*Versi bahasa Melayu Indonesia bisa dicapai di bagian bawah artikel ini.
PENGENALAN
Selalu benar kita mendengar atau membaca kisah tentang Raja Salahuddin al-Ayyubi. Kejayaannya membebaskan Baitul Maqdis dari tangan tentera Kristian sangat masyhur di serata dunia. Namun begitu, apabila disebut Salahuddin, biasanya hanya kisah itulah yang terbayang dalam fikiran kita. Ramai orang tidak tahu susah payah dan kejayaan-kejayaan besar Salahuddin sebelum peristiwa pembebasan Baitul Maqdis itu. Padahal peristiwa-peristiwa sebelum itu sangat menarik dan banyak pengajarannya untuk kita.
Salahuddin al-Ayyubi tidak terus menjadi seorang raja dan terus membebaskan Baitul Maqdis. Jika kita telusuri sejarah hidupnya, kita dapat memahami betapa peritnya perjuangan sebelum dapat membebaskan Tanah Suci itu. Semestinyalah kita pada hari ini menghayati perjalanan hidup seorang pejuang dalam usaha kita membebaskan bumi Palestin.
Artikel ini hanya membentangkan suka-duka perjuangan Salahuddin al-Ayyubi sebelum misinya membebaskan Baitul Maqdis sahaja. Selamat mengambil manfaat.
ASAL-USUL SALAHUDDIN AL-AYYUBI
Salahuddin al-Ayyubi berketurunan Kurdi. Dia bukanlah berketurunan Arab sebagaimana yang cuba diselewengkan oleh sebahagian penulis. Namanya Salahuddin bin Ayyub bin Syazi. Dia dilahirkan pada 532 H/ 1137 M di kota Tikrit, berhampiran Baghdad.
Bapanya NAJMUDDIN AYYUB dan bapa saudaranya SYIRKUH datang dari Daywin di sempadan Azerbaijan. Kerajaan Bani Seljuk melantik bapanya sebagai pemerintah di Tikrit dan adik bapanya iaitu Syirkuh sebagai pembantu oleh seorang pegawai tinggi polis Bani Seljuk di Baghdad iaitu MUJAHIDUDDIN BAHRUZ.
MELARIKAN DIRI DARI TIKRIT
Suatu yang menarik, Salahuddin dilahirkan pada hari bapa dan bapa saudaranya diarahkan keluar dari Tikrit. Bahruz sendiri datang menemui mereka dan mengarahkan mereka pergi. Mereka terpaksa pergi kerana Syirkuh telah membunuh seorang pegawai keselamatan yang cuba memperkosa seorang wanita. Dikhuatiri para pengawal lain akan membalas dendam.
Dalam perjalanan pada malam itu, Najmuddin Ayyub pernah cuba membunuh Salahuddin yang baru lahir itu kerana membuat bising di sepanjang perjalanan. Nasib baik salah seorang pengikutnya berjaya menasihati Ayyub. Jika tidak, riwayat Salahuddin tamat pada hari lahirnya, di tangan bapanya sendiri.
KEHIDUPAN DI MAUSUL
Mereka lari ke Mausul. Di sana mereka disambut baik oleh IMADUDDIN ZANKI, pemerintah Mausul. Imaduddin Zanki terhutang budi kepada Ayyub dan Syirkuh kerana pernah menyelamatkannya dari dibunuh oleh Bani Seljuk. Mereka dihadiahkan sebidang tanah malah diamanahkan mengurus hal ehwal ketenteraan di Mausul.
Ketika kota Ba’albak jatuh ke tangan Imaduddin Zanki, Ayyub dijadikan gabenor kota itu. Di kota inilah Salahuddin dibesarkan.
PERANAN AWAL SALAHUDDIN
Imaduddin Zanki digantikan oleh anaknya NURUDDIN ZANKI. Nuriddin memberikan jawatan Ketua Polis Damsyik kepada Salahuddin. Salahuddin berjaya membersihkan Damsyik daripada jenayah.
Pada zaman itu Mesir diperintah oleh Kerajaan Fatimiyyah. Pada tahun 558 H, SYAWAR AS-SA’DI memberontak ke atas Kerajaan Fatimiyyah. Dia minta bantuan Nuruddin Zanki. Sekiranya menang, Syawar berjanji akan menghadiahkan 1/3 daripada cukai tanaman Mesir kepada Nuruddin. Nuruddin Zanki menghantar panglimanya SYIRKUH (bapa saudara Salahuddin) ke Mesir dan berjaya menguasainya.
