengan dunia Arab seperti Zarathustra (Iran) dan Krishna (India) pun tidak disebutkan dalam Al-Quran.
Memang ada persamaan akar bunyi "ka fa la" pada "Zulkifli" dan "Kapilavastu", tetapi argumen ini tidak memadai untuk mengatakan Nabi Zulkifli itulah Gautama Buddha.
BUDDHA DALAM AL-QURAN?
Dikatakan Gautama Buddha turut diisyaratkan oleh Al-Quran pada Surah At-Tiin.
"Demi Tiin dan Zaituun. Dan Tursina (Bukit Sinai). Dan demi negeri yang aman ini (yaitu Makkah). "(At-Tiin: 1-3)
Dikatakan "Tin" itu adalah pohon tin dan "zaituun" sebagai pohon zaitun.
Pohon zaitun terpercaya melambangkan Yerusalem. Secara tidak langsung ia mengisyaratkan Nabi Isa dan agama Kristen. Memang buah tin dan buah zaitun banyak terdapat di Baitul Maqdis dan sekitarnya.
Bukit Sinai mengisyaratkan Musa dan agama Yahudi. Sememangnya Musa bermunajat di sini.
Makkah pula mengisyaratkan Nabi Muhammad dan agama Islam.
Pokok tin?
Dikatakan bahwa pohon tin itu adalah pohon Bodhi tempat di mana Gautama Buddha (Pangeran Siddharta) selaku pendiri agama Buddha bermeditasi dan mencapai nirwana (mendapat pencerahan). Oleh itu "Tin" pada ayat itu mengisyaratkan Putera Siddharta dan agama Buddha.
PERTAMA:
Katakanlah memang benar ayat-ayat di atas mengisyaratkan Isa, Musa dan Nabi Muhammad, mereka semua adalah rasul-rasul Ulul Azmi. Kurang cocok tampaknya susunan ayat dalam surah ini kalau rasul-rasul Ulul Azmi disandingkan dengan seorang rasul biasa seperti Nabi Zulkifli atau Gautama Buddha. Lebih sesuai lagi jika rasul yang Ulul Azmi juga yang terkait di situ. Barulah nampak kesinambungan ayat-ayatnya.
KEDUA:
Bukit Sinai dan Makkah adalah lokasi, sedangkan tin dan zaitun adalah buah. Terlihat kurang cocok juga. Bagaimana kalau kita katakan yang Tiin dan Zaituun juga adalah lokasi?
Memang Kota Tiin dan Zaituun wujud sejak zaman dahulu dan diyakini wujud di Syam oleh sebagian orang. Jika hal ketiga (Bukit Sinai) dan hal keempat (Makkah) yang disebut dalam ayat itu adalah terkait lokasi, maka lebih mungkin lagi hal pertama (Tiin) dan hal kedua (Zaituun) juga merupakan lokasi, bukan buah. Barulah jelas kesinambungan ayat-ayat tersebut.
Jika benar ia terkait dengan tempat, tidak sesuailah untuk diisyaratkan kepada Gautama Buddha karena kota Tiin dan Zaituun bukan terletak di negara Nepal (tempat asal Gautama Buddha) dan sekitarnya.
KETIGA:
"Demi Tiin dan Zaituun. Dan Tursina (Bukit Sinai). Dan demi negeri yang aman ini (yaitu Makkah). "(At-Tiin: 1-3)
Perhatikan ayat di atas. Beri rumpuan pada pemisahan yang dibuat antara ayat dengan ayat. Mengapa Tiin dan Zaituun ditempatkan dalam satu ayat, sedangkan Bukit Sinai dan Makkah dalam ayat yang berbeda? Ada kemungkinan Tiin dan Zaituun ditempatkan dalam satu ayat untuk menunjukkan jarak / kedekatan kedua lokasi tersebut. Maksudnya Tiin dan Zaituun dekat.
Ayat-ayatnya tidak disusun begini:
"Demi Tiin. Dan Zaituun. Dan Tursina (Bukit Sinai). Dan demi negeri yang aman ini (yaitu Makkah). "
atau:
"Demi Tiin dan Zaituun dan Tursina (Bukit Sinai) dan demi negeri yang aman ini (yaitu Makkah)."
tetapi disusun begini:
"Demi Tiin dan Zaituun. Dan Tursina (Bukit Sinai). Dan demi negeri yang aman ini (yaitu Makkah). "
Informasi ini mungkin sekali sesuai dengan pandangan sebagian orang yang mengatakan Tiin dan Zaituun itu adalah dua kota yang terletak di Syam, atau di tempat-tempat lain. Jika benar begitu, makin malaplah peluang Gautama Buddha untuk dikaitkan dengan At-Tiin ini.
Satu hal lagi, jika benar Buddha disebutkan pada Surah At-Tiin, tetapi hal itu tidak menjadi bukti yang dirinya adalah Nabi Zulkifli.
BUDDHA MERAMALKAN KEDATANGAN NABI MUHAMMAD?
Kisah Buddha meramalkan kedatangan Maitreya, yang diyakini oleh sebagian orang sebagai Nabi Muhammad sudah selalu kita dengar dan baca. Oleh itu saya tidak mau memanjangkannya di sini. Kita pendekkan ceritanya.
Katakanlah memang benar Buddha seorang nabi dan memang benar dia meramalkan kedatangan Nabi Muhammad, hal ini masih juga tidak bisa membuktikan bahwa Buddha dan Nabi Zulkifli itu orang yang sama.
