LUQMAN AL-HAKIM MENURUT PARA ULAMA
* Sila baca bahagian pertama terlebih dahulu untuk memaksimakan pemahaman anda. Anda boleh ke sini
http://myalexanderwathern.blogspot.com/2010/05/luqman-al-hakim-bukan-socrates-bahagian.html
LUQMAN AL-HAKIM HIDUP PADA ZAMAN YANG MANA?
Ibnu Kathir : “Dikatakan dia ialah seorang qadhi pada ZAMAN NABI DAUD as.”
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Mujahid : “Dia (Luqman) ialah seorang qadhi dalam kalangan kaum Bani Israil pada ZAMAN NABI DAUD as.”
Al-Alusi : “Kebanyakan pendapat mengatakan dia hidup pada ZAMAN NABI DAUD as.”
Al-Qurtubi : “Kami diberitahu bahwa NABI DAUD as hanya BERTEMU DENGAN LUQMAN setelah baginda lanjut usianya.” (Maksudnya mereka berdua hidup sezaman)
KESIMPULANNYA, Luqman al-Hakim tidak hidup pada zaman Socrates. Mereka hidup pada dua zaman yang berbeza, tidak saling bertemu, apatah lagi untuk dikatakan mereka berdua ialah individu yang sama. Berdasarkan sandaran-sandaran ini, Socrates bukanlah Luqman al-Hakim. Kita lihat pula sandaran-sandaran yang lain.
APAKAH BANGSA LUQMAN AL-HAKIM?
Ibnu Qutaibah : “Luqman ialah seorang hamba HABSYI kepada seorang lelaki dalam kalangan Bani Israil. Kemudian dia dibebaskan dan diberikannya harta.”
Pendapat yang mengatakan dia ialah seorang HABSYI ialah dari Ibnu Abbas dan Mujahid.
As-Suhaili : “Luqman ialah orang NAUBAH (satu kaum kulit hitam Sudan) dari penduduk kota ‘Ielah.”
Qatadah menukilkan, dari Abdullah bin Zubair : “Aku telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah: “Apakah cerita terakhir yang sampai kepadamu tentang diri Luqman?” Jabir menjawab : “Dia ialah seorang yang pendek, pesek hidungnya dari KETURUNAN NAUBAH.”
Khalid ar-Rab’i : “Luqman ialah seorang hamba HABSYI yang bekerja sebagai tukang kayu.”
Al-Alusi : “Kebanyakan pihak mengatakan dia ialah seorang hamba HABSYI.”
Said al-Musayyab : “Luqman ialah DARI SUDAN, Mesir.”
Sufyan ath-Thauri mengatakan, dari Ibnu Abbas : “Dia ialah seorang hamba HABSYI, bekerja sebagai tukang kayu. Demikian juga diriwayatkan oleh Ibnu Jarir.
Ibnu Abbas, Ibnu al-Musayyab dan Mujahid mengatakan Luqman berketurunan NAUBAH (kulit gelap Sudan), kakinya terbuka luas dan mempunyai bibir yang tebal.”
Dari ‘Ataa’ bin Rabah, dari Ibnu ‘Abbas telah berkata : “Rasulullah saw bersabda : “Ambillah orang (bangsa) KULIT HITAM, kerana sesungguhnya tiga orang daripada mereka ialah dari kalangan penghulu ahli syurga – Luqman al-Hakim, An-Najashi dan Bilal.”
KESIMPULANNYA, bangsa Luqman al-Hakim tidak sama dengan bangsa Socrates. Luqman al-Hakim juga tidak berasal dari tempat asal Socrates. Berdasarkan sandaran-sandaran setakat ini, Socrates bukanlah Luqman al-Hakim. Nampaknta perbezaan antara mereka berdua semakin ketara. Kita smabung lagi dengan sandaran-sandaran seterusnya.
DI MANAKAH MAKAM LUQMAN AL-HAKIM?
Hassan al-Basri : “Luqman telah membina sebuah singgahsana di RAMLAH, SYAM. Pada masa itu, tempat tersebut masih lagi belum dibangunkan. Dia berada di sana sehinggalah lanjut usianya dan meninggal dunia.”