Selepas mendapat kekuasaan, Syawar memungkiri janji. Malah Syawar berpakat dengan Raja Baitul Maqdis untuk mengetepikan Nuruddin Zanki. SYIRKUH dihantar menyerang Mesir dan berjaya memperolehi kemenangan. Syirkuh melantik SALAHUDDIN sebagai wakil Nuruddin Zanki di Mesir. Kerajaan Fatimiyyah pun melantik Salahuddin sebagai menteri. Sepanjang tugasnya itu, Salahuddin pernah mengalahkan tentera salib Peranchis yang cuba memasuki Mesir.
KONSPIRASI MENJATUHKAN SALAHUDDIN
Oleh kerana Salahuddin masih muda, ramailah orang yang iri hati dengannya. Ada 3 konspirasi besar yang cuba menjatuhkannya.
KONSPIRASI PERTAMA – Setiausaha khalifah Fatimiyyah bernama NAJAH, seorang yang dikasi. Pada 564 H, dia berpakat dengan sebahagian rakyat Mesir untuk mengundang Peranchis mengalahkan Salahuddin. Menurut rancangannya, pasukan Najah akan menyerang Salahuddin dari belakang ketika tentera Peranchis menyerang Mesir.
Najah mengutus sepucuk surat rahsia kepada tentera Peranchis. Surat itu dimasukkan ke dalam sepasang kasut baharu dan diberikan kepada pengawalnya. Pengawal Salahuddin terjumpa surat itu tetapi Salahuddin tidak mengambil tindakan drastik kerana khuatir para penyokong Najah akan memberontak. Lagi pun Najah berada dalam istananya yang sukar ditembusi. Salahuddin mahu bersedia sepenuhnya sebelum membuat perhitungan terakhir.
Pada suatu hari, Najah keluar dari istananya. Peluang ini diambil oleh Salahuddin. Dia mengerahkan orangnya membunuh Najah. Pembunuhan Najah menyebabkan 50,000 tentera khalifah Fatimiyyah berbangsa Sudan mengangkat senjata memerangi Salahuddin, namun ia berjaya dipatahkan oleh Salahuddin.
KONSPIRASI KEDUA – Imarah al-Yamani ialah seorang ahli sejarah. Dia bercadang untuk menurunkan Salahuddin dari jawatannya lalu menggantikannya dengan anak khalifah. Oleh itu dia mula mengumpul pengikut dan seterusnya meminta bantuan tentera Peranchis. Dengan kuasa Tuhan, salah seorang pengikutnya membocorkan rahsia kerana mahukan ganjaran. Salahuddin menangkap Imarah dan kesemua pengikutnya lalu dibunuh.
KONSPIRASI KETIGA – Kanz ialah gabenor Aswan dan Sudan. Askar-askarnya membunuh 10 orang amir yang dilantik oleh Salahuddin. Salahuddin menghantar tentera di bawah pimpinan saudaranya Al Malikul Adil dan mendapat kejayaan.
PERANG DENGAN TENTERA PERANCHIS
Tentera Peranchis di Syam, Sepanyol dan Sicily bergabung lalu menyerang dan menguasai Dimyat pada 568 H. Mereka melakukan kekejaman di sana. Salahuddin terpaksa meminta bantuan NURUDDIN ZANKI. Tentera Peranchis ketakutan lalu berundur dari Dimyat. Mereka dapat bermaharajalela di Dimyat selama 50 hari sahaja.
Tentera Peranchis dari Sicily cuba serang Iskandariah pada 569 H. 1500 askar marin dan 30,000 tentera lainnya dikerahkan. Tentera marin mendarat dan membunuh 7 orang Islam serta menenggelamkan kapal-kapal tentera Islam di pantai. Kemudian mereka mendirikan 300 buah khemah di tepi pantai. Salahuddin bergegas ke sana dan berjaya mengalahkan mereka.
PEMERINTAHAN SALAHUDDIN
Banyak rakyat Mesir pada zaman itu taksub kepada ahlul bait yang berada dalam Kerajaan Fatimiyyah. Kebanyakan mereka terpengaruh dengan ajarah Syiah yang ekstrem. Salahuddin yang berfahaman Ahli Sunnah wal Jamaah berusaha membetulkan fahaman rakyat lalu mengasaskan dua institusi pendidikan iaitu Madrasah An-Nasiriyyah dan Madrasah Al-Kamiliyyah.
Salahuddin juga menukarkan doa dan pujian kepada kerajaan Fatimiyyah dalam khutbah Jumaat kepada kerajaan Abbasiyyah. Hal ini selaras dengan kehendak NURUDDIN ZANKI yang bernaung di bawah kekhalifahan Abbasiyyah.
Ketika khalifah kerajaan Fatimiyyah iaitu Khalifah Al-Adid gering, Nuruddin desak Salahuddin kumpulkan orang-orangnya agar bermesyuarat tentang perubahan isi doa dan pujian dalam khutbah tersebut. Semua orang khuatir kalau-kalau perubahan itu nanti tidka dapat diterima oleh rakyat Mesir. Seorang yang bergelar Al-Amir Al-Alim bangun dan menyatakan kesanggupannya untuk menajdi pengkhutbah pertama melakukannya. Mengejutkan, rakyat menerima perubahan itu dengan tenang.
Apabila Khalifah Al-Adid meninggal dunia pada 567 H/ 1171 M, berakhirlah era kerajaan Fatimiyyah. Salahuddin pun diterima sebagai pemerintah sebenar Mesir. Dia memberikan layanan yang baik kepada keluarga khalifah Fatimiyyah.
Seterusnya Raja Salahuddin mengarahkan agar doa dan pujian dalam khutbah turut diberikan kepada NURUDDIN ZANKI selain kepada Khalifah Abbasiyyah. Dia juga sering menghantar hadiah kepada Nuruddin. Jelaslah bahawa hubungan Salahuddin dengan tuannya Nuruddin sangat baik.
Namun begitu ada pihak yang iri hati cuba menjadi batu api antara Salahuddin dengan Nuruddin. Hampir-hampir tercetus peperangan anatara mereka. Salahuddin tetap memberikan wala’nya (kesetiaan) terhadap Nuruddin sehinggalah Nuruddin meninggal dunia pada 569 H/ 1173 M.
SELEPAS KEMATIAN NURUDDIN ZANKI
Ketika Nuruddin Zanki meninggal dunia, anaknya AS-SALIH ISMAIL yang baru berusia 11 tahun. Pemangku yang dilantik oleh Nuruddin bernama SYAMSUDDIN AL-MIQDAM, malangnya dia tidak pandai mentadbir. Orang-orang kanan Nuruddin pula masing-masing hendak menjadi pemerintah Syam. Keadaan ini mencetuskan konflik politik di Syam.
Seorang anak saudara Nuruddin bernama SAIFUDDIN (Gabenor Mausul) memulakan kempennya. Dia berjaya menguasai wilayah-wilayah yang pernah berada di bawah Nuruddin. Namun beberapa orang amir minta bantuan Peranchis untuk mendapatkan kekuasaan.
Salahuddin faham akan situasi ini tapi dia tidak bertindak terburu-buru. Dia berusaha mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Dia mengakui ketuanan anak Nuruddin iaitu Raja Al-Salih Ismail dan terus menempa matawang yang tertera nama As-Salih Ismail serta meneruskan doa dan pujian khutbah terhadapnya.
SALAHUDDIN DATANG KE SYAM
Pemangku raja iaitu SYAMSUDDIN AL-MIQDAM berusaha untuk menyekat kekuasaan SAIFUDDIN (anak saudara Nuruddin Zanki) lalu meminta bantuan Raja Baitul Maqdis. Penduduk Damsyik cemas melihat bunga-bunga perang besar ini lalu meminta Salahuddin datang ke Syam untuk mencari penyelesaian. Salahuddin dan tenteranya pun datang ke Syam.Kehadiran Salahuddin berjaya menenangkan keadaan. Dia diberi kepercayaan oleh Syamsuddin untuk menguruskan Damsyik, pusat Syam ketika itu. Apabila keadaan sudah teratur, Salahuddin meninggalkan pentadbiran Damsyik kepada saudaranya iaitu Sauful Islam Taghtakin. Sepanjang berada di Syam, Salahuddin berjaya mengalahkan beberapa kawasan pemberontak Syiah.
Banyak pihak dengki akan Salahuddin. Oleh itu beberapa percubaan membunuhnya dilakukan tetapi semuanya gagal. Pernah satu ketika 3 orang lelaki menyamar sebagai pengawal peribadi Salahuddin dan berjaya masuk ke khemahnya. Salahuddin ditikam tapi diselamatkan oleh pakaian perangnya.
Kamasytakin ialah Gabenor wilayah Halab. Dia meminta bantuan Peranchis dalam usahanya menjatuhkan Salahuddin. Tentera Peranchis datang dengan diketuai oleh Raymond III. Tentera lari pulang kerana tidak mahu mengambil risiko.
Anak Nuruddin Zanki iaitu Raja Al-Malik Salih iri hati akan kejayaan-kejayaan Salahuddin. Dia berpakat dengan beberapa orang amir malah meminta bantuan SAIFUDDIN GHAZI (sepupunya) di Mausul. Peperangan antara mereka dengan Salahuddin tidak dapat dielakkan. Akhirnya Salahuddin memperolehi kemenangan pada 570 H.
Salahuddin mengepung Halab dalam usahanya menamatkan penentangan musuh-musuhnya. Anak perempuan NURUDDIN ZANKI yang masih kecil datang menemui Salahuddin. Salahuddin melayannya dengan sangat baik. Abangnya iaitu Raja Al-Malik As-Salih memohon damai lalu diberkenankan oleh Salahuddin yang berhati mulia.
Salahuddin pun pulang menuju Mesir. Dalam perjalanan, dia mendapat berita kematian Al-Malik As-Salih yang baru berusia 19 tahun. Dengan itu bolehlah dikatakan bahawa Raja Salahuddin al-Ayyubi merupakan pemerintah sebenar Mesir dan Syam.
LANGKAH-LANGKAH SALAHUDDIN YANG LAIN
SELATAN - Tercetus perang saudar di Yaman. Ada pula seorang yang mengakui dirinya sebagai Al-Mahdi. Salahuddin mengutuskan saudaranya TAURAN SYAH ke Yaman. Tauran Syah berjaya membawa kedamaian. Kerajaan Ayyubiyyah memerintah Yaman selama hampir 80 tahun.
BARAT – Salahuddin sendiri membuka Barqah, Tripoli dna Kabus pada 569 H.
PUSAT – Pada 579 H, Salahuddin mengumpulkan kesemua pemerintah utama dalam muktamar Islam di Damsyik, Syam. Tujuannya ialah untuk menyatukan gerak kerja. Semua pihak bersetuju kecuali wakil Mausul. Salahuddin terpaksa menghantar tenteranya mengepung Mausul. Akhirnya pemerintah Mausul meminta damai.
Sungguhpun sudah menjadi raja besar, tetapi Salahuddin tetap mengakui ketuanan Khalifah Ababsiyyah di Baghdad, sebagaimana pada zaman Nuruddin Zanki juga. Oleh itu Salahuddin menghantar hadiah kepada Khalifah Al-Mustadi’ di Baghdad. Khalifah sangat gembira dan mengiktiraf segala kejayaan-kejayaan Salahuddin.
PERIBADI RAJA SALAHUDDIN AL-AYYUBI
Salahuddin seorang yang mudah mengalirkan air mata kerana Allah. Kerana terlalu sibuk memperjuangkan kesejahteraan umat, dia tidak sempat mengerjakan ibadah haji walaupun dia seringkali mengungkapkan kerinduannya untuk mengerjakan haji.
Salahuddin amat mementingkan ilmu pengetahuan. Dia sendiri mengajarkan pelajaran akidah kepada anak-anaknya. Dirinya sendiri mahir dalam sejarah, dunia dan sastera. Dia mampu memberikan kritkan terhadap syair-syair yang dibacakan di hadapannya. Dia berpesan kepada para pengawalnya agar menjemput masuk para ilmuwan dan ahli tasawuf yang melintas ke dalam khemahnya kerana kasihnya dia akan golongan ini.
Dikatakan Salahuddin tidak pernah meninggalkan solat berjemaah kecuali dalam 3 hari terakhir hayatnya kerana dia tidak sedarkan diri.
Raja Salahuddin Al-Ayyubi tidak punya harta. Sebab itu dia tidak pernah mengeluarkan zakat, kerana memang tidak punya harta untuk dizakatkan. Raja besar ini juga mati dalam keadaan tidak punya harta. Pernah suatu ketika Salahuddin menegaskan : “Mungkin ada dalam kalangan manusia, orang yang melihat harta dan tanah sama sahaja baginya.” Menurut Ibnu Syaddad, kata-kata ini sebenarnya ditujukan kepada dirinya sendiri.
Kita bagaimana? .......
PENUTUP
Berusaha keras, amanah, bertanggungjawab, setiakanwan, berbelas kasihan, tegas, menginginkan syahid, fikir umat, bijaksana, berilmu, mengasihi alim ulama dan lain-lain merupakan ciri-ciri seorang pejuang. Disayangi, dimusuhi, diangkat orang, dijatuhkan orang, terlepas keseronokan hidup dunia dan sebagainya pula menjadi fitrah pejuang. Marilah kita semaikan semangat seperti yang dimiliki oleh Salahuddin al-Ayyubi pada diri dan generasi kita.
Abu Zulfiqar
10 Jun 2011
*Rujukan utama:
“Pejuang Pembaharuan – Salahuddin Al-Ayyubi” karya Abdullah Nasih Ulwan, terjemahan Basri Ibrahim, Darul Nu’man 1999
VERSI BAHASA MELAYU INDONESIA
PENDAHULUAN
Sering benar kita mendengar atau membaca kisah perihal Raja Salahuddin al-Ayyubi. Keberhasilannya membebaskan Baitul Maqdis dari tangan tentara Kristen sangat masyhur di seluruh dunia. Namun, apabila disebut Salahuddin, biasanya hanya kisah itulah yang terbayang dalam pikiran kita. Banyak orang tidak tahu susah payah dan keberhasilan-keberhasilan besar Salahuddin sebelum peristiwa pembebasan Baitul Maqdis itu. Padahal peristiwa-peristiwa sebelum itu sangat menarik dan banyak pengajarannya untuk kita.
Salahuddin al-Ayyubi tidak terus menjadi seorang raja dan terus membebaskan Baitul Maqdis. Jika kita telusuri sejarah hidupnya, kita dapat memahami betapa peritnya perjuangan sebelum dapat membebaskan Tanah Suci itu. Semestinyalah kita pada hari ini menghayati perjalanan hidup seorang pejuang dalam usaha kita membebaskan bumi Palestina.
Artikel ini hanya menyajikan suka-duka perjuangan Salahuddin al-Ayyubi sebelum misinya membebaskan Baitul Maqdis saja. Selamat mengambil manfaat.
ASAL-USUL SALAHUDDIN AL-AYYUBI
Salahuddin al-Ayyubi keturunan Kurdi. Dia bukanlah berketurunan Arab sebagaimana yang coba diselewengkan oleh sebagian penulis. Namanya Salahuddin bin Ayyub bin Syazi. Dia lahir pada 532 H / 1137 M di kota Tikrit, dekat Baghdad.
Ayahnya Najmuddin AYYUB dan pamannya SYIRKUH datang dari Daywin di perbatasan Azerbaijan. Bani Seljuk menunjuk ayahnya sebagai pemerintah di Tikrit dan adik ayahnya yaitu Syirkuh sebagai pembantu oleh seorang pejabat tinggi polisi Bani Seljuk di Baghdad yaitu MUJAHIDUDDIN BAHRUZ.
MELARIKAN DIRI DARI TIKRIT
Suatu hal yang menarik, Salahuddin dilahirkan pada hari orang tua dan pamannya diarahkan keluar dari Tikrit. Bahruz sendiri datang menemui mereka dan mengarahkan mereka pergi. Mereka terpaksa pergi karena Syirkuh telah membunuh seorang pejabat keamanan yang mencoba memperkosa seorang wanita. Dikhawatirkan para pengawal lain akan membalas dendam.
Dalam perjalanan di malam itu, Najmuddin Ayyub pernah mencoba membunuh Salahuddin yang baru lahir itu karena membuat bising di sepanjang perjalanan. Nasib baik salah seorang pengikutnya berhasil menasehati Ayyub. Jika tidak, riwayat Salahuddin berakhir pada hari lahirnya, di tangan ayahnya sendiri.
KEHIDUPAN DI MAUSUL
Mereka lari ke Mausul. Di sana mereka disambut baik oleh Imaduddin Zanki, pemerintah Mausul. Imaduddin Zanki berhutang budi kepada Ayyub dan Syirkuh karena pernah menyelamatkannya dari dibunuh oleh Bani Seljuk. Mereka dihadiahkan sebidang tanah malah dipercayakan mengelola urusan militer di Mausul.
Ketika kota Ba'albak jatuh ke tangan Imaduddin Zanki, Ayyub dijadikan gubernur kota itu. Di kota inilah Salahuddin dibesarkan.
PERANAN AWAL SALAHUDDIN
Imaduddin Zanki digantikan oleh anaknya NURUDDIN Zanki. Nuriddin memberikan jabatan Kepala Polisi Damaskus pada Salahuddin. Salahuddin berhasil membersihkan Damaskus dari kejahatan.
Pada zaman itu Mesir diperintah oleh Pemerintah Fatimiyyah. Pada tahun 558 H, SYAWAR AS-Sa'di memberontak ke atas Pemerintah Fatimiyyah. Dia minta bantuan Nuruddin Zanki. Jika menang, Syawar berjanji akan menghadiahkan 1 / 3 dari pajak tanaman Mesir kepada Nuruddin. Nuruddin Zanki mengirim panglimanya SYIRKUH (paman Shalahuddin) ke Mesir dan berhasil menguasainya.