MENCARI PETUNJUK DALAM AL-QURAN
"Dan Ismail, Idris dan Zulkifli. Mereka termasuk orang yang sabar. "(Al-Anbiya ': 85)
"Dan ingatlah Ismail, Ilyasa 'dan Zulkifli. Semuanya orang baik. "(Sad: 48)
Apa kaitan antara ketiga nama dalam ayat pertama dan ayat kedua? Apakah petunjuk-petunjuk tertentu padanya?
Dari segi tempat, Nabi Ismail di Hijaz, Nabi Idris di Mesir dan Nabi Ilyasa 'di Syam. Ketiganya masih dalam dunia Arab dan sekitarnya. Nabi Zulkifli? Mungkinkah dia di luar kawasan dunia Arab dan sekitarnya yaitu di Khurasan, Romawi, India atau lainnya? WaAllahua'lam.
Dari sudut waktu, Nabi Ismail hidup sekitar 1900 SM, Nabi Idris sebelum 3.000 SM, Ilyasa 'sekitar 800 SM. Saya belum jumpa apa-apa petunjuk terkait zaman hidup.
CERITA-CERITA RAKYAT
Cerita-cerita rakyat bukanlah hujahan yang kokoh. Namun kita petik juga sebagai rujukan sampingan. Manalah tahu kalau-kalau ada informasi-informasi tertentu yang bisa diketengahkan.
Dikatakan sebagian orang bahwa Nabi Zulkifli adalah anak ke Nabi Ayyub. Nama sebenarnya adalah Basyar bin Ayyub. Dia menyahut tantangan seorang raja dan berhasil, lalu dia ditunjuk oleh raja itu sebagai penggantinya. Pangeran Siddharta pula awalnya adalah anak seorang raja, tetapi kemudian keluar berkelana dan menjadi seorang biksu dan tidak memerintah. Berdasarkan informasi sampingan ini, tampaknya kehidupan Nabi Zulkifli dan Gautama Buddha berbeda.
NABI EZEKIEL / YEHEZKIEL
Ada orang percaya bahwa Nabi Zulkifli itu adalah Nabi Ezekiel / Yehezkiel sebagaimana yang dinyatakan dalam Bible. Untuk memudahkan urusan, kita andaikanlah mereka memang orang yang sama. Jadi tugas kita sekarang adalah meneliti kisah hidup Ezekiel dan membandingkannya dengan kisah hidup Gautama Buddha.
Ezekiel diyakini lahir sekitar 622-623 SM. Tahun kematiannya tidak diketahui. Buddha pula diyakini lahir sekitar 563 SM. Zaman hidup mereka tampaknya lebih kurang sezaman. Ini satu petunjuk yang baik ke arah menyamakan pribadi Buddha dengan Nabi Ezekiel dan seterusnya dengan Nabi Zulkifli.
Berdasarkan sumber-sumber Yahudi dan Kristen, pada dasarnya Ezekiel bin Busi hidup di Palestina dan kemudian diasingkan ke Babilonia. Dia berasal dari keluarga para imam Yahudi. Kebanyakan orang di sekelilingnya memandangnya sebagai seorang yang kurang waras.
Beradasarkan sumber-sumber agama Buddha, Pangeran Siddharta pula hidup di Nepal lalu kemudian keluar mengembara. Dia berasal dari keluarga di raja. Kebanyakan orang di sekelilingnya menyanjung dan menghomatinya.
Tampaknya kehidupan mereka berbeda.
SIAPAKAH KIFLI DARI BANI ISRAIL?
Dalam sebuah hadits riwayat Imam Ahmad dan Turmizi, dikisahkan seorang pria bernama Kifli yang gemar berbuat dosa dari kalangan Bani Israil. Kifli membayar seorang wanita yang disangkanya biasa ‘menjual diri’ untuk disetubuhi. Ketika ingin disetubuhinya, si wanita menangis lalu menceritakan itulah kali pertama dia melakukannya. Dia terpaksa melakukannya karena sedang menghadapi masalah.
Kifli merasa bersalah dan menyesal, lantas melepaskan wanita itu pergi bersama-sama uang yang sudah dibayarnya sebelum itu. Kifli pun bertobat nasuha. Perbuatan Kifli itu memungkinkan dia mendapat ampunan Tuhan.
Ibnu Umar berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah bersabda:
"Adalah Kifli dari Bani Israil. Dia tidak pernah takut mengerjakan dosa. Suatu kali seorang wanita mendatanginya. Kifli membayarnya 60 dinar untuk bersetubuh dengannya. Ketika Kifli telah duduk dalam kondisi seorang suami yang duduk di istrinya (untuk bersetubuh), wanita itu menangis dan gemetar. "
Kifli bertanya: "Apa yang membuat engkau menangis? Apakah aku memaksamu? "
Wanita itu menjawab: "Tidak, akan tetapi ini adalah perbuatan yang tidak pernah aku lakukan. Aku terpaksa melakukannya kali ini tidak lain kecuali karena terpaksa. "
Kifli berkata: "Kamu melakukan ini padahal kamu tidak pernah melakukannya. Pergilah, ambil uang itu untukmu! "
Kifli berkata, 'Tidak, demi Allah, setelah ini aku tidak akan melakukan maksiat selamanya. "
Maka Kifli mati di malam itu. Pada pagi hari tertulis di pintu rumahnya,''Sesungguhnya Allah telah mengampuni Kifli.''(Ahmad, Turmizi)
Kifli ini bukanlah Nabi Zulkifli.
KESIMPULAN
Dengan hanya mengandalkan informasi-informasi yang kita peroleh pada hari ini, tentulah masih belum memadai untuk mengatakan Nabi Zulkifli dan Gautama Buddha itu orang yang sama. Kita harus menemukan sandaran-sandaran yang lebih kokoh.
Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment