Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Tuesday, February 24, 2009

Menjawab Orientalis- Isu Perkahwinan Nabi Muhammad





KETERANGAN HADIS 2

Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu, tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang salih juga dibinasakan, walaupun masing-masing di hari kiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

MENJAWAB TUDUHAN MUSUH-MUSUH ISLAM

Rasulullah berkahwin hanya setelah berusia 25 tahun sedangkan orang pada zaman itu biasanya berkahwin awal.
Rasulullah berkahwin dengan Khadijah yang 15 tahun lebih tua daripadanya.
Khadijah yang meminang Rasulullah.
Khadijah sudah menjanda dua kali.
Sepanjang 25 tahun perkahwinan dengan Khadijah, Rasulullah belum berpoligami.
Rasulullah berpoligami hanya setelah berusia 50 tahun.
Rasulullah menolak pelawaan kaum kafir Quraisy berupa wanita, jawatan, harta dan lain-lain.
Hanya dengan Khadijah baginda memperolehi anak.
Selepas kematian Khadijah, Khaulah binti Hakim yang mencadangkan agar Rasulullah meminang Saudah dan Aisyah.
Saudah seorang janda berbadan gemuk. Suaminya meninggal dunia setelah mereka berhijrah ke Abbasinia. Malam gilirannya diberi kepada Aisyah.
Suami Hafsah meninggal dunia akibat cedera dalam Perang Badar.
Zainab binti Khusaimah pernah berkahwin beberapa kali.
Suami Ummu Salamah (Hindun) orang ke-11 memeluk Islam dan meninggal akibat cedera dalam beberapa peperangan. Ada beberapa orang anak.
Zainab binti Jahshy. Dikahwinkan atas perintah Allah. Janda kepada bekas hamba Rasulullah.
Juwairiah bekas tawanan Islam. Pernah bersuami.
Suami Ummu Habibah (Ramlah) memeluk Kristian di Abbasinia. Dia keseorangan di negeri orang.
Safiah anak ketua Yahudi. Pernah berkahwin dua kali. Menjadi tawanan Islam dan hamba. Para sahabat mencadangkan Rasulullah mengahwininya, sesuai dengan kebangsawanannya. Dia sendiri yang mencintai Rasulullah.
Maimunah pernah menjanda 2 kali.
Isteri-isterinya tidak diceraikan kerana orang lain tidak sanggup mengambil bekas isteri Rasulullah.


'BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW'

Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

No comments:

Related Posts with Thumbnails