Kajian dan pemerhatian ringkas tentang Al-Quran, As-Sunnah (hadis), agama-agama dunia, kitab-kitab suci pelbagai agama, manuskrip-manskrip kuno, alam semesta (bumi dan angkasa lepas), ilmu perbandingan agama, sejarah, peristiwa-peristiwa akhir zaman, kiamat, alam akhirat, alam ghaib, sains, astronomi (falak) dan lain-lain ilmu alam.

Tuesday, March 17, 2009

Raja Zulqarnain & Maharaja Korsh







RAJA ZULQARNAIN DALAM AL-QURAN

Mereka akan bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Zulqarnain. Katakanlah: “Aku akan bacakan kepadamu cerita tentangnya.” (83)
Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan segala/ tiap-tiap sesuatu. (84)
Maka diapun menempuh satu jalan. (85)
Hinggalah apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat ia (matahari) terbenam di dalam mata air yang berlumpur hitam, dan dia menemui satu kaum di situ. Kata Kami (Allah): “Hai Zulqarnain, kamu boleh menyeksa ataupun boleh berbuat baik terhadap mereka.” (86)
Berkata (Zulqarnain): “Adapun orang yang zalim, maka kami akan mengazabnya. Kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu (Tuhan) mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya.(87)
Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan, dan akan kami titahkan kepadanya (perintah) yang mudah-mudah dari perintah-perintah kami.” (88)
Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). (89)
Hingga apabila dia telah sampai ke tempat matahari terbit, dia mendapati matahari itu menyinari satu kaum yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari matahari itu, demikianlah. (90)
Demikianlah, dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya. (91)
Kemudian dia menempuh satu jalan (lain). (92)
Hingga apabila dia telah sampai di antara dua buah gunung... (93)
(al-Quran surah al-Kahfi ayat 83-93)

Mereka – orang-orang bukan Islam khususnya kaum Yahudi dan musyrikin Quraisy
Bacakan – Menunjukkan cerita ini memang benar-benar wahyu daripada Allah, bukannya cerita rekaan Nabi Muhammad ataupun baginda mendengarnya daripada orang lain.
Segala/ tiap-tiap sesuatu – bermaksud ‘banyak’ , bukannya 100 %.
Tempat terbenam matahari – Satu kawasan di sebelah Barat. Boleh jadi terletak antara Asia dengan Eropah.
Satu kaum – sekumpulan manusia yang mungkin tinggal di pinggir Eropah, mereka tidak menyembah Allah yang Esa.
Boleh menyeksa ataupun boleh berbuat baik – Tuhan memberi Raja Zulqarnain membuat pilihan sendiri. Mereka layak untuk diseksa kerana menyekutukan Allah/ tidak mengikut agama yang benar. Mereka juga layak didakwah dengan cara yang baik kerana boleh jadi juga seruan tauhid oleh para rasul, nabi ataupun pendakwah tidak sampai kepada mereka. Maksudnya mereka ialah ‘ahli fatrah’.
Tempat matahari terbit – Satu kawasan di sebelah Timur. Mungkin Khurasan, utara India ataupun lain2.
Sesuatu yang melindunginya – Mungkin kaum itu tinggal di kawasan lapang seperti padang pasir ataupun padang rumput. Kaum itu tidak bertamadun. Mereka tidak mendirikan bangunan –bangunan. Tubuh badan mereka juga terdedah spt ‘Red Indian’.

ASBABUN NUZUL (Sebab ayat ini turun)
Yang bertanya ialah kaum musyrik Arab atas suruhan orang Yahudi untuk menguji kebenaran Rasulullah. (Sumber- Tafsir ar-Rahman)

RIWAYAT MULUT KE MULUT
Raja Zulqarnain dan tenteranya mencari air hayat (sesiapa yang meminumnya tidak akan mati sehinggalah hari kiamat). Nabi Khidhir (pembantu Zulqarnain) secara tidak sengaja terminum air itu.

MENGAPA DISEBUT ‘ZULQARNAIN’?
Maksudnya ‘yang memiliki dua tanduk’.
- Mungkin ia orang pertama memakai topi bertanduk dua
- Mungkin kerana dia menguasai Timut (matahari terbit) dan Barat (terbenam)
- Mungkin kerana rambutnya berjambul dua
- Mungkin kerana dia menguasai Rom dan Parsi

SIAPAKAH RAJA ZULQARNAIN YANG SEBENAR?
1. Alexander the Great (Iskandar) dari Macedonia, Eropah
2. Korsh (Kaurasy/ Cyrus) dari Parsi (Iran)
3. Seorang raja di Yaman
4. Seorang raja pada zaman Nabi Ibrahim as

KORSH/ KAURASH/ CYRUS
Raja Astiajis (pemerintah Balkh di Parsi) bermimpikan sebuah taman. Dalam taman itu ada sebatang pokok yang ditanamnya sendiri. Dahan-dahan pokok itu menaungi seluruh kerajaannya dan kawasan-kawasan berhampiran. Ahli nujumnya meramalkan cucunya akan lahir dan merampas kerajaannya suatu hari nanti.

