Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Friday, October 27, 2017

Kisah Pedang Setiawan yang Asal



Filem Pedang Setiawan iaitu The Storm Riders 1 dan 2 memang mengalami banyak perubahan berbanding cerita asalnya. Nak tahu cerita sebenar? Berikut adalah cerita sebenar Storm Riders 1 sebagaimana karya Ma Wing Shing.

Pedang Setiawan 1
Wira Utama iaitu Ketua Kumpulan Alam Semesta mendapat ramalan daripada Nujum Sakti yang berbunyi : “Ikan kap di dalam kolam akan menjelmakan diri menjadi naga apabila ia tersua dengan awan dan badai.” Maksudnya Wira Utama akan menjadi raja besar apabila dia bertemu dengan awan dan badai nanti.
Penjejak Awan (Huo Jing Jue) yang masih kecil ketika itu cuba dibunuh orang-orang upahan Wira Utama kerana bapanya tidak mahu menyerai Persatuan Alam Semesta tajaan Wira Utama tetapi Penjejak Awan diselamatkan oleh Pendekar Tanpa Nama dan muridnya Pedang Fajar.
Di tempat lain, Penjejak Badai (Nie Feng) pula diajar oleh bapanya iaitu Pedang Gila (Yan Wang) yang ganas akan cara hidup yang kasar. Badai dan bapanya pergi ke tempat Pedang Selatan. Sebelum bertempur dengan Pedang Selatan (Din Shui) iaitu bapa kepada Penduga Arus, Pedang Gila menyerahkan Pedang Salji kepada Badai.
Suatu hari Awan yang diselamatkan oleh Tanpa Nama berlatih tempur dengan murid Tanpa Nama iaiatu Pedang Fajar. Awan menyerang Fajar dengan Gaya Kesedihan Tidak Terperi yang dicuri tengoknya ketika Tanpa Nama melatih Fajar. Tanpa Nama yang menyaksikan perlawanan itu dapat mengesan sifat yang kurang baik pada diri Awan. Oleh itu, walaupun Awan bersungguh-sungguh mahu menjadi murid Tanpa Nama, Tanpa Nama keberatan hendak melatihnya lalu menyuruh Awan berguru dengan Sami Bu Xu. Awan merajuk lalu membawa diri.

Pedang Setiawan 2
Penduga Arus diserang sekumpulan Perompak Loksan. Perompak -perompak itu berjaya dikalahkan setelah Badai masuk campur.
Sementara itu bapa Badai dan bapa Arus sedang bertempur tanpa pengetahuan anak-anak mereka. Pedang Gila (bapa Badai) hanya menggunakan pisau biasa bertempur dengan Pedang Selatan yang menggunakan Pedang Api. Namun Pedang Selatan tidak menghunuskan Pedang Api kerana Pedang Gila tidak menggunakan Pedang Salji.
Pada batu di tepi sungai tempat mereka bertempur itu tertulis : “Gua Awan akan terbakar apabila air sungai meningkat ke lutut Buddha.”
Dalam diam-diam, ada 3 orang sedang mengintip pertarungan Pedang Gila vs Pedang Selatan. Ketua pengintip itu ialah Penjejak Awan.

Pedang Setiawan 3
Badai dan Arus ditelan gelombang air sungai kerana peningkatan mendadak air sungai. Badai berusaha dan berjaya selamatkan Arus. Kemudian Badai dan Arus ternampak bapa-bapa mereka sedang bertarung.
Pedang Selatan (bapa Arus) ternampak Pedang Salji berada di tangan Badai. Dia pun menyerang Badai kerana mahu mengalahkan Pedang Salji yang ada pada Badai itu.
Badai yang menggunakan Pedang Salji baru sahaja bertempur dengan Pedang Selatan yang menggunakan Pedang Api apabila tiba-tiba Pedang Selatan diserang hendap oleh pengikut Awan iaitu Hamba Tawan. Badai pula diserang hendap oleh Hamba Maut dan Pedang Salji dirampas.

Pedang Setiawan 4
Pedang Selatan (bapa Arus) yang asalnya sanggup anaknya dibunuh daripada menyerahkan Pedang Api kepada Awan dna ornag-orangnya, bersikap sebaliknya apabila Awan memberi tahu yang gurunya ialah Wira Utama. Hati Pedang Selatan menunduk apabila mendengar nama Wira Utama.
Sementara itu Pedang Gila (bapa Badai) pula telah ditarik ke dalam gua itu oleh sesuatu yang sangat dahsyat dan berapi-api lalu hilang. Hamba Tawan pula terbakar maut oleh api itu.
Badai terjatuh ke dalam sungai dan hanyut sejauh 10 batu. Arus dan Badai diambil oleh Awan dan dibawa kepada Wira Utama. Wira Utama tertarik dengan mereka terutamanya Badai. Di berjanji untuk mengajarkan Hikmat Tendangan Puyuh kepada Badai.

Pedang Setiawan 5
Wira Utama memaksa Badai menjadi murid ketiganya (selepas Chin Shang dan Awan) walaupun pada mulanya Badai enggan dan melawan.
Sementara itu Awan dimarahi oleh Wira Utama kerana gagal mendapat Pedang Api dan Pedang Salji. Sebenarnya Awan sangat ketakutan dan sering alami trauma kerana teringat akan makhluk berapi di dalam gua itu.
Kemudian Awan yang angkuh terpaksa datang merawat Badai kerana diperintahkan oleh Wira Utama. Akibat desakan Badai, Awan pun beritahu Badai bahawa semua yang di Gua Awan sudah mati termasuklah bapa Badai iaitu Pedang Gila.
(Imbas kembali) Kumpulan Alam Semesta ditubuhkan 10 tahun lalu, antara 5 kumpulan gelap terbesar di China. Pusatnya di Gunung Tien Shan. 6 tahun kemudian… Badai berjaya membunuh Wira Tunggal yang selama hari ini menjadi duri dalam daging atau saingan senyap kepada Wira Utama. (Tamat imbas kembali)
Suatu hari, Pendekar Tinju Selatan cuba mendapatkan Kera Api dengan cara memeblinya daripada Lung Chou/Long Xiu (murid utama Kumpulan Sukaria, orangnya setinggi 7 kaki) tetapi Pendekar Tinju Selatan ditewaskan.
Kera Api itu diperlukan untuk membolehkan seseorang itu bertemu dengan Nujum Sakti yang mahir meramal dan memberi panduan untuk mengubah nasib. Nujum Sakti juga mahir menyamar. Dia terpaksa menyamar kerana tidak mahu lagi membuka rahsia nasib manusia. Lagi banyak dibuka, lagi sakit tubuh badannya.
Ketika itu datang Chin Shang (Ketua Dewan Fros, iaitu salah satu daripada 3 dewan di bawah Kumpulan Alam Semesta milik Wira Utama) dan isterinya Kung Chi ke tempat itu. Datang juga Badai. Mereka dicabar bertarung oleh 5 murid utama Kumpulan Sukaria.
Wira Utama mempunyai 3 hikmat istimewa iaitu Tinju Fros, Cakar Awan dan Tendangan Angin Puyuh.

Pedang Setiawan 6
Kumpulan Sukaria Diketua oleh Bapak Sukaria.
Murid 1 = Long Chou (Long Xiu) yang tinggi dan sangat pantas.
Murid 2 – Pedang Rimau.
Murid 3 – Pisau Serigala.
Murid 4 – Berus Bangau.
Murid 5 – Cangkuk Ular.
4 murid utama Sukaria bertempur dengan Badai tetapi mereka mengaku kalah. Long Chou pula masih angkuh dan bertempur dengan Badai. Ketika itu sebatang anak panah entah dari mana menyerang Badai dengan mengejut. Badai terpaksa mengelakkannya.
Di tempat lain, Awan sedang berlatih di air terjun. Tiba-tiba dia cuba mencekik seorang wanita yang menjadi pelayannya.

Pedang Setiawan 7
Tikus Bumi dan Tikus Angkasa cuba mencuri kawah berisi Kera Api dari bawah tanah tetapi gagal.
Badai ada satu hikmat lagi iaitu Hikmat Menenangkan Jiwa.
Ketika berebut Kera Api, muncul seorang pengintip yang mahir dengan 18 Cakar Menguasai Naga. Tendangannya setanding dengan Badai.
Di tempat lain, Awan membunuh wanita pelayan yang dicekiknya.
Awan pernah ditugaskan untuk menyerang Leng Bu Fang yang keluar daripada Kumpulan Alam Semesta beberapa bulan lalu di Kubu Rantaian. Kuan Chat selaku Ketua Kumpulan Kota Rantaian dan Sami Sik Bu menantinya untuk bertempur di Kubu Rantaian.

