Aslm. Saya ada satu masalah ni nak minta pendapat dan
pandangan.
Masa-masa sendirian di rumah selalunya saya akan habiskan
dengan mendengar Youtube kuliah-kuliah agama termasuk kuliah-kuliah tuan. Satu
kecenderungan saya kebelakangan ini ialah mengkaji perbezaan amalan beragama.
Masa kecoh pasal Syiah saya banyak follow Ustaz xxxxx.
Pastu saya follow pasal Wahhabi. Saya suka juga dengar xxxxx xxxx, xxxxx xxxxxx.
Kebelakangan ni saya follow ustaz-ustaz mualaf macam xxx xxx xxx, Ustaz xxxxx.
Minggu lepas ada follow Sheikh xxxxx xxxxxxx. Ada juga dengar debat-debat dari
ulama-ulama Indon tentang bidaah, sunnah dll. Minggu ni saya banyak dengar xxxx
xxx. Banyak juga mendengar tentang perbezaan antara Kristian dan agama suci
kita Islam.
Saya suka mendengar perbezaan fahaman mereka dan buat
perbandingan dengan apa yang kita pegang selama ini. Bagi saya dengan melihat
perbezaan dapat menambahkan kecintaan kita pada agama. Kita boleh yakin bahawa
yng kita pegang selama ni memang dah betul tanpa ragu-ragu dah.
Malangnya suami saya tak senang dengan apa yang saya buat.
Dia kata boleh rosakkan iman. Yang kita pegang ni belum ngaji sampai habis lagi
buat apa nak ambik tahu yang lain-lain yang tak wajib kita belajar. Pegang kukuh
dulu apa yng kita dah ada. Banyak lagi yang belum dipelajari daripada nak ambil
tahu sangat pasal Syiah, bidaah, Dajjal dll.
Ok saya trima apa yng dia ckp. Saya hormat pendirian dia. Tapi salah ke apa
yang saya buat ni...mohon penjelasan. Terima kasih.
PENJELASAN
Wlksm,
Saya pun memang minat ilmu perbandingan agama dan ilmu
perbandingan aliran ni.
Dengan ilmu perbandingan agama ni kita dapat menangkis
serangan virus-virus dari luar agama Islam yang mahu menjatuhkan Islam seperti
dakyah Kristian, Yahudi, Hindu, ateis/mulhid, penyembah syaitan dan lain-lain.
Dengan ilmu perbandingan aliran ni pulak kita dapat
menangkis serangan virus-virus dari dalam iaitu Syiah, Salafi Wahhabi, SIPLIS
(sekularisme, pluralisme, liberalisme), golongan anti-hadith, Qadiyani dan
ajaran-ajaran sesat.
Tapi memang benarlah yang kita hendaklah punya ilmu dan
kefahaman agama yang kukuh khususnya dalam bab tauhid/aqidah/usuluddin. Hal ni
kerana khuatir kalau-kalau kita pulak yang terpesona dengan hujah-hujah mereka
lalu nanti kita cenderung atau terus berfaham dengan fahaman mereka.
Pada saya ok je kalau nak dengar, tonton atau baca
tentang semua tu tetapi kena hati-hatilah jugak. Satu, kita takut kita
terpengaruh dengan hujah mereka. Kedua, kita takut terpengaruh dengan hujah
orang yang menentang mereka sedangkan orang yang menetang mereka itu sendiri
pun datang daripada fahaman salah yang lain (tanpa kita sedari). Contohnya kita
tonton kuliah yang menolak golongan Qadiyani dan tertarik dengan fahaman si
penghujah, tapi kita tak tahu yang penghujah itu sendiri sebenarnya berfaham
anti-hadith. Niaya je…
Oleh itu kena pilih-pilih jugak penghujah yang kita nak
jadikan rujukan kita tu.
Memang dengan mengikuti perbandingan agama ni boleh
membantu menguatkan keimanan kita, tapi dalam perbandingan aliran kena sangat
hati-hati kerana boleh membantu meragu-ragukan kita.