Ibrahim bin Adham : “Aku telah diberitahu bahawa kubur Luqman adalah di antara MASJID AR-RAMLAH dan tempat didirikan pasar pada hari ini. Di tempat itu terdapat 70 kubur nabi-nabi sebelum Luqman...”
Kitab Ruhul Bayan : “Kuburnya (Luqman) berada di desa Sharfanad, lambAng bagi KOTA AR-RAMLAH, dari hasil usaha orang Palestin dan ada tanda di atasnya.”
Qatadah : “Kuburnya di AR-RAMLAH, di antara masjid Ar-Ramlah dan pasarnya.”
KESIMPULANNYA, Luqman al-Hakim meninggal dunia dan dimakamkan di kota Ar-Ramlah, Syam. Padahal Socrates meninggal dunia di Athens dan dikebumikan di sekitarnya. Sandaran-sandaran ini juga membuktikan Socrates bukanlah Luqman al-Hakim. Belum cukup? Kita sambung lagi.
APAKAH PEKERJAAN LUQMAN AL-HAKIM?
Ibnu al-Jauzi memetik, dari Makhul, bahawa Luqman al-Hakim ialah seorang HAMBA kepada seorang lelaki dari kaum Bani Israil...”
Ath-Tha’labi berkata: “Abdullah bin Husain telah memberitahu kami, dari Akramah, bahawa Luqman al-Hakim ialah antara HAMBA yang paling disenangi oleh tuannya.”
Dari Ibnu Umar, bahawa Rasulullah bersabda : “Luqman bukanlah seorang nabi tetapi dia seorang HAMBA yang banyak berfikir...”
Ibnu Abbas : “Luqman bukanlah seorang nabi ataupun raja, tetapi dia hanyalah seorang PENGGEMBALA ternakan yang berkulit hitam.”
Ibnu Abbas : “Dia ialah seorang PENGGEMBALA kambing.”
Daripada Ibnu Hatim, dari Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir, katanya... “(Seorang lelaki terjumpa Luqman al-Hakim lalu berkata) Bukankah engkau HAMBA seorang dari bani fulan YANG MENGGEMBALA kambing ternakanku dulu?”
Satu riwayat dari Ibnu Wahab yang ceritanya lebih kurang sama dengan cerita di atas tadi... seorang lelaki bertanya kepada Luqman , “Bukankah engkau Luqman, HAMBA Berian-Nuhas?”... “Dan engkau ialah PENGGEMBALA kambing yang berkulit hitam itukah?”
Ibnu Qutaibah : “Luqman ialah seorang HAMBA Habsyi kepada seorang lelaki dalam kalangan Bani Israil. Kemudian dia dibebaskan dan diberikannya harta.”
Khalid ar-Rab’i : “Luqman ialah seorang HAMBA Habsyi yang bekerja sebagai tukang kayu.”
Al-Alusi : “Kebanyakan pihak mengatakan dia ialah seorang HAMBA Habsyi.”
Sufyan ath-Thauri mengatakan, dari Ibnu Abbas : “Dia ialah seorang HAMBA Habsyi, bekerja sebagai tukang kayu. Demikian juga diriwayatkan oleh Ibnu Jarir.
KESIMPULANNYA, Luqman al-Hakim pernah jadi seorang hamba yang antara kerja yang diamanahkan kepadanya ialah menggembala kambing. Pernahkah Socrates jadi hamba yang menggembala kambing? Sandaran-sandaran ini mengukuhkan lagi pandangan bahawa Socrates bukanlah Luqman al-Hakim.
BAGAIMANAKAH FIZIKAL LUQMAN AL-HAKIM?
Mujahid : “Dia (Luqman) mempunyai dua bibir yang tebal, kedua-dua belah kakinya terbuka luas.”
Amru bin Qais : “Luqman ialah seorang hamba KULIT HITAM yang mempunyai bibir tebal dan terbuka luas kedua-dua belah kakinya.”
Mujahid : “(Luqman berkata kepada seorang lelaki yang memandangnya) Sekiranya engkau melihat diriku ini mempunyai dua bibir yang tebal, maka telah keluar daripadanya perkataan yang indah dan sekiranya engkau melihat diriku ini kerana HITAM LEGAM, maka hatiku ini putih bersih.”