Pedang Setiawan 8
Badai cuba mengejar pencuri-pencuri Kera Api itu tetapi dia terhalang oleh 9 anak panah yang dilepaskan oleh Phoenix (isteri Long Chou).
Seterusnya Badai cuba juga mengejar orang yang menendangnya yang mahir dengan 18 Cakar Menguasai Naga itu walaupun dinasihati agar jangan dikejarnya oleh Kung Chi (isteri Chin Shang) yang ada hati dengan Badai.
Dalam pengejaran itu, Badai terjumpa Penduga Arus (yang sudah 6 tahun diburu oleh Wira Utama atas sebab-sebab tertentu). Sebenarnya mereka masih berkawan. Setiap 2 atau 3 tahun, mereka akan berlawan berhampiran Gua Awan tempat mahluk berapi itu. Badai pun berhenti mengejar. Sebenarnya ketika itu Penduga Arus sedang mengalihkan perhatian Badai daripada mengejar sekutu Penduga Arus iaitu Tuku Ming yang mahir dengan 18 Cakar Menguasai Naga itu. Bersama-sama mereka ada seorang jaguh besar yang dikenali sebagai Pedang Sakti.

Pedang Setiawan 9
Pedang Sakti Tunggal yang sangat tajam hingga mampu memotong logam merupakan pedang pusaka Kumpulan Kota Utama. Ketuanya Tuku Ming.
(Imbas kembali) 6 tahun lalu, Badai dipercayai telah membunuh bapa Tuku Ming iaitu Ketua Kumpulan Kota Utama. Jadi Tuku Ming mahu membalas dendam. (Tamat)
Penduga Arus sebenarnya ditugaskan untuk membunuh Chin Shang oleh jaguh yang bersama-sama dia dan Tuku Ming iaitu Sang Pedang Utama atau Pedang Sakti.
Berbalik kepada kisah Awan menyerang Kubu Rantaian. Dia berjaya membunuh Kuan Chat. Rupa-rupanya Lim Bu Fang ialah perisik yang sengaja disamarkan oleh Awan untuk menyusup masuk ke Kota Rantaian untuk mencari maklumat. Tetapi Lim Bu Fang pun dibunuhnya juga.

Pedang Setiawan 10.
Awan diserang curi oleh Sami Sik Bu dengan Cakar Shaolin. Kemudian Sami Sik Bu melarikan diri.
Awan diserang oleh pembantunya sendiri iaitu Sik Am Tien tetapi Awan menang.  Dia lepaskan sahaja Sik Am Tien. Sik Am Tien dahulunya pernah bertempur dengan Awan tetapi kalah lalu menjadi hambanya.
Nujum Sakti rupa-rupanya terkena racun. Dia perlukan Kera Api dalam masa 6 jam. Long Chou dan isterinya Phoenix datang menyerahkan Kera Api kepada Chin Shang yang sedang membawa Nujum Sakti. Nujum Sakti semakin tidak sihat selama hari ini kerana dia banyak mendedahkan rahsia takdir manusia. Tetapi pencari-pencarinya terus mencari dirinya.
Ketika mengawasi Phoenix, Badai mendapat surat melalui seekor burung utusan daripada kekasih yang belum pernah ditemuinya bernama Meng. Menurut surat itu, mereka akan bertemu di Villa Air Dangkal.
Tiba-tiba Long Chou diserang dengan mengejut oleh seorang jaguh misteri yang berakit. Seterusnya si misteri yang hebat itu melarikan Nujum Sakti dan cucunya yang masih kecil. Chin Shang dan Badai cuba menghalang tetapi gagal. Ternyata Nujum Sakti kenal si misteri itu iaitu tidak lain ialah Wira Utama sendiri.
(Imbas kembali) 4 tahun lalu Nujum Sakti sudah meramal tentang Wira Utama, Awan dan Badai sekali lagi. Tilikannya berbunyi : “Engkau berjaya dengan Badai dan Awan, engkau jatuh juga kerana Badai dan Awan.” 9Tamat)
Kini Wira Utama mahukan kepastian. Dia bengang kerana ramalan itu tetap akan dilaluinya juga walaupun dia sudah berusaha untuk memisahkan Badai dan Awan. Wira Utama tidak mahu rahsia itu bocor lalu dia membunuh Nujum Sakti dan cucunya.
Tiba-tiba Chin Shang dan Badai sudah sampai. Wira Utama menggunakan hikmat sulitnya iaitu Hikmat Telunjuk Sakti dan berjaya melepaskan diri. Chin Shang gagal mengenalinya.
Sementara itu Badai pergi ke pondok kincir air untuk bertemu dengan Meng.
Di tempat lain, satu pertemuan diadakan melibatkan Pedang Sakti, Tuku Ming, Penduga Arus dan Sami Sik Bu.

Pedang Setiawan 12
(Imbas kembali) 5 tahun yang lalu Badai ditugaskan menyerang Putera Layang yang mahir hikmat meringankan badan. Badai tercedera. Dia dirawat oleh seseorang. Selepas itu Badai sering menerima surat melalui burung daripada perawatnya yang dikenali sebagai Meng. (Tamat)
Badai menegur seorang gadis di jambatan yang disangkanya sebagai Meng. Dia tersalah orang tetapi gerak -geri wanita itu memang mencurigakan.
Kung Chi datang untuk menemani Badai yang dicintainya tetapi Badai menjauhkan diri. Awan pula datang dan cuba merapati Kung Chi yang dicintainya tetapi dia berundur kerana Badai merenungnya dengan tajam.
(Imbas kembali) 6 tahun lalu, Badai membunuh Wira Tunggal, Tuan Kota Utama, rakan seguru Pedang Sakti. Badai berjaya berjaya mendahului Awan. (Tamat imbas kembali)
Awan diserang oleh Pedang Sakti, Penduga Arus, Tuku Ming dan Sami Sik Bu. Pedang Sakti menggunakan Gaya Tunggal Pedang 21 dan berjaya menewaskan Awan. Awan tertangkap. Kemudian mereka pergi mencari Badai pula.

Pedang Setiawan 13
Walaupun Pedang Sakti, Tuku Ming dan Sami Sik Bu menyerang Badai, tetapi senyap2 rakan mereka iiatu Penduga Arus mahu menolong melepaskan Badai.

Pedang Setiawan 14
Badai sebenarnya mewarisi darah kegilaan daripada datuk dan bapanya.
Dalam serangan kumpulan Pedang Sakti itu, Penduga Arus berjaya selamatkan Badai secara diam-diam. Sebenarnya sudah lama Arus dimusuhi oleh Wira Utama tetapi dia berlindung dengan jaguh bernama Pedang Sakti tersebut.
Suatu malam Penduga Arus mencerobohi takhta Wira Utama. Dia datang bersama-sama Pedang Sakti yang menyatakan cabarannya kepada Wira Utama dalam 7 hari. Pedang Sakti meninggalkan pedangnya yang sumbing di 21 tempat itu di sana. Wira Utama berpendapat orang yang menyumbingkan pedang itu tidak lain ialah seseorang yang sudah meninggal dunia (Pendekar Tanpa Nama). Kemudian Pedang Sakti pergi membunuh kekasihnya dan anaknya. Lalu dia menunggu satu-satunya orang yang pernah mengalahkannya iaitu Tanpa Nama di kubur isteri Tanpa Nama.

Pedang Setiawan 15
(Imbas kembali) Setelah kematian ibu bapa Tanpa Nama, dia dipelihara oleh seorang Jeneral. Apabila jeneral itu berpakat dengan musuh, Tanpa Nama pun mengasingkan diri lalu dikenali sebagai Tanpa Nama. Ketika berusia 16 tahun, dia berjaya mencipta Hikmat Pedang Tanpa Nama. Pada usia 19, dia berkahwin. Ketika itu orang mula membanding-bandingkannya dengan Pedang Sakti yang telah memang telah lama mayshur.
Suatu ketika 7 buah sekolah mencabar Tanpa Nama di Gunung Kuning lalu dikalahkannya.
Tersebar berita mengatakan Pedang Sakti memencilkan diri. Maka Tanpa Nama yang berusia 22 tahun pun dianggap sebagai pendekar yang terbaik pada masa itu.
Suatuu hari isteri Tanpa Nama dibunuh orang ketika ketiadaannya. Dia gagal mencari para pembunuhnya. Oleh kerana sangat sedih, dia pun mati. Begitulah khabar yang tersebar. Selepas itulah munculnya bintang baru iaitu Wira Utama yang dianggap jaguh terbaik.
Sebenarnya dalam diam-diam Tanpa Nama pernah menerima cabaran Pedang Sakti. Pedang Sakti dengan Gaya Pedang ke-21 tewas lalu memencilkan diri dari dunia kepahlwanan kerana itulah syaratnya. Kemudian dia pun berlatih sehingga berjaya mencapai Gaya Pedang ke-22. (Tamat)
Untuk menghadapi cabaran Pedang Sakti, Wira Utama berlatih Hikmat Jari Sakti Tri-tunggal.
Badutman yang menjadi kesayangan Wira Utama telah terlanjur cakap tentang takdir di hadapan Wira Utama. Wira Utama perintahkan orang menggeledah biliknya dan menemui maklumat-maklumat tentang takdir Wira Utama. Wira Utama mula mengesyaki Badutman tahu rancangannya terhadap Badai dan Awan. Badutman sudah takut. Dia cuba lari tetapi disekat oleh Chin Shang.
Badai pula tidak kembali ke Persatuan Alam Semesta kerana dia bakal bertempur dengan Penduga Arus nanti. Oleh itu dia pun merayau-rayau dan menumpang sebuah kereta lembu. Tiba-tiba ada sami yang hebat menumpang sama, namanya Bu Shi.

Pedang Setiawan 16
Chin Shang serahkan surat Badutman untuk Awan dan Badai kepada Wira Utama, tetapi secara diam-diam dia menyimpan surat Badutman untuk dirinya. Malangnya isterinya iaitu Kung Chi membocorkan rahsia dengan membawa surat itu kepada Wira Utama.
Badai dan Arus di Gua Awan pula tidak jadi bertempur kerana suatu hari nanti mereka pasti akan bertempur juga kerana berada dalam kumpulan yang bertentangan.

Pedang Setiawan 17
Selepas Arus pergi, Badai terdengar sesuatu dari Gua Awan lalu memasukinya. Tanpa diduga dia terjumpa Penjejak Awan yang dirantai. Rupa-rupanya Awan belum dibunuh kerana Penduga Arus mahu timbulkan perang besar dalam Kumpulan Alam Semesta nanti apabila Awan dan Badai bertembung sesama sendiri. Maka ketika itu bolehlah dia mengambil peluang.
Di tempat lain, seseorang datang ke pusara isteri Tanpa Nama iaitu Sami Bu Shi atau Sami Bukan Hampa. Pedang Sakti yang menanti di situ tidak percaya Tanpa Nama sudah mati lalu menyerang Sami Bukan Hampa.
Semenetara itu banyak pendekar dari serata tempat berkumpul di kota untuk menyaksikan pertarungan Wira Utama vs Pedang sakti.
Badai dan Awan pun sudah pulang.

Pedang Setiawan 18
Awan cuba berkeras untuk masuk ke Dewan Fros untuk bertemu Kung Chi walaupun dihalang oleh Chin Shiang. Rancangan Awan terbantut apabila tiba-tiba Wira Utama menegurnya.
Semenetara itu Badai pula pergi bertemu Anggerik (anak Wira Utama) di Pondok Kolam. Kung Chi selaku ketua Pondok Kolam menghantar Badai dengan perahu. Sebenarnya Perkahwinan Chin Shang dan Kung Chi dahulu diaturkan oleh Wira Utama atas sebab-sebab tertentu.
Pada ketika yang lain, Awan memaksa Kung Chi bermesra dengannya tetapi tiba-tiba muncul Badai. Awan mendesak Badai lalu mereka pun bertempur.

Pedang Setiawan 19
Awan bertempur dengan Badai.

Pedang Setiawan 20
Badai hampir-hampir kalah apabila tiba-tiba kekuatan ghaibnya yang kejam itu iaitu darah gilanya teraktif. Awan pula mempraktikkan Gaya Awan Melingkupi Kayangan yang bakal mendatangkan maut. Kung Chi terkena serangan maut Awan apabila dia menyelit di antara Badai dan Awan. Tangan kirinya putus dan terlanggar batu. Chin Shang menyambutnya tetapi dirampas oleh Awan.
Di pusara isteri Tanpa Nama, letika Pedang Sakti mencabar Sami Bukan Hampa, tiba-tiba pedang Tanpa Nama melayang dan terpacak. Adakah Tanpa Nama masih hidup dan sudah datang? Rupa-rupanya pedang itu dibawa oleh murid Tanpa Nama iaitu Pedang Fajar.
Pedang Sakti mencabar Fajar lalu menggunakan Gaya Pedang 22 tetapi dipatahkan oleh Pedang Fajar. Kisahnya, Tanpa Nama sedar yang Pedang Sakti tentunya akan meningkatkan ilmunya lalu Tanpa Nama siap-siap mencipta hikmat pengekangnya. Sebab itulah Gaya Pedang ke-22 itu berjaya dipatahkan oleh Pedang Fajar.
Menurut Pedang Fajar berdasarkan kata-kata gurunya, Gaya Pedang ke-23 memang tidak mustahil dicapai tetapi tidak dapat dicipta oleh manusia. Kemudian Pedang Fajar membawa Pedang Sakti menemui seseorang….. Siapakah orang itu?

Pedang Setiawan 21
Ternyata orang itu ialah Tanpa Nama yang masih hidup. Pedang Sakti menduga Tanpa Nama tetapi jelas Tanpa Nama adalah lebih hebat daripadanya. Tanpa Nama meminta agar Pedang Sakti membatalkan pertarungannya dengan Wira Utama.
Sebelum mati, Kung Chi membuka rahsia bahawa dia sebenarnya mencintai Badai. Ketiga-tiga wirawan itu sangat terkejut. Kemudian datang Wira Utama untuk mengambil mayat Kung Chi.

Pedang Setiawan 22
Ternyata Tanpa Nama sudah berjaya mencapai Hikmat Pedang Syurga.
Pada hari pertarungan besar itu, surat Badai tiba ke tangan Chin Shang mengatakan Badai menyesal atas kisah Kung Chi dan mahu pergi dari tempat mereka.
Pedang Sakti sudah terlalu tua dan hari ajalnya juga sudah tiba tetapi bayangannya masih mampu bergerak untuk menyerang Wira Utama. Jasadnya tertinggal di tangga bangunan tetapi jiwanya masih pergi bertarung.

Pedang Setiawan 23
Long Chou/Long Xiu dan Phoenix terjumpa wanita mengandung yang hampir mati. Mereka cuba selamatkan kandungannya. (Bayi ini nanti akan membesar sebagai seorang jaguh)
Pedang Sakti sudah berjaya memukul Wira Utama dan hampir-hampir sangat untuk mengalahkannya apabila Awan menyerang jasad Pedang Sakti yang tertinggal di luar bangunan. Ternyata Pedang Sakti telah berjaya mencapai Pedang Gaya ke-23. Sebab itulah semangatnya masih boleh bertempur walaupun jasadnya sudah mati. Dengan tindakan Awan itu, Pedang Sakti pun mati seluruhnya manakala Wira Utama terselamat daripada maut.

TAMAT KISAH PEDANG SAKTI

Pedang Setiawan 24
Bayi yang disambut kelahirannya oleh Phoenix dan suaminya  Long Xiu itu sebenarnya memang sudah diramalkan oleh Nujum Sakti.
Sebaik-baik sahaja Pedang Sakti mati, Penduga Arus berlawan dengan tentera Wira Utama menggunakan Pedang Api yang sudah lama hilang itu. Sekutunya iaitu Tuku Ming menggunakan Gaya Membunuh Naga Membuka Jalan.

Pedang Setiawan 25
Arus terkejut terjumpa Badai. Rupa-rupanya itu bukan Badai tetapi anak perempuan Wira Utama iaitu You Ruo (Anggerik).
Pedang Fajar bersama-sama sebilah pedang iaitu Pedang Perwira/Pedang Pendekar milik Tanpa Nama telah tiba di hadapan Wira Utama. Jaguh-jaguh penyokong Wira Utama cuba menyerangnya. Kehadiran Pedang Fajar adalah membawa pesan Tanpa Nama untuk meminta agar Wira Utama melepaskan Tuku Ming dan Sami Sikbu.
You Ruo (Anggerik) menyelamatkan Arus kerana Arus merupakan teman baik Badai.
Badai pula menolong Tuku Ming dan Sami Sikbu atas permintaan adik Tuku Ming iaitu Tuku Meng.
Wira Utama pun melepaskan Tuku Ming dan Sami Sikbu tetapi bukan kerana permintaan Tanpa Nama, sebaliknya kerana dia telah tercedera akibat serangan Pedang Sakti. Jadi dia belum tentu dapat mengalahkan Pedang Fajar.
Wira Utama mahu berehat sebentar untuk memulihkan diri. Dia serahkan kepada Chin Shang untuk menewaskan Badai dan Awan. Katanya Chin Shang akan dibantu oleh seseorang.
Di tempat lain, Awan menguburkan Kung Chi dalam gua air batu. Dia juga membawa skroll Hikmat Pedang ke-22 yang diambilnya daripada mayat Pedang Sakti.