Setelah mendapat kekuasaan, Syawar memungkiri janji. Malah Syawar berpakat dengan Raja Baitul Maqdis untuk menjatuhkan Nuruddin Zanki. SYIRKUH dikirim menyerang Mesir dan berhasil memperoleh kemenangan. Syirkuh menunjuk SALAHUDDIN sebagai wakil Nuruddin Zanki di Mesir. Pemerintah Fatimiyyah pun menunjuk Salahuddin sebagai menteri. Sepanjang tugasnya itu, Salahuddin pernah mengalahkan tentara salib Perancis yang mencoba memasuki Mesir.
KONSPIRASI MENJATUHKAN SALAHUDDIN
Oleh karena Salahuddin masih muda, ramailah orang yang iri dengannya. Ada 3 konspirasi besar yang mencoba menjatuhkannya.
KONSPIRASI PERTAMA - Sekretaris khalifah Fatimiyyah bernama NAJAH, seorang yang dikasi. Pada 564 H, dia berpakat dengan sebagian rakyat Mesir untuk mengundang Perancis mengalahkan Salahuddin. Menurut rencananya, tim Najah akan menyerang Salahuddin dari belakang ketika tentara Perancis menyerang Mesir.
Najah mengutus surat rahasia kepada militer Perancis. Surat itu dimasukkan ke dalam sepasang sepatu baru dan diberikan kepada pengawalnya. Pengawal Salahuddin menemukan surat itu tetapi Salahuddin tidak mengambil tindakan drastis karena khawatir para pendukung Najah akan memberontak. Lagi pun Najah dalam istananya yang sulit ditembus. Salahuddin mau bersedia sepenuhnya sebelum membuat perhitungan terakhir.
Pada suatu hari, Najah keluar dari istananya. Peluang ini diambil oleh Salahuddin. Dia mengerahkan orangnya membunuh Najah. Pembunuhan Najah menyebabkan 50.000 tentara khalifah Fatimiyyah berbangsa Sudan mengangkat senjata memerangi Salahuddin, namun ia berhasil dipatahkan oleh Salahuddin.
KONSPIRASI KEDUA - Imarah al-Yamani adalah seorang sejarawan. Dia berencana untuk menurunkan Salahuddin dari jabatannya lalu menggantinya dengan anak khalifah. Oleh itu dia mulai mengumpulkan pengikut dan seterusnya meminta bantuan tentara Perancis. Dengan kuasa Tuhan, salah seorang pengikutnya membocorkan rahasia karena menginginkan ganjaran. Salahuddin menangkap Imarah dan semua pengikutnya lalu dibunuh.
KONSPIRASI KETIGA - Kanz adalah gubernur Aswan dan Sudan. Askar-askarnya membunuh 10 orang amir yang ditunjuk oleh Salahuddin. Salahuddin mengirim tentara di bawah pimpinan saudaranya Al Malikul Adil dan mendapat kesuksesan.
PERANG DENGAN TENTERA Perancis
Tentara Perancis di Syam, Spanyol (Andalusia) dan Sisilia bergabung lalu menyerang dan menguasai Dimyat pada 568 H. Mereka melakukan kekejaman di sana. Salahuddin terpaksa meminta bantuan NURUDDIN Zanki. Tentara Perancis ketakutan lalu mundur dari Dimyat. Mereka dapat merajalela di Dimyat selama 50 hari saja.
Tentara Perancis dari Sisilia mencoba serang Iskandariah pada 569 H. 1500 tentara laut dan 30.000 tentara lainnya dikerahkan. Tentara laut mendarat dan membunuh 7 orang Islam dan menenggelamkan kapal-kapal tentara Islam di pantai. Kemudian mereka mendirikan 300 buah tenda di tepi pantai. Salahuddin bergegas ke sana dan berhasil mengalahkan mereka.
PEMERINTAHAN SALAHUDDIN
Banyak rakyat Mesir pada zaman itu taksub kepada ahlul bait yang berada dalam Kerajaan Fatimiyyah. Kebanyakan mereka terpengaruh dengan ajarah Syiah yang ekstrem. Salahuddin yang berpaham Ahli Sunnah wal Jamaah berusaha memperbaiki paham rakyat lalu mendirikan dua lembaga pendidikan yaitu Madrasah An-Nasiriyyah dan Madrasah Al-Kamiliyyah.
Salahuddin juga mengubah doa dan pujian kepada pemerintah Fatimiyyah dalam khutbah Jumat kepada pemerintah Abbasiyah. Hal ini sesuai dengan kehendak NURUDDIN Zanki yang bernaung di bawah kekhalifahan Abbasiyyah.