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi hatim, Ibnu Jarir dan Ibnu Munzir, dari Ibnu al-Musayyab: “Sesungguhnya Luqman LEBIH HITAM daripada orang Sudan Mesir, mempunyai dua bibir yang tebal.”
Satu riwayat dari Ibnu Wahab , seorang lelaki bertanya kepada Luqman , “Bukankah engkau Luqman, HAMBA Berian-Nuhas?”... “Dan engkau ialah PENGGEMBALA kambing yang BERKULIT HITAM itukah?”
Ibnu Abbas, Ibnu al-Musayyab dan Mujahid mengatakan Luqman berketurunan NAUBAH (kulit gelap Sudan), kakinya terbuka luas dan mempunyai bibir yang tebal.”
Qatadah menukilkan, dari Abdullah bin Zubair : “Aku telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah: “Apakah cerita terakhir yang sampai kepadamu tentang diri Luqman?” Jabir menjawab : “Dia ialah seorang yang pendek, pesek hidungnya dari BERKETURUNAN NAUBAH”
Ibnu Abbas : “Luqman bukanlah seorang nabi ataupun raja, tetapi dia hanyalah seorang penggembala ternakan yang BERKULIT HITAM.”
KESIMPULANNYA, ciri-ciri fizikal Luqman al-Hakim sangat berbeza dengan cirri-ciri fizikal Socrates.
KESIMPULAN BESAR UNTUK BAHAGIAN INI
Luqman al-Hakim jauh berbeza dengan Socrates dari segi zaman hidup, bangsa/ keturunan, tempat asal, tempat meninggal dunia, lokasi makam, pekerjaan dan ciri-ciri fizikal. Kajian pada bahagian ini jelas menunjukkan Socrates bukanlah Luqman al-Hakim.
Jika sekadar inilah sandaran-sandaran yang diberikan untuk mengaitkan Luqman al-Hakim dengan Socrates, nampaknya belum boleh lagi. Namun sekiranya ada maklumat-maklumat dan penemuan yang lebih baru dan bersesuaian, tidak mustahil kita akan membuat penilaian semula. Begitulah adab mengkaji.
Kita akan berpindah ke bahagian yang lain pula. Selepas ini kita akan meneliti KESEPAKATAN PARA ULAMA tentang Luqman al-Hakim. Bahagian itu nanti sangat penting dan akan mengukuhkan pandangan bahawa Socrates bukanlah Luqman al-Hakim. Sebagaimana yang kita sedia maklum akan kaedah... MUSTAHIL PARA ULAMA BERSEPAKAT DALAM SESUATU KESALAHAN.
Para pembaca jangan terlepas bahagian ketiga nanti.
Jumpa lagi insyaallah : )
11 comments:
apakah lokman yang diceritakan adalah lokman hakim atau lokman yang kuat makan seperi yang diketahui oleh ramai orang arab ketika itu?
Luqman yang dimaksudkan oleh kesemua tokoh di atas ialah Luqman al-Hakim (Luqman yang Bijaksana), iaitu Luqman yang diceritakan dalam al-Quran. Luqman Aad Si Penelan (yang kuat makan itu) tidak diceritakan dalam Quran, sedangkan para tokoh di atas memperkatakan Luqman yang disebut dalam Quran.
Berpihaklah pada kebenaran. Mr. Alex, anda memakai hadis dhoif mengenai lokman hakim untuk menyokong pendapat sendiri, namun kenapa dalam perkara hadis Alexander dinaikkan ke langit itu anda anggap tidak benar krn hadis dhoif. Anda tidak konsisten/istiqomah,
jadilah ustadh yang adil.
jika anda adil, pohon kritik saya itu di upload,
jangan hanya tulisan yang memuji anda sahaja yang ditampilkan, sedangkan kritik yang mengingatkan demi kebaikan anda sendiri tak ditampilkan.
PERTAMA
Semulianya anda tidak perlu mengungkapkan kata-kata yang berupa serangan dan melabel seperti kata anda : “Berpihaklah kepada kebenaran Mr. Alex.”
