Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Wednesday, December 22, 2010

Kembara ke Sidratul Muntaha 80-85

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 80

- Maksud kedudukan para nabi di lapisan-lapisan langit.
- Asal sebutan "syurga". Dari mana asalnya? Apa maksudnya?
- Siapa Dewata Mulya Raya? Batu Bersurat Terengganu menceritakannya.
- Ada berapa syurga?

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 81
http://www.youtube.com/watch?v=1mfTq8OdgRo
- Suasana di syurga menurut menurut Al-Quran.
- Syurga di atas sungai-sungai?
- Berapa lama kita tinggal di dalam syurga?
- Apa yang dicakapkan dalam syurga?
- Pelamin-pelamin syurga.
- Ada mata air di syurga.
- Masalah majlis bersanding dalam perkahwinan di dunia.
- Tentang masalah kelahiran semula/ reinkarnasi.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 82
http://www.youtube.com/watch?v=XpMyIt7gGwA
- Apa yang penghuni syurga buat di atas pelamin di syurga?
- Bagaimana wajah para penghuni syurga?
- Penghuni syurga minum Air Tasnim. Air apakah ia?
- Buah-buah syurga yang mudah dipetik.
- Ada banyak remaja lelaki di syurga. Siapakah mereka?
- Sungai arak di syurga.
- Menikmati daging burung di syurga.
- Ucapan para penghuni syurga.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 83
http://www.youtube.com/watch?v=IB79yhvnuk4
- Suasana redup syurga.
- Katil-katil di syurga.
- Bidadari2 yang sentiasa dara.
- Ada yg dapat dua syurga.
- Kusyen/sofa/tilam syurga. Apa isi di dalamnya?
- Bidadari2 yg asyik terpesona akan tuannya.
- Bidadari2 yg seperti permata delima dan marjan.
- Apa itu marjan?
- Dua syurga yang menghijau.
- Buah2 apa yg ada di syurga?
- Bidadari2 pingitan.
- Apakah warna cadar-cadar di syurga?
- Pakaian penghuni syurga diperbuat drpd apa?

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 84
http://www.youtube.com/watch?v=DEqolDDuyNQ
- Bidadari bermata cantik.
- Tidak ada kematian lagi di syurga.
- Semua yang sedap di hati dan di mata kita ada di syurga.
- Mahligai-mahligai syurga yang bertingkat-tingkat.
- Gelang-gelang tangan daripada emas dan mutiara
- Tak ada letih, penat atau lesu di syurga.
- Sentiasa dihidangkan makanan.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 85
http://www.youtube.com/watch?v=bKfFNYDWtZA
- Anti-hadis yang tak percaya seksa kubur.
- Benarkah rumah kita sekarang "Rumahku Syurgaku"?
- Bagaimana hendak jadikan Rumahku Syurgaku?
- Pelajaran akan datang... syurga menurut agama-agama lain.

Kembara ke Sidratul Muntaha 74-79

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 74

- Maksud/ rahsia pertemuan Rasulullah dengan para nabi di lapisan-lapisan langit.
- Kaitan lapisan-lapisan langit dengan peristiwa-peristiwa dalam tahun Hijrah.
- Kaitan pertemuan dengan Nabi Adam dengan peristiwa pada 1 Hijrah.
- Kaitan pertemuan dengan Nabi Isa & Nabi Yahya dengan peristiwa pada 2 Hijrah.
- Kaitan pertemuan dengan Nabi Yusuf dengan peristiwa pada 3 Hijrah.
- Kaitan pertemuan dengan Nabi Idris dengan peristiwa 4 Hijrah.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 75
http://www.youtube.com/watch?v=P2alRqyUHBc
- Rahsia pertemuan Nabi Muhammad dengan Nabi Harun di Langit Kelima, dan kaitannya dengan peristiwa tahun hijrah.
- Rahsia pertemuan dengan Nabi Musa di Langit keenam.
- Usaha Nabi Musa bawa kaumnya masuk ke Palestin.
- Bai'ah Ridhwan & Perjanjian Hudaibiyah

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 76
http://www.youtube.com/watch?v=i01QlU7ezdU
- Maksud pertemuan Rasulullah dengan Nabi Ibrahim di Langit Ketujuh.
- Berapa peringkatkah Mi'raaj? 7 peringkat ataupun 10 peringkat?
- Sejarah pembukaan Kota Makkah, dan kaitannya dengan Mi'raaj.
- Apa maksud pertemuan Rasulullah dengan Tuhan? Apa kaitannya dengan 10 Hijrah?
- Tafsiran mimpi bertemu dengan para nabi.
- Ilmu tafsir mimpi.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 77
http://www.youtube.com/watch?v=Qdy_wkiOgAE
- Ilmu ta'bir mimpi.
- Tafsir mimpi wanita benci wanita.
- Tafsir mimpi ular besar dan ganas.
- Tafsir mimpi ambil wudhuk tak siap-siap.
- Tafsir mimpi buang air dalam seluar
- Tafisr mimpi pontianak
- Asal nama-nama bulan Islam.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 78
http://www.youtube.com/watch?v=eGWBeEk29jw
- Asal nama bulan-bulan Hijrah.
- Kisah Nabi Muhammad saw ke syurga.
- 8 syurga.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 79
http://www.youtube.com/watch?v=JaTUvOZdv0A
- Suasana di dalam syurga.
- Sungai-sungai di syurga.
- Sungai Al-Kautsar, Telaga Nabi dan Kolam Al-Kautsar.

Al-Quran Tetap Asli. Tapi Bible?

* Suatu ketika, saya berdialog dengan seorang penganut agama Kristian. Dalam dialog itu, dia mempertikaikan keaslian kitab suci Al-Quran. Berikut ialah penjelasan saya kepadanya.

Al-Quran yang asal itu ialah dari mulut Nabi Muhammad, sebagaimana yang dihafal oleh jutaan umat Islam zaman berzaman. PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAHAJA sudah ada RIBUAN ORANG YANG MENGHAFAL KESELURUHAN AL-QURAN, tidak termasuk yang menghafaz 90 %, 50 %, 30 % dan sebagainya. Jika ada seorang sahaja yang cuba mengubah mana-mana ayat (malah satu perkataan pun) pada mana-mana zaman, orang itu itu tidak akan berjaya kerana ada jutaan penghafaz yang akan membuktikan orang itu bersalah. Jadi, salah satu kekuatan Al-Quran yang membuatkan ia kekal sebagai kitab SUCI ialah kerana IA DIHAFAZ KESELURUHANNYA ISINYA OLEH BEGITU RAMAI ORANG pada setiap zaman.

Maksudnya di sini, mustahil untuk berlaku sebarang kesalahan pada kitab suci Al-Quran sejak zaman Nabi Muhammad sehinggalah sekarang.

Kita ambil contoh. Anda menyampaikan sebuah ucapan. KESELURUHAN UCAPAN ANDA itu dihafal oleh 100 orang pendengar (tidak termasuk yang menghafal 80%, 50%, 25% dan sebagainya). Kemudian mereka ajarkan pula kepada orang lain sehingga ada 1,000 penghafal pada generasi pertama.

1,000 orang ini berjaya pula mengasuh 5,000 penghafal KESELURUHAN UCAPAN ANDA pada generasi anak anda.

5,000 orang itu pula berjaya mengasuh 10,000 penghafal pada generasi cucu anda. Begitulah seterusnya.

Jadi, tanpa Al-Quran yang bertulis pun sebenarnya, ia tetap asli 100% sebagaimana ketika ia diturunkan kepada Nabi Muhammad, kerana boleh disemak daripada hafazan jutaan penghafaznya.

Yang perlu kita sama-sama renungkan...... ada berapa orang yang menghafal keseluruhan Bible/ Alkitab? .......

Ataupun sekurang-kurangnya menghafal keseluruhan Injil/ Gospel? .......

Berapa orang yang menghafal keseluruhannya sejak zaman Jesus? .......

Berapa ramai yang menghafaz keseluruhannya pada zaman sekarang?

.......................... ???

Ajaran Jesus hidup dalam keadaan para penganutnya sedikit, terjajah, ditindas, dizalimi, melarikan diri, menyembunyikan diri, sukar untuk berkumpul dan berbincang, diperintah dan bukannya memerintah....

Berbanding dengan ajaran Nabi Muhammad. Ajarannya hidup dalam keadaan para sahabatnya puluhan ribu dan penganut agama Islam ratusan ribu, memerintah, punya negara, punya perlembagaan negara, hidup aman, saling bertemu untuk bertukar-tukar fikiran...

Antara kedua-dua ajaran ini, yang mana satu lebih mungkin terjaga keasliannya?

............................................

Tak mengapalah, itu perkara sampingan sahaja. Ia boleh anda renungkan pada masa-masa lapang.

Perkara pokoknya:

Jesus dan para sahabatnya berbahasa Aramaic atau Syriac. Oleh kerana mereka hanya berdakwah kepada orang-orang Yahudi, maka tentulah mereka tidak menggunakan bahasa Greek (Yunani) yang digunakan oleh pemerintah. Sungguhpun Jesus dan para hawarinya berbahasa Aramaic, tetapi keempat-empat Injil yang dinisbahkan kepada Matius (Matthew), Markus (Mark), Lukas (Luke) dan Yohanes (John) semuanya dalam bahasa Greek, iaitu bahasa yang digunakan oleh Gereja Paul dan pemerintah. Di sini saja kita sudah boleh merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Ke mana perginya Injil terawal yang tentunya dalam bahasa pertuturan sehari-hari Jesus dan para hawari?

Perlu diingat juga bahawa keempat-empat Injil di atas datangnya 300 ke 400 tahun selepas zaman Jesus. Inil-Injil pada zaman Jesus dan zaman hawarinya entah ke mana. Nabi Jesus membawa satu Injil, sebagaimana Nabi Muhammad membawa satu Al-Quran, tetapi ia hilang lalu digantikan dengan pelbagai Injil yang saling tidak bersamaan.

"Tulisan-tulisan Kristian awal yang kekal terpelihara untuk kita hanyalah surat-surat hawari Paul"

("Religions in Ancient History", oleh Prof. Brandon, m.s. 228)

Sehingga ke hari ini, manuskrip-manuskrip ASAL dalam bahasa Greek tidak didedahkan kepada orang ramai. Umat Kristian sendiri tidak pernah melihat tulisan-tulisan awal New Testament, yang mereka baca hari ini hanyalah terjemahannya sahaja dalam pelbagai bahasa. Semua manuskrip asal itu disimpan dalam muzium, disorokkan dalam gereja, disembunyikan di Vatican dan sebagainya. Tidak dibenarkan sesiapa untuk melihatnya, kecuali beberapa kerat orang besar agama Kristian.

Bahkan manuskrip-manuskrip asal tersebut pun hanya berusia 300-400 TAHUN SELEPAS JESUS pergi, iaitu pada ZAMAN GEREJA TRINITI BERKUASA. Manuskrip-manuskrip yang lebih tua daripada itu telah dimusnahkan atau dihilangkan oleh pemerintah dan gereja trinity, ataupun hilang sendiri. Maka manuskrip tertua Injil yang ada kini adalah manuskrip-manuskrip yang didokong oleh puak triniti.

"Kadang-kala terbukti bahawa teks tersebut telah diubahsuai dan tidak ada satu versi pun yang dapat memberikan pembetulan yang memuaskan. Di sini, kami hanya dapat mengikut penilaian terbaik para sarjana yang kompeten UNTUK MEMBINA SEMULA TEKS ASAL."

(Pengenalan "The New Revised Standard Version of the Bible" terbitan Oxford Press)

"Begitu pun, hakikatnya adalah setiap buku Perjanjian Baru, kecuali empat Surat oleh St. Paul, adalah perkara kontroversi pada masa ini, dan SISIPAN BERLAKU walaupun di dalam empat Surat tersebut."

("Encyclopedia Brittanica", Edisi ke-12, Jilid 3, m.s. 643)

Surat-surat Paul sendiri pun masih ada penyelewengan. Bagaimana dengan selain itu?

Sky... anda tidak akan menemukan sebarang sisipan pada kitab suci Perjanjian Terakhir – Al Quran.

"Banyak ayat-ayat [Perjanjian Baru] telah melalui PENGUBAHSUAIAN MAKNA YANG SERIUS sehinggakan amat sukar untuk kita memastikan apa yang sebenarnya telah ditulis oleh hawari-hawari."

("Secrets of Mount Sinai", James Bentley, m.s. 117)

Untuk memastikan apa yang ditulis oleh para hawari sajapun sudah sedemikian kacau. Bagaimana untuk memastikan apa yang sebenarnya diperkatakan oleh Jesus sendiri?

"Dalam sebarang keadaan, TIDAK ADA SATU PUN (manuskrip asal Gospel) wujud hari ini. Apa yang ada hanyalah salinan-salinan yang telah dibuat dalam tempoh beberapa abad, atau lebih tepat lagi, SALINAN KEPADA SALINAN KEPADA SALINAN, yang berasal daripada zaman abad kedua sehingga abad ke enam belas, di mana sejumlah 5,366 daripadanya adalah di dalam bahasa Greek. Yang menarik adalah tiada dua salinan yang benar-benar sama butir-butirnya, kecuali sebahagian kecil. Tiada siapa yang tahu berapa banyak perbezaan, atau variasi bacaan, telah berlaku di kalangan manuskrip yang wujud, tetapi bilangannya adalah dalam lingkungan RATUSAN RIBU."

("The Orthodox Corruption of Scripture", Bart Ehman, m.s. 27)

Hanya salinan kepada salinan kepada salinan. Dan tak ada salinan-salinan yang sama butir-butirnya.

Jadi... dari mana datangnya kitab Bible (terutamanya New Testament) yang diimani oleh penganut agama Kristian hari ini? Padahal sudah diberi peringatan:

“Yang terutama mesti kamu ketahui ialah bahawa perkhabaran-perkhabaran dalam kitab suci TIDAK BOLEH DITAFSIRKAN MENGIKUT KEHENDAK SENDIRI.”

(Surat Petrus Kedua 1: 20-21)

"Bagaimanakah kamu berani berkata: “Kami bijaksana, dan kami mempunyai Taurat Tuhan?” Sesungguhnya pena palsu pengarang sudah membuatnya jadi bohong?"

(Jeremiah 8:8 RSV)

Kemudian, pada zaman Jesus lagi memang sudah ada kitab suci Injil yang bertulis. Dan tentunya kitab ini ditulis dalam bahasa yang dipertuturkan oleh Jesus dan kaumnya, kerana Jesus diutuskan hanya kepada kaumnya, bukan kepada orang-orang Rom dan selainnya. Saya punya banyak sandaran dalam hal ini, namun tidaklah saya panjangkan di sini, kecuali jika keadaan memerlukan.

Kita fikir begini saja...

Wahyu yang turun kepada Jesus dalam bahasa apa?

Ketika Jesus menuturkan wahyu-wahyu itu kepada para hawarinya, dalam bahasa apa? Apakah Jesus menggunakan bahasa Greek dengan para hawarinya?

Jika para hawarinya menyalin semula perkataan-perkataan Jesus, agaknya dalam bahasa apa? Apakah Jesus berbicara dalam bahasa mereka tetapi hawarinya menyalin dalam bahasa Greek? Tak mungkin. Kerana itu sudah jadi terjemahan, bukannya kitab suci.

(...Kata Sky...)

“Yang dipentingkan adalah sifat kitabnya. Bukan bahasa kitab.”

Di sinilah antara perbezaan besar antara The Last Testament dengan Bible. Jika berlaku sebarang perbezaan dalam terjemahan-terjemahan Al-Quran dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia, kita boleh rujuk sumber asalnya, untuk dipastikan apakah perkataan yang digunakan.

Tapi kalau terjemahan-terjemahan Bible dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia mengalami masalah yang sama... di mana hendak dirujuk?

Sebenarnya bahasa asal kitab suci itulah yang menentukan maksud sebenar sesuatu perkataan yang telah diterjemah ke bahasa lain.

Begitulah cara terbaik untuk mengelakkan kitab Al-Quran daripada rosak sebagaimana kitab-kitab terdahulu, termasuklah Taurat, Zabur dan Injil. Jika hal yang sama dilakukan oleh para hawari Jesus ... mereka berkumpul beramai-ramai di suatu tempat bersama puluhan ribu umat Nasrani lain, kemudian bincang penulisan terbaik untuk kitab suci Injil mengikut bahasa asal Jesus dan para hawari, hapuskan mana-mana kitab Injil yang gaya penulisannya tidak menepati loghat asal bahasa Jesus dan para hawari... mungkin kitab suci Injil dapat dihidangkan kepada seluruh dunia hari ini.

Jika ada mana-mana terjemahan atau versi Injil yang didapati ada masalah atau bercanggahan maklumat, terus kita boleh rujuk kitab suci Injil yang asal itu.

Malangnya ... usaha-usaha di atas tidak berlaku. Usaha-usaha itu berlaku ke atas kitab Perjanjian Terakhir iaitu Al-Quran. Sebab itulah sehingga ke hari ini, kita masih dapat melihat dan membaca Firman-Firman Suci Tuahn di dalamnya, sebagaimana ketika ia diturunkan dahulu.

Abu Zulfiqar

Tuesday, November 30, 2010

Terjumpa 1 Masalah dalam Bible/ Alkitab

Sesekali saya suka merayau-rayau ke dalam kitab Bible/ Alkitab. Baru-baru ini sedang saya merayau-rayau itu, saya terperasan satu lagi keganjilan pada Kitab Bilangan (Numbers) fasal 24 ayat 17. Kita lihat sama-sama.


ALKITAB TERJEMAHAN BARU

Aku melihat dia, tetapi bukan sekarang; aku memandang dia, tetapi bukan dari dekat; bintang terbit dari Yakub, tongkat kerajaan timbul dari Israel, dan meremukkan pelipis-pelipis Moab, dan menghancurkan semua anak Set.


ALKITAB KABAR BAIK

Kulihat dia, tapi bukan sekarang; kupandang dia, tapi dari jauh. Seorang raja dari Israel asalnya, akan datang bagaikan bintang cemerlang. Para pemimpin Moab akan diremukkannya bangsa Set akan dihancurkannya.


ALKITAB FIRMAN ALLAH YANG HIDUP

Aku melihat masa depan bangsa Israel, jauh di ujung jalan, Bahwa akan muncul sebuah bintang dari Yakub! Penguasa bangsa Israel akan meremukkan pelipis bangsa Moab, dan menghancurkan semua anak Set.


ALKITAB TERJEMAHAN LAMA

Bahwa aku akan melihat dia, tetapi bukan sekarang, aku akan memandang dia, tetapi bukannya hampir, maka sebuah bintang akan terbit dari pada Yakub dan sebatang tongkat kerajaan akan naik dari antara Israel, maka ia akan menghancurkan pelipisan Moab dan tempurung kepala orang yang suka berperang!


ALKITAB SHELLABEAR

Bahwa aku melihat dia tetapi bukan sekarang aku memandang akan dia tetapi bukannya dekat maka akan terbit kelak sebuah bintang dari Yakub dan sebatang tongkat kerajaan akan naik dari antara Israel serta memalu segala ujung Moab dan membinasakan segala anak pergaduhan.


ALKITAB ENDE

Aku melihatnja tapi tidak sekarang, ia kupandang tapi tidak dekat; sebuah bintang terbit dari Jakub, sebatang tongkat berbangkit dari Israil. Pelipis Moab dihantjurkannja dan tengkorak segala bani Sjet;


AUTHORISED VERSION BIBLE

“... and destroy all the children of Sheth.”


BIBLE IN BASIC ENGLISH

I see him, but not now: looking on him, but not near: a star will come out of Jacob, and a rod of authority out of Israel, sending destruction to the farthest limits of Moab and on the head of all the sons of Sheth.


MESSAGE BIBLE

I see him, but not right now, I perceive him, but not right here; A star rises from Jacob a scepter from Israel, Crushing the heads of Moab, the skulls of all the noisy windbags;


NEW KING JAMES VERSION BIBLE

I see Him, but not now; I behold Him, but not near; A Star shall come out of Jacob; A Scepter shall rise out of Israel, And batter the brow of Moab, And destroy all the sons of tumult.


REVISED WEBSTER VERSION BIBLE

I shall see him, but not now: I shall behold him, but not near: there shall come a Star out of Jacob, and a Sceptre shall rise out of Israel, and shall smite the corners of Moab, and destroy all the children of Sheth.


GOD’S WORD TRANSLATION BIBLE

I see someone who is not here now. I look at someone who is not nearby. A star will come from Jacob. A scepter will rise from Israel. He will crush the heads of the Moabites and destroy all the people of Sheth.


NET BIBLE

‘I see him, but not now; I behold him, but not close at hand.* A star* will march forth* out of Jacob, and a scepter* will rise out of Israel. He will crush the skulls* of Moab, and the heads* of all the sons of Sheth.


PERSOALAN KITA

Siapakah yang akan dihancurkan?

1. Semua anak Set?

2. Bangsa Set?

3. Tempurung kepala orang yang suka berperang?

4. Segala anak pergaduhan?

5. Segala Bani Set?

6. Anak-anak Set (Children of Set)?

7. Anak-anak lelaki Set (Sons of Set)?

8. All the noisy windbags?

9. Sons of Tumult?


Abu Zulfiqar

30 November 2010

Khutbah Aidil Adha Tentang Akhir Dunia

* Khutbah ini saya bacakan pada Aidil Adha 1431/ 2010 yang lalu. Sedikit petikannya yang menyentuh tentang akhir dunia.


Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Muslimin-muslimat yang dirahmati Allah sekelian,

Dunia semakin hampir kepada hari Qiamat. Bukan umat Islam sahaja yang bercakap tentang dunia yang semakin menuju saat kehancuran, malah ahli sains turut mengakui bahawa bumi ini bakal hancur akibat hentaman komet atau asteroid, dan apabila berlaku perlanggaran antara galaksi.

Begitu juga apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas yang mengakibatkan pertembungan sesamanya, di mana plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia itu sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut. Malah terdapat sebuah filem Barat yang begitu laris ditayangkan berdasarkan teori “Pengakhiran Kalendar” kaum Mayan, Mexico. Di mana mengikut teori ini Qiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Namun ada kajian terkini yang menunjukkan kalendar ini sebenarnya tersasar.

Malaysia sendiri mula merasa ancaman gempa bumi walaupun berada di luar kawasan “Lingkungan Api Pasifik” sehingga terpaksa diadakan latihan kecemasan menghadapi gempa bumi, terutamanya kepada rakyat yang berada di bangunan tinggi. Syarat pembinaan bangunan juga ditambah agar mampu tahan daripada gempa bumi.

Hari Qiamat pasti datang dan ia semakin hampir. Telah banyak tanda-tanda Qiamat yang sudah berlaku di depan mata kita. Bergantung kepada kita sama ada mahu mengambil perhatian dengan meningkatkan amal ibadat serta menjauhi maksiat , ataupun sebaliknya. Jadilah manusia yang pintar, yang sentiasa bersedia dengan bekalan akhirat.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut, dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. (Timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Ar-Ruum : 41)

Thursday, November 25, 2010

Kembara ke Sidratul Muntaha 68-73

KEMBARA KE SDIRATUL MUNTAHA 68

- Siapakah nabi2 yg ditemui oleh Rasulullah di lapisan2 langit?
- Kisah pembunuhan Nabi Yohanes.
- Siapakah Nabi Syith?
- Siapa pula Nabi Aaron?
- Siapakah yang pengsan ketika sangkakala ditiup, dan siapakah yang tidak pengsan? Kita bagaimana?
- Nabi Ibrahim menyembelih siapa? Nabi Ismail ataupun Nabi Ishaq? Apa sandaran kita?

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 69
http://www.youtube.com/watch?v=AlXgmNitA8o
- Di manakah Nabi Ismail tinggal? Di mana pula Nabi Ishaq tinggal?
- Urutan kisah dalam surah As-Saaffaat.
- Mengapakah Nabi Ismail dikaitkan dengan sifat sabar dalam Quran?
- Apa kata Bible/ Alkitab tentang penyembelihan anak Nabi Ibrahim?
- Bagaimana penyelewengan Alkitab/ Bible dibuat dalam kes ini?
- Siapakah Nabi Abram? Siapa pula Hagar?
- Siapakah 'anak tunggal' Nabi Ibrahim yang disebut dalam Bible/ Alkitab?
- Di manakah 'tanah Moria' tempat sembelihan berlaku?

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 70
http://www.youtube.com/watch?v=LrMC0qZOgis
- Kegagalan 'mereka' menipu dalam Bible/ Alkitab.
- Bukti dari Surah Hud tentang penyembelihan oleh Nabi Ibrahim.
- Apa kata Ibnu Kathir?
- Rasulullah bertemu kaum yang mukanya putih seperti kertas. Siapakah mereka?
- Kaum yang naik terjun sungai. Siapakah mereka?
- Apakah ketiga-tiga sungai yang dimasuki mereka itu?
- Di manakah tempat umat Nabi Muhammad saw?
- Rasulullah masuk ke dalam Baitul Makmur bersama-sama umatnya yang soleh dan bersolat di sana.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 71
http://www.youtube.com/watch?v=CGd9O3k4k30
- Lokasi Baitul Makmur
- Orang yang mula2 beruban ialah Nabi Ibrahim?
- Hebatnya kelebihan bertaubat.
- Nabi Muhammad diberi minum lagi.
- Apa peranan Sidratul Muntaha.
- Apa 4 sungai di Sidratul Muntaha?

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 72
http://www.youtube.com/watch?v=yib25V_Vu1Y
- Perubahan Sidratul Muntaha yang sangat indah apabila perintah Allah jatuh ke atasnya.
- Bagaimanakah rupa keindahan Sidratul Muntaha pada pandangan Nabi Muhammad saw?
- Bagimana besarnya daun Sidratul Muntaha?
- Pengembaraan Rasulullah ke dalam syurga!
- Kisah sungai/ telaga al-Kautsar.
- Berapa banyak bekas minuman telaga Kautsar?
- Siapakah bidadari yang ditemui oleh Rasulullah?
- Sungai-sungai di syurga.
- Rasulullah melawat neraka.

KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 73
http://www.youtube.com/watch?v=ezJXbUxFS_0

- 4 sungai dalam syurga. 2 sungai zahir, 2 sungai ghaib.
- Apakah 2 sungai ghaib itu?
- 2 sungai nyata itu ada di bumi. Di mana lokasinya?
- Rasulullah melihat Jibaril dalam bentuk asalnya buat kali kedua.
- Apakah 8 syurga?
- Sempadan yang tidak boleh dilangkaui malaikat Jibrail kerana dia akan terlebur.

Friday, November 19, 2010

Siapa yang Disembelih oleh Nabi Ibrahim?

PENDAHULUAN

Kita meyakini Nabi Ibrahim ada menjalankan perintah penyembelihan ke atas anaknya. Masalahnya, anak yang mana yang disembelih itu? Majoriti umat Islam percaya bahawa Nabi Ismail yang disembelih manakala selebihnya menyakini individu itu ialah Nabi Ishaq. Bagi umat Yahudi dan Kristian pula, bolehlah dikatakan hampir kesemuanya percaya penyembelihan itu berlaku ke atas Nabi Ishaq kerana Bible/ Alkitab mengatakan begitu. Tapi kita sedia maklum, Bible/ Alkitab hari ini bukanlah Taurat, Injil, Zabur dan suhuf-suhuf yang asli. Banyak perubahan maklumat sudah berlaku ke atasnya.

Saya percaya bahawa anak yang disembelih itu ialah Nabi Ismail. Berikut ialah beberapa sandaran yang mengatakan begitu.


SANDARAN 1:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Ibrahim berkata: Wahai ANAK KESAYANGANKU! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?."
(As-Saaffat : 102)

Penggunaan kata "anak kesayanganku" kemungkinan sekali menunjukkan ketika itu Nabi Ibrahim baru punya seorang anak. Kita sedia maklum bahawa Nabi Ismail lahir lebih dahulu daripada Nabi Ishak. Hal ini menjadi satu sandaran kepada pihak yang cenderung mengatakan Nabi Ismaillah yang disembelih.

Antara bukti terdahulunya kelahiran Nabi Ismail berbanding Nabi Ishaq ialah:
"Katakanlah: Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang diturunkan kepada IBRAHIM, ISMAIL, ISHAQ dan YAAQUB dan ANAK CUCUNYA..."
(Al-Baqarah : 136)

Kita boleh lihat kronologinya dalam ayat di atas. Banyak lagi ayat-ayat lain yang memiliki susunan yang sama.

SANDARAN 2:


Kemudian, ramai orang percaya PENYEMBELIHAN ITU BERLAKU DI MAKKAH. Yang tinggal di Makkah ialah Nabi Ismail sedangkan Nabi Ishak tinggal di Palestin dan sekitarnya. Bahagian ini juga menjadi sandaran kepada pihak yang mengatakan Nabi Ismaillah yang disembelih.

SANDARAN 3:


Dalam surah As-Saaffat, berita Nabi Ibrahim BAKAL MENDAPAT SEORANG ANAK bernama Ishaq (ayat 112) diceritakan SELEPAS PENYEMBELIHAN BERLAKU (ayat 100-111). Maksudnya, bukan Nabi Ishaq yang disembelih. Nabi Ishaq dilahirkan selepas peristiwa penyembelihan.

Kita lihat aturan surah As-Saaffat :

100 - “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang termasuk dalam kalangan orang-orang soleh!”

(Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak kerana ketika itu dia belum punya anak)

101 - “Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar.”

(Nabi Ibrahim diberitahu oleh Tuhan yang dia akan dapat seorang anak. Anak itu pula dikaitkan dengan KESABARAN. Hal ini ada kaitannya dengan kesabaran dan keredhaan Nabi Ismail ketika mendapat tahu yang Tuhan mahukan dirinya disembelih oleh bapanya)

102 – “Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang YANG SABAR.”

103 – “Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah.”

104 – “Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim!”

105 - “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.”

106 – “Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata.”

107 – “Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar.”

(Nabi Ismail digantikan oleh Tuhan dengan seekor binatang sebagai korban sembelihan)

108 - Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian.

109 - Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!. (109)

110 - Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

111 - Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.

112 - DAN Kami pula berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Selepas peristiwa penyembelihan itu, Nabi Ibrahim diberi berita gembira oleh Allah bahawa dia akan mendapat seorang lagi anak lelaki, iaitu Nabi Ishaq. Perkataan DAN (wa) menunjukkan ayat ini memang ada hubungan dengan kisah dalam ayat-ayat sebelumnya, ia bukan turutan yang terpisah. Maka nampak ada benarnya pandangan yang mengatakan Nabi Ibrahim dikurniakan anak bernama Nabi Ishak setelah dia berjaya melalui ujian menyembelih Nabi Ismail)

113 – “Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.”


SANDARAN 4


Sebenarnya dalam Bible juga menunjukkan Nabi Ismail yang disembelih. Memang ada usaha orang dahulu kala mengubahsuai Bible agar kelihatan Nabi Ishaq yang disembelih (atas kepentingan2 tertentu), namun sebahagian cerita sebenar masih kekal di dalamnya.

BUKTI NABI ISMAIL LAHIR TERLEBIH DAHULU DARIPADA NABI ISHAQ
KEJADIAN 16:16 ... Abram (Nabi Ibrahim) berumur 86 tahun, ketika Hagar (Hajar) melahirkan Ismael baginya.
KEJADIAN 21:5 Adapun Abraham berumur 100 tahun, ketika Ishak, anaknya, lahir baginya.

Jelas, Nabi Ismail lahir terlebih dahulu.

BUKTI YANG DISEMBELIH IALAH NABI ISMAIL
Kejadian 22:2 Firman-Nya (kepada Nabi Ibrahim): "Ambillah ANAKMU YANG TUNGGAL ITU , yang engkau kasihi, yakni Ishak, pergilah ke tanah Moria dan persembahkanlah dia di sana sebagai korban bakaran pada salah satu gunung yang akan Kukatakan kepadamu."

Nabi Ibrahim diperintahkan mengorbankan ANAKNYA YANG TUNGGAL. Maksudnya ketika itu dia baru ada seorang anak.

Siapakah yang lahir terlebih dahulu?
Jawapan Bible... ialah Nabi Ismail.

Mengapa disebut "anak yang tunggal"?
Kerana ketika peristiwa korban itu, Nabi Ishaq belum dilahirkan.

Mengapa dalam ayat di atas tadi ada disebut nama Ishaq sebagai anak yang tunggal?
Di situlah pengubahsuaian berlaku. Di tempat itu sebenarnya nama Ismail (kerana dia pernah jadi anak tunggal kepada Nabi Ibrahim), bukannya Ishaq (yang tidak pernah jadi anak tunggal kepada Nabi Ibrahim).

Ringkasnya, usaha penyelewengan oleh pihak2 terbabit tidak berjaya : )
Mereka cuba menaikkan nama Nabi Ishaq dan menenggelamkan nama Nabi Ismail, malangnya gagal.

SANDARAN 5:


Dalam Bible sendiri dinyatakan lokasi penyembelihan:

Kejadian 22:2 Firman-Nya (kepada Nabi Ibrahim): "Ambillah ANAKMU YANG TUNGGAL ITU , yang engkau kasihi, yakni Ishak, pergilah ke tanah MORIA dan persembahkanlah dia di sana sebagai korban bakaran pada salah satu gunung yang akan Kukatakan kepadamu."

Tanah Moria itu dipercaya sebagai MARWAH (tentunya kita biasa dengar Safa dan Marwah dalam ibadah haji) di Makkah. Yang tinggal di Makkah ialah Nabi Ismail, maka dialah yang disembelih di Marwah. Nabi Ishaq tinggal di Palestin.

SANDARAN 6:

"Maka Kami sampaikan kepadanya khabar gembira (maksudnya belum berlaku, tetapi bakal berlaku) tentang (kelahiran) Ishaq dan setelah Ishaq (akan lahir pula) Yaaqub." (Hud: 71)

Malaikat memberi khabar gembira kepada Nabi Ibrahim yang dia akan dapat seorang anak iaitu Nabi Ishaq, kemudiannya Nabi Ishaq itu pula akan dapat seorang anak iaitu Nabi Yaaqub. Ketika berita ini disampaikan, Nabi Ishaq belum lahir.

Maksudnya NABI ISHAQ BUKANLAH CALON KORBAN sejak belum lahir lagi, kerana sudah diberitahu awal-awal kepada Nabi Ibrahim bahawa Nabi Ishaq akan dapat anak iaitu Nabi Yaaqub. Jika memang benar Nabi Ishaq yang akan dikorbankan, tentulah Nabi Ibrahim tidak bersedih hati kerana dia sudah sedia tahu yang Nabi Ishaq tidak akan mati ketika penyembelihan, kerana selepas itu Nabi Ishaq akan terus hidup dan mendapat anak lelaki. Maka yang disembelih ialah orangs elain Nabi Ishaq.


SANDARAN 7:

“Al-Hafiz ‘Imaduddin Ismail bin Kathir (*yang lebih dikenali sebagai Ibnu Kathir) ketika menghuraikan tentang Ismail mengatakan bahawa riwayat yang benar ialah Ismail (*yang disembelih). Sesiapa yang mengatakan Ishaq sesungguhnya mereka itu menerimanya daripada riwayat Bani Israil (*kisah-kisah Israilliyyat). Tidak menghairankan sekiranya pendeta-pendeta Yahudi menisbahkan setiap kelebihan kepada Bani Israil (*dengan menggantikan nama Nabi Ismail yang melahirkan bangsa Arab dengan Nabi Ishaq yang melahirkan bangsa Yahudi, dalam kitab-kitab mereka), selama mana mereka sendiri menulis kitab-kitab itu.

(Hajar al-Misriyah Ibu Bangsa Arab oleh Abdul Hamid Jaudah Al-Sahhar, ms 210, DBP 1991)


PENUTUP

Berdasarkan hujah-hujah ini, kuatlah kepercayaan kita bahawa anak Nabi Ibrahim yang disembelih itu ialah Nabi Ismail, bukannya Nabi Ishak.

WaAllhua’lam.


Abu Zulfiqar Amsyari

19 November 2010

Related Posts with Thumbnails