
Alhamdulillah, syukur. Kami sekeluarga disampaikan Allah ke Kota Kuala Kedah yang bersejarah. Kota ni dikelilingi tembok batu. Di tengah-tengahnya ada bangunan berwarna putih ni. Dari jalan masuk ke bangunan ini ada titi kayu/pelantar, mungkin kerana padangnya lecah kalau hujan.

Dalam kawasan kota ini ada sebuah rumah api. Inilah bahagian atasnya.

Dalam bangunan putih tadi ada gambar-gambar. Salah satunya gambar ini. Nak tahu pondok apa ni? Inilah dia rumah guru besar zaman dulu : )


Ini dia pintu gerbang kota, dari dalam.

Ini pula pintu gerbang baharu yang dibina oleh... siapa ye? Kalau tak salah oleh British.

Haaa... lebih jelas kedudukan bangunan utama dengan pintu gerbang asal.

Rumah api dan runtuhan bangunan.

Pintu gerbang baharu. Pintunya nampak cam besi, sebenarnya kayu tebal.

Berderet meriam aih! Temboknya di sebelah laut dua lapis. Bayangkan di laut sana berpuluh-puluh kapal tentera Siam sedang mara ke arah Kota Kuala Kedah.

Tebaaboomm! Malam Raya dapat main meriam ni best nih.

Bahagian ini sudah menyaksikan begitu banyak pertumpahan darah.


"Kak, bila meriam ni nak berjalan?"
"Tunggu sat, akak pun baru nak cari butang on/off dia kat mana."