MAS KAHWIN BIASA
Menurut agama Islam, mas kahwin ialah pemberian atau
hadiah yang diberikan oleh pihak lelaki (suami) kepada pihak wanita (isteri).
Lazimnya mas kahwin dibayar dalam bentuk wang tetapi ada juga yang dalam bentuk
barang atau haiwan. Menurut World Ethnographic Sample oleh Murdock, 46%
masyarakat dunia mengamalkan mas kahwin.
MAS KAHWIN BERBENTUK PERKHIDMATAN
Biasanya diamalkan oleh masyarakat nomad atau pedalaman. Contohnya
Nabi Musa yang terpaksa berkhidmat selama beberapa tahun kepada keluarga Nabi
Syuaib untuk berkahwin dengan Nabi Syuaib iaitu Safurah. Dalam sesetengah
masyarakat, bakal suami perlu menunjukkan kebolehan berburu dan mempersembahkan
hasil buruannya kepada keluarga wanita. Hal ini kerana masyarakat itu menyara
kehidupan mereka dengan aktiviti memburu.
DOWRY
Sering dikaitkan dengan masyarakat India tetapi
sebenarnya ia turut diamalkan oleh beberapa masyarakat lain. Berbeza dengan mas
kahwin biasa, pihak wanita pula yang terpaksa memberikan wang atau barangan
kepada pihak lelaki. Dowry yang tinggi menyebabkan sebahagian wanita dari
keluarga yang miskin sukar untuk berkahwin.
PERTUKARAN TIMBAL BALAS
Merupakan pertukaran hadiah yang sama rata antara pihak
lelaki dan wanita. Ia diamalkan di rantau Pasifik dan dalam kalangan pribumi
Amerika.