Apabila cucunya lahir, ia diserahkan kepada menteri untuk dibunuh. Menteri itu tidak sampai hati lalu menyuruh seorang penggembala mencampakkan bayi itu di padang pasir. Kebetulan anak penggembala itu baru saja meninggal dunia. Isterinya memberikan mayat anak mereka sebagai ganti untuk dicampakkan di padang pasir. Dia dinamakan Korsh/ Kaurash.

Setelah dewasa dia jadi seorang yang berketrampilan lalu dilantik jadi ketua kaumnya. Suatu hari dia merotan seorang anak raja kerana kesalahan budak itu. Raja itu mengadu kepada Astiajis. Korsh dipanggil mengadap. Astiajis tertarik dengan penampilan Korsh. Dia terasa Korsh itu cucunya lalu berhubung dengan menteri. Anak menteri itu dibunuh sebagai hukuman.

Korsh dan menteri itu berpakat lalu merampas kuasa daripada Astiajis. Astiajis jadi tawanan sehingga mati. Korsh terbunuh dalam salah satu peperangan.
Dipercayai Korsh beragama Zarathustra/ Zoroaster (agama ini kemudiannya terseleweng menjadi agama Majusi- menyembah api). Namun dia menghormati tuhan-tuhan agama lain.

Masalah
• Korsh tidak menyebarkan agama tauhid, bahkan mengakui keTuhanan tuhan-tuhan kaum lain
• Tidak ada bukti kukuh menunjukkan Korsh membina tembok Yakjuj Makjuj



'BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW'

Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

Benarkah Alexander the Great ialah Zulqarnain?





ALEXANDER THE GREAT (ISKANDAR ZULKARNAIN)

Antara tokoh yang menolak Alex Macedonia sebagai Zulqarnain ialah al-Hafiz Ibnu Kathir ad-Dimasyqi, Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim, an-Nadwi, Imam Bukhari dan Syed Qutb.

Kata an-Nadwi, “…pendapat (yang mengatakan Alex sebagai Zulqarnain) adalah tidak logik kerana Alexander Macedonia tidak mempunyai sifat yang ada pada Zulqarnain sebagaimana yang dinyatakan oleh Al Quranul Karim.”

Kata Ibnu Qayyim, “Dia (Alex) ialah anak Phillips, bukannya Zulqarnain yang dikisahkan oleh al-Quran. Bahkan perbezaan masa antara kedua-duanya adalah sangat lama. Agama mereka berdua juga memberikan satu jurang yang amat luas……. Manakala al-Macedonia ini ialah musyrik dan penyembah berhala.”

Kata Ibnu Taimiyyah, “Sesungguhnya Zulqarnain berada dalam satu zaman yang terlalu jauh darinya (Aristotle) dan beliau membina benteng Yakjuj dan Makjuj.”

(Sumber- buku ‘Iskandar Zulkarnain’ oleh Muhammad Khair Ramadhan Yusuf)

Mengikut tradisi Islam, Zulqarnain dipercayai HIDUP SEKITAR 2000 SM iaitu pada zaman Nabi Ibrahim.

Al-Azrazi dan selainnya menyebutkan bahawa Zulqarnain telah memeluk Islam (agama tauhid) melalui Nabi Ibrahim as dan dia telah melakukan tawaf di Kaabah bersama-sama Ibrahim dan anaknya Ismail as.

Dikatakan juga oleh juga oleh asy-Syeikh al-Liji dalam tafsirnya bahawa Zulqarnain hidup pada zaman Nabi Ibrahim dan melakukan tawaf di Baitullah bersama-sama.

Telah diriwayatkan dari Abid bin Emir dan anaknya serta orang lain bahawa Zulqarnain datang untuk menunaikan haji dengan berjalan kaki. Apabila Ibrahim mendengar berita kedatangannya lalu dia pergi bertemu dengannya. Di sana kedua-duanya berkumpul. Nabi Ibrahim mendoakan untuknya serta memberikan beberapa wasiat kepadanya.

Dalam kitab Muhadharah al-Awa’il dinyatakan bahawa Nabi Ibrahim berkumpul di Kota Mekah bersama-sama Zulqarnain.