“Boleh merosakkan iman.”
Ya, memang tidak mustahil boleh merosakkan iman jika ilmu
tauhid/aqidah/usuluddin kita tidak mencukupi. Tapi jika mencukupi, insya-Allah
tidak akan merosakkan iman bahkan mengukuhkannya lagi. Oleh itu kita kena
mantapkan pengetahuan dan pemahaman kita dalam tauhid/aqidah/usuluddin.
Memang tak wajib belajar tapi kita kena ingat bahawa
generasi hari ini termasuk anak-anak kita sangat terdedah luas dengan segala
macam ajaran, bukan macam zaman kita dulu. Dia buka je internet, semua ajaran
tu di depan mata dan meresap masuk secara disedari ataupun tidak.
Yang kita rasa… hantar anak ke sekolah agama, hantar ke
Timur Tengah… ok dah. Asal nama aliran agama tu ok le, bagi kita. Tapi
rata-rata ibu bapa tak tahu anak-anak mereka tu aliran apa, tempat dia belajar
bawa fahaman apa, di Timur Tengah dia bergaul dengan kawan-kawan aliran mana…
Kita sangka anak kita orang agama tapi silap-silap dia sedang ditarbiyyah
dengan ajaran/fahaman yang bermasalah dan berpegang dengannya. Kita nak saring
pun tak reti sebab kita tak kenal yang mana fahaman Syiah, Salafi Wahhabi,
SIPLIS, Qadiyani, ajaran sesat dan anti-hadith. Kalau kita ada ilmu sikit-sikit
dalam hal tu, boleh le jugak kita ‘detect’ dan cuba usaha nak sekat atau
pulihkan. Di sinilah terletaknya antara kelebihan ambil tahu hal ehwal
perbandingan agama dan perbandingan aliran ni. Kita mungkin tak tahu semua ilmu
dalam bidang ni, tapi kata orang tua-tua… jangan sampai tak ambil tahu semua.
Dari sudut yang lain, memang betul kata suami tu. Ramai
orang menyibukkan diri dalam hal ehwal agama tetapi bukan yang utama, bukan
yang wajib, bukan yang fardhu ‘ain tetapi yang fardhu kifayah. Yang fardhu
kifayah ni kalau kita tak buat pun, asal ada orang dekat-dekat kita dah tolong
buat, kita semua lepas dah. Tapi yang fardhu ‘ain, setiap orang mesti lepas
sendiri.
Antara ilmu fardhu ni ialah ilmu mukasyafah dan ilmu
mua’malah. Tapi cuba kita tanya pada orang ramai, nescaya ramai belum lepas,
malah yang tak pernah dengar pun ada. Padahal bertaraf fardhu tu.
Sebaliknya kita sibuk dengan yang fardhu kifayah seperti
khidmat masyarakat, menganjurkan program-program, siasah/politik, jayakan
halaqah-halaqah usrah, buat malam kebudayaan Islam dan lain-lain sedangkan yang
fardhu ‘ain kita abaikan.
Kesimpulannya (pada pandangan saya yang dhaif ni le), apa
yang suami cakap tu betul, dan apa yang anda sedang usahakan ni pun tak salah. Cuma
kena pandai-pandailah imbangkan antara tuntutan yang fardu ‘ain dengan yang
fardhu kifayah. Dan di samping tu kena mantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman
dalam hal ehwal tauhid/aqidah/usuluddin. Apabila dah mantap tu, kita dengar
siapa cakap atau baca kitab agama mana pun insya-Allah tak goncang punya.
Pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin yang saya bawak pun
start fail kuliah no. 602 dah masuk perbandingan dengan agama-agama lain dalam
bab tauhid. Saya akan sentuh tentang Bible, Tao Te Ching, Bhagavad Gita, Veda,
Tripitaka, Zand Avesta dan lain-lain sikit-sikit. Sesuai jugak untuk yang minat
perbandingan agama.
Sekadar itu sahaja pandangan saya. Salah silap dan
kekurangan mohon maaf J
- Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment