Jawapan
saya tentang persoalan yang diajukan iaitu PANDANG KE MANA PUN
"NAMPAK" TUHAN ada mendapat komen daripada seorang hamba
Allah. Dalam pencerahan2 yang dibuat di bawah, ada pelajaran2
kesufian terutamanya yang berkait dengan istilah2 yang digunakan oleh
ahli2 sufi. Semoga bermanfaat.
Berikut
adalah tulisan awal saya tentang penjelasan saya terhadap persoalan
tersebut :
(Tajuknya....)
PANDANG
KE MANA PUN "NAMPAK" TUHAN
Persoalan
(*yang dikemukakan kepada saya) : “Tentang kata-kata orang bahawa
“Kita pandang ke mana pun kita “nampak” Tuhan.”
(*Jelas
bahawa persoalan ini berkaitan dengan isu di dunia, bukan di
akhirat).
Penjelasan
saya : Ya, ini pelajaran dan pengamalan dalam hal hakikat. Kita
“melihat” semuanya (daripada) Allah.
(*Pencerahan
: Apabila disebut PELAJARAN dan PENGAMALAN, maka jelas lagilah bahawa
tulisan ini berkaitan dengan isu di dunia, bukan isu di akhirat. Kita
BELAJAR dan BERAMAL ringkasnya di dunialah, bukannya belajar dan
beramal di akhirat. Di akhirat itu Hari Pembalasan.
Jangan
dilupa juga di situ ada tertulis HAL HAKIKAT).
Orang
di peringkat ini akan “terpandang” sifat dan af’al Allah di
mana-mana pun pandangan mata kepala atau pandangan mata hatinya (mata
qalbu) mengarah.
(*Pencerahan
: Tetap berkisar tentang isu di dunia, bukan di akhirat. Yang
disentuh hanya tentang “terpandang” (dalam koma) SIFAT dan AF’AL
Allah sahaja. Tidak disentuh tentang ZAT Allah. ZAT Allah tidak dapat
dinampak di dunia, sebab itulah langsung tidak disentuh dalam
karangan saya itu.)
(*Pencerahan
: Jangan dilupa juga kalimah HAL HAKIKAT di atas tadi. Ertinya, yang
dimaksudkan di sini adalah “terpandang” dari SEGI HAKIKATNYA akan
SIFAT dan AF’AL Allah. Dari segi HAKIKATNYA, bukan dari segi yang
lain-lain.
Contoh
: Kita
nampak (dengan mata kepala) yang kawan
kita
melempar batu ke arah musuh. Namun kita
juga “NAMPAK” (bukan
dengan mata kepala)
bahawa PADA HAKIKATNYA itu adalah pekerjaan Allah, af’al Allah PADA
HAKIKATNYA).
(*Pencerahan
: Ketika ahli2 sufi sedang berbicara tentang hal ehwal kesufian :
1.
Apabila mereka sebut “NAMPAK”, hal itu tidak melibatkan nampak
dengan mata di kepala. Biji mata tidak terlibat dengan “nampak”
yang dimaksudkan.
2.
Apabila mereka sebut “NAMPAK” Tuhan, hal itu tidak bermaksud
nampak akan Zat Allah. Zat Allah tidak terlibat dengan “nampak”
Tuhan yang dimaksudkan.
Jangan
disamakan bahasa dan istilah2 dunia sufi dengan bahasa dan istilah2
kaum lain)
Kebanyakan
orang Islam tidak sampai ke peringkat ini. Dan jika mahu dibawa ke
peringkat ini, mestilah dengan jalan berhikmah lagi lemah-lembut,
lambat-lambat dan tertib. Peringkat ini tidak boleh dikejan-kejan
atau digesa-gesa kepada orang awwam untuk menguasainya. Dikhuatiri
yang terburu-buru itu biasanya akan tersimpang dan apabila sudah
tersimpang, untuk mengubati ad-diinnya kembali itu sangat sukar. Kena
sangat berhati-hati kerana selalunya ketika tersimpang itu, kita
tidak menyedarinya pun. (*Perenggan
ini merupakan NASIHAT saya sahaja).
(*Pencerahan
: Jelaslah bahawa penulisan ringkas di atas adalah untuk menjawab
persoalan yang dibangkitkan, dan kemudiannya berisi nasihat-nasihat.
Itulah sahaja matlamat penulisan itu. Semua isinya berkisar dengan
hal ehwal di dunia, bukan tentang hal ehwal di akhirat)
Abu
Zulfiqar Al-Amsyari
Oktober
2019
Blog
Debunga Teratai Syurgawi
TAMAT.
.
KEMUDIAN
DATANGLAH KOMEN YANG DIMAKSUDKAN :
Mustaffa
Seman menulis :
Cuba
kau rujuk kisah Nabi Musa a.s munajat bila hendak lihat Zat Tuhan
dengan mata kepala. Ikutlah ajaran Quran, jangan merapu sakan.
Tuan
Tanah Kedaung. Kitab mana yang kau pakai? Di dalam Alquran, hanya
boleh nampak Tuhan di akhiratlah. Apa yang kau merapu nampak kat
dunia pulak?
Abu
Zulfiqar menulis :
(*Terus
secara tiba2 saya dinyatakan sebagai tidak mengikut ajaran Al-Quran
dan merapu sakan)
Pada
bahagian mana dalam tulisan (saya) di atas ada tulis ZAT? Tolong
tunjukkan.
(*Pencerahan
: Sememangnya
tulisan itu tidak berkait dengan ZAT ALLAH. Tidak ada sebarang
perkataan ZAT di
sana. Macam mana teman kita ini boleh tersalah entahlah)
(*Pencerahan
: Yang
ada hanyalah kata-kata yang berbunyi : “Kita
“melihat” semuanya (daripada) Allah.”
Dan
perkataan “MELIHAT” itu berada di dalam TANDA
KOMA.
Ertinya
perkataan itu adalah satu ISTILAH
SUFI yang
tidak sama ertinya dengan perkataan yang kita gunakan sehari-hari
dalam kehidupan
biasa.
Ertinya
lebih lanjut lagi, ‘MELIHAT”
itu adalah
“MENYAKSIKAN”, ‘BERSAKSI”, “NAIK SAKSI” dan seumpama
dengannya.
Dan
disertakan juga perkataan DARIPADA yang diletakkan DALAM
KURUNGAN.
Jadi,
kalimah yang berbunyi “Kita
“MELIHAT”
semuanya (daripada) Allah.” itu
tidak bermaksud kita melihat semuanya ZAT Allah.
Sememangnya
tulisan itu tidak bercerita pun tentang ZAT Allah pada mana-mana
bahagian.
Bukan
saja-saja diletakkan KOMA
dan TANDA
KURUNGAN
tersebut.)
(*Pencerahan
: Tiada
perkataan ZAT, yang ada hanyalah kata-kata yang berbunyi : “Orang
di peringkat ini akan “terpandang” sifat dan af’al Allah”.
Yang
ada hanyalah perkataan SIFAT dan AF’AL ALLAH sahaja.
Sangat
penting untuk diperhatikan juga di situ bahawa perkataan ‘TERPANDANG”
itu diletakkan di dalam TANDA
KOMA.
Maka,
itu adalah ISTILAH
SUFI
yang tidak sama maksudnya dengan kata-kata yang biasa kita gunakan
seharian)
(*Pencerahan
: Dalam komennya, sahabat kita ini mengaitkan : “Cuba
kau rujuk kisah Nabi Musa a.s munajat bila HENDAK
LIHAT ZAT TUHAN
dengan MATA
KEPALA.”
Padahal
tulisan saya itu berkisar tentang “MELIHAT” dengan MATA QALBU/
MATA RUH/MATA NUR, bukannya MELIHAT DENGAN BIJI MATA DI KEPALA. Jauh
sangat
bezanya.
Lain
yang kita tulis, lain pula yang difahamnya.
Tulisan
saya itu juga adalah tentang “MELIHAT” (dalam tanda koma) dan
bukannya MELIHAT (tanpa tanda koma). Kedua-duanya
berbeza pengertian.
Hal
ini berlaku kerana teman
kita itu terburu-buru
hendak mengkritik tanpa membaca betul-betul, tanpa mahu
berusaha
memaham betul-betul terlebih dahulu).
Sambung
jawapan saya kepadanya : (*Saya menggunakan) Kitab Ihya’
‘Ulumuddin.
Mula-mula,
bezakan dulu antara “nampak” (ada koma) dengan nampak (tak ada
koma), kemudian baru komen. Kedua, yang nampak di akhirat itu apa dan
yang “nampak” di dunia itu apa?
Belajar
bezanya terlebih dahulu, kemudian baru komen. Insya-Allah sejahtera.
(*Pencerahan
: Orang
bercakap dalam bahasa sufi yang menggunakan istilah2 sufi, tetapi
teman
kita ini cuba hendak memaham dan menyampuk tulisan kita dengan
pemahaman bahasa sehari-hari. Memang bertentanganlah
pemahamannya.
Bukan
ahli-ahli sufi sahaja ada bahasa dan istilah2 tersendiri. Banyak lagi
bidang2 lain pun sama.
Hendak
mencelah perbincangan ahli2 sufi tapi menggunakan bahasa ilmu
kalam/usuluddin/aqidah, memanglah akan bertentangan.
Hendak
mencelah muzakarah ahli2 sufi tetapi menggunakan pemahaman dan
istilah2 fekah, memanglah tak akan sehaluan.
Setelah
ada pemahaman tentang bahasa dan istilah2 kaum sufi, barulah sesuai
untuk mencelah dalam diskusi mereka )
(*Pencerahan
: Contohnya dalam bidang persilatan.
1.
Perkataan PASANG tidak bermaksud membuka/mengenakan/switch on, tetapi
bermaksud berada dalam keadaan bersedia.
2.
Perkataan
MASUK
tidak bermaksud bergerak
dari luar ke dalam atau menyertai, tetapi bermaksud serang.
3.
Perkataan
KUNCI
tidak bermaksud suatu alat atau menutup, tetapi bermaksud mengekang
pergerakan lawan.
4.
Perkataan
BUAH
tidak bermaksud hasil tumbuh-tumbuhan tetapi cara kita bergerak
sebagai respon terhadap sesuatu gerak laku lawan.
5.
Perkataan
MAKAN
tidak bermaksud memasukkan sesuatu melalui mulut terus ke perut,
tetapi bermaksud pukul.
Umumnya
begitulah.)
(*Pencerahan
: Oleh itu, apabila ahli2 sufi ketika membicarakan hal2 kesufian
menyebut perkataan nampak, pandang, saksikan, lalui, alami dan
sebagainya, maksud perkataan2 itu tidak sama sebagaimana yang kita
guna sehari-hari.
Dalam
tulisan saya itu, untuk mengelakkan orang2 seperti teman
kita ini tersalah faham, kita
letakkan lagi TANDA
KOMA
bagi istilah2 sufi “nampak”, “melihat”, dan
“terpandang”.
Bagi
ahli2 sufi, tanpa tanda koma itu pun mereka sudah boleh faham. Bagi
orang2
seperti teman
kita ini,
sengaja kita letakkan/tambahkan
lagi tanda KOMA dan KURUNGAN agar tidak tersalah faham.)
(*Pencerahan
: Jadi, dalam tulisan itu, tidak ada mana-mana bahagian yang
mengatakan kita boleh nampak Allah di dunia, atau kita boleh nampak
ZAT Allah di dunia, atau kita boleh nampak Allah di dunia dengan biji
mata di kepala.
Yang
ada dalam tulisan itu adalah kita boleh “NAMPAK” (dalam tanda
koma, dan bukan nampak ZAT Allah, dan bukan juga nampak Allah di
dunia dengan biji mata di kepala) Allah di dunia iaitu yang berkaitan
dengan SIFAT dan AF’ALNYA sahaja. Kan jauh larinya?
.
Mustaffa
Seman menulis :
Nampak
dunia itu penglihatan kat dunialah.
Nampak
di akhirat, itu penglihatan kat akhiratlah.
Lihat
di dunia tapi buta di akhirat bermakna penglihatan kau tak balik ke
akhirat la.
Abu
Zulfiqar menulis :
Salah.
“Nampak” di dunia (dalam
tulisan saya)
itu bukan penglihatan mata kepala di dunia, sebab itu ada KOMA
BERPASANGAN
di sana.
Semak
semula tulisan saya, ada koma ke tak ada. Bezakan yang itu terlebih
dahulu. (*Sampai ke sudah teman kita itu gagal membezakan antara
“nampak” dengan nampak)
“Nampak”
di dunia itu tak berkait langsung dengan ZAT Allah. Tak ada perkataan
ZAT dalam tulisan itu. Yang ada hanya perkataan SIFAT dan AF’AL.
Dan
tertulis juga di sana : “Dikhuatiri yang terburu-buru itu biasanya
akan tersimpang.”
Jadi,
sebelum komen, fahamkan cerita terlebih dahulu, kemudian baru komen.
.
Mustaffa
Seman menulis :
Yang
kau nampak kat dunia itu cuma pandangan kat dunia. Akhirat mana ada
sama dengan dunia?
Bila
pandang dunia tu jaga2lah. Itu pandang dunia cuma ambil iktibar
sahaja. Hal keadaan sifat tapi bukan sifatNya. Hal keadaan perbuatan
tapi bukan perbuatanNya.
Abu
Zulfiqar menulis :
(*Masa
bila kita ada tulis bahawa akhirat sama dengan dunia? Pada bahagian
mana dalam tulisan itu kita ada samakan pandangan akhirat dengan
pandangan dunia?Tak ada langsung. Mengapa cuba dikait dengan hal2
yang tak berkait? Karangan itu bercerita tentang isu di dunia, bukan
tentang isu di akhirat)
Jangan
melompat ke sana ke mari. Selesaikan mana2 yang sudah diucapkan
terlebih dahulu.
1.
Dalam tulisan saya itu, pada bahagian mana ada ditulis tentang ZAT?
Rasanya tak ada pun. Tolonglah tunjukkan. (*Sampai ke sudah dia gagal
menunjukkan sebarang bukti)
2.
“Nampak” itu sama ke dengan nampak (tanpa koma)? Sebab
berdasarkan tulisan tuan, kedua2nya disamakan sesuka hati sahaja.
3.
Ada ke dalam tulisan saya itu ditulis akhirat sama dengan dunia? Atau
nampak di akhirat dan nampak di dunia itu sama? Rasanya tak ada pun.
Tolonglah tunjukkan jika ada. Nampak macam hentam sesuka hati sahaja
tuan menulis. (*Sampai ke sudah gagal ditunjukkannya)
.
(*Jawapan
yang kita kehendaki mudah sahaja :
1.
Tunjukkan sahaja di mana perkataan Zat ada tertulis dalam karangan
tersebut (memang tak akan jumpa pun).
2.
Cakap sahaja “nampak” (dengan koma dalam karangan itu) dengan
nampak (tanpa koma). Sama atau tidak pengertiannya? (Kedua-duanya
tidak sama maqsud, tetapi teman kita sudah tersilap dari awal kerana
menyamakan maqsudnya)
3.
Ada ke dalam karangan itu dinyatakan tentang akhirat dan dunia sama?
Paling2 kurang pun, tunjukkan jika ada bahagian yang bertulis
perkataan akhirat dalam karangan itu (memang tak akan jumpa pun).
.
Mustaffa
Seman menulis :
Tulah
sebabnya bila tak kenal nak bilang kenal.
Merapu
dan merepak je ceritanya.
Koyal
dengan angan2.
Abu
Zulfiqar menulis :
Macam
mana nak kenal (akan Allah), ISU DALAM TULISAN ORANG PUN TUAN
TERSILAP KENAL.
(*Maka
terpaksalah saya ulang semula bagi kali kedua kata-kata berikut....)
Jangan
melompat ke sana ke mari. Selesaikan mana2 yang sudah diucapkan
terlebih dahulu.
1.
Dalam tulisan saya itu, pada bahagian mana ada ditulis tentang ZAT?
Rasanya tak ada pun. Tolonglah tunjukkan.
2.
“Nampak” itu sama ke dengan nampak (tanpa koma)? Sebab
berdasarkan tulisan tuan, kedua2nya disamakan sesuka hati sahaja.
3.
Ada ke dalam tulisan saya itu ditulis akhirat sama dengan dunia. Atau
nampak di akhirat dan nampak di dunia itu sama? Rasanya tak ada pun.
Tolonglah tunjukkan jika ada. Nampak macam hentam sesuka hati sahaja
tuan menulis.
.
Mustaffa
Seman menulis (*Masih tak menjawab persoalan pun) :
Tulisan
tuan ni hendak ke mana?
Allah
tu nama bagi siapa?
Penglihatan
tuan tu datang dari mana dan hendak ke mana?
Bukankah
tuan nampak dengan penglihatan?
Penglihatan
tuan sekarang di mana?
Penglihatan
tuan di dunia atau di akhirat?
Abu
Zulfiqar menulis :
Masih
tidak menjawab dan tidak mahu bertanggung jawab. Ada 3 soalan sahaja
pun. Masih juga cuba lari ke sana ke mari. Jawab sahajalah 3 soalan
itu, tak perlu cuba mengalih. Saya tak mudah terpengaruh dengan
taktik sebegini.
(*Oleh
kerana masih mengelak ke sana-sini, maka tak ada gunanyalah untuk
memanjangkan diskusi lagi)
Dengan
itu, saya beranggapan dialog kita tamat di sini sahaja. Koleksi yang
bagus untuk diambil pengajaran. Terima kasih Tuan Mustaffa Seman.
Aslkm.
PENUTUP
Setelah
diberi peluang untuk menjawab tapi masih juga mengelak ke sana-sini,
maka setakat itu sahajalah. Kita tidak akan melayan
berpanjang-panjangan permainan sebegitu. Wallahu’alam.
Abu
Zulfiqar Al-Amsyari
21
Oktober 2020
.
BONUS
Sebagai
bonus, kita tanggaplah sedikit tulisan akhir (yang tidak menjawab
soalan itu) oleh teman kita ini yang berbunyi :
1.
Tulisan tuan ni hendak ke mana?
2.
Allah tu nama bagi siapa?
3,
Penglihatan tuan tu datang dari mana dan hendak ke mana?
4.
Bukankah tuan nampak dengan penglihatan?
5.
Penglihatan tuan sekarang di mana?
6.
Penglihatan tuan di dunia atau di akhirat?
(*Pencerahan
:
1.
Tulisan saya itu tidak ke mana-mana sangat
pun,
sekadar
menjawab persoalan yang dibangkitkan iaitu isu di dunia (bukan isu di
akhirat sebagaimana
yang disalahsangkanya),
tentang
“nampak”
pada hakikatnya akan Sifat dan Af’al Allah (bukan nampak Zat Allah
sebagaimana yang disalahsangkanya) dan
kemudiannya sedikit nasihat agar orang berhati2 jika mahu memahami
pelajaran mukasyafah ini. Itu sahaja.
Tidak
ada cerita tentang akhirat, tidak ada cerita tentang “nampak” Zat
Allah, tidak ada cerita tentang nampak Zat Allah dengan mata di
kepala.
2.
Yang ini jawab sendiri pun boleh kot.
3.
Dalam karangan saya itu tidak bercerita tentang penglihatan tetapi
bercerita tentang “penglihatan” (salah satu istilah kaum sufi).
Jauh bezanya tu.
4.
Tidak. Dalam karangan itu, saya tidak nampak dari segi hakikatnya
akan Sifat dan Af’al Allah dengan penglihatan, tetapi saya “nampak”
dengan “penglihatan”. Jauh berbeza tu. Nampak dengan penglihatan,
memang akan nampak makhluklah. Tapi bukan nampak jenis ini yang
dimaqsudkan dalam tulisan saya itu. Yang dimaksudkan dengan tulisan
saya itu ialah “nampak” dengan “penglihatan”. Jauh bezanya.
5
dan 6. Penglihatan saya sekarang pada mata kepala di dunia, manakala
“penglhatan” saya pula sekarang pada mata qalbu/mata ruh/mata nur
yang juga di dunia. Tidak dikaitkan dengan akhirat sedikit pun,
sebagaimana dalam karangan itu. Jadi jawapannya, penglihatan saya
adalah di dunia, DAN “penglihatan” saya juga adalah di dunia.
Kita
terjatuh, ada orang datang menolong, kita “nampak” Allah (bukan
nampak Zat Allah), kerana kita faham bahawa pada hakikatnya Allah
yang gerakkan orang itu untuk menolong kita.
Kita
tak sihat, kita makan ubat, kita “nampak” Allah (bukan nampak Zat
Allah) kerana kita faham bahawa yang menyembuhkan kita pada
hakikatnya hanyalah Allah, bukannya ubat atau tabib.
Suatu
hari tiba-tiba orang hadiahkan kita sebiji kereta baharu, kita pun
tengok yang beri hadiah dan tengok kereta, tapi kita “nampak”
Allah (bukan nampak Zat Allah) kerana kita faham bahawa pada
hakikatnya hadiah itu datangnya daripada Allah. Dia yang gerakkan
hati orang itu untuk beri kita hadiah dan Dia yang menjadikan seluruh
alam ini termasuklah kereta itu.
Kita
lihat burung terbang, kita “nampak” Allah (bukan nampak Zat
Allah) kerana kita faham bahawa pada hakikatnya si burung langsung
tidak ada sebarang daya upaya untuk terbang, melainkan Allah sahaja
yang berkuasa membuatkan ia terbang.
Kita
hulurkan bantuan kepada orang miskin, kita tengok diri kita dan
barang bantuan, kita “nampak” Allah (bukan nampak Zat Allah)
kerana kita yakin bahawa pada hakikatnya perbuatan baik kita itu
datangnya daripada Allah dan barang bantuan itu adalah pemberian
daripada Allah, bukan pemberian kita. Maka terhapuslah rasa berjasa
dan rasa sombong kita.
Kesemua
contoh “nampak” di atas adalah “nampak” di dunia, bukan di
akhirat.
TAMAT
Untuk
menambahkan lagi pengetahuan tentang kesilapan2 padangan yang biasa
berlaku terhadap TST (tasawuf, sufi, tarekat) agar kita tidak
terjebak ke dalamnya tanpa disedari, bagus jika dapat membaca satu
lagi pencerahan kepada seorang hamba Allah bertajuk SEMBANG2 TENTANG
TAREKAT
http://alexanderwathern.blogspot.com/2020/10/sembang2-tentang-tarekat.html
Semoga
dapat menambah pengetahuan dan pemahaman.