tag:blogger.com,1999:blog-7101696107472851244.post6331289701493165686..comments2023-10-15T17:28:25.943+08:00Comments on Bermesra Dengan Kebenaran Mutlak: Nasser, Jasad Nabi Isa Bukan di YamanAlexanderwathernhttp://www.blogger.com/profile/16069165582025543871noreply@blogger.comBlogger17125tag:blogger.com,1999:blog-7101696107472851244.post-59631602417263012302020-01-17T08:09:25.259+08:002020-01-17T08:09:25.259+08:00Begitu baik kupasan tuan berkenaan ayat2 alquran b...Begitu baik kupasan tuan berkenaan ayat2 alquran berkenaan Isa al-Masih. Namun ada suatu informasi yg ingin saya kongsikan hasil kajian Prof Kamal Salibi dalam kitabnya Who Is Jesus yg menjelaskan perbezaan antara Isa b Maryam dan Jesus of Nazareth.

Isa dan Jesus adalah dua personaliti yg berbeza dari dua era (perbezaan ratusan tahun). Banyak ciri2 perbezaannya.

Sebagai contoh, Isa dilahirkan diruangan terbuka dipangkal pohon Kurma dengan taliair dikaki ibunya. Jesus pula dilahirkan dalam ruang tertutup yakni kandang kuda.

Contoh kedua, Ibu Nabi Isa tidak berhubungan dengan mana-mana lelaki tetapi ibu Jesus ada suami/lelaki Joseph the Carpenter ketika Jesus dilahirkan.

Contoh ketiga, Jesus (Yasua) and Isa punyai ejaan nama yg tidak sama. Isa ialah kalimah dalam lisaan arabiy yg fushah. Boleh semak bible Arab dan Quran Arab, both were spelled differently.

Contoh 4: Jesus meninggal ketika usianya belum pun mengenjak umur kematangan kenabian 40 tahun..

Jika kita senaraikan lagi satu persatu, maka makin banyak lagi kita temui perbedaannya.

Sebenarnya berlaku kekeliruan (syubhah) disini antara 2 personaliti yg disebut alquran dan yg disebut oleh bible. Walaakin syubbihalahum (indeed they are really in confusion about who is Isa bin Maryam), merujuk kepada pendita Kristian dikurun ke-5 yg keliru antara kisah Jesus (Yasua) dan kisah Isa as.

Jesus was killed while Isa was not killed or facing judgement with Greek authorities.

Adalah tidak wajar kita menganggap Jesus adalah Isa, kerana banyak perbezaannya jika dihalusi dengan lebih teliti, kerena mereka adalah individu yg berbeza.

Kesimpulannya, tentu kita tidak boleh menggunakan bible untuk mentafsirkan atau mencari justifikasi untuk menyamakan Isa dan Jesus.

Salam hormat buat Abu Zulfiqar. Ashraf Munimhttps://www.blogger.com/profile/05336375755716479405noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7101696107472851244.post-75151647161655818852012-09-17T13:24:35.240+08:002012-09-17T13:24:35.240+08:00PERSOALAN 5 :
(Saya) Juga berpendapat sama, bahawa...PERSOALAN 5 :
(Saya) Juga berpendapat sama, bahawa Isa as akan turun ke bumi, tetapi bagaimana dia turun masih menjadi persoalan sebab kalau jasadnya dibawa ke hadrat Allah swt, nak diletak di langit mana sedangkan jasad manusia hanya sesuai di bumi sahaja, dan Allah swt tidak akan melanggar hukum yang ditetapkanNya. Kalau dibandingkan kisah Adam as dengan Hawa hidup di syurga dan di samping Allah swt, persoalannya di mana Syurga itu, yang membolehkan jasad manusia bernafas? Sekian dari saya yang masih mencari kebenaran. Wassalam

PENJELASAN :
Kita tidak tahu di mana Allah meletakkan jasad Nabi Isa, tetapi yang pasti bukannya di planet bumi di alam nyata ini, apatah lagi kalau mahu dikatakan berada di gunung di Yaman oleh Nasser Mohamed El-Yamani, Abdul Aziz Lombok dan Juniyati Puchong. Jika ia berada di dimensi lain, ia tetap tidak berada di planet bumi yang nyata ini.

Tidak menjadi masalah untuk jasad manusia di tempatkan di selain bumi, atas kekuasaan Allah SWT. Dalam peristiwa Mi’raaj, jasad Rasulullah pergi ke tujuh-tujuh langit tanpa mengalami sebarang masalah atau kerosakan, dalam keadaan jaga dan tentunya bernafas. Jasad Nabi Yunus berada dalam perut ikan di dalam laut, tidak rosak dan masih bernafas.

Tentang lokasi syurga atau jannah Adam dan Hawa, para ulama berbeza pandangan. Boleh jadi ia di bumi, boleh jadi juga di langit, ataupun di tempat-tempat lain. Tapi yang pasti, jasad manusia tidak punya masalah pernafasan baik di syurga Adam dan Hawa, di mahsyar ataupun di syurga pada hari akhirat kelak.

“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga (JANNAH) yang luasnya SELUAS LANGIT DAN BUMI yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.” (Aali ‘Imraan : 133)

Tentang Allah sudah membuat ketetapan bahawa tubuh manusia hanya sesuai di planet bumi ini, saya belum jumpa ketetapan yang sebegitu. Jika ada, maka ia bertentangan dengan peristiwa jasad Rasulullah yang melalui peristiwa Mi’raaj.

Yang pentingnya, kita percaya Nabi Isa tidak dibunuh, tidak disalib, dipegang jiwanya oleh Allah SWT dan diangkat jasadnya kepadaNya, dan akan diturunkan ke alam planet bumi ini pada akhir zaman. WaAllahua’lam.

Abu Zulfiqar
16 September 2012
Alexanderwathernhttps://www.blogger.com/profile/16069165582025543871noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7101696107472851244.post-19355474567980720782012-09-17T13:24:08.872+08:002012-09-17T13:24:08.872+08:00Penyaliban memakan masa yang lama untuk mematikan ...Penyaliban memakan masa yang lama untuk mematikan seseorang. Penyaliban berlaku pada hari Jumaat sedangkan hari Sabtu ialah hari suci bagi orang-orang Yahudi. Oleh kerana mereka tahu bahawa ketiga-tiga orang yang disalib itu lambat lagi putus nafasnya, mereka mengusulkan akan kematian dipercepatkan. Untuk mempercepatkan kematian dalam proses penyaliban, kaki orang yang disalib hendaklah dipatahkan. Askar-askar pun mematahkan kaki kedua-dua orang penyamun, tapi mereka tidak mematahkan kaki Jesus. Mengapa? Kerana mereka lihat Jesus sudah mati. Begitulah kata Bible. Sebab-musabab yang sebenar tidaklah kita ketahui.

“Kerana hari itu hari persiapan dan supaya pada hari Sabat mayat-mayat itu tidak tinggal tergantung pada kayu salib--sebab Sabat itu adalah hari besar--maka datanglah orang-orang Yahudi kepada Pilatus dan meminta kepadanya supaya kaki orang-orang itu dipatahkan dan mayat-mayat mereka diturunkan. Maka datanglah perajurit-perajurit lalu mematahkan kaki orang yang pertama dan kaki orang yang lain yang disalibkan bersama-sama dengan Jesus. Tetapi ketika mereka sampai kepada Jesus dan melihat dia sudah mati, mereka tidak mematahkan kakinya. Tetapi seorang dari antara perajurit itu menikam rusuknya dengan tombak, dan segera mengalir keluar darah dan air.” (Yohanes 19 : 31-34)

Selepas selesai peristiwa ini, barulah orang-orang mula berfikir, benarkah mereka sudah membunuh orang yang disalib? Dari segi tempoh penyaliban, memang belum cukup untuk mematikan orang itu. Tambahan pula, kakinya tidak dipatahkan. Lagi, ketika ditikam rusuknya, keluar darah dan air. Darah dan air akan keluar sekiranya seseorang itu belum mati.

Maka di sini ada satu lagi keraguan yang menghantui mereka. Orang yang disalib itu mati atau tidak? Sehingga ke hari ini orang-orang Kristian berbeza pandangan.

Begitulah sedikit maklumat yang saya temui dalam Bible. Namun hal sebenar yang menyebabkan mereka ragu-ragu, belumlah saya temui jawapannya.

Alexanderwathernhttps://www.blogger.com/profile/16069165582025543871noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7101696107472851244.post-2745610974636758712012-09-17T13:23:40.502+08:002012-09-17T13:23:40.502+08:00Mari kita lihat pula peristiwa pelik yang berlaku ...Mari kita lihat pula peristiwa pelik yang berlaku ketika penangkapan Jesus :
“Maka Jesus, yang tahu semua yang akan menimpa dirinya, maju ke depan dan berkata kepada mereka (orang-orang yang mahu menangkapnya): "Siapakah yang kamu cari?" Jawab mereka: "Jesus dari Nazareth." Katanya kepada mereka: "Akulah dia." JUDAS yang mengkhianati dia berdiri juga di situ bersama-sama mereka. Ketika dia (Jesus) berkata kepada mereka: "Akulah dia," BERUNDURLAH MEREKA DAN JATUH KE TANAH.” (John 18 : 4-6)

Mengapa orang-orang yang mahu menangkapnya terundur ke belakang dan jatuh ke tanah? Takkanlah dengan pengakuan Jesus : “Ya, akulah orangnya yang kamu cari” membuatkan mereka terjatuh! Bible menyorokkan peristiwa ganjil ini, dan hanya menceritakan secara tiba-tiba kumpulan penyerang itu terpelanting ke belakang. Maksudnya ketika itu berlaku sesuatu yang mengejutkan sehingga mereka terlentang ke belakang yang mungkin seperti letupan, sinaran terang, gegaran atau sebagainya. Ada kemungkinan ketika inilah Tuhan menukarkan Jesus dengan lelaki lain. Antara calon yang selalu disebut-sebut ialah Judas sendiri. WaAllahua’lam. Maka yang ditangkap selepas itu ialah seorang lelaki yang diserupakan dengan Jesus.

Katakanlah Nabi Muhammad saw akan disalibkan sebentar lagi, sedangkan anda ialah para sahabatnya yang berada berhampiran tempat itu. Adakah anda akan berdiam diri ataupun keluar mengamuk untuk menyelamatkan baginda?

Sudah tentulah kita sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan Nabi Muhammad. Tapi hal itu tidak berlaku kepada para hawari Jesus. Mereka tidak berusaha untuk menyelamatkan Jesus, bahkan ada antara hawarinya yang datang menyaksikan penyaliban itu. Hal ini juga kemudiannya membuatkan orang-orang kafir itu mula melakukan penilaian semula, siapakah yang disalib itu?

Orang yang disalib itu diturunkan dengan cepat sedangkan dia belum mati. Apa bukti mengatakan dia belum mati? Menurut Bible, bersama-sama lelaki itu ada dua orang penyamun yang disalib. Seorang di kanan dan seorang di kirinya. Jumlahnya tiga orang disalib sekaligus.

“Bersama-sama dengannya (Jesus) disalibkan dua orang penyamun, seorang di sebelah kanan dan seorang di sebelah kirinya.“ (Matthew 27 : 38)

“Ketika mereka sampai di tempat yang bernama Tengkorak, mereka menyalibkan Jesus di situ dan juga kedua-dua orang penjahat itu, yang seorang di sebelah kanannya dan yang lain di sebelah kirinya.” (Luke 23 : 33)

bersambung...Alexanderwathernhttps://www.blogger.com/profile/16069165582025543871noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7101696107472851244.post-33575624838322812802012-09-17T13:23:10.523+08:002012-09-17T13:23:10.523+08:00Bukti lain dalam majlis pertuduhan itu juga :
“Kat...Bukti lain dalam majlis pertuduhan itu juga :
“Katanya: "Jikalau engkau adalah Mesiah, katakanlah kepada kami." Jawab (orang yang disangkakan sebagai ) Jesus: "Sekalipun aku mengatakannya kepada kamu, namun KAMU TIDAK AKAN PERCAYA. Dan sekalipun aku bertanya sesuatu kepada kamu, namun kamu tidak akan menjawab. Mulai sekarang ANAK MANUSIA (Jesus) akan duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa." (Luke 22 : 67-69)

Orang akan percayakah jika lelaki itu mengatakan : “Sebenarnya aku bukan Jesus, aku orang lain, tetapi aku sudah diserupakan dengan Jesus. Jesus yang sebenar sudah diselamatkan Tuhan.” Rasa-rasanya orang-orang di situ percaya tidak? Tentulah tidak percaya. Tambahan pula rupa lelaki itu saling tak tumpah seperti Jesus. Oleh itu dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja, kerana dia tahu tidak ada sesiapapun yang akan mempercayai kata-katanya itu, buang masa sahaja. Dia sedar, itulah hukuman yang terpaksa diterimanya kerana mengkhianati Jesus. Dia sedar dirinya bersalah lalu sanggup menerima apa sahaja hukuman.

Saya melihat Qisasul Abiya’ (terjemahan) turut memuatkan cerita yang seakan-akan iaitu :
“Maka kata Sibarong (orang yang bakal disalib) itu : “Bukan(nya) aku ini Isa, bahawa aku ini daripada kaum kamulah juga, namaku Sibarong.” Maka seorang pun tiada mahu mendengarkan katanya itu, beberapa pun ia mengatakan dirinya bukannya aku ini Isa itu pun tiada didengar oleh mereka itu katanya itu. Maka dibunuhnya lalu disulakan akan dia, maka segala Yahudi itu pun sukacitalah maka pada hatinya sekalian telah matilah Nabi Allah Isa itu, maka dengan seketika itu juga Sibarong itu pun kembalilah seperi rupanya yang dahulu itu. Maka menyesallah segala Yahudi itu oleh membunuh kaumnya itu, maka telah diketahuinyalah oleh segala Yahudi itu bahawa Nabi Allah Isa alaihissalam dilepaskan Tuhan seru sekalian alam daripada kejahatan itu.”

Sambung sumber dari Bible, tambah lelaki itu lagi :
“Mulai sekarang Anak Manusia akan duduk di sebelah kanan Tuhan Yang Maha Kuasa."

Maksudnya lelaki itu tahu, Tuhanlah yang menyelamatkan Jesus dengan cara yang luar biasa. Dia tidak mahu panjang bicara lalu menyebut Jesus sebagai ‘Anak Manusia’ sahaja.

bersambung...Alexanderwathernhttps://www.blogger.com/profile/16069165582025543871noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7101696107472851244.post-28595620253065424132012-09-17T13:22:36.408+08:002012-09-17T13:22:36.408+08:00Apa kata Bible? Ketika disalib, orang yang disalib...Apa kata Bible? Ketika disalib, orang yang disalib itu menjerit :
“Kira-kira jam tiga berserulah (orang yang disangkakan sebagai) Jesus (Nabi Isa) dengan suara yang nyaring: "Eli, Eli, lama sabakhtani?” (Tuhanku, Tuhanku, mengapa Engkau meninggalkan aku?” (Matthew 27 : 46)

Sekiranya yang sedang disalib itu ialah Nabi Isa (Jesus/Yesus/Essau/lain-lain nama mengikut sebutan daerah masing-masing) , mustahillah di akan menjerit mengatakan Tuhan meninggalkannya. Hal ini kerana Tuhan sentiasa bersama-sama kita tidak kira di mana kita berada walaupun Zat Tuhan tidak terpengaruh dengan tempat, lokasi, posisi dan lain-lain. Kita tidak pernah terlepas daripada-Nya. Nabi Isa pastinya lebih maklum akan hal ini. Oleh itu yang sedang disalib bukanlah Nabi Isa. Hal ini memang membuatkan mereka ragu-ragu kerana Nabi Isa tidak akan menjerit dengan kata-kata sebegitu.

Kemudian, ada antara mereka yang kafir yang percaya bahawa Nabi Isa memang datang untuk disalib, iaitu untuk menebus dosa-dosa manusia. Tapi sekiranya benar dia datang memang untuk disalib sebagai menebus dosa manusia, pastinya dia akan berasa gembira dan bersedia untuk disalib. Namun ketika disalib, orang yang disalib itu menyeru dengan nada hampa, ketakutan, penyesalan dan seumpamanya. Maksudnya dia bukanlah Nabi Isa yang mereka percaya sebagai penebus dosa. Hal ini membuatkan mereka ragu-ragu.

Selepas ditangkap, orang itu dihadapkan ke muka pengadilan. Pelbagai tuduhan dikenakan kepadanya tetapi dia tidak menjawab apa-apa pun. Mengapa? Kerana dia bukan Nabi Isa. Jika Nabi Isa tentu sahaja dia boleh berhujah dengan baik menjelaskan segala pertuduhan itu kerana dia terkenal dengan bijaknya berkata-kata.

Buktinya :
“Tetapi atas tuduhan yang diajukan imam-imam ketua dan tua-tua terhadapnya (orang yang disangkakan Nabi Isa), DIA TIDAK MENJAWAB APA PUN. Maka kata Pilatus kepadanya: "Tidakkah engkau dengar betapa banyaknya tuduhan saksi-saksi ini terhadap engkau? Tetapi dia tidak menjawab satu perkataanpun, sehingga pemerintah negeri itu BERASA SANGAT HAIRAN.” (Matthew 27 : 12-14)

Pilatus bertanya lagi, tetapi orang yang ditangkap sudah tidak ada selera untuk menjawab. Buktinya :
“Pilatus bertanya kepada-Nya: "Engkaukah raja orang Yahudi?" Jawab (orang yang disangkakan sebagai) Jesus: "Engkau sendiri mengatakannya." (Mark 15 : 2)
Lihatlah cara lelaki itu menjawab. Acuh tak acuh sahaja, seperti orang yang sudah berputus asa. Hal ini berlaku kerana dia bukan Jesus dan dia tidak punya jalan untuk menerangkan kedudukannya kepada orang ramai.

bersambung...Alexanderwathernhttps://www.blogger.com/profile/16069165582025543871noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7101696107472851244.post-6661756922920584312012-09-17T13:20:56.429+08:002012-09-17T13:20:56.429+08:00PERSOALAN 4 :
Surah an-Nisaa : 157-158 menerangkan...PERSOALAN 4 :
Surah an-Nisaa : 157-158 menerangkan tentangkan Nabi Isa as. Namun di akhir ayat 157 seperti orang yang menyaksikan kematian Isa di tiang itu tak pasti yang mereka salib itu Isa as atau orang lain. Mungkin perwatakan dia atau cara dia mereruh kesakitan berbeza dan membuatkan semua yang menyaksikan tergamam.

PENJELASAN :
Mula-mula kita petik ayat-ayat yang dimaksudkan :
“Dan (Kami hukum mereka) kerana ucapan mereka : “Sesungguhnya kami sudah membunuh Al-Masih, Isa anak Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka TIDAK MEMBUNUHNYA dan TIDAK MENYALIBNYA, tetapi (yang dibunuh ialah) ORANG YANG DISERUPAKAN DENGANNYA. Sesungguhnya mereka yang berselisih pendapat tentang Isa, selalu dalam keraguan tentang (orang) yang dibunuh itu. Mereka benar-benar tidak tahu melainkan mengikut persangkaan belaka, jadi mereka TIDAK YAKIN telah membunuhnya.” (An-Nisaa’ : 157)
“Tetapi Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.” (An-Nisaa’: 158)

“Sesungguhnya kami SUDAH membunuh Al-Masih” memberi petunjuk kepada kita bahawa kata-kata ini tercetus SELEPAS selesai peristiwa penyaliban dan pembunuhan seseorang yang diserupakan dengan Nabi Isa itu. Begitu juga dengan kata-kata : “selalu dalam keraguan tentang (orang) yang dibunuh itu” dan kata-kata : “mereka tidak yakin TELAH membunuhnya”. Kalimah-kalimah yang saya petik di atas tadi semuanya bercerita tentang peristiwa yang sudah berlaku.

Ya, mereka yang menyalibnya sebenarnya berasa ragu-ragu, benarkah Nabi Isa yang disalib? Keraguan mereka ini timbul atas beberapa sebab. Sebab-sebab itu tidak dinyatakan dalam Al-Quran tetapi kita boleh merujuk kepada Bible. Kita tidak menyatakan Bible itu rujukan yang sahih, tetapi ia sekadar maklumat tambahan. Samalah seperti kita merujuk buku-buku sejarah kerana Bile yang ada hari ini tidak lebih daripada sebuah buku sejarah sahaja dari segi kesahihannya.

bersambung...Alexanderwathernhttps://www.blogger.com/profile/16069165582025543871noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7101696107472851244.post-64598992516111795462012-09-14T00:52:03.935+08:002012-09-14T00:52:03.935+08:00Apa sandaran lain untuk kita mengatakan “MARJI’UKU...Apa sandaran lain untuk kita mengatakan “MARJI’UKUM’ pada ayat ini ialah pada hari akhirat? Kita lihat ayat sebelumnya yang mengatakan pengikut Nabi Isa di atas orang-orang yang kafir SAMPAILAH KE HARI KIAMAT. KEMUDIAN barulah Nabi Isa dan orang lain melalui proses ‘MARJI’UKUM’, iaitu selepas hari kiamat. Maksudnya proses ini berlaku selepas hari kiamat berlaku, iaitu hari kebangkitan. Maka ketika Nabi Isa ditawaffakan dan diangkat, dia belum mati. Dia juga belum ‘kembali kepada Allah’ (marji’ukum) melainkan ‘diangkat’ (mutawaffiika dan raafi’uka) kepada Allah.

Dalam Bible ada dikatakan :
“Dan ketahuilah, aku (Nabi Isa) menyertai kamu (para pengikut ajarannya) senantiasa sampai ke akhir zaman." (Matius : 28 : 20)

Perkataan di atas mungkin membawa maksud Nabi Isa belum mati. Dia masih hidup sehinggalah ke akhir zaman.

Sekiranya “MARJI’UKUM” pada ayat ini mahu ditafsirkan sebagai meninggal dunia, ia masih menunjukkan yang Nabi Isa belum meninggal dunia ketika dia melalui proses ditawaffa dan diangkat. Buktinya, kita ikuti urutan peristiwa dalam ayat ini :
1. Allah ambil/pegang jiwa Nabi Isa. (Mutawaffiika)
2. Allah angkat jasadnya kepadaNya. (Raafi’uka)
3. KEMUDIAN barulah Nabi Isa dan lain-lain dimatikan, iaitu dengan kata : “KEMUDIAN kepada-Ku engkau kembali.” (Marji’ukum)

Tumpuan kita ialah pada perkataan ‘KEMUDIAN’. Kalau pada urutan nombor 1 itu Nabi Isa sudah dimatikan (sudah diambil nyawa/ sudah kembali kepada Tuhan/ sudah meninggal dunia), ia sudah bertentangan dengan urutan pada nombor 3. Kalau sudah mati, takkanlah dia mati lagi sekali? Hal ini membuktikan pada urutan nombor 1 itu Nabi Isa belum mati, cuma direhatkan dan diangkat kepada Allah SWT.

Saya berpandangan firman Allah kepada Nabi Isa ini berlaku selepas peristiwa penyaliban walaupun peristiwa-peristiwa itu berlaku sebelum penyaliban. Jadi memang benarlah seperti kata anda bahawa peristiwa-peristiwa itu berlaku sebelum penyaliban. WaAllahua’lam.

Abu Zulfiqar
14 SEPTEMBER 2012

bersambung...Alexanderwathernhttps://www.blogger.com/profile/16069165582025543871noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7101696107472851244.post-8311902520139936122012-09-14T00:51:40.158+08:002012-09-14T00:51:40.158+08:00PERSOALAN 3 :
Surah Ali Imran : 55 ini bagi pendap...PERSOALAN 3 :
Surah Ali Imran : 55 ini bagi pendapat saya seperti menerangkan apa yang berlaku sebelum salib itu berlaku kerana di akhir ayat itu mengatakan 'Kemudian kepadaKu engkau kembali (Marji'ukum) lalu aku beri keputusan tentang apa yang kamu perselisihkan'. Jadi, bagaimana pendapat Ustaz?

PENJELASAN :
Mula-mula kita lihat maksud ayatnya :
“(Ingatlah) ketika Allah berfirman, “Wahai Isa! Aku mengambil jiwamu (MUTAWAFFIIKA) dan mengangkatmu kepada-Ku, dan menyucikanmu daripada orang-orang yang kafir, dan menjadikan orang-orang yang mengikutimu di atas orang-orang yang kafir HINGGA HARI KIAMAT. KEMUDIAN kepada-Ku engkau kembali, lalu Aku beri keputusan tentang apa yang kamu perselisihkan.” (Aali ‘Imraan : 55)

Pada ayat ini perkataan ‘MARJI’UKUM’ tidak membawa pengertian ‘MATI’. “MARJI’UKUM” ini berlaku selepas kita mati iaitu apabila kita semua dibangkitkan semula pada hari kiamat nanti, atau dalam kata lain ketika kita ‘KEMBALI KEPADA ALLAH PADA HARI AKHIRAT NANTI’. Buktinya terdapat pada banyak ayat seperti Al-Maidah 105, Al-An’am 60, Al-An’am 164, Yunus 4, Al-Ankabut 8 dan lain-lain. Kita ambil satu sebagai contoh :

“Bagaimana kamu engkar kepada Allah, padahal kamu (asalnya) mati (iaitu sebelum kita dilahirkan), lalu Dia menghidupkan kamu (di dunia), kemudian Dia mematikan kamu (meninggal dunia), lalu Dia menghidupkan kamu kembali (pada hari akhirat). KEMUDIAN kepada-Nyalah kamu dikembalikan (TURJA’UN).” (Al-Baqarah : 28)

Ketika itulah amalan-amalan kita akan ditimbang dan diberi pembalasan oleh Allah SWT, atau dalam kata lain “Allah beri keputusanNya”. Ketika kita mati, Allah belum beri keputusanNya. Pada hari kebangkitan kelaklah baru Allah beri keputusanNya tentang segala perkara.

Bukti mengatakan HARI KIAMAT ialah hari kebangkitan :
“Maka Allah akan mengadili mereka (orang Yahudi dan Kristian) pada HARI KIAMAT tentang apa yang mereka perselisihkan (maksudnya Allah akan beri keputusanNya).” (Al-Baqarah : 113)

“…dan pada HARI KIAMAT mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat.” (Al-Baqarah : 85)

“Dan hanya pada HARI KIAMAT sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya dia beroleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (Aali ‘Imraan : 185)

bersambung...Alexanderwathernhttps://www.blogger.com/profile/16069165582025543871noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7101696107472851244.post-86465112139370847122012-09-11T14:11:53.385+08:002012-09-11T14:11:53.385+08:00PERSOALAN 2 :
Apabila roh diambil, maka matilah ja...PERSOALAN 2 :
Apabila roh diambil, maka matilah jasad. Namun bukankah tidur itu mati sementara?

PENJELASAN :
Memang benar, tidur itu mati sementara. Mati sementara tentunya tidak sama dengan mati sebenar.

Mati sementara = tubuh masih bernyawa, tidak keras kaku, tidak pucat dan tidak sejuk. Ketika ini jiwa (an-nafs) kita dipegang/diambil oleh Allah dan akan dikembalikan.
Mati sebenar = tubuh sudah tidak bernyawa, keras kaku, pucat dan sejuk. Ketika ini jiwa (an-nafs) kita dipegang/diambil oleh Allah dan tidak dikembalikan.

11 SEPTEMBER 2012Alexanderwathernhttps://www.blogger.com/profile/16069165582025543871noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7101696107472851244.post-13362444984727870442012-09-11T08:29:38.199+08:002012-09-11T08:29:38.199+08:00Kita ikuti urutan peristiwa dalam ayat ini :
1. Al...Kita ikuti urutan peristiwa dalam ayat ini :
1. Allah ambil/pegang jiwa Nabi Isa.
2. Allah angkat jasadnya kepadaNya.
3. KEMUDIAN barulah Nabi Isa dimatikan, iaitu dengan kata : “KEMUDIAN kepada-Ku engkau kembali.”

Kalau pada urutan nombor 1 itu Nabi Isa sudah dimatikan (sudah diambil nyawa/ sudah kembali kepada Tuhan/ sudha meninggal dunia), ia sudah bertentangan dengan urutan pada nombor 3. Kalau sudah mati, untuk apa mati lagi sekali? Hal ini membuktikan pada urutan nombor 1 itu Nabi Isa belum mati, cuma direhatkan. Jadi “MUTAWAFFIIKA” pada ayat ini bermaksud “memegang/mengambil jiwa” bukannya mengambil roh atau nyawa.

WaAllahua’lam.

Abu Zulfiqar
11 SEPTEMBER 2012

*jawapan kepada persoalan2 seterusnya akan diusahakan, insyaAllah.Alexanderwathernhttps://www.blogger.com/profile/16069165582025543871noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7101696107472851244.post-72875892674060846472012-09-11T08:28:48.380+08:002012-09-11T08:28:48.380+08:00APAKAH MAKSUD ‘MUTAWAFFIIKA’ DALAM KES NABI ISA?
...APAKAH MAKSUD ‘MUTAWAFFIIKA’ DALAM KES NABI ISA?

“Mutawaffiika” ada dua keadaan iaitu :
1. Tuhan mengambil/memegang jiwa seseorang tanpa dipulangkan, iaitu dimatikan. Ia juga bermaksud Tuhan mengambil nyawa dan mengambil kehidupan dunia seseorang.
2. Tuhan mengambil/memegang jiwa seseorang untuk sementara, yang kemudiannya akan dipulangkan, iaitu tidur. Orang ini masih ada nyawa.

Buktinya :
“Allah mengambil jiwa (YATAWAFFA) seseorang ketika matinya dan (juga YATAWAFFA kepada seseorang) yang belum mati (iaitu) ketika tidurnya, maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain (yang belum sampai waktu kematiannya) sehinggalah waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda Allah bagi kaum yang berfikir.” (Az-Zumar : 42)

Apakah persamaan antara orang yang mati dengan orang yang tidur? Untuk mendapatkan pemahaman tentangnya, saya petik kata-kata Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumiddin :
“Dunia menjadi tempat tinggal, badan menjadi kenderaan, dan amal perbuatan menjadi jalan kepada matlamat.”

Apabila dikatakan ‘badan menjadi kenderaan’, sudah tentu ada pemandunya. Pemandunya ialah diri halus kita. Jadi persamaan antara tidur dan mati ialah ‘pemandu’ tubuh itu diambil/dipegang oleh Allah SWT. Jika dia melepaskan ‘pemandu’ itu, hidup lagilah jasad yang sedang tidur. Jika Dia tidak melepaskan ‘pemandu’ itu, matilah jasadnya. Tidur atau mati, ‘pemandu’ tidak berkuasa untuk mengawal jasad lagi. ‘Pemandu’ itu tidak lain ialah JIWA. JIWAlah yang diambil/dipegang oleh Allah apabila berlakunya “MUTAWAFFIIKA”.

“(Ingatlah) ketika Allah berfirman, “Wahai Isa! Aku mengambil/memegang jiwamu (MUTAWAFFIIKA) dan mengangkatmu kepada-Ku, serta menyucikanmu daripada orang-orang yang kafir, dan menjadikan orang-orang yang mengikutimu di atas orang-orang yang kafir HINGGA HARI KIAMAT. KEMUDIAN kepada-Ku engkau kembali, lalu Aku beri keputusan tentang apa yang kamu perselisihkan.” (Aali ‘Imraan : 55)

bersambung...Alexanderwathernhttps://www.blogger.com/profile/16069165582025543871noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7101696107472851244.post-85343768396343795562012-09-11T08:28:28.270+08:002012-09-11T08:28:28.270+08:00“Dan kerana engkau melihat ketika orang –orang yan...“Dan kerana engkau melihat ketika orang –orang yang bersalah itu di dalam sengsara kematian, dan para malaikat pun mengembangkan tangan-tangannya seraya mengatakan : “Lepaskan jiwa-jiwa kamu (ANFUSAKUM).” (Al-An’am : 93)
‘JIWA’ di sini ialah nyawa.

“Berilah salam sesama kamu (ANFUSIKUM).” (An-Nur : 61)
‘JIWA’ dalam ayat ini ialah manusia dan jin, iaitu jasad dan jiwa sekaligus.

“Ketahuilah, bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada di dalam JIWA (ANFUSIKUM) kamu itu, sebab itu berhati-hatilah.” (Al-Baqarah : 235)
‘JIWA’ di sini ialah hati, pemikiran.

Jelaslah kepada kita di sini bahawa di dalam Al-Quran, ROH dan JIWA masing-masing mempunyai maksud tersendiri bergantung pada penggunaannya. Sekadar itu sahaja pengetahuan saya. WaAllahua’lam.

Perbahasan para ulama tentang roh dan jiwa sangatlah panjang dan mempunyai beberapa pandangan yang berbeza. Hal itu tidaklah saya muatkan di sini kerana akan memakan terlalu banyak masa, ruang dan kerja. Secara ringkasnya, saya cenderung kepada pandangan ulama yang mengatakan roh dan jiwa itu sebenarnya dua perkara yang berbeza. Namun begitu, jiwa ‘berdiri’ atau ‘melekat’ pada roh, hinggakan sesekali ia dinisbahkan kepada roh itu sendiri.

Sekadar itu sahaja pengetahuan saya yang faqir. WaAllahu’alam.

Alangkah kerdilnya ilmu manusia tentang roh…….

bersambung...Alexanderwathernhttps://www.blogger.com/profile/16069165582025543871noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7101696107472851244.post-4665370550129980122012-09-11T08:28:04.007+08:002012-09-11T08:28:04.007+08:00APAKAH ‘JIWA’?
“Wahai JIWA (AN-NAFS) yang tenang....APAKAH ‘JIWA’?

“Wahai JIWA (AN-NAFS) yang tenang. Kembalilah Kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhainya.” (Al-Fajr : 27)
‘JIWA’ dalam ayat ini lebih sesuai dengan hati, kalbu, perasaan, akal, pemikiran dan seumpamanya.

“Aku bersumpah dengan JIWA (AN-NAFS) yang selalu menyesali.” (Al-Qiyamah : 2)
‘JIWA’ dalam ayat ini ialah hati, akal, pemikiran, perasaan dan yang seumpama dengannya

“Dan aku (Nabi Yusuf) tidak (mengatakan) diriku bebas (dari kesilapan), kerana sesungguhnya JIWA (AN-NAFS) itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali yang diberi rahmat oleh Rabbku. Sesungguhnya Rabbku Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Yusuf : 53)
‘JIWA’ dalam ayat ini sesuai dengan nafsu, kehendak.

“Dan JIWA (NAFS) dan apa yang menyempurnakannya. Maka diilhamkan kepadanya (kepada jiwa itu) kejahatan dan ketaqwaan. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya (jiwa itu).” ( Asy-Syams : 7-8)
JIWA’ di sini ialah akal, pemikiran, hati dan seumpamanya.

“Setiap JIWA (NAFS) akan merasai maut .” (Ali Imran : 185)
‘JIWA’ dalam ayat ini ialah makhluk yang hidup atau bernyawa. Maut bermaksud kehilangan nyawa. Oleh itu ertinya setiap makhluk yang hidup dan bernyawa pasti akan merasai mati, pasti akan hilang nyawa. ‘JIWA’ dalam ayat ini melibatkan jasad dan nyawa sekaligus.

“Dan ketika kamu membunuh satu jiwa/seseorang (NAFSAN), lalu kamu menuduh-nuduh tentang pembunuhan itu.” (Al-Baqarah : 72)
‘JIWA’ yang ini pula ialah manusia yang bernyawa. Maka ayat ini sesuai dikatakan : “Dan ketika kamu membunuh seorang manusia hidup…” Ia melibatkan jasad dan nyawa sekaligus.

bersambung...Alexanderwathernhttps://www.blogger.com/profile/16069165582025543871noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7101696107472851244.post-42245315356564714332012-09-11T08:27:33.041+08:002012-09-11T08:27:33.041+08:00“Hanya sanya Al-Masih Isa anak Maryam itu ialah ut...“Hanya sanya Al-Masih Isa anak Maryam itu ialah utusan Allah dan kalimatNya yang disampaikan kepada Maryam, dan ROH daripadaNya.” (An-Nisa : 171)

“Dan (Maryam) yang menjaga kesuciannya, lalu Kami meniupkan kepadanya ROH Kami.” (Al-Anbiya’ : 91)
ROH pada kedua-dua ayat ini ialah sesuatu yang menjadi penyebab kepada terbentuk dan hidupnya Nabi Isa di dalam kandungan ibunya.

“Dan sesungguhnya (Al-Quran) ini benar-benar diturunkan oleh Rabb sekalian alam.” (Asy-Syu’araa : 192)
“Yang dibawa turun oleh ROH AL-AMIN.” (Asy-Syu’araa : 193)
“Ke dalam hatimu (wahai Muhammad) agar engkau termasuk orang yang memberi peringatan.” (Asy-Syu’araa : 194)
“Dengan bahasa Arab yang jelas.” (Asy-Syu’araa : 195)
ROH AL-AMIN di sini ialah Malaikat Jibril.

Bukti sokongannya yang mengatakan ia ialah Jibril ada dijelaskan dalam ayat yang lain :
“Katakanlah : Sesiapa yang menjadi musuh kepada Jibril, sesungguhnya dialah yang menurunkan wahyu itu kepada hatimu dengan izin Allah.” (Al-Baqarah : 97)
Ada persamaan kerana hal Jibril menurunkan wahyu ke dalan hati Nabi Muhammad ada disebutkan dalam kedua-dua surah.

Juga bukti ROH itu ialah Jibril :
“Katakanlah : ROHUL QUDUS yang menurunkan (Al-Quran) itu daripada Tuhanmu dengan kebenaran…….” (An-Nahl : 102)
ROHUL QUDUS pada ayat ini ialah Malaikat Jibril.

Satu perkara yang kita nampak di sini, apabila ROH mahu dikaitkan dengan Malaikat Jibril, pada gelaran itu ada penambahan seperti ROH AL-AMIN dan ROHUL QUDUS. Ia tidak disebutkan ‘ROH’ sahaja.

Begitulah serba-sedikit panduan daripada Al-Quran tentang ROH. Jelasnya, ROH tidak dikaitkan dengan nyawa atau diri halus manusia kerana Al-Quran menyebut nyawa manusia sebagai JIWA (AN-NAFS). Seterusnya mari kita lihat apa kata Al-Quran tentang JIWA (AN-NAFS) pula.

bersambung...Alexanderwathernhttps://www.blogger.com/profile/16069165582025543871noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7101696107472851244.post-16046344065806063712012-09-11T08:26:57.743+08:002012-09-11T08:26:57.743+08:00SEORANG HAMBA ALLAH BERTANYA :
Salam Ustaz..setela...SEORANG HAMBA ALLAH BERTANYA :
Salam Ustaz..setelah saya membaca tulisan ustaz saya ada beberapa soalan:
1. Apakah perbezaan antara roh dan jiwa? ‘Mutawaffiika’ itu adalah mengambil jiwa atau mengambil roh/nyawa?