Ketika khalifah pemerintah Fatimiyyah yaitu Khalifah Al-Adid gering, Nuruddin desak Salahuddin kumpulkan orang-orangnya agar bermusyawarah tentang perubahan isi doa dan pujian dalam khutbah tersebut. Semua orang khawatir kalau-kalau perubahan itu nanti tidak dapat diterima oleh rakyat Mesir. Seorang yang bergelar Al-Amir Al-Alim bangun dan menyatakan kesanggupannya untuk menjadi pengkhutbah pertama melakukannya. Mengejutkan, rakyat menerima perubahan itu dengan tenang.
Bila Khalifah Al-Adid meninggal pada 567 H / 1171 M, berakhirlah era pemerintahan Fatimiyyah. Salahuddin pun diterima sebagai pemerintah sebenarnya Mesir. Dia memberikan layanan yang baik kepada keluarga khalifah Fatimiyyah.
Selanjutnya Raja Salahuddin mengarahkan agar doa dan pujian dalam khutbah juga diberikan kepada NURUDDIN Zanki selain kepada Khalifah Abbasiyah. Dia juga sering mengirim hadiah kepada Nuruddin. Jelaslah bahwa hubungan Salahuddin dengan tuannya Nuruddin sangat baik.
Namun ada pihak yang iri hati coba menjadi batu api antara Salahuddin dengan Nuruddin. Hampir-hampir tercetus perang antara mereka. Salahuddin tetap memberikan wala'nya (kesetiaan) terhadap Nuruddin sampai Nuruddin meninggal pada 569 H / 1173 M.
SETELAH KEMATIAN NURUDDIN Zanki
Ketika Nuruddin Zanki wafat, anaknya AS-SALIH ISMAIL baru berusia 11 tahun. Pemangku yang ditunjuk oleh Nuruddin bernama SYAMSUDDIN Al-Miqdam, sayangnya dia tidak pandai mengatur pemerintahan. Orang-orang kanan Nuruddin pula masing-masing ingin menjadi penguasa Syam. Kondisi ini memicu konflik politik di Syam.
Seorang anak saudara Nuruddin bernama SAIFUDDIN (Gubernur Mausul) memulai kampanye. Dia berhasil menguasai wilayah-wilayah yang pernah berada di bawah Nuruddin. Namun beberapa orang amir meminta bantuan Perancis untuk mendapatkan kekuasaan.
Salahuddin paham akan situasi ini tapi dia tidak bertindak terburu-buru. Dia berusaha mencari solusi yang terbaik. Dia mengakui ketuanan anak Nuruddin yaitu Raja Al-Salih Ismail dan terus menempa mata uang yang tertera nama As-Salih Ismail dan melanjutkan doa dan pujian khutbah terhadapnya.
SALAHUDDIN DATANG KE SYAM
Pemangku raja yaitu SYAMSUDDIN Al-Miqdam berusaha untuk membatasi kekuasaan SAIFUDDIN (anak saudara Nuruddin Zanki) lalu meminta bantuan Raja Baitul Maqdis. Penduduk Damaskus cemas melihat bunga-bunga perang besar ini lalu meminta Salahuddin datang ke Syam untuk menemukan solusi. Salahuddin dan tentaranya pun datang ke Syam.Kehadiran Salahuddin berhasil menenangkan keadaan. Dia diberi kepercayaan oleh Syamsuddin untuk mengelola Damaskus, pusat Syam saat itu. Bila suasana sudah teratur, Salahuddin meninggalkan administrasi Damaskus pada saudaranya yaitu Sauful Islam Taghtakin. Sepanjang berada di Syam, Salahuddin berhasil mengalahkan beberapa daerah pemberontak Syiah.
Banyak pihak dengki akan Salahuddin. Oleh itu beberapa percobaan membunuhnya dilakukan tetapi semuanya gagal. Pernah satu ketika 3 orang pria menyamar sebagai pengawal pribadi Salahuddin dan berhasil masuk ke kemahnya. Salahuddin ditikam tapi diselamatkan oleh pakaian perangnya.
Kamasytakin adalah Gubernur wilayah Halab. Dia meminta bantuan Perancis menjatuhkan Salahuddin. Tentara Perancis datang dengan dipimpin oleh Raymond III. Tentara itu kemudiannya lari pulang karena tidak mau mengambil risiko.
Anak Nuruddin Zanki yaitu Raja Al-Malik Salih iri akan segala kesuksesan Salahuddin. Dia berpakat dengan beberapa orang amir bahkan meminta bantuan SAIFUDDIN Ghazi (sepupunya) di Mausul. Peperangan antara mereka dengan Salahuddin tidak terelakkan. Akhirnya Salahuddin memperoleh kemenangan di 570 H.