Pedang Setiawan 26
Di rumah arwah Raja Pendekar yang diketuai oleh Lu Yi, mereka mendapat hantaran kepingan-kepingan wang emas tetapi tidak tahu siapa yang mengirimnya. Kemudian datang Awan datang bersama sebuah keranda. Dia mahukan Semangat Salji milik keturunan Lu Yi itu. Lu Yi berhelah dan berjaya menghantar surat kepada Wira Utama.
Raja Pendekar itu walaupun sudah lama mati tetapi jasadnya kekal terawet kerana ada suatu benda iaitu Semangat Salji pada tubuhnya. Jenazah Kung Chi pun diberi Semangat Salji setelah Awan merampasnya.

Pedang Setiawan 27
Chin Shang berkejar mencari Awan. Chin Shang hairan kerana kesan-kesan yang tinggal menunjukkan Awan sudah ada ilmu baru iaitu ilmu pedang yang hebat (kerana sebenarnya Awan sudah berlatih hikmat peninggalan Pedang Sakti).
Setelah semadikan Kung Chi, Awan kembali ke Kota Alam Semesta. Sewaktu dia menyelongkar, Awan naik marah kerana rupa-rupanya Kung Chi masih menyimpan belalang anyaman Badai ketika remaja dulu.

Pedang Setiawan 28
Penolong kepada Awan cuba mengambil alih pengaruh Awan dalam Kumpulan Alam Semesta. Awan berjaya membunuhnya. Seterusnya Awan menceroboh masuk ke bilik belajar Wira Utama. Dia cuba mencari Pedang Tunggal/Pedang Utama. Ternyata di kawasan bilik itu ada sepasang suami isteri misteri. Siapakah mereka?
Awan berjaya mencuri Pedang Utama. Awan boleh sahaja membunuh Wira Utama dengan Pedang Utama ketika Wira Utama sedang berlatih hikmat barunya, tetapi dilepaskannya begitu sahaja buat kali ini sebagai membalas jasa Wira Utama membesarkannya.
Dewa Penyapu iaitu salah seorang penghuni msteri di bangunan itu menyerang Awan dengan penyapu besinya. Tiba-tiba juga ada suara seorang budak yang suruh Dewa Penyapu menghentikan serangannya. Kata-kata itu dipatuhi oleh Dewa Penyapu.
Tiba-tiba Wira Utama telah berjaya menguasai Hikmat Tiga Tenaga Asal. Wira Utama pun mengambil langkah untuk menangani Awan.

Pedang Setiawan 29
Wira Utama berjaya mencederakan Awan. Awan terhumban hingga terpecah tembok dinding. Di sebalik tembok itu ternyata ada jaguh-jaguh handalan termasuklah Budak Raja (budak yang bersuara tadi), Dewa Pelahap, Raja Anjing, Bayangan Hantu dan Pelakon Utama. Wira Utama mendedahkan rahsianya  bahawa memang dia yang menggunakan Kung Chi untuk memecah-belahkan ketiga-tiga anak muridnya itu. Sebab itulah dia menjodohkan Kung Chi dengan Chin Shang.
Untuk menyelamatkan dirinya, Awan menggunakan Hikmat Pedang Keramat hasil latihannya akan skroll hikmat Pendekar Pedang Sakti . Semua di situ terkejut dan berlari keluar kecuali Wira Utama. Wira Utama cuma terluka sedikit. Dalam usaha untuk melepaskan diri, Awan diselamatkan oleh seorang suruhan yang dihantar oleh Chin Shang.
Selepas kematian Kung Chi, Badai yang berasa bersalah telah memencilkan diri di Desa Sungai Phoenix. Tiba-tiba dia dikunjungi oleh Tuku Ming dan Sami Sikbu.

Pedang Setiawan 30.
12 Ifrit Danau Keramat merupakan kumpulan pembunuh upahan. Sudah 20 tahun mereka tidak tunjuk muka.
1.       Budak Raja sebagai ketua.
2.       Pak Gita yang bersenjatakan tongkat panjang.
3.       Mak Mek, isteri Pak Gita.
4.       Pelakon Utama.
5.       Dewa Pelahap.
6.       Bayangan Hantu.
7.       Raja Anjing.
8.       Dewa Sapu.
9.       Tangan Gelap.
10.   Kaki Hitam.
11.   Tok Kertas.
12.   Pinang Muda.
Mereka berlindung selama 20 tahun di bangunan Wira Utama itu kerana takut akan Pedang Sakti. Kini Wira Utama meminta mereka membunuh Awan dan Badai. Asalnya kumpulan mereka terdiri daripada 108 orang jaguh. Pedang Sakti menyerang mereka. Setelah bertempur 7 hari 7 malam, mereka pun tewas.
Yang datang mencari Badai ramai-ramai itu termasuklah Tuku Ming dan Sami Sikbu sebenarnya disertai oleh Chin Shang, Awan dan Badutman. Chin Shang yang aturkan pertemuan itu agar mereka dapat bergabung. Ketika mereka berbincang, 11 Ifrit Danau Keramat tanpa Budak Raja tetapi diketuai oleh Wira Utama datang menyerang.

Pedang Setiawan 31
Dalam serangan itu, Badutman telah terbunuh. Yang lain-lain berjaya melarikan diri. Yang memecahkan rahsia keberadaan mereka rupa-rupanya ialah Penduga Arus.
Melihatkan kekejaman Wira Utama, maka Pak Gita dan Mak Mek menghalang kekejamannya. Perhatian Wira Utama pun terganggu. Ketika itulah Awan berjaya menikamnya.

Pedang Setiawan 32
Apabila Wira Utama mempraktikkan Hikmat Tiga Jari Utama, Chin Shang teringat bahawa lelaki misteri yang membunuh Nujum Sakti dahulu memang menggunakan gaya sebegitu. Nyatalah Wira Utama yang membunuh Nujum Utama dan anak kecilnya.
Chin Shang, Awan dan Badai bertempur dengan Wira Utama. 12 Ifrit Danau Keramat nampaknya acuh tak acuh sahaja hendak menolong Wira Utama. Wira Utama berjaya mencederakan 3 lawannya itu. Badai pindahkan baki tenaganya kepada Tuku Ming untuk bertempur dengan 12 Ifrit. Namun Tuku Ming ditewaskan oleh Pelawak Utama dan Raja Anjing. Sami Sikbu pula pindahkan tenaganya kepada Awan kerana dia sedar bahawa hanya gandingan Awan dan Badai sahaja yang dapat kalahkan Wira Utama.

Pedang Setiawan 33
Setelah memindahkan tenaganya kepada Awan, Sami Sikbu pun mati.
Dalam pertarungan Awan dengan Wira Utama, sebelah tangan Awan diputuskan oleh Wira Utama. Sewaktu pertarungan  itu berlangsung, lalu seorang lelaki dengan anaknya di kawasan itu. Siapakah mereka?
Wira Utama keluarkan satu patung kuda mainan kecil lalu mengarahkan 12 Ifrit menyerang. Ternyata mereka terpaksa patuh kerana patung kuda kecil itu milik Budak Raja dan amat bermakna buat mereka.
Lelaki misteri tadi dan anaknya terus mengambil air di perigi tanpa masuk campur pertarungan itu.
Akhirnya Awan dan Badai bercantum tenaga. Mereka berjaya membunuh Dewa Sapu dan mencederakan Raja Anjing. Raja Anjing pindahkan tenaganya kepada anjing bulldognya lalu dia pun mati. Anjing itu pula menyerang. Kemudian mata kiri Badai dibutakan oleh Wira Utama.
Badai dan Tuku Ming berjaya melarikan diri tetapi kemudiannya rebah kerana kehabisan tenaga.

Pedang Setiawan 34
Lelaki misteri itu berlambang unikorn api di lengannya. Dia menolong Awan. Pelakon Utama yang ternampa lelaki itu berasa ketakutan.
(Imbas kembali) Pelakon Utama teringat 26 tahun yang lalu. Suatu hari dia diarahkan oleh Budak Raja untuk membunuh seorang menteri. Seorang penebang kayu bergambar unikorn di lengannya telah menggagalkan usaha Pelakon Utama. Dia ditumbuk dan melayang 100 kaki. Apabila sedar, mukanya sudah rosak. Sebab itulah dia mula bertopeng sehinggalah sekarang. (Tamat)
Lelaki misteri itu pun beredar dengan anak perempuannya (Yu Yu Chu). Wira Utama dan yang lain-lain hanya melihat sahaja.
Sebelum ini Chin Shang mengugut Wira Utama kononnya Anggerik berada di tangannya dan boleh dipengapakannya, rupa-rupanya Chin Shan suruh Anggerik menunggu Badai di Kuil Sentosa. Anggerik sabar menanti di Kuil Sentosa tetapi… yang datang adalah Wira Utama.
Badai, Tuku Ming dan penyelamat-penyelamat mereka berlindung dalam sebuah gua. Tuku Ming mahu membunuh Badai tetapi dibatalkan niatnya. Hal ini kerana fikirnya walaupun Badai membunuh ayahnya dulu tetapi Badai juga sekarang berjasa menyelamatkannya.
Malam… Pak Gita dan Mak Mek menyusup masuk ke gua itu.
Di tempat lain, Awan terjaga dan mendapati dirinya di sebuah rumah tukang ubat. Lelaki berlengan unikorn itu iaitu Yu Yu pun ada di sana. Awan ternampak manusia kerdil (Tabib Sakti) yang menyelamatkan Awan memotong tangan unikorn Yu Yu. Kemudian tangan itu disambung ke tangan Awan yang terputus.

Pedang Setiawan 35
Pak Gita dan Mak Mek tidak sampai hati membunuh Badai, lalu mereka mencederakan diri masing-masing untuk mati bersama-sama. Mereka meminta Tok Kertas menggerakkan perahu mereka nanti.
(Imbas kembali) 30 tahun dahulu, Yu Yu seorang tukang besi biasa. Suatu malam unikorn berapi menyerang kampungnya. Yu Yu turut melawan unikorn tetapi badan unikorn itu kebal. Yu Yu berjaya menikam satu tempat yang tidak ada sisik di badan unikorn. Darah unikorn itu terkena sebelah tangan Yu Yu. Kuasa tangan itu baru diketahuinya apabila keluarganya dibunuh majistret daerah. Dia mengamok dan menyerang tempat majistret. Dia membunuh 103 orang kecuali anak perempuan majistret itu. (Tamat)

Pedang Setiawan 36
Ketika Awan dan Yu Yu berada di gua unikorn, Bayangan Hantu menyerang. Ternyata tangan unikorn pada Awan tidak lut senjata dan berapi pula. Awan membunuh Bayangan Hantu walaupun dia merayu bahkan Yu Yu juga menasihati Awan tetapi tidak berjaya.
Badai yang cedera berasa geram dengan kekejaman musuh-musuhnya lalu berjaya membunuh Dewa Pelahap.
Muncul unikorn berapi lalu membunuh Pinang Muda dan anjing bulldog.

Pedang Setiawan 37
Badai cuba melawan unikorn tetapi tidak berjaya. Kemudian Badai lari ke dalam air. Unikorn itu ternyata tidak takut untuk berada di dalam air. Akhirnya Badai bertekad berhadapan dengan unikorn tetapi unikorn itu tiba-tiba menjadi reda semangat tempurnya dan berlari masuk ke gua. Di dalam gua itu, Badai terdengar muzik yang pernah dimainkan oleh ibunya.
Penduga Arus teringat ketika dia mengikat Awan di dalam gua itu. Dia terjumpa Pedang Api. Kemudian Arus pergi ke rumah lamanya zaman kanak-kanak. Dia terjumpa kitab nenek moyangnya berjudul Petua Keluarga Duan. Di dalamnya ada cerita kaitan keluarganya dengan unikorn.
(Imbas kembali) 100 tahun dahulu, unikorn mengganas. Moyang Arus iaitu Duan Zhen Xian berjaya melukai unikorn. Unikorn lari dan meninggalkan satu sisiknya. Sisik itulah yang ditempa pedang menjadi Pedang Api. Kuasa pedang itu memang hebat. Oleh itu moyangnya berniat mahu memakan daging dan darah unikorn itu agar jadi lebih hebat tetapi unikorn tidak pula muncul-muncul. Dia pun berpesan kepada keturunannya agar menunggu unikorn. (Tamat)
Arus menanti kemunculan unikorn untuk bertempur dengannya. Arus sangkakan unikorn yang datang tetapi ternyata Badai. Arus mengakui dia yang kenakan Badai dan kawan-kawannya.
Muncul unikorn. Badai cuba halang Arus tetapi dia tetap berdegil untuk melawan unikorn.
Sementara itu Awan pula tetap pergi ke pekan Nan An walaupun berbahaya. Dia pergi ke sebuah restoran.

Pedang Setiawan 38
Rupa-rupanya Arus ada memasang jerat untuk unikorn itu. Jerat yang dipasang oleh Arus untuk unikorn turut terkena Badai, tetapi Arus tidak kesah kerana jiwanya sudah dipengaruhi Pedang Api.
Di restoran pula,  Inspektor Sakti, Pelopor Kanan dan Pelopor Kiri berjaya mengalahkan beberapa orang penjahat. Awan ke pekan itu kerana Inspektor Sakti ialah saudara kepada majistret yang dibunuh oleh Yu Yu. Anaknya Yu Yu Chi minta Awan menolong bapanya dalam hal ini kerana khuatir Inspektor Sakti akan mencari dan menghukum bapanya. Inspektor Sakti bertempur dengan Awan. Nampaknya mereka seakan-akan sama kuat tetapi Inspektor Sakti berhenti kerana katanya belum masanya untuk dia berurusan dengan Awan.
Di pekan itu ada rombongan pernikahan. Orang yang menikahkan anak perempuannya ialah Ketua Pengawal Syarikat Keselamatan Suria bernama Pan Ri Fei. Anaknya Zi Ju bakal dinikahkan dengan Ao Tian, anak kepada Ketua Taman Pedang Keramat. Seorang pemuda bernama Ye Ping membuat kacau dan cuba mengajak bakal pengantin perempuan itu iaitu Zi Ju lari. Awan ada sedikit membantu usaha pasangan kekasih itu. Kedua-duanya berlindung dalam sebuah kapal.
Inspektor Sakti menegur perbuatan Awan. Dia memberikan tempoh setengah tahun kepada Awan untuk selesaikan segala urusannya dan selepas itu menyerahkan diri kepadanya. Kemudian dia pun pergi. Awan pula telah menetakkan pedangnya kepada kapal itu hingga terbelah dua.

Pedang Setiawan 39
Awan membawa lari pasangan itu. Kebetulan ada sebuah sampan lalu. Orang di dalamnya (Fakir Pedang) sangat kagum dengan permainan pedang Awan.
Zhuo Dong marah kerana barang-barang dalam kapal itu adalah untuk dipersembahkan kepada kumpulan Alam Semesta. Awan bertempur dengan Pan Ri Fei dengan menggunakan Gaya Makan Darah Sebak Hati yang dilatihnya senyap-senyap selama belasan tahun kerana takut orang tahu asal-usulnya. Jari-jari Pan Ri Fei diputuskan oleh Awan. Anaknya minta ayahnya dilepaskan.
Awan menagis terharu. 3 tahun dulu dia pernah menangis apabila Kung Chi dikahwinkan dengan Chin Shang. Kemudian inilah tangisannya yang terbaru.
Fakir Pedang datang mengganggu Awan. Dia sukarela nasihatkan agar Awan cari pedang yang lain. Sebagai balasan atas nasihat sukarelanya, dia mahu Awan mengajarnya gaya pedang Awan tadi. Fakir Pedang berasal dari Mongolia. Dia sudah mempelajari pelbagai hikmat pednang sehingga digelar Penggila Pedang tetapi belum terjumpa pedang yang memuaskan hatinya.
Pada ketika yang lain, Inspektor Sakti tiba di Kota Batu dengan kudanya Cirit Bintang. Dia ternampak seseorang dibunuh. Rupa-rupanya pertempuran antara Fakir Pedang dengan Buaya Bertiga. Ketua Buaya Bertiga yang mati itu. Kemudian yang dua lagi pun dibunuhnya. Fakir Pedang minta ganjaran daripada Inspektor Sakti kerana jasanya membunuh penjahat. Dia tidak mahu wang tetapi badik yang dikurniakan oleh maharaja kepada Inspektor Sakti.
Awan beritahu Yu Chu Chu agar tidak risau tentang Inspektor Sakti kerana dia seorang yang benar. Tiba-tiba Ao Tian dan orang-orannya datang menyerang Awan dan Yu Chu Chu.

Pedang Setiawan 40
Ao Tian tidak jadi bertempur dengan Awan tetapi mencabar Awan datang ke upacara korban pedang di Taman Pedang dalam masa sebulan untuk berlawan.
Fakir Pedang berjaya merampas badik Mata Air Anak Naga daripada Inspektor Sakti tetapi ternyata badik itu tidak sehebat mana. Dia pun pergi.
Awan dan Yu Chu Chu tiba di rumah dan mendapati bapanya sedang bertempur dengan Inspektor Sakti. Namun mereka berbaik-baik pula kemudian nampaknya. Awan minta Inspketor pertimbangkan arahannya untuk Awan serah diri kerana tidak cukup masa untuk Awan membunuh Wira Utama.
(Imbas kembali) Huo Bu Tian dikenali sebagai Penjejak Angkasa sebenarnya ialah bapa tiri Awan. Bapa kandungnya ialah seorang penempa pedang bernama Bu Yan Tian. Ketika Bu Yan Tian keluar mencari besi, isterinya mengandung. Dia tidak pulang pulang. Awan lahir tetapi tidak pernah menangis. Setelah dua tahun, Awan masih belum bercakap. Ketika usinya 4 tahun, ayahnya dibawa pulang dalam keadaan sakit kuat lalu meninggal. Ibunya marah dan menamparnya kerana dia tidak menangisi kematian bapanya.
Ketika berusia 5 tahun, ibunya berkahwin dengan jaguh ternama iaitu Huo Bu Tian (Penjejak Angkasa). Awan selalu dibuli oleh dua orang anak Penjejak Angkasa, namun bapa tirinya baik dan selalu mendenda anak-anaknya. Ketika berusia 8 tahun, ibunya mati. Usia 9 tahun, bapa tirinya sakit dan dijaganya. Apabila sembuh, Awan diajar hikmat pedang bapa tirinya. Ketika berusia 10 tahun, bapa tirinya dibunuh oleh Wira Utama (Tamat).
Inspektor berpandangan ramai orang akan mati jika Awan melawan Wira Utama. Maka dia bertekad menghalang Awan. Mereka pun bertempur.

Pedang Setiawan 41
Inspektor tewas apabila Awan menggunakan Gaya Kesedihan Tidak Terperi yang diciptakan oleh Tanpa Nama apabila isterinya meninggal dunia. Gaya ini sudah dilatih oleh Awan sejak usinya 10 tahun. Kematian Kung Chi menyebabkan gayanya itu jadi sempurna. Kemudian Inspektor membuka topeng besi separuhnya. Kelihatan terukir dengan aura pedang tulisan berbunyi “Anak Lelaki Pedang Syaitan” pada pipinya.
Sementara itu Arus dan rombongannya dalam perjalanan menuju ke Taman Pedang. Arus mengejar seorang pengikutnya yang cuba lari tetapi dia disekat oleh seorang yang menjentikkan jarinya lalu aura jarinya terkena orang yang lari itu. Darah orang itu terpercik ke bukit batu dan membentuk perkataan “Syaitan”.
Pedang Wirawan milik Tanpa Nama sebenarnya diwariskannya kepada Pedang Fajar. Tanpa Nama dapat merasakan bahawa akan ada satu pedang bahaya yang bakal muncul tidak lama lagi.

Pedang Setiawan 42
Pedang yang bakal muncul itu mesti didapatkan terlebih dahulu oleh Tanpa Nama kerana khuatir ia akan jatuh ke tangan orang jahat.
Inspektor megingatkan Awan agar menjauhkan diri daripada seorang yang bernama Pedang Syaitan (bapanya) kerana pedangnya bukan pedang manusia lagi dan sangat jahat.
Inspektor tetap mahu bertarung walaupun sudah lemah dan Awan pun sudah mahu pergi kerana itu adalah tugasnya menghalang Awan menimbulkan keributan apabila membalas dendam terhadap Wira Utama nanti. Akhirnya Inspektor terkorban.
Ternyata Penduga Arus disekat oleh Ao Tian (anak Tuan Taman Pedang). Jaguh yang luarbiasa itu pula ialah Pedang Syaitan iaitu guru Ao Tian. Ao Tian menyindir Pedang Api lalu Arus bertarung dengannya. Ternyata Arus dan pedangnya lebih hebat. Pedang Syaitan juga mencuba dan ternyatalah hikmat Pedang Syaitan sangat tinggi.  Kemudian Ao Tian mempersilakan Arus ke Taman Pedang.
Pedang Fakir sedang berusaha menguasai Hikmat Pedang Dewa Terbang yang membolehkan dia melayang di atas pedang tetapi belum menemui pedang yang sesuai. Datang dua pesuruh Taman Pedang menjemput Pedang Fakir ke Taman Pedang. Pedang Fakir tertarik apabila dikatakan ada satu pedang istimewa di sana nanti.

Pedang Setiawan 43
Awan juga diajak ke Taman Pedang oleh seorang budak bernama Xiao Wei (sebenarnya Budak Raja). Dia bersetuju kerana pedang tunggalnya patah ketika dia cuba memecahkan makam Kung Chi.
Ao Tian maklumkan bahawa mereka telah menempa satu pedang selama 100 tahun. Mereka menjemput 3 jaguh itu untuk bertanding merebutnya.  Awan berjaya mendapat pedang itu tetapi ternyata itu pedang tiruan. Pedang yang sebenar akan siap ditempa pada esoknya.
Ada seorang berpakaian hitam menceroboh ke tempat pedang tetapi ditahan oleh Pedang Fajar. Fajar mengejarnya tetapi berasa hairan kerana taman itu tidak dikawal.  Rupa-rupanya sangat banyak pedang yang terpacak di dalam taman itu.
Zhong Mei sebagai pewaris generasi ketiga penempa pedang di situ dapat mengenali lelaki yang menceroboh itu sebagai Pedang Fakir.
Muncul Wen Nu, pengawal Taman Pedang dengan pedangnya Pedang Jiwa Danawa. Seorang lagi ialah pengawal wanita bernama Leng Yan.
Awan tiba di sekitar Taman Pedang. Dia diberitahu oleh seorang wanita bahawa moyang wanita itu mula menempa pedang istimewa itu untuk mengalahkan unikorn. Wanita itu ialah Puan Ao ibu kepada Ao Tian.
Pedang Iblis/ Pedang Syaitan datang. Rupa-rupanya dia sangat mencintai Puan Ao tetapi belum dapat memilikinya.
(Imbas kembali) Pada zaman kecil mereka, Badai dan Arus diselamatkan oleh orang-orang Wira Utama. Badai dilayan dengan baik tetapi Arus disuruh buat kerja-kerja sahaja. Namun Arus berlatih sendiri hikmat-hikmat keluarganya.
Sutau ketika Wira Utama hendak menubuhkan 3 dewan. Ada 6 orang calon untuk mengetuai 3 dewan itu termasuklah Chin Shang 23 tahun, Awan 20 tahun, Badai 17 tahun dan Arus 14 tahun. Wira Utama memanggil Arus dan memerintahkan agar Arus mesti kalah kepada Awan. Arus pun akur.
Arus diejek orang lalu membunuh seorang pengikut Wira Utama. Sejak itu dia pun menjadi buruan Kumpulan Alam Semesta. (Tamat)
Pedang Iblis sedang berlutut untuk bertemu dengan Puan Ao. Sudah 3 tahun dia tidak dapat bertemu Puan Ao yang mengurungkan diri. Dulu Pedang Iblis membunuh suami Puan Ao kerana mahukan Puan Ao. Demi Puan Ao, Pedang Iblis sanggup menurunkan hikmatnya kepada anak Puan Ao iaitu Ao Tian sebagaimana syarat Puan Ao. Jika tidak, Puan Ao akan membunuh diri. Pedang Iblis juga sanggup terlibat dalam usaha menyiapkan pedang istimewa. Dia berharap agar hati Puan Ao akan berubah.
Pedang Setiawan 45
(Imbas) Rupa-rupanya Pedang Iblis adalah teman seperguruan Pedang Fakir. Mereka pernah sama-sama jatuh cinta kepada Han Yu namun Han Yu lebih tertarik dengan Pedang Fakir. Sebelum perkahwinan berlangsung, Pedang Iblis menawarkan pedangnya kepada Fakir untuk ditukarkan dengan Han Yu. Fakir yang sangat minat pedang bersetuju dan meninggalkan Han Yu. Han Yu patah hati lalu berkahwin dengan Pedang Iblis. Mereka dapat anak bernama Inspektor Sakti.
Suatu hari ketika Pedang Iblis berlatih, melintas seorang anak gadis yang cantik. Selama 3 bulan dia pergi menjejak gadis itu tetapi gagal. Dia pun berubah jadi pemurung. Hikmatnya memakan diri kerana berlatih dengan jiwa yang tidak tenang. Han Yu isterinya dibunuhnya apabila Han Yu cuba menasihatinya. Anaknya yang amsih kecil iaitu Inspektor Sakti cuba melawan tetapi gagal. Mukanya ditulis dengan aura : “Anak Lelaki Pedang Iblis.”
Kemudian Pedang Iblis pun mengembara bertahun-tahun mencari gadis idamannya. Ternyata gadis itu sudah berkahwin dengan Tuan Punya Taman Pedang dan ada anak bernama Ao Tian. Pedang Iblis pun membunuh Tuan Taman Pedang itu. Puan Ao mengugut akan bunuh diri jika Pedang Iblis membunuh anaknya. (Tamat)
Chu Chu ternampak ada orang cuba membunuh Awan di tempat tidurnya tetapi Awan tiada. Chu Chu pula yang ditangkap.
Arus juga telah menceroboh Taman Pedang malam itu kerana dia tidak mahu wujudnya pedang lain yang lebih hebat daripada Pedang Api. Awan juga datang malam itu lalu ditempur oleh Arus. Sementara itu Pedang Fakir berasa dia belum tentu dapat mengalahkan Fajar lalu dia menghentikan pertempuran.
Ketika Awan sedang menanggung kesakitan akibat lengan unikornnya yang belum dapat dikawal sepenuhnya, Arus cuba membunuhnya tetapi disekat oleh Fajar.
Ketika Pedang Fakir hendak beredar, dia diserang oleh Pedang Iblis dengan Aura Pedang Pemutus Tali Perut.
Sementara itu Pedang Perwira milik Pendekar Tanpa Nama yang digunakan oleh Fajar patah apabila bertembung dengan Pedang Api. Fajar juga tercedera sedikit.

Pedang Setiawan 46
Pedang Iblis berjaya mengalahkan Pedang Fakir dan cederakan Arus. Kemudian Pedang Iblis serang Awan tetapi Fajar campur tangan dengan Hikmat Pedang Tanpa Nama.
Rupa-rupanya untuk melengkapkan pedang istimewa itu, ia mesti dibasahi dengan darah orang-orang berjiwa keras. Pedang Iblis datang untuk mendapatkan darah Awan, Pedang Fakir dan Arus. Begitulah muslihat rancangannya.
Serangan Pedang Iblis terus mengenai Fajar, Awan dan  Fakir. Darah mereka termasuk darah Arus telah mengalir ke dalam kolam pedang itu.
Ao Tian cuba masuk ke kolam itu untuk mendapatkan pedang istimewa tetapi tangannya terbakar. Dia dan Arus sudah tidak berani untuk mengambil pedang itu. Sebaliknayaa Awan walaupun cuba ditegah oleh Fajar tetap menyerbu masuk. Dia berjaya mendapat sebilah pedang tetapi pedang itu tiba-tiba hancur menjadi debu. Ternyata tidak ada pedang di dalam kolam itu.
Sementara itu Badai sudah datang untuk bertemu dengan Awan tetapi dihalang daripada masuk ke Taman Pedang.

Pedang Setiawan 47
Di kolam itu Awan diserang mendadak oleh Pedang Iblis. Zhong Mei si penempa pedang datang dan memulihkan tenaga Awan. Kedua-dua pengawal Taman Pedang iaitu Wen Nu dan Leng Yang membantu Awan dengan memberikan jubah kalis api kerana badan Awan terbakar dan melecur.
Fajar dan Awan masing-masing telah mendapat sebilah pedang yang mungkin Pedang Istimewa di tangan mereka. Pedang Iblis berjaya patahkan pedang di tangan Fajar dengan auranya. Kemudian Pedang Iblis menyerang Awan untuk merampas Pedang Istimewa kerana Puan Ao bersedia menjadi isterinya jika mendapat pedang itu (untuk diberikan kepada Ao Tian).
Zhong Mei si penempa menguji pedang di tangan Awan dengan membunuh dirinya sendiri. Dia halakan tubuhnya kepada pedang itu.
Tiba-tiba Ao Tian mengugut Awan dengan Chu Chu di tangannya. Namun Pedang Fajar berjaya lepaskan Chu Chu. Ketika itu Awan datang menikam Ao Tian tetapi Puan Ao menghadang lalu Puan Ao tertikam oleh Awan.

Pedang Setiawan 48
Badai memberi buah bodhi merah kepada Pedang Fakir sebagai ubat kecederaannya. Entah dari mana diperolehinya buah itu. Kemudian Pedang Fakir pun tunjukkan lokasi Awan.
Sementara itu Pedang Iblis sangat marah kerana Puan Ao cedera parah lalu menyerang Awan. Puan Ao memanggil Pedang Iblis lalu memberikan sebuah kotak kecil. Apabila Pedang Iblis membukanya keluarlah jarum-jarum yang menyerang muka dan membutakan matanya. Kemudian Puan Ao yang masih ada tenaga cuba menikam Pedang Iblis tetapi dihalang oleh Arus yang memotong tangan Puan Aao. Puan Ao pun mati di ribaan Pedang Iblis.
Pedang Iblis yang buta cuba menyerang Awan tetapi dihalang oleh Xiou Wei. Awan dan senjatanya Pedang Istimewa berjaya mencederakan Pedang Iblis.
Tiba-tiba satu sambaran angin melarikan Awan. Ternyata itu adalah Badai. Badai memberikan buah bodhi merah kepada Awan. Kemudian Badai dan Awan menyelamatkan Fajar dan Chu Chu yang sedang bertarung dengan ribuan askar Ao Tian. Badai bersedia menggunakan Pedang Saljinya.

Pedang Setiawan 49
Badai berjaya mengesampingkan askar-askar itu.
Secara mengejut Arus mematikan mata-mata urat di badan Pedang Iblis kerana Pedang  Iblis yang tercedera dan buta tentunya tidak setanding dengan lawan-lawannya.
Di atas sebuah perahu. Fajar memberitahu tujuan kedatangannya adalah kerana dia mendapat tahu bahawa Wira Utama menghantar kumpulan pembunuh Paus Raksasa untuk menentang Awan. Tiba-tiba seekor paus menelan Fajar dan Chu Chu.
Tiba banyak kapal kumpulan Paus Raksasa bersama-sama Wira Utama dan Pelakon Utama yang sudah diangkat sebagai Ketua Dewan Badai menggantikan Penjejak Badai. Dua dewan lagi diketuai oleh Tok Kertas dan Lipas Kudung. Budak Raja pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Kumpulan Alam Semesta.
Ketua Kumpulan Paus Raksasa bernama Du Ye sedang berdiri di atas seekor paus. Badan ikan paus Du Ye terputus-putus lalu hancur akibta paduan kuasa Awan dengan Pedang Istimewa dan Badai dengan Pedang Salji. Kemudian Badai minta Awan berehat dan pulihkan diri sementara dia bertempur.

Pedang Setiawan 50
Sebagai mengenangkan jasa Wira Utama, Badai tawarkan Wira Utama untuk menyerangnya terlebih dahulu.
Badai simpan pedangnya kerana dia telah berjanji dengan Awan bahawa Awan yang akan membunuh Wira Utama. Wira Utama menggunakan Hikmat Tiga Tenaga Asal dan berjaya mencederakan Badai. Ketika itu Awan pun datang. Badai mencabut Pedang salji lalu berjaya memutuskan lima jari Wira Utama. Ternyata Badai berjaya menipu Wira Utama.
Sementara itudi  dalam ikan paus itu, Fajar dan Chu Chu terjumpa seorang lelaki yang sedang tidur. Tidurnya terganggu lalu dia pun naik marah. Lelaki itu membawa mereka keluar lalu menyerang Fajar. Fajar menggunakan Hikmat Memencilkan Diri Menyembunyikan Nama. Tiba-tiba lelaki itu berlutut kepada Fajar oleh kerana dia mengenal gaya yang digunakan oleh Fajar itu. Kononnya sudah 20 tahun dia menunggu. Apakah yang ditunggunya?

Pedang Setiawan 51
Berdasarkan gaya tempur Fajar, lelaki itu tahu mereka punya tuan yang sama iaitu Tanpa Nama. Dia tawarkan Fajar untuk meminta apa sahaja. Dia juga terkejut melihat pedang tuannya iaiu Pedang Pendekar/Pedang Perwira itu sudah patah. Sebenarnya lelaki itu (Raja Naga) agak kecewa kerana Tanpa Nama tidak datang mencarinya setelah Tanpa Nama memencilkan diri. Ternyata lelaki inilahlah pengasas Kumpulan Paus Raksasa.
(Imbas kembali) 20 tahun dahulu, Tanpa Nama ada 3 orang suruhan. Apabila Tanpa Nama mengasingkan diri akibat kematian isterinya, ketiga-tiga orang suruhan itu pun ditinggalkannya. Nama lelaki itu ialah Raja Naga Tujuh Lautan. Siapakah dua orang lagi suruhan Tanpa Nama?
Di Taman Pedang, dari jauh pengawal-pengawal Taman Pedang iaitu Wen Nu dan Leng Yang memerhatikan pertarungan. Wira Utama sudah tewas kepada gabungan Awan dan Badai. Dia hampir dibunuh oleh Awan tetapi dihalang oleh Badai kerana ketika itu Chin Shang yang tidak berdaya sedang berada di tangan Ketua Paus iaitu Du Ye (yang belum tahu cerita dan amasih berpihak kepada Wira Utama).
Di tempat lain, Tanpa Nama datang mengunjungi seorang tukang tilik buta yang terus dapat mengenalinya. Tukang tilik itu meramalkan Tanpa Nama akan bertemu dan bertembung dengan Penjejak Awan sekalipun dia sudah tidak mahu terlibat dalam dunia pahlawan lagi. Dia tidak boleh mengelakkan diri.

