Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Monday, November 02, 2009

Khilaf Perawat Tentang Iblis

Ketika mula berjinak-jinak dengan kaedah rawatan berteraskan doa lapan atau sembilan tahun lalu, saya dapati sebahagian perawat mengatakan jin-jin yang merasuk sebagai Iblis. Saya tidak berpendapat begitu. Setahu saya Iblis hanya satu, iaitu yang nama sebenarnya ialah Azazil. Azazil inilah yang tidak mahu sujud kepada Adam lalu dilaknat dan dikenali dengan nama Iblis. Roh-roh jahat yang merasuk itu pula bukanlah Iblis, melainkan jin-jin.


Iblis jarang-jarang turun padang mengganggu manusia. Sesekali saja dia pergi untuk merosakkan para nabi, para wali dan orang-orang soleh. Untuk manusia biasa, umumnya Iblis hanya menghantar tentera-tenteranya, itu pun tentera bawahan. Iblis dan pegawai-pegawai atasannya sibuk bersuka ria di istana-istana besar mereka, biasanya di tengah lautan.


Beberapa tahun kemudian, saya dapati kebanyakan perawat sudah berfaham sebaliknya. Mereka tidak lagi mengatakan jin-jin itu sebagai Iblis. Mereka sudah boleh memahami bahawa Iblis hanya satu, yang banyak ialah jin-jin. Kiranya pandangan saya dulu memang benar. Tamat.



Dalam salah satu ceramah seorang perawat tersohor tanah air, saya dapati pula satu lagi percanggahan pandangan. Perawat ini mengatakan Jaan dan Iblis (Azazil) ialah peribadi yang sama. Sefaham saya, kedua-duanya ialah peribadi yang berlainan.


Jaan ialah jin pertama diciptakan Allah daripada nyalaan api. Adam pula ialah manusia pertama diciptakan Allah daripada tanah.


Anak cucu Jaan dikenali sebagai jin. Anak cucu Adam pula disebut manusia.


Dalam ramai-ramai anak cucu cicit Jaan, lahir satu jin yang sangat jahat lagi terkutuk iaitu Iblis. Dalam ramai-ramai anak cucu cicit Adam pula lahir seorang manusia yang sangat jahat lagi terkutuk iaitu Dajjal. Iblis dan Dajjal menjalinkan kerjasama erat untuk merosakkan umat manusia.


Umur Jaan sangat tua, jauh lebih tua daripada Azazil/ Iblis. Sefaham saya juga, berita-berita tentang Jaan ini sudah tidak kedengaran di dunia Jin. Hal ini memungkinkan si Jaan sudah meninggal dunia. Tapi berita-berita tentang Iblis sangat masyhur sampailah sekarang, menunjukkan dia masih merajai dunia kegelapan.

Biasalah, khilaf. : )



Kuliah saya tentang Jaan, jin, Adam, malaikat, Iblis, Azazil dan syaitan ialah seperti di bawah:





2 comments:

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

Anonymous said...

assalamualaikum w.b.t.

tidak kah iblis itu dulunya malaikat yang taat kepada Allah kemudian engkar untuk sujud kepada Adam....

Sedangkan bangsa jin adalah kejadian dari api....

mohon pencerahan...

wasalam

Related Posts with Thumbnails