PENJELASAN :
Wlksm. Terima kasih kerana sudi membaca (soalan ini datang selepas sahabat kita ini membaca tulisan saya yang bertajuk : “Nasser, Jasad Nabi Isa Bukan di Yaman” di http://myalexanderwathern.blogspot.com/2012/09/nasser-jasad-nabi-isa-bukan-di-yaman.html) Insya-Allah saya akan cuba berikan penjelasan sekadar yang saya termampu.

Kita sedia maklum, pengetahuan kita tentang roh sangatlah sedikit. Firman Tuhan :
“Mereka bertanyakan engkau tentang ROH, maka katakanlah ROH itu dari perintah/urusan Tuhanku.” (Al-Isra’ : 85)

APAKAH ‘ROH’?

Dalam Al-Quran, sebutan ‘roh’ mempunyai beberapa maksud. Berdasarkan susunan dan isi kandungan sesuatu ayat itu, kita boleh mengagak maksud ‘ROH’ dalam ayat itu. Antaranya petikan Al-Quran :
“Dan begitulah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) ROH dari perintah Kami.” (Asy-Syura : 52)
Allah mewahyukan ROH kepada Nabi Muhammad saw. Maka ROH pada ayat ini ialah ‘sesuatu yang diwahyukan’. Ada ulama mengatakan ROH pada ayat ini ialah Al-Quran itu sendiri. WaAllahua’lam.

“Yang Maha Tinggi DarjatNya, yang memiliki ‘arasy, yang menurunkan ROH dari perintahNYa kepada sesiapa yang disukaiNya dalam kalangan hamba-hamba-Nya, agar memperingatkan tentang hari pertemuan (hari kebangkitan).” (Al-Mu’min : 15)
Antara yang sesuai untuk ROH pada ayat ini ialah wahyu atau malaikat…….

“Engkau (Muhammad) tidak akan mendapatkan suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapanya, anaknya, saudaranya atau keluarganya. Mereka itulah orang-orang yang di dalam hatinya telah ditanamkan Allah keimanan, dan Allah telah memperkuatkan mereka dengan ROH daripadanya.” (Al-Mujaadilah : 22)
ROH dalam ayat ini ialah ‘sesuatu yang menguatkan, meneguhkan, membantu…’. Sekadar itu sahaja maklumat yang saya ada.

“Pada hari ROH dan para malaikat berdiri berbaris-baris, mereka sekalian tidak berkata-kata …” (An-Naba’ : 38)
Saya tidak tahu apa maksud ‘ROH’ pada ayat ini. Jika hendak dikatakan Malaikat Jibril, tentunya dia sudah berada dalam spesis malaikat. Ada kemungkinan juga roh itu ialah roh-roh manusia dan jin. Ada juga ulama yang mentafsirkannya sebagai sebahagian tentera Allah.

“Pada malam itu turun para malaikat dan ROH dengan izin Tuhan mereka.” (Al-Qadr : 4)
ROH yang ini juga tidak saya ketahui. Ia bukan Malaikat Jibril kerana Jibril berada dalam kalangan malaikat. Boleh jadi juga roh itu ialah roh-roh para manusia dan jin yang sudah meninggal, ataupun tentera Allah selain para malaikat.

bersambung...Alexanderwathernhttps://www.blogger.com/profile/16069165582025543871noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7101696107472851244.post-16227918288774293152012-09-05T13:40:05.473+08:002012-09-05T13:40:05.473+08:00Salam Ustaz..setelah saya membaca tulisan ustaz sa...Salam Ustaz..setelah saya membaca tulisan ustaz saya ada beberapa soalan:

1. Apakah perbezaan antara roh dan jiwa? Mutawaffiika itu adalah mengambil jiwa atau mengambil roh/nyawa?
2.Apabila roh diambil, maka matilah jasad. Namun bukankah tidur itu mati sementara?
3.Surah ali Imran:55 ini bagi pendapat saya seperti menerangkan apa yg berlaku sebelum salib itu berlaku kerana diakhir ayat itu mengatakan 'Kemudian kepadaKu engkau kembali(Marji'ukum) lalu aku beri keputusan tentang apa yg kamu perselisihkan'..Jadi, bagaimana pendapat Ustaz?
4.Surah an-Nisaa:157-158 menerangkan tentangkan Nabi Isa as..Namun di akhir ayat 157 spt orang yg menyaksikan kematian isa di tiang itu tak pasti yg mereka salib itu Isa as atau orang lain.Mungkin perwatakan die atau cara dia mereruh kesakitan berbeza dan membuatkan semua yg menyaksikan tergaman..
5.Juga berpendapat sama, bhw Isa as akan turun ke bumi, tetapi bagaimana ia turun masih menjadi persoalan sebab kalau jasadnya dibawa ke hadrat Allah swt, nak diletak di langit mana sedangkan jasad manusia hanya sesuai di bumi sahaja, dan Allah swt tidak akan melanggar hukum yg ditetakanNya.Kalau dibandingkan kisah Adam as dgn Hawa hidup di syurga dan disamping Allah swt, persoalannya dimana Syurga itu?yang membolehkan jasad manusia bernafas? sekian dari saya yg masih mencari kebenaran.wassalamAndi_Husinhttps://www.blogger.com/profile/14100368707235099403noreply@blogger.com