MUQADDIMAH
Ajaran demi ajaran muncul ke tengah masyarakat kita. Ada
ajaran yang bagus, ada yang sebaliknya. Biasanya pihak kami yang mencari
ajaran-ajaran itu untuk diteliti, tapi dengan kuasa Allah SWT, kali ini salah
satu ajaran itu sendiri mencari kami. Sebelum ini Ajaran Panji Hitam Langkasuka
sendiri pernah mempromosikan ajarannya kepada saya, dan kini Ajaran Imam Ahmad
Al-Hasan Al-Yamani pula membuat tawaran.
Begitulah jodoh yang diaturkan-Nya.
Ajaran Imam Ahmad Al-Hasan Al-Yamani ini tidak berkaitan
dengan Ajaran Imam Nasser Mohamed Al-Yamani dan Ajaran Pemuda Bani Tamim Lombok
yang pernah kita bentangkan tahun lepas, malahan Nasser Al-Yamani dan Hasan
Al-Yamani saling bertelagah di dunia Arab sana
kerana mahu memenangkan Al-Mahdi masing-masing.
Secara ringkasnya, Hasan Al-Yamani berasal dari Iraq. Dia
datang dari golongan Syiah, tetapi apabila dia menzahirkan ajarannya, puak-puak
Syiah sendiri banyak menentangnya. Pada era Saddam Hussein, kumpulan Hasan
Al-Yamani dipantau dan dikawal ketat kerana pihak keselamatan Iraq percaya
kumpulan ini terlibat dengan keganasan. Selepas Saddam jatuh, kumpulan ini
lepas bebas sehinggakan pengikut-pengikutnya terdapat di beberapa negara. Di
negara ini, pengaruhnya baru bertapak.
Artikel ini saya hidangkan dalam bentuk pemberitahuan sahaja, tanpa meletakkan
apa-apa hukum. Hal ini kerana kami yakin para pembaca sendiri boleh meletakkan
hukuman yang sesuai.
TATACARA BAI’AH
Berikut ialah cara berbai’ah kepada Imam Ahmad al-Hasan
Al-Yamani sebagaimana yang ditulis oleh salah seorang pengikutnya kepada saya
(apabila saya memintanya) :
Cara untuk bai'ah
adalah dengan memberi kesaksian kepada Tauhid, Nubuwwah, serta Imamah
Aimmah(as) dan para Mahdi.
Cara-cara untuk berbai'ah
kepada Imam Ahmad Al Hasan Al Yamani (a.s). Ianya cukup lafaz sekadar di dalam
hati dengan mengucapkan kalimah:
1. Asyhadu an la ilaha ilallah
2. Asyhadu anna Muhammadan Abduhu wa Rasuluhu
3. Asyhadu anna Aliyyan wal Aimmata min wuldihi hujajullah
4. Asyhadu anna Ahmad Al hasan wal Mahdiyyin min wuldihi hujajullah
2. Asyhadu anna Muhammadan Abduhu wa Rasuluhu
3. Asyhadu anna Aliyyan wal Aimmata min wuldihi hujajullah
4. Asyhadu anna Ahmad Al hasan wal Mahdiyyin min wuldihi hujajullah
Terjemahan Bahasa Melayu:
1. Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah
2. Aku bersaksi bahawa Muhammad Adalah Pesuruh Allah
3. Aku bersaksi bahawa Ali dan para Imam dari keturunannya adalah Hujah-Hujah Allah
4. Aku bersaksi bahawa Ahmad Al Hasan dan para Mahdi dari keturunannya adalah Hujah-Hujah Allah.
2. Aku bersaksi bahawa Muhammad Adalah Pesuruh Allah
3. Aku bersaksi bahawa Ali dan para Imam dari keturunannya adalah Hujah-Hujah Allah
4. Aku bersaksi bahawa Ahmad Al Hasan dan para Mahdi dari keturunannya adalah Hujah-Hujah Allah.
Kemudian mandi (ghusl) taubah
dengan niat "nawaitu ghusl at taubah qurbatan ilallah." Cara-cara
ghusl tawbah adalah sama sepertimana ghusl al janabah ( mandi wajib selepas
junub).
Kemudian sujud syukur kepada Allah swt. Cukup sekadar
membaca "Alhamdulillah" atau "Shukran lillah" sebanyak 3
kali semasa sujud.
PENJELASAN
:
Ada
perbezaan yang ketara antara amalan kita dengan amalan mereka :
1. Kalimah Syahadah kita terdiri
daripada 2 kalimah, tetapi kalimah-kalimah bai’ah di atas terdiri daripada 4
kalimah. Dimasukkan Saiyidina Ali, para imam, keturunannya, Ahmad Al-Hasan
Al-Yamani dna para Mahdi.
2. Dua Kalimah Syahadah kita
bersambung/tidak terpisah antara kedua-duanya kerana dihubungkan dengan huruf “wau”/perkataan
“wa” yang bermaksud “dan”, tetapi kalimah-kalimah bai’ah itu saling tidak
berhubungan.
AZAN
Beginilah bacaan-bacaan azan mereka :
Allahu Akbar(4x)
• Allah Maha Besar
Asyhadu alla ila ha
illallah(2x)
• Aku bersaksi
bahawa tiada tuhan selain Allah
Ayshadu anna
Muhammadar Rasulullah(2x)
• Aku bersaksi
bahawa Muhammad itu pesuruh Allah
Asyhadu anna
Aliyyan wal Aimmata min wildihi Hujjajullah(2x)
• Aku bersaksi
bahawa Ali dan Imam-imam dari keturunannya adalah Hujjah Allah
Asyhadu anna Al
Mahdi wal Mahdiyyin min wildihi Hujjajullah(2x)
• Aku bersaksi
bahawa Mahdi dan Mahdi-mahdi dari keturunannya adalah Hujjah Allah
Hayya alas
Solah(2x)
• Marilah
menunaikan Solat
Hayya alal
Falah(2x)
• Mari menuju
kejayaan
Hayya alal khairil
amal(2x)
• Mari menuju
sebaik-baik amalan
Allahu Akbar(2x)
• Allah Maha Besar
Laila
haillallah(2x)
• Tiada Tuhan
selain Allah
Maksudnya ada tambahan. Iqamah mereka juga ada tambahan.
TATACARA SOLAT
Antara perlakuan ketika solat yang berlainan dengan
amalan kita :
1. Solat
mereka dimulakan dengan 7 takbir, kita hanya satu.
2. Kedua-dua
belah tangan mereka diletakkan di sisi sewaktu berdiri, tangan kita di badan.
3. Sujud
mereka di atas tanah, batu atau hasil tanah yang dibawa, kita sujud di atas apa
yang ada di situ, yang sesuai.
4. Selepas
memberi salam, ada takbir 3 kali.
KEPERCAYAAN MEREKA
Tulis pengikutnya ketika mempromosikan ajaran ini kepada
saya :
“Kami adalah
Pendokong Imam Al Mahdi (a.s), pengikut Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s).
Kami daripada pelbagai bangsa dan negara keseluruhannya memperakukan bahawa
Imam Ahmad Al Hassan (a.s) adalah pendiri (Qoim) keluarga Muhammad (a.s) iaitu
Al Yamani, pewaris dan utusan Imam mahdi (a.s) kepada umat Islam, utusan Isa
(a.s) kepada penganut Kristian dan utusan Ilyas (a.s) kepada kaum Yahudi.
PENJELASAN :
Dakwa mereka :
1.
Mereka
ialah pendukung Imam Al-Mahdi.
2.
Mereka
ialah pengikut Imam Ahmad Al-Hassan Al-Yamani.
3.
Ahmad
Al-Hassan ialah pendiri keluaraga Nabi Muhammad.
4.
Ahmad
Al-Hassan juga pewaris merangkap utusan Imam Mahdi.
5. Bahkan
dia juga utusan Nabi Isa kepada penganut agama Kristian.
6. Dan
utusan Nabi Ihyas kepada kaum Yahudi.
Bersambung……