Kan lebih jernih jika anda terus sahaja menuliskan : “Mr. Alex, anda memakai hadith dhaif mengenai Luqman Al-Hakim untuk menyokong pendapat sendiri, namun kenapa dalam perkara hadith Alexander dinaikkan ke langit itu anda anggap tidak benar kerana ia hadith dhaif? Mohon penjelasannya. Terima kasih.”
Kan nampak keindahannya dalam berdiskusi?
Perkataan-perkataan berbunyi : “Anda tidak konsisten/istiqamah. Jadilah ustaz yang adil.” Juga saya rasa tidak perlu dilontarkan. Jika tidak, majlis ini akan jadi majlis kesukaan syaitan yang penuh dengan saling melontar. Contohnya, saya mungkin juga mahu membalas seperti (sekadar contoh) :
“Andalah yang selama ini tersesat dalam kesalahan tanpa anda sedari.”
“Anda sendiri jauh lebih tidak adil tetapi mahukan orang lain berlaku adil.”
Dan sebagainya.
Jika memang anda suka akan majlis yang sebegitu, silalah pergi menulis komen di laman yang sesuai dengan kemahuan dan peribadi anda. Dalam majlis saya, saya menganjurkan berbalas maklumat/info/penerangan, bukannya berbalas serangan. Majlis saling menerang, bukan majlis saling menyerang. Dari situlah akan datang manfaatnya.
Anda sudah lama melayari blog saya ini, maka saya kira ini peringatan yang terakhir. Sekiranya selepas ini anda masih tidak terus kepada perbincangan tetapi masih melontarkan kutukan, melabel negatif dan seumpamanya… mohon maaf tuan… saya tidak akan melayan anda lagi. Silalah simpan segala perkataan yang tidak berkaitan terus dengan maklumat yang ingin dibincangkan itu di dalam minda anda. Tidak perlu dikeluarkan kerana tidak ada gunanya. Ia hanya akan merendahkan maruah anda sendiri. Kita mahukan hujah dan sandaran, bukannya kutukan dan pelecehan.
Harap anda mengerti dan mengamalkannya. Menerang, bukan menyerang. Terima kasih.
KEDUA
Daripada puluhan sandaran berupa nukilan para ulama tentang LUQMAN AL HAKIM TIDAK SAMA DENGAN SOCRATES yang saya sertakan itu, hanya dua daripadanya berupa hadith. Kedua-dua hadith ini konteksnya ialah untuk membuktikan bahawa LUQMAN AL HAKIM TIDAK SAMA DENGAN SOCRATES. Dua hadith yang konteks isinya mengatakan LUQMAN AL HAKIM TIDAK SAMA DENGAN SOCRATES disokong oleh lebih 30 pernyataan ulama (sebagaimana yang saya tuliskan di situ).
Kesimpulannya, terdapat lebih 30 pernyataan (campur 2 hadith tadi) yang isinya memberitahu kita bahawa LUQMAN AL-HAKIM TIDAK SAMA DENGAN SOCRATES. Kesemua lebih 30 pernyataan ini saling menguatkan sesama sendiri, menjadikan keputusan bahawa LUQMAN AL-HAKIM TIDAK SAMA DENGAN SOCRATES itu agak kuat.
Bandingkan dengan dakwaan bahawa ALEXANDER MACEDONIA DINAIKKAN KE LANGIT itu yang sandarannya hanya 2 hadith dhaif sahaja. Layakkah hanya dua pernyataan dhaif yang saling menguatkan itu untuk dibandingkan dengan lebih 30 pernyataan dhaif yang saling menguatkan?
Kesimpulannya, saya memakai hadith dhaif yang konteksnya berkisar seputar LUQMAN AL HAKIM TIDAK SAMA DENGAN SOCRATES dan berani mengesahkannya kerana ia disokong oleh lebih 30 pernyataan ulama yang nadanya sama, iaitu dari konteks LUQMAN AL HAKIM TIDAK SAMA DENGAN SOCRATES. Mustahil para ulama bersepakat dalam sesuatu kesalahan.
Saya tidak berani mengesahkan peristiwa ALEXANDER MACEDONIA DINAIKKAN KE LANGIT kerana hanya ada 2 pernyataan dhaif sahaja.
Lebih 30 lawan hanya 2. Anda boleh nampak betapa jauh jurang antara kedua-duanya dari sudut kekuatan hujah?