Hasan al-Basri berkata, “Dia (Zulqarnain) berada bersama-sama Ibrahim di Wadi Tujuh apabila baginda meninggalkan kaumnya."

Ibnu al-Jauzi berkata, “Apa yang benar, Zulqarnain berada pada zaman Nabi Ibrahim as.”
Ibnu Hajar percaya Zulqarnain pergi menunaikan haji dengan berjalan kaki dan bertemu dengan Nabi Ibrahim.

(Sumber- buku ‘Lelaki Misteri dalam al-Quran’)

Imam Ghazali dalam kitabnya al-Munqiz min adh-Dhalal MENGKAFIRKAN Socrates, Plato dan Aristotle serta umat Islam yang mengikut mereka seperti Ibnu Sina dan al-Farabi. Besar sekali kemungkinannya Alexander Macedonia juga dikafirkannya kerana Alex murid Aristotle, Aristotle murid Plato dan Plato murid Socrates.

Tulis al-Ghazali;
“…….maka sewajarnya mereka (Socrates, Plato dan Aristotle) itu DIANGGAP KAFIR dan juga mengkafirkan pengikut-pengikut mereka dari kalangan ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan al-Farabi.”



'BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW'

Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

Mengapa Umat Islam Tidak Makan Babi

Yakjuj Makjuj, Gog Magog, Koka Vikoka









BANGSA-BANGSA YANG DIMUSNAHKAN ALLAH

“Belumkah datang kepada mereka berita penting tentang orang-orang yang sebelum mereka (iaitu) kaum Nuh, 'Aad, Tsamud, kaum Ibrahim, penduduk Madyan, dan negeri-negeri yang telah musnah? Telah datang kepada mereka rasul-rasul dengan membawa keterangan yang nyata; maka Allah tidaklah sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. (QS. At-Taubah: 70)

Kaum Nabi Nuh
Menyembah selain Allah. Menghina Pesuruh Allah. Mencabar azab Allah.
Dimusnahkan dengan banjir besar.
(Sumber: Al-Quran)

Dalam “Sathapatha Brahmana” diceritakan ada seorang maharesi (nabi) bernama Manu mandi di laut. Datang seekor ikan yang boleh berkata-kata. Ia minta Manu memeliharanya dan berjanji akan menyelamatkan Manu daripada banjir besar yang akan berlaku suatu hari nanti. Mulanya Manu tidak percaya tapi dia setuju memelihara ikan itu. Ikan itu bertambah besar hingga menjadi seekor raksasa. Suatu hari ia menyuruh Manu membina sebuah perahu besar kerana banjir besar akan melanda dan menghancurkan dunia. Manu seorang saja yang selamat daripada banjir itu.


Daripada Bible:
Ketika Tuhan melihat kejahatan manusia di muka bumi begitu besar (banyak) dan segala kecenderungan hatinya selalu membuahkan kejahatan. Maka menyesallah Tuhan (kerana) Dia telah menjadikan manusia di bumi, dan hal itu memilukan hati-Nya. Berfirmanlah Tuhan: "Aku akan menghapuskan manusia yang telah Kuciptakan itu dari muka bumi, baik manusia mahupun haiwan dan binatang-binatang melata dan burung-burung di udara, sebab Aku menyesal Aku telah menjadikan mereka." (Kejadian 6: 5-8)

Kesalahan/ kekeliruan Bible:
Tuhan menyesal.
Banjir berlaku di seluruh dunia.
Semua spesis binatang dibawa ke dalam kapal.

Di mana banjir Nuh berlaku?
Di Mesopotamia, di antara Sungai Tigris dan Sungai Furat. Wilayah ini selalu dilanda banjir besar. Antaranya pada tahun 100 SM, 700 M, 800 M, 1000 M, 1100 M, 1200 M, 1925 M, 1930 M, 1954 M. Banjir Nuh mungkin tahun 3000 SM.

Hujan dan limpahan berlaku selama 40 hari 40 malam. Selepas 7 bulan, kapal itu berlabuh di Bukit Judi. (cerita riwayat)

Kaum Nabi Lut
Mengamalkan homoseks. Menghina malaikat Allah.
Dimusnahkan pada waktu Subuh dengan bunyi yang sangat kuat, angin ribut yang membawa batu-batu belerang seperti hujan datangnya dan bumi kediaman mereka diterbalikkan.
(Sumber: Al-Quran)

Lokasi kejadian- di kota Sadum (Sodom) dan Gomorah berhampiran Laut Mati sekitar tahun 1800 SM.