Pedang Setiawan 52
Wira Utama pun berjaya melepaskan diri setelah dikalahkan oleh Awan dan Badai.
Datang Raja Naga bersama-sama Fajar dan Chu Chu. Raja Naga pun melepaskan Chin Shang setelah memukul orang kuatnya sendiri iaitu Du Ye. Du Ye beri alasan bahawa dia menolong Wira Utama kerana hendak peralatkan Kumpulan Alam Semesta membunuh musuh mereka. Fajar pula terpaksa minta diri untuk memberi laporan kepada gurunya iaitu Tanpa Nama.
Pedang Fakir datang mencuri Pedang Istimewa ketika Awan sedang tidak sedarkan diri.
Arus pula selamatkan Pedang Iblis kerana dia mahu diajarkan Hikmat Pemutus Urat. Oleh kerana terkepung di padang pasir dengan helah Arus, Pedang Iblis yang buta pun terpaksa mengalah dan bersetuju mengajar Arus akan Hikmat Pemutus Urat.
Suatu hari tiga orang ahli Kumpulan Sukaria datang merosakkan kubur isteri Tanpa Nama. (Imbas kembali) 20 tahun lalu Ketua Kumpulan Sukaria telah mencabar Tanpa Nama lalu dibutakan matanya. Kini dia mahu membalas dendam. (Tamat) Ternyata kubur itu kosong. Sudah banyak kali kubur itu dicerobohi tetapi sengaja diletakkan batu nesannya. Tanpa Nama pun sampai. Dia membelasah 3 orang itu. Sebenarnya Tanpa Nama belum tahu pembunuh siterinya.
Tiba-tiba datang Phoneix isteri Long Chou.

Pedang Setiawan 53
Fakir Pedang disekat oleh Pedang 4 Sekawan dari Taman Pedang. Fakir tidak mahu panjangkan pertempuran kerana Pedang Istimewa itu terlalu berat dan banyak memakan tenaga. Dia pun cuba melarikan diri. Sedang dia melarikan diri, terserempak dnegan Awan menunggunya. Dia pun terpkasa serahkan pedang itu kepada Awan.
Awan tidak mahu Wen Nu dan Leng Yan menjadi pengikutnya walaupun mereka tawarkan diri (tetapi secara diam-diam mereka mengikuti Awan dan sentiasa menyokongnya selepas itu).
Sebelum Awan pergi, Badai terangkan kepadanya gambar lelaki dan unikorn kerana pedang dalam gambar itu sama dengan Pedang Istimewa. Mereka pun pergi semula ke Gua Awan. Di dalamnya ada pokok bodhi merah. Buah pokok itulah yang diambil oleh Badai untuk mengubati kecederaan orang.
Rupa-rupanya wanita pemanah bernama Phoenix ialah antara 3 suruhan Tanpa Nama. Dia yang termuda. Disebutkan bahawa suruhan kedua ialah Harimau Hantu. Siapakah dia? Tiba2 muncul Long Chou kerana dia mengesyaki isterinya. Tetapi Tanpa Nama sudah pergi. Long Chou mendensak untuk tahu tetapi Phoenix mohon jangan ditanya tentang orang yang ditemuinya (kerana dia ada sebab-sebab yang penting).
Di sebuah pekan kecil bernama Le Yang. Di rumah tuapangan Zhong Hua. Sudah ada jaguh-jaguh yang menyamar bekerja  seperti Pakcik Xiang, Penjaga Kaunter dan seorang pemotong kayu. Ada jaguh-jaguh lain sedang minum. Tiba-tiba masuk Tanpa Nama yang tidkak dikenali tetapi terasa bahang hebatnya.

Pedang Setiawan 54
Sebelum itu, akibat diperdaya oleh Arus, Badai terperangkap dalam Gua Awan dan tidak sedarkan diri. Unikorn Api yang cuba dipernagkap oleh Arus ternyata belum mati tetapi terperangkap dalam timbunan batu. Badai pun merawatnya. Ia sembuh dan jinak dengan Badai. Kemudian Badai ternampak lukisan-lukisan hikmat pedang warisan keluarganya di dinding gua iaitu 6 Gaya Pedang Tahan Dingin. Badai pun berlatih dengan gaya-gaya itu.
Keturunan Badai ternyata punya kaitan dengan unikorn dan mereka ada darah gila dalam diri mereka. Darah gila itu wujud kerana moyangnya bernama Nie Ying pernah tertelan darah unikorn ketika bertempur dengan unikorn itu. Nie Ying yang punya darah gila telah meminta bantuan kawannya iaitu Ao Ri, Tuan Taman Pedang ketika itu. Ao Ri mahir menempa pedang. Dia ada satu keluli istimewa. Dia mahu tempa keluli itu jadi pedang agar dapat dinginkan darah gila Nie Ying. Oleh itu Badai mohon Awan membunuhnya dengan Pedang Istimewa jika suatu hari nanti Badai dikuasai darah gilanya.
Wira Utama datang ke rumah tumpangan untuk merawat dirinya. Rupa-rupanya semua orang rumah tumpangan itu ialah jaguh-jaguh yang telah memencilkan diri. Mereka bernaung di bawah Tanpa Nama. Antaranya Tenung Sakti, Pakcik Keramat, Naga Sari, Derana Jati, Sami Senyum, Uda Puspa, Gagak Itam, Kening Cantum, Tok Aman,dan  Wati Kepalang.
Tok Kertas muncul dan menguji Tanpa Nama di rumah tumpangan itu tetapi Tanpa Nama menghilang.
Wira Utama yang baru hendak keluar bilik rumah tumpangan telah diserang oleh Pelakon Utama dan orang-orangnya. Mereka diketuai oleh Xiao Wei atau Budak Raja. Budak Raja berasa ada lagi jaguh yang lebih handal daripada Wira Utama di rumah itu.

Pedang Setiawan 55
Wira Utama terjumpa Tanpa Nama. Wira Utama merendahkan diri. Dia berasa menyesal tetapi dia tidak nampak jalan untuk dia berpatah balik. Dia minta bantuan Tanpa Nama.
Sementara itu pertempuran antara penghuni-penghuni rumah tumpangan dengan orang-orang Budak Raja berterusan. Budak Raja berjaya mengesampingkan mereka lalu mencari Wira Utama.
Wira Utama maklumkan yang dia mahu berhenti daripada dunia kepahlawanan dan jenayah yang diceburinya selama ini. Dia serahkan Kumpulan Alam Semesta kepada Raja Budak dan orang-orangnya. Kemudian Wira Utama pun mencederakan dirinya sendiri untuk melumpuhkan hikmatnya sebagai bukti dia bercakap benar (sebagaimana panduan yang diberikan oleh Tanpa Nama). Namun begitu Raja Budak menyerbu untuk membunuh Wira Utama tetapi dia ditembakkan dengan berus cina oleh Tanpa Nama dari dalam rumah. Mainan kecapi Tanpa Nama membuatkan burung-burung menyerang kawan Budak Raja iaitu Tok Kertas dan mencederakannya. Budak Raja dan orang-orangnya tidak orang itu ialah Tanpa Nama tetapi mereka tidak berani menentangnya. Mereka pun beredar.
Syarat agara Wira Utama melemahkan dirinya sendiri itu adalah syarat Tanpa Nama.
Kemudian Tanpa Nama bergegas berhari-hari lamanya  menuju ke tempat Kumpulan Alam Semesta untuk menyelamatkan anak Wira Utama iaitu Anggerik. Awan sudah tiba lebih awal dan mengamok di sana. Tanpa Nama berjaya menjatuhkan Pedang Istimewa kerana tidak mahu Awan menjadi lebih kejam.

TAMAT KISAH WIRA UTAMA

*Beginilah kisah yang sepatutnya dalam filem Storm Riders 1
Related Posts with Thumbnails