Salahuddin mengepung Halab dalam usahanya mengakhiri perlawanan musuh-musuhnya. Anak perempuan NURUDDIN Zanki yang masih kecil datang menemui Salahuddin. Salahuddin memperlakukannya dengan sangat baik. Kakaknya yaitu Raja Al-Malik As-Salih memohon damai lalu diberkenankan oleh Salahuddin yang berhati mulia.
Salahuddin pun pulang menuju Mesir. Dalam perjalanan, dia mendapat berita kematian Al-Malik As-Salih yang baru berusia 19 tahun. Dengan itu bisa dikatakan bahwa Raja Salahuddin al-Ayyubi merupakan pemerintah sebenarnya Mesir dan Syam.
LANGKAH-LANGKAH SALAHUDDIN LAINNYA
SELATAN - Tercetus perang saudara di Yaman. Ada pula seorang yang mengakui dirinya sebagai Al-Mahdi. Salahuddin mengutus saudaranya Tauran SYAH ke Yaman. Tauran Syah berhasil membawa kedamaian. Pemerintah Ayyubiyyah memerintah Yaman selama hampir 80 tahun.
BARAT - Salahuddin sendiri membuka Barqah, Tripoli dan Kabut di 569 H.
PUSAT/ SENTRAL - Pada 579 H, Shalahuddin mengumpulkan semua pemerintah utama dalam muktamar Islam di Damaskus, Syam. Tujuannya adalah untuk menyatukan gerak kerja. Semua pihak setuju kecuali wakil Mausul. Salahuddin terpaksa mengirim tentaranya mengepung Mausul. Akhirnya pemerintah Mausul meminta damai.
Meskipun sudah menjadi raja besar, tetapi Salahuddin tetap mengakui ketuanan Khalifah Ababsiyyah di Baghdad, sebagaimana pada zaman Nuruddin Zanki juga. Oleh itu Salahuddin mengirim hadiah kepada Khalifah Al-Mustadi 'di Baghdad. Khalifah sangat gembira dan mengakui segala kesuksesan Salahuddin.
PRIBADI RAJA SALAHUDDIN AL-AYYUBI
Salahuddin seorang yang mudah mengalirkan air mata karena Allah. Oleh karena terlalu sibuk memperjuangkan kesejahteraan umat, dia tidak sempat mengerjakan ibadah haji meskipun dia seringkali mengungkapkan kerinduannya untuk mengerjakan ibadah haji.
Salahuddin sangat mementingkan ilmu pengetahuan. Dia sendiri mengajarkan pelajaran akidah kepada anak-anaknya. Dirinya sendiri mahir dalam sejarah, dunia dan sastra. Dia mampu memberikan kritikan terhadap syair-syair yang dibacakan di depannya. Dia berpesan kepada para pengawalnya agar mengundang masuk para ilmuwan dan ahli tasawuf yang melintas ke dalam kemahnya karena kasihnya dia akan kaum ini.
Dikatakan Salahuddin tidak pernah meninggalkan shalat berjamaah kecuali dalam 3 hari terakhir hayatnya karena dia tidak sadarkan diri.
Raja Salahuddin Al-Ayyubi tidak punya harta. Sebab itu dia tidak pernah mengeluarkan zakat, karena memang tidak punya harta untuk dizakatkan. Raja besar ini juga mati tanpa punya harta. Pernah suatu ketika Salahuddin menegaskan: "Mungkin ada dalam kalangan manusia, orang yang melihat harta dan tanah sama saja baginya." Menurut Ibnu Syaddad, kata-kata ini sebenarnya ditujukan kepada dirinya sendiri.
Kita bagaimana? .......
PENUTUP
Berusaha keras, amanah, bertanggung jawab, setiakawan, pemaaf, tegas, menginginkan syahid, pikir umat, bijaksana, berilmu, mengasihi alim ulama dan lain-lain merupakan ciri-ciri seorang pejuang. Disayangi, dimusuhi, diangkat orang, dijatuhkan orang, terlepas kesenangan hidup dunia dan sebagainya pula menjadi fitrah pejuang. Marilah kita semaikan semangat seperti yang dimiliki oleh Salahuddin al-Ayyubi pada diri dan generasi kita.
Abu Zulfiqar
10 Juni 2011
* Referensi utama:
"Pejuang Reformasi - Salahuddin Al-Ayyubi" karya Abdullah Nasih Ulwan, terjemahan Basri Ibrahim, Darul Nu'man 1999
No comments:
Post a Comment