Kemusnahan Kaum Aad (penduduk Iram)
Dimusnahkan dengan angin yang sangat sejuk lagi kencang selama 7 malam 8 hari. Mereka mati bergelimpangan seperti tunggul-tunggul kurma.
(Sumber : Al-Quran)

Tempat kejadian- di selatan Tanah Arab. Mulanya mereka seronok melihat awan datang berkepul-kepul. Sekitar 1300 SM.
Kaum Nabi Salih (kaum Tsamud)
Hina para nabi. Hina ancaman Allah. Bunuh unta yang ditentukan oleh Tuhan. Menyembah selain Allah.
Selepas 3 hari ancaman Nabi Salih, mereka dimusnahkan dengan bunyi yang sangat kuat. Mereka mati bergelimpangan. (Al-Quran)
Lokasi- utara Tanah Arab. Dipercayai keturunan kaum Aad. Sekitar 800 SM.

Kaum Nabi Syuaib
Menyembah selain Allah. Menipu dalam timbangan.
Dimusnahkan dengan satu teriakan keras lalu mati bergelimpangan. Nabi Syuaib dan pengikutnya diselamatkan. (Sumber: Al-Quran)

Kaum Nabi Yunus (Zun Nun)
Sembah berhala bernama Asytar. Berdakwah kepada penduduk Niwana ( di Mosul, Iraq) sejumlah 100,000 orang yang menyembah berhala bernama Asytar. Nabi Yunus ‘frust’ lalu meninggalkan kaumnya. Banyak kaumnya yang bertaubat tetapi Nabi Yunus merajuk. Dia dihukum buang ke laut.
Dia ditelan ikan paus/ ikan nun. Jika dia tidak berzikir di dalam ikan itu, dia akan kekal di dalamnya hingga hari kiamat. Akhirnya dia kembali kepada kaumnya.


“Tidak ada Ilah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim.” (Al-Anbia’: 87)

“Doa saudaraku Dzin Nun (Nabi Yunus). Tidaklah seorang yang dalam kesulitan, lalu berdoa dengan doa ini melainkan Allah akan lepaskan dia dari kesulitan itu, iaitu: ‘Tidak ada ilah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim’.” (Turmizi & an-Nasa’i)


SAMBUNGAN KETERANGAN HADIS 2
Oleh Syeikh Fahmi Zamzam

Dalam hadis di atas, walaupun khusus disebutkan bangsa Arab, tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain. Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju mundurnya umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bangsa Arab.

Kemudian Yakjuj dan Makjuj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di muka bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zulqarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tiba hari kiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa itu dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan di permukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari kiamat sudah dekat sekali tibanya.

NAMA-NAMA YAKJUJ DAN MAKJUJ
• Yajuj dan Majuj
• Gog dan Magog
• Koka dan Vikoka
Menurut Imam Tabari, para ulama berselisih dalam menyebut Yakjuj Makjuj ataupun Yajuj Majuj. (Buku ‘Iskandar Zulkarnain’ oleh Mohd Khair Ramadhan Yusuf ms 133)

YAKJUJ MAKJUJ DALAM AL-QURAN
“Sehingga apabila terbuka (penghalang) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”
“Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur terbeliak (sambil berkata dengan cemas): “Aduhai celakanya kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. (Surah Al-Anbia’: 96-97)

“Sehingga apabila dia (Zulqarnain) sampai di antara dua gunung, dia dapati di tepinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.”
“Mereka berkata: “wahai Zulqarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di muka bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
“Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah aku dengan tenaga (kamu beramai-ramai), aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.”
“Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun memerintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.
Maka mereka (Yakjuj Makjuj) tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.”
“(Setelah itu) berkatalah Zulqarnain: “Inilah suatu rahmat daripaa Tuhanku. Dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, ia (tembok) akan menjadikan tembok itu hancur lebur. Dan adalah janji Tuhanku itu benar.” (Surah Al-Kahfi: 93-97)

YAKJUJ MAKJUJ DALAM AGAMA HINDU
Ada dua saudara kembar bernama Koka dan Vikoka (Gog and Magog, Yakjuj wa Makjuj) yang berkhidmat sebagai pemimpin di bawah kekuasaan Iblis. Mereka mahir dalam peperangan. Mereka sangat kuat hinggakan para dewa pun berasa gentar dengan mereka. Tidak ada cara dan senjata yang dapat menumpaskan mereka sekiranya mereka bergabung. Untuk menewaskan mereka, mestilah dengan cara memisahkan mereka terlebih dahulu. Seorang utusan Tuhan meletakkan dirinya di antara kedua-dua Koka dan Vikoka, batu-batan berhamburan ke arah mereka hinggakan mereka mati. (Rujukan: Wikipedia)


'BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW'

Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'
Related Posts with Thumbnails