Jika saya mengatakan 2 sandaran itu sama kukuhnya dengan yang lebih 30 sandaran, maka benarlah saya seorang yang tidak adil. Maka saya menafikannya. Pada saya, kehujahan lebih 30 pernyataan adalah tidak sama malah lebih kuat daripada pernyataan yang hanya ada 2 sahaja.
Anda bagaimana? Setarakah taraf/darjat antara LUQMAN AL HAKIM TIDAK SAMA DENGAN SOCRATES yang punya lebih 30 sokongan itu dengan ALEXANDER MACEDONIA DINAIKKAN KE LANGIT yang punya hanya 2 sokongan itu?
Sekiranya anda pernah mempelajari ilmu mustalah hadith, tidak akan ada masalah untuk anda memahaminya. Sekiranya belum pernah, ada baiknya anda menguasai cara-cara menilai kehujahan dalam ilmu mustalah hadith terlebih dahulu. Dari situ insyaAllah anda akan nampak perbezaan yang sangat ketara antara kedua-duanya.
Ya, kritik/komen anda sudah diupload. Sebaliknya juga, jika anda seorang yang adil, sila tampilkan nama sebenar atau sekurang-kurangnya nama pena anda. Tidak ada untungnya terus-terusan bersembunyi di sebalik 'anonymous' sejak sekian lama. Lampirkan juga laman anda, supaya saya juga bisa menatap dan memberi komen pada tulisan anda, bukannya anda sahaja sebelah pihak yg berpeluang untuk mengkritik tulsian orang lain.
salam, saya bukan lah anoinamos yg di atas tu. namu saya berpendapat tidak perlulah berbalah fasal hadis doif tu, sebabnya ialah: hadis tersebut cuma tentang identiti/figura lukman hakim,kyta tak perlu mengimani tentang figura/identiti lukan hakim itu. yg kita perlu imani ialah tentang surah alquran yg meneranngkan nasihat2 lukman hakim. dan semestinya kita perli imani bahawa lukman hakim itu benar2 wujud.kita SEMUA SETUJU bahawa lukman hakim itu wujud. sekian,
Tuan,
Saya ada baca buku hijab raja zulqarnain. Dalam buku ini diceritakan bahawa Socrates adalah guru kepada Alexander Agung. Adakah hal ini benar atau 'mungkin'...bagi saya ini adalah pendedahan baru bagi saya :)
Tuan Sufi,
Berdasarkan fakta-fakta yang kita ada, memang sukar untuk kita kaitkan Socrates sebagai guru kepada Alexander the Great. Hal ini kerana Socrates meninggal dunia pada tahun 399 Sebelum Masihi sedangkan Alexander lahir pada 356 Sebelum Masihi. Maksudnya berjarak sekitar 43 tahun. Wallahua'lam.
Aneh dan terlalu memaksa pendapat yang menyatakan Lukmanulhakim adalah Socrates.
1. Lukmanulhakim adalah orang berkulit hitam dari Abyssinia (African)
2. Lukmanulhakim adalah seorang muslim yang sangat menjunjung tauhid (sebagaimana tercatat dalam Al Quran)
3. Socrates adalah orang Yunani (European).
4. Socrates mengikuti kepercayaan sebagaimana dianut orang Yunani saat itu yaitu Zeus sebagai Father of Gods, disertai other gods seperti Poseidon, Hades, dll. hanya saja memang Socrates berpandangan agak cenderung mengarah ke monotheism yaitu Greek gods tidak saling bertentangan sama lain tapi memiliki kesatuan suara, sikap dan tindakan (lebih mirip konsep Brahma Samaj atau Hyang Widdhi Wasa). Inilah sebabnya Socrates dituduh sebagai Atheis dan dihukum mati dipaksa minum racun. Padahal sebenarnya alasan Socrates disingkirkan karena ia mengajarkan sistem oligarki kepada kaum muda (dianggap anti-demokrasi).
Bagaimana mungkin mereka orang yang sama? Contoh : Martin Luther dan Martin Luther King apakah sama orangnya? Mungkinkah pengikut tauhid akan dapat disamakan dengan orang yang menyatakan Tuhan meskipun banyak dan bermacam-macam tapi satu tindakan dan perbuatan?
